Jumaat, 27 Februari 2009

Hehehe... Barat memalukan kita atau kita memang xde malu??

Hari ini khutbah jumaat membincangkan mengenai kebersihan. Seperti biasa khatib menguatkan hujah mengenai kepentingan menjaga kebersihan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi. First impression untuk tajuk ini memang aku xbeberapa suka dengar sebab bagi aku tajuk nie tajuk yang remeh. Baikla khutbah Jumaat bincang bab akidah. Best la gak aku nk dengar barula xmengantuk mata nie mendengar khutbah..hehehe..
Permulan khutbah khatib dapat menarik perhatian makmun semua dengan baik sekali. Ade jugak yang tertidur semasa khatib membaca khutbah. Letih yang teramat barangkali. Kebanyakkannya pelajar-pelajar UPSI yang memenuhi masjid ini.

Aku amat tertarik apabila khatib menyebut nama-nama Negara di dunia yang diiktiraf sebagai Negara yang bersih. Ada 25 buah Negara kesemuanya, hanya yang disebut ialah beberapa bilangan buah Negara seperti Jepun, Switzerland, Sweaden, Kanada dan beberapa buah Negara barat yang lain. Semuanya ialah Negara-negara yang berasal daripada barat yang mana penduduk negaranya adalah orang-orang yang bukan menganut agama Islam.

MasyaAllah… Apa sudah jadi dengan Negara-negara Islam? Xkan xde dalam list kot?? Erkk… aish… malu nie. Agama kita yang memang menitikberatkan soal kebersihan tapi tiada satu pun senarai Negara Islam antara Negara yang bersih. Huhuhu… Apa sudah jadi nie??
Kita yang salah atau ajaran yang xbetol????

Bercakap soal kebersihan nie suka aku nak ingatkan kita boleh mulakannya melalui kebersihan diri. Cuba check rambut kita adakah bersyampu atau tidak. Cuba check kuku kita adakah dipotong atau tidak. Jangan pula kuku kita mengalahkan kuku harimau..hehehe.. malu beb..

Check plak kebersihan bilik kita. Pastikan buku selalu disusun dengan kemas. Meja tidak berhabuk, makanan xtertumpah atas lantai. Pada pemerhatian aku dalam bilik aku dan bilik kawan-kawan yang lain kita memang gagal dalam bilik sebab xde disiplin. Klau kita cuba mendisiplinkan diri mungkin kita dapat ubah reality ini..hehehe..
Tol x??

Sampai bila kita nak berada dibawah barat lagi. Agama kita adalah yang terbaik jadi ayuh letakkan diri kita didalam kotak Islam yang sebenarnya. Bukan Islam keturunan..

PESANAN INI DITAJA KHAS OLEH PAK IMAM TANJUNG MALIM..HEHE

Read more...

Khamis, 26 Februari 2009

Dulu kita budak sekarang kita mula berfikir tentang perangai kebudakan kita..

Kehidupan sebagai pelajar di university semakin hari semakin penuh dengan tarbiyah dan pengalaman. Dengan kesibukan diri ini terdetik untuk menulis untuk melepaskan kekusutan yang tersarang dikepala.hehehe…sebenarnya klau kusut mcm nie baca Al-Quran lagi baik kan??tol x?? ermm..

Bila sampai ketahap sekarang ini teringat zaman sekolah dulu-dulu. Baru sekejap tadi aku bersama kawan satu sekolah yang sekarang ini merangkap Presiden Persatuan Bahasa Arab minum-minum kat Bitarasiswa sambil terkenang zaman sekolah dulu. Hehehe.. memang nakal dan penuh dengan kenakalan sebagai seorang pelajar. Masing-masing tergelak ingatkan perangai masing-masing.

“Xsangka mu loni juruh gini ju. Ingat maso dop Maahad dulu sumbak molek”

“haha…biasola tu..dulu zaman budop-budop.. loni besar doh..kena reti malu la”

Dulu selalu ponteng kelas, dulu selalu lepak ngan budak-budak ntah ape. Tp sekarang mampu berubah dan cuba menjadi insane yang diredhai oleh Allah. Subhanallah mujurlah diri aku tidak terjerumus kedalam alam remaja yang tidak mengenal Allah. Masih kenal hokum hakam Islam dan meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya.

Dulu kalau kita nakal adakah kita akan menjadi nakal sampai ke akhir hayat hidup kita?? Tengok kepada sejarah nabi dan juga sahabat-sahabat nabi. Dulu sahabat-sahabat nabi masa zaman jahiliyah bukan main samseng lagi. Bak kata orang Kelantan “palo pengat” di Mekah dulu lawan nabi. Tapi selepas itu Allah buka pintu hatinya untuk menerima Islam menjadi tubuh-tubuh penting dalam perkembangan Islam di tanah Arab. Contohnya Saidina Umar Al-Khattab.

