Butir-butir kata keluar daripada minda Mahasiswa demi mencari secebis ilmu dan keredhaanNya. Kadang-kadang ia terlalu kritikal. Kalau kamu jenis tidak suka membaca tulisan kritikan boleh sahaja membaca dan SENYAP!!
Beliau merupakan Perdana Menteri ...Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap kejam Ariel Sharon. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 5 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini.
Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah MEMBUSUK. Kini mewariskan perangai jahat dan kejam kepada anaknya pula. Sama seperti firaun membakar rakyatnya dalam parit berapi… kini Gilad Sharon nampaknya bakal menjadi firaun baru.
Satu bangsa yang tak mempedulikan orang lain. Herannya! mana Pertubuhan Keselamatan Bangsa Bersatu PBB? OIC? adakah kerana mereka Yahudi & Nasara, mereka diam membisu? Adakah kerana mereka Islam, maka tiada nilai nyawa dan darah mereka?
Revolusi menjadi satu perkataan keramat era politik demokrasi yang dialung-laungkan oleh seluruh dunia. Revolusi bukanlah satu perkara biasa tetapi perkara luar biasa yang menjadi igauan tirani diktator daripada berlaku di negara masing-masing. Revolusi yang berlaku di Iran suatu ketika dahulu bukanlah penamat segala revolusi. Laungan demokrasi yang bergema di seluruh dunia dikatakan sistem terbaik untuk digunakan dalam memilih kerajaan dikotori oleh pelampau-pelampaun yang ingin terus mengekalkan hegemoni kuasa.
Tunisia.. Sebuha negara di Asia Barat. Bukanlah negara yang terkenal seperti Mesir, Palestin, Arab Saudi atau Jordan. Di Mesir terkenal dengan pusat pengajian agama yang tertua di dunia iaitu Universiti Al-Azhar, di palestin terkenal dengan kezaliman dan penindasan yang tidak sudah-sudah yang dikenakan terhadap rakyat Palestin. Menerjang hidup rakyat Palestin dengan kepayahan yang memeritkan. Arab Saudi pula tekenal dengan tuan kepada Haramaini iaitu dua tanah suci umat Islam Mekah dan Madinah. Berjuta-juta umat Islam saban tahun berkumpul di sana untuk mengerjakan ibadah haji. Di Jordan juga terkenal dengan pusat pengajian agama yang lebih bersistem. Tetapi apa yang ada dengan nama Tunisia.
Kedudukan negara yang terletak berhampiran Laut Mditeranean bukanlah negara banyak menempa nama di persada dunia. Hampir nama Tunisia tidak disebut oleh sebilangan besar rakyat Malaysia kerana negara ini agak terpencil daripada sebarang berita yang memahsurkannya. Tetapi tanggal 14 Januari menjadi satu tarikh yang bersejarah kepada bangsa Tunisia apabila ledakan revolusi yang diketuai Mohamad Bouazizi memuntahkan pelurunya menghalau keluar pemimpin diktator Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali. Dunia tidak menjangkakan satu revolusi tercetus di Tunisia ini rupanya satu ‘ignition’ yang berjangkit kepada banyak negara arab yang lain.
Husni Mubarak. Pemimpin jelmaan syaitan yang berkuasa di Mesir akhirnya rebah di henyak oleh kuasa rakyat. Tekad rakyat mesir yang rata-ratanya rakyat marhaien yang miskin menolak kekejaman dan kejahatan Husni Mubarak akhirnya tercapai dan mereka meraikan kejayaan ini dengan penuh gembira dan syukur. Siapa menjangka rakyat yang selama ini tunduk dan patuh kepada tekanan kerajaan, hampir tidak bersuara dalam setiap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan akhirnya sanggup bermandi darah meninggalkan kampung halaman mengajak seluruh keluarga mencari kebenaran dan sinar kebahagiaan di jalanan.
