Selasa, 30 Mac 2010

Mengejar tanpa tercicir...

Matahari semakin melabuhkan tirainya. Kegelapan malam muncul melaksanakan tanggungjawabnya yang tidak sesekali akan ditinggalkan. Manusia-manusia bergerak laju menuntut perjalanan yang yang ditinggalkan masa. Semakin hari semakin jauh ia dengan kelajuan masa. Dipancung masa meletakkan manusia itu di dalam kerugian tanpa sedar. Aku sedar kalau aku tidak memotong masa, maka masa akan memotong aku. Tapi kini aku keliru adakah aku sekarang sudah memotong masa. Keliru. Tiada indikator yang khusus dalam mengetahui kerja hebat ini.



Manusia ibarat belon yang diisi iangin. Mudah sahaja bergerak kesana kemari mengikut daya yang dikenakan. Jika ke kiri ia diarahkan maka ke kiri lah ia. Jika ke kanan ia dipukul maka kekanan lah ia. Seolah-oleh manusia yang semacam belon itu tida pendirian. Mudah dipengaruhi oleh keseeronokan dunia. Mahu juga aku menjadi belon yang diisi air. Tetap berdiri di tempatnya yang asal untuk mengejar matlamatnya. Matlamat bukanlah cita-cita, tetapi ia adalah sesuatu yang yang mesti dicapai. Ramai manusia yang keliru diantara matlamat dan cita-cita. Lama-kelamaan kekeliruan itu yang membunuhnya. Matlamat hilang, cita-cita sekadar angan-angan.



Dalam hidup ini kita diibaratkan juga berada disebuah perjalanan yang cukup panjang. Dalam perjalanan ini tidak mungkin lagi untuk kita berpatah balik. Buatlah apa cara sekalipun mustahil untuk kita kembali kepada masa kita yang telah kita lalui. Kalau dulu kita melakukan kesilapan, kalau dulu kita membuang masa, kalau dulu kita melakukan kerja yang sia-sia kita tidak akan dapat lagi tempat untuk ‘U-turn’ untuk membaiki kelemahan kita yang terdahulu. Ia tetap akan pergi meninggalkan kita jauh sekali. Cuma yang kita ada sekarang cepat-cepat lah sesali setiap apa yang kita buat sebelum kita sampai ke destinasi. Cepat-cepat sedar dan cuba untuk mengubah realiti kejahatan dan kerugian yang kita lakukan. Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Allah itu maha pengampun yang akan mengampunkan dosa-dosa setiap umat Islam. Jadi kenapa kita tidak menghargai sifat pengampun Allah itu. Berdoalah kepadanya. Hati mesti akan tenang.



Cuba kita melihat kepada manusia yang tenang hatinya. Seolah-oleh tida tempat untuknya bagi melepaskan marah. Setiap yang datang dan berlaku kepadanya dilalui dengan penuh keredhaan hatinya. Suatu kisah menimpa seorang pak cik tua. Kereta mercedes hitam memandu laju hampir-hampir melanggar dirinya. Bukan itu sahaja malah kereta itu memijak lopak air habis basah kuyup pak cik tua itu. Pak cik itu mengelap-lapkan mukanya sambil tersenyum mengucapkan syukur kepada Allah. Beliau melihat kereta mercedes itu berlalu pergi tanpa simpati kepada dirinya.



“MasyaAllah”.. Lafaznya perlahan.



Pakcik itu berbaik sangka. Mungkin tuan kereta itu dalam keadaan emergenci menyebabkan dia memandu semacam orang gila. Sambil mukanya yang penuh dengan senyuman terluah ucapan memberi maaf kepada pemandu kereta itu tadi. Pak cik itu tenang. Meninggalkan tempat itu tanpa perasaan sakit hati. Meninggalkan tempat itu dengan secebis pengalaman yang setia menjadi GURUnya. Guru yang akan meletakkan dia sebagai hamba yang disayangi Allah. Buang sifat marah, buang sifat hasad dengki, buang sifat berburuk sangka. Pakcik itu bahagia dengan limpahan rahmat Allah ke atas dirinya. Sabar dan berbaik sangka itu menaikkan darjatnya. Alhamdulillah..



“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘kami beriman’, sedang mereka tidak diuji?”



(Al- Ankabut:2)



Tiada siapa yang akan mengetahui dalam perjalanan yang panjang ini dimanakah penamatnya. Tiada siapa yang akan mengetahui di dalam perjalanan ini apakah nasibnya di hari yang kelak. Dalam perjalanan ini carilah bekalnya wahai sahabat-sahabat. Ya Allah betapa kita sebenarnya kalis dengan amaran-amaran Allah yang Allah sampaikan kepada kita melalui perantara Nabi kita Muhammad SAW. Betapa kita memandang amaran-amaran keras Allah itu sebagai biasa seperti seorang guru disiplin yang memarahi anak muridnya dan memberi amaran kepada muridnya. Kita silap wahai sahabat-sahabat. Percayalah bahawa amaran Allah itu benar, janji-janji Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar. Bilakah lagi kita ingin meneliti semua ini dengan mata hati?



“anak-anak ingatlah apa yang kita buat di dunia ini akan dikira oleh Allah”



“Apa yang kita curi Allah catat”



“Apa yang kita tipu Allah catat”



Apa yang kita khianat Allah catat”



Kata ustaz dalam ceramah di Kolej Harum Aminurrashid malam ini..



Anak-anak murid ustaz menggelengkan kepala. Mungkin tersedar dengan dosa-dosa yang dilakukan. Mungkin dengan kesedaran itu telah dipasangkan niat dan azam akan melaksanakan cara hidup Islam dan membuang segala sifat-sifat keji yang ada dalam diri.



Sudah beberapa kuliah agama yang kita tadahkan kitab. Sudah puas mendownload video-video ceramah tok-tok guru untuk mengubat hati kita yang semakin lapar dengan limpahan cahaya. Semoga usaha-usaha kita itu akan dikira sebagai jihad oleh Allah Taala.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.