Jumaat, 27 Februari 2009

Hehehe... Barat memalukan kita atau kita memang xde malu??

Hari ini khutbah jumaat membincangkan mengenai kebersihan. Seperti biasa khatib menguatkan hujah mengenai kepentingan menjaga kebersihan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi. First impression untuk tajuk ini memang aku xbeberapa suka dengar sebab bagi aku tajuk nie tajuk yang remeh. Baikla khutbah Jumaat bincang bab akidah. Best la gak aku nk dengar barula xmengantuk mata nie mendengar khutbah..hehehe..
Permulan khutbah khatib dapat menarik perhatian makmun semua dengan baik sekali. Ade jugak yang tertidur semasa khatib membaca khutbah. Letih yang teramat barangkali. Kebanyakkannya pelajar-pelajar UPSI yang memenuhi masjid ini.

Aku amat tertarik apabila khatib menyebut nama-nama Negara di dunia yang diiktiraf sebagai Negara yang bersih. Ada 25 buah Negara kesemuanya, hanya yang disebut ialah beberapa bilangan buah Negara seperti Jepun, Switzerland, Sweaden, Kanada dan beberapa buah Negara barat yang lain. Semuanya ialah Negara-negara yang berasal daripada barat yang mana penduduk negaranya adalah orang-orang yang bukan menganut agama Islam.

MasyaAllah… Apa sudah jadi dengan Negara-negara Islam? Xkan xde dalam list kot?? Erkk… aish… malu nie. Agama kita yang memang menitikberatkan soal kebersihan tapi tiada satu pun senarai Negara Islam antara Negara yang bersih. Huhuhu… Apa sudah jadi nie??
Kita yang salah atau ajaran yang xbetol????

Bercakap soal kebersihan nie suka aku nak ingatkan kita boleh mulakannya melalui kebersihan diri. Cuba check rambut kita adakah bersyampu atau tidak. Cuba check kuku kita adakah dipotong atau tidak. Jangan pula kuku kita mengalahkan kuku harimau..hehehe.. malu beb..

Check plak kebersihan bilik kita. Pastikan buku selalu disusun dengan kemas. Meja tidak berhabuk, makanan xtertumpah atas lantai. Pada pemerhatian aku dalam bilik aku dan bilik kawan-kawan yang lain kita memang gagal dalam bilik sebab xde disiplin. Klau kita cuba mendisiplinkan diri mungkin kita dapat ubah reality ini..hehehe..
Tol x??

Sampai bila kita nak berada dibawah barat lagi. Agama kita adalah yang terbaik jadi ayuh letakkan diri kita didalam kotak Islam yang sebenarnya. Bukan Islam keturunan..

PESANAN INI DITAJA KHAS OLEH PAK IMAM TANJUNG MALIM..HEHE

3 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  27 Februari 2009 pada 6:57 PTG  

betol tu.kebersihan penting.kebersihan dan kekemasan.ianya boleh melambangkan peribadi individu tersebut.namun,kadang2 ade gak peribadinye baik tapi kurang bab kebersihan dan kekemasan. mcm mana tu?pelbagai jwapan bleh diberikan.kdg2, kite tak boleh menilai seseorang secara luaran.
Ayuh, kita sama-sama kita sahut pesanan pak imam tanjung malim. :)

Tanpa Nama,  28 Februari 2009 pada 7:16 PG  

tersedak pak imam kat umah tu :)

  ©Template by Dicas Blogger.