Kejatuhan Husni Mubarak juga menjadi satu igauan yang sangat menakutkan kepada Zionis dan Amerika Syarikat apabila mereka cuba untuk campur tangan dalam konflik politik di Mesir. Zionis dan Amerika cuba sedaya upaya untuk menghalang Ikhwan Muslimin daripada menjadi kerajaan di Mesir. Ikhwan satu gerakan dakwah yang cukup hebat mempunyai sejarah yang berduri dalam sejarah Mesir. Pengasas kepada Harakatul Islam Ikhwan Muslimin Asy-Syahid Imam Hassan Al-Bana di bunuh oleh pemerintah Mesir pada 12 Februari 1949. Kejatuhan Husni Mubarak pada bulan Februari hampir menyamai tarikh kematian Asy-Syahid Hasan Al-Bana. Mungkin ia satu petanda daripada Allah Taala bahawa Ikhwan bakal mengambil alih pemerintahan Mesir satu hari nanti dan mengimarahkan bumi Mesir dengan syariat Islam.
Tak cukup dengan itu revolusi arab ini berjangkit kepada negara-negara arab yang lain. Libya dengan kekejaman Muammar Ghadafi sanggup membunuh rakyatnya demi hegemoni kuasa yang dipegangnya. Saya mendengar ceramah DS Nizar Bekas Menteri Besar Perak, katanya Muammar Ghadafi telah melakukan satu sistem pembodohan yang terancang kepada rakyat Libya dengan tujuan memudahkan beliau untuk memerintah Libya. Nah sekarang rakyat Libya yang melalui sistem pembodohan itu sudah bangkit melakukan pemberontakan demi menghalau si keparat keamanan Muammr Ghadafi.
Wabak Revolusi tidak berhenti setakat itu sahaja. Kini penjaga kepada kedua-dua Tanah Haram juga dijangka akan melalui proses yang sama. Desas desus rakyat di kedua-dua tanah haram ini menuntut kerajaan Arab Saudi yang pro Amerika diubah serta merta. Wabak revolusi membuatkan si diktator di seluruh dunia menjadi keluh kesah.
Saya sokong revolusi. Saya mahu ia juga berlaku di Malaysia. Cukuplah kita dibodohkan selama 53 tahun oleh UMNO Barisan Nasional… Revolusi!!!! Kita bangkit.
Sejak akhir-akhir ini kepesatan teknologi semakin mencengkam diri setiap orang. Kepesatan ini meletakkan manusia semakin bergerak pantas untuk beradaptasi dengan zaman baru sekarang ini. Disamping itu dakwah islam juga semakin unik dengan berkembangnya kepesatan teknologi. Dulu adanya friendster yang digunakan oleh sesetangah da’I dalam menyampaikan agenda Islam dan juga fikrah Islamiyyah. Kini teknologi terbaru ciptaan saintis hebat berbangsa Yahudi iaitu Facebook meluaskna lagi jaringan sosial dan dijadikan satu peluang keemasan kepada manusia yang menyedari kewajipannya dirinya sebagai pendakwah.
Ada suara-suara mengatakan bahawa Facebook adalah satu agenda Yahudi untuk mengesan aktiviti-aktiviti orang-orang Islam. Daripada interaksi sosial yang berlaku di Facebook Yahudi akan dapat mengesan gaya pemikiran orang-orang Islam sekarang. Teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya awal-awal kisah kejatuhan kerajaan Khalifah Islam. Kejatuhan Khalifah Islam bermula dengan kejatuhan akhlak-akhlakIslam yang ada dalam jiwa umat Islam pada waktu itu. Sampai sekarang pun itulah senjata ampuh Yahudi untuk menjatuhkan Islam iaitu menjatuhkan akhlak umat Islam agar jauh daripada akhlak Islamiyyah. Yahudi menghantar wakil-wakilnya masuk ke dalam masyarakat di bawah kerajaan Khlaifah Otoman Turki untuk mengesan cara berfikir orang-orang bawah kerajaan Khalifah pada waktu itu. Apabila wakil-wakil itu balik mereka mengatakan pemuda-pemuda Islam mempunyai kekuatan jiwa yang kental kerana selalu memikirkan tentang permasalahan umat dan jihad.
Selang beberapa tahun sekali lagi Yahudi menghantar wakil-wakilnya untuk mengintip gaya pemikiran orang-orang Islam pada waktu itu. Pada waktu itu mengikut laporan wakil-wakil Yahudi gaya pemikiran umat Islam telah berubah. Mereka cintakan dunia dan pemuda-pemuda Islam mula bercakap tentang harta dan seks.