Kepada kawan-kawan yang masih nakal tu jangan anggap diri kita itu sebagai ketentuan Allah untuk jadi nakal tapi kita usahalah untuk ubah diri kita..

Kalau dulu kita merokok ape kata cube cari jalan untuk tinggalkan rokok.

Kalau dulu kita suka mencuri ayuh kawan-kawan tinggalkan semua itu.

Kalau dulu kita suka melepak ayuh kita serahkan masa kita untuk mengigati Allah Taala.

Kalau dulu kita kapel apa kata kalau kita kapel dengan Allah Taala yang pastinya cinta kita akan dibalas oleh Allah dengan cinta yang lebih mulia.

Kalau kita dulu adalah pengundi dan pengampu besar kepada UMNO ayuhlah kita bersama-sama membaiahkan diri bersama perjuangan PAS dalam menegakkan Islam..

Hehehe..ini sekadar selingan…

Fikir-fikirkanlah..

Cuba cari objektif yang kukuh untuk hidup kita. Jangan kita hidup mengikut arus. Jadikan diri kita sebagai alat yang mengawal arus yang boleh kita kawal mengikut kehendak Islam..

Wassalam..

Erkk… 10 minit lagi ade kuliah Bahasa Arab..Rindu Ustaz Khairulazman..

Read more...

Ahad, 22 Februari 2009

KISAH BENAR NIZAR DAN PADUKA SERI SULTAN PERAK

(ini adalah catatan peribadi dato seri ir haji mohamad nizar jamaludin sendiri)

Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..

NIZAR

SUMBER

Read more...

Khamis, 19 Februari 2009

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

ImageDengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

SUMBER

Read more...

Rabu, 18 Februari 2009

Caca merba melayu ku

Beliau masih menteri besar Perak yang sah kata KU LI

Assalamualaikum..

Salam sejahtera kepada sahabat sahabiah sekalian..
Alhamdulillah hari ini sempat juga ana mencoret sepatah dua kata setelah sekian lama sepi daripada berblogging. Tuntutan-tuntutan tugas dan juga kekangan line internet yang begitu teruk menyukarkan aku nak online seminggu dua yang lepas. Hr nie aku online pn sebab dop lepak bilik kawan…adeh teruk tol line internet kat kolej aku nie..nk kena g repot nie..

Ermmm…ape nk crite ek.. pasal politik semasa??kehidupan?? event2 besar kat kolej2??
Ermmm…pasal politik dulu lah.. huhuhu..kalut.. memang kalut. Bergaduh melayu sama melayu berebut takhta. Orang cina plak tepuk tangan tengok melayu bergaduh.. Itulah antara dialog yang keluar daripada mulut sesetengah orang tanpa membuat sedikit kajian mengenai politik Negara kita. Kajian bukan sahaja pasal politik malah kita kena tahu juga pasal perlembagaan Negara.

Kalau xtahu maka jadilah macam beruk-beruk dijalanan yang berdemo membantah tindakan karpal singh. Padahal tindakan kapal pecah tu saman sultan Perak xde bertentangan pun dengan perlembagaan. Maka jadilah bodoh kita orang2 melayu khususnya UMNO berdemo dijalanan macam berok2 bak kata Khairy Jamaluddin menantu Pak lah yang tersohor itu. Kalau karpal dah saman mengikut undang-undang negara seharusnya kita berdepang dengannya mengikut undang-undang jugalah..bukannya dengan emosi.. aku sndiri pn xberapa suka dengan tindakan karpal. Tp kena faham situasilah.. perbuatan dia tu xmelanggar undang2 dan perlembagaan pun. Erkk!!! Cuba check budak mana yang pinda dan ubah perlembagaan sampaikan raja2 melayu dibuat sebegitu rupa?? UMNO BN jugak yang buat kan.. Berak merata pastu mula la bising kata orang yang berak…Alahai UMNO..

Bila keadaan dh mula nk reda timbul plak isu foto bogel Adun bukit Lanjan iaitu Elizabeth Wong. Adus!!!!!.. terkejut den dibuatnya. Kerja jahat lagi hina. Maka berduyung2lah pemimpin2 UMNO mendesak eli meletak jawatan. Erk.. satu lagi kerja bodoh. Asyik nk suluh kesalahan orang sedangkan benda ini berlaku di dalam BN sume pakat diam jer.. rujuk atikel dalam harakah.. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19442&Itemid=1

Erkk!!!!! Maaflah kepada kawan sekiranya ayat2 aku tu kasar dan tidak elok ditulis semacam itu.. aku sekarang ini sedikit kesal dengan cara berpolitik orang melayu yang tidak ‘jantan’. Dorg berpolitik mcm masyarakat jahiliyah yang xtahu ape. Yang penting dapat kuasa dan pangkat jer. Pastu sume nk kebas…

Adeh!!!!!!!!!!!! Bila la bangsaku nak berubah..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.