Maka Yahudi mempromosikan seks bebas secara besar-besaran melalui gaya kehidupan bebas dan juga bertentangan dengan ajaran Islam. Pelacur-pelacur berjaya diseludup masuk oleh Yahudi ke kawasan pemerintahan Islam dan melemahkan pemuda-pemuda Islam. Lama-kelamaan pemuda-pemuda Islam semakin jauh dari landasan agama apatah lagi untuk bercakap soal jihad. Itulah punca kejatuhan kerajaan Otoman.
Kini zaman yang serba canggih anak muda Yahudi menciptakan Facebook sebuah laman sosial yang dapat diakses oleh seluruh manusia di dunia yang mendapat capaian internet. Saya tidak pasti adakah cerita-cerita yang mengatakan yahudi menggunakan facebook untuk mengesan gaya fikir umat Islam itu benar taupun tidak. Apa yang saya lihat sekarang agenda pengislahan agak pesat juga di dalam ruangan Facebook. Banyak mesej2 Islam berjaya menarik perkongsian anak-anak muda untuk mendalami agama. Tidak kira bagaimana latarbelakan pemilik akaun Facebook mereka telah terbuka untuk mengetahui serba sedikit ilmu-ilmu agama daripada Facebook. Saya lihat beberapa topik yang dikeluarkan berjaya menarik perbincangan anak-anak muda. Mereka semua bukanlah berlatarbelakangkan pendidikan Islam tetapi mereka merasakan wajar untuk diambil bahagian untukmengeluarkan idea-idea mereka sendiri.
Jikalau betul Facebook ini adalah agenda Yahudi. InsyaAllah agenda yang satu ini meletakkan Yahudi dalam kebingungan kerana pendedahan kepada kebenaran dan kehebatan Islam semakin terserlah..Padan muka Yahudi
Kanak-kanak itu dengan beraninya terus membaling batu kepada tentera Israel. Dia berang, dia marah, tanah tempat darahnya dikencing hina oleh Israel. Walaupun tubuhnya kecil tidak lagi menjadi satu alasan kenapa dia tidak keluar berjihad mempertahankan maruah Islam dan bangsanya.
Hatinya cukup marah, geram dengan kekejaman Yahudi.
“yahudi laknat.. Manusia bangsat”
Mulut kanak-kanak itu berkumit-kumit memarahi kekejaman Yahudi. Batu dibaling bertubi-tubi ke arah tentera Israel. Saiz tubuhnya tidak menjadi masalah kepadanya. Tetap berani mempertahankan hak. Akhirnya kanak-kanak itu ditangkap dan dipukul oleh tentera-tentera Yahudi. Mukanya ditampar tanpa belas kasihan. Bayangkan kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun dilakukan sedemikian oleh si bangsat Yahudi.
“cakap siapa yang ajar kamu menentang kami” tanya askar Yahudi sambil menyakiti tubuh kanak-kanak itu.
“mesti ayah dan ibu kamu yang mengajarnya kan?” tanya si askar bangsat itu lagi.
“ Ayah dan ibuku dah lama mati dibunuh oleh kamu”kanak-kanak itu menjawab dengan suara lantang dan beraninya.
“jadi siapa yang ajar kamu menentang kami”
Kanak-kanak itu pun menjawab “abang aku yang ajar aku membaling batu kepada kamu” Askar israel itu tadi dengan sepantas kilat menceroboh rumah kanak-kanak malang itu untuk menangkap abangnya. Abang kepada kanak-kanak itu yang berumur 4 tahun ditangkap dan dipukul oleh askar israel. Bayangkanlah kanak-kanak yang masih kecil berumur 3 dan 4 tahun yang sudah tahu erti perjuangan dipukul oleh kudrat askar Israel. Betapa dayusnya israel dan penyokong-penyokongnya..
Terbitnya sesebuah perjuangan dalam kondisi ditekan. Kalau tidak ditekan mana nak dikenal apa sebenarnya perjuangan yang mesti diperjuangkan. Lihatlah apa-apa yangberlaku dalam dunia ini hasil daripada kesedaran perjuangan. Ia tidak mengira umur. Tidak mengenal latar belakang. Mana mungkin budak-budak yang masih kecil berumur 7 dan 8 tahun sudah mengetahui erti perjuangan, sudah tahu erti memperjuangkan hak. Lihatlah anak-anak muda di Malaysia kadang-kadang benda-benda hak yang yang mesti diperjuangkan hanya dipandang sepi. Sikap “aku tidak pedulisme” begitu menebal dikalangan anak-anak muda dan mahasiswa di Malaysia. Sudah mati rasa agaknya rakyat kita.
Aku sebenarnya ligat dan aktif membaca dan mengkaji perang-perang lebih lagi peperangan yang berlaku di Palestin. Hasil didikan perang yang berlaku mematangkan diri di usia muda anak-anak Palestin. Seawal muda sudah mula bercakap erti perjuangan, seawal mudanya berumur 7 dan 8 tahun sudah mengerti apa itu hak dan apa itu perjuangan yang perlu diteruskan. Tertarik komen Kak Nazihah seorang yang aku anggap sebagai mentor aku semasa pengajian dia di Universiti Pendidikan Sultan Idris dahulu. Katanya dalam komen tersebut dalam ruangan komen blog aku:
“Salah satu adegan dalam animasi GAZA AL-ABIYAH (Gaza yang enggan tunduk) bagaimana seorang bapa mengambil sedikit tanah dan meletakkannya ke atas tangan si anak sambil berkata ; "Ini tanah tumpah darah kita. Andai ayah mati, kau mesti teruskan perjuangan ini... BERSABARLAH! PENJAJAHAN INI PASTI BERAKHIR"... balas si anak kecil tersebut yang bernama Ahmad, "Dengan Ruh, dengan darah, kami akan bebaskan Al-Aqsa". Sayu mencengkam jiwa menonton animasi ini. Jihad untuk ummah, moga ada sumbangan kita pada mereka. Ayuh!”
Cuba selami apa kata kanak-kanak itu kepada si ayah. Adakah kata-kata itu adalah salinan kata-kata yang diajar setiap hari? Bagi aku kata-kata itu terbit hasil daripada didikan persekitaran, didikan emosi dan juga didikan daripada semangat JIHAD ajaran Islam. Seawal usia sudah cukup baginya untuk mengenal erti perjuangan. Betapa hebatnya didikan persekitaran dan pengalaman.
Pernah aku membaca rintihan di blog Presiden Pro Mahasiswa Nasional apabila ada mahasiswa dan orang ramai melabel mereka sebagai ekstrimis pelajar, jumud, pengganas, dan suka melakukan kekacauan. Tertarik apa yang disebut oleh ustaz tersebut bahawa mereka yang menuduh tidak berada dalam perjuangan kita. Tidak merasa apa yang kita rasa. Dinafikan hak, ditindas dan selalu ditekan. Kalau ingin merasai apa yang dirasainya ustaz tersebut mengajak orang yang melabel itu turut sama dalam perjuangan Mahasiswa. Cuba hayati perjuangan itu barulah boleh dengan sesuka hati untuk mengomen. Barulah kena pada gaya dan tempatnya.
Pernah juga aku baca buku Ustaza Hasrizal berkenaan dengan negara Turki. Sesetengah cerdik pandai di Malaysia suka menulis berkenaan perkara buruk yang berlaku di Turki. Seolah-olah negara Turki ini sudah semakin jauh dengan Islam. Itulah persepsi buruk yang cuba ditimbulkan hasil daripada diri yang tidak sebenarnya berada dalam suasana yang berlaku. Cerita-cerita tepi jalan dan juga buku-buku yang ditulis tanpa kajian di lapangan menghasilkan pemikiran pembaca yang salah. Alangkah ruginya ahli akademik yang sedemikian. Pernah pada satu ketika ada satu artikel yang mengatakan orang turki sudah tidak pandai menyebut nama Nabi Muhammad. Katanya nama Muhammad disebut oleh orang turki sebagai “mehmet”. Katanya lagi
“tengoklah betapa kuatnya pengaruh sekularisasi yang berlaku di Turki hinggakan menyebut nama nabi pun dah tak pandai”.
Keadaan yang sebenarnya yang diceritakan oleh orang turki kepada Ustaz Hasrizal adalah orang-orang turki bukannya tidak pandai menyebut nama MUHAMMAD. Nama MUHAMMAD yang diletakkan kepada nama anak sengaja dipanggil MEHMET kerana untuk mengelakkan fitnah. Bayangkan anak-anak yang bernama MUHAMMAD melakulan jenayah. Alangkan buruknya bila orang mengatakan
“Tengoklah si Muhammad itu melakukan jenayah. Buruk sungguh perangainya”
Jadi atas sebab itulah orang-orang Turki suka menyebut anak yang bernama MUHAMMAD itu sebagai Mehmet. Sekurang-kurangnya dapat menjaga kesucian nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jadi kesimpulannya disini. Persekitaran itu yang mendidik kita. Tidak manis kalau kita cuba timbulkan persepsi yang tidak baik kepada orang yang berada dalam persekitaran yang tidak sama dengan kita. Lihatlah persekitaran di Palestin telah berjaya mendidik jiwa-jiwa anak-anak mudanya yang fikirkan berkenaan perjuangan seawal usia lagi. Lihatlah Ustaz hasrizal berjaya menguasai persekitaran masyarakat TURKI sehingga kita dapat mengetahu serba sedikit bumi Khalifah yant terakhir itu. Lihatlah persekitaran yang membentuk Presiden Pro Mahasiswa Nasional itu. Semuanya dididik daripada persekitaran. Sebolehnya persekitaran kita yang senang sekarang tidak mendidik kita menjadi “aku tidak pedulisme”. Nyahkan fahaman ini agar kita menjadi Mahasiswa yang beridealisme dan matang..
Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, hasil manusia gila perang membunuh mesra, bunga merah berkembang indah minta disembah.
Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita, kering, bongkok, cacat, tempang dan buta, perang dalam kenangan penuh kengerian, sekarang dalam kepahitan, dalam kesepian.
Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih, hilang pergantungan, hilang pencarian, hidup kebuluran, ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara, jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.
Manusia gila perang telah membunuh segala mesra! perang berlangsung mencari untung tanah jajahan! perang berlangsung membunuh anak dalam buaian! perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!
Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian.
Kami benci pada perang penuh pembunuhan! kami rindu pada damai sepanjang zaman!
Entah mengapa diri aku hari ini dilanda kesusahan. Sejak dari pagi tadi tubuh dirasakan tidak bermaya. Letih otak dan badan. Mungkin kerana semalam seharian merantau mencari secebis ilmu dalam perjalanan bermotor yang meletihkan. Sesekali disimbah air hujan rintik-rintik membuatkan tubuh aku tidak begitu bermaya pada hari ini. Saat tidak bermaya teringat tanggunjawab yang mesti dilaksanakan dan perjuangan yang masih panjang. Perjuangan mencari ilmu dan pengalaman.
Keletihan ini mengigatkan aku kepada katil yang terbentang enak. Dengan bantal yang bersampul warna lembut, bercadar baru begitu mengugatkan iman aku untuk tidak tidur pada pagi ini selepas subuh. Aku gagahi jua dengan membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal “Secangkir The Pengubat Letih”. Keindahan susunan kata mengasyikkan aku. Bilakah aku akan mampu menguasai bahasa seperti ini. Desis hati aku. Aku tidak sedar waktu mana aku menhumbankan diri ke katil. Lena dibuai mimpi. Terus pejam sehingga mentari memancar tinggi menghina insan yang dirugikan dengan nafsu tidur.
Aku sedar dari tidur pada pukul sebelas. “aduh dah lewat nie” ruginya tido banyak.. aku memandang sekilas kepada rak buku tersusun indah buku-buku yang aku beli semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku perhatian buku itu satu persatu. “Jalur Gaza”, “Hakikat Kehidupan Duniawi”, “Saya pun Melayu”. Buku itu disusun rapi untuk memudahkan rujukan aku. Satu keluhan panjang dilepaskan. Tidak pasti keluhan itu tanda penyesalan tidur yang panjang ataupun kerisauan hati jadual diri yang tidak teratur.Aku Bangun dengan lemah merkhidmat untuk diri. Kain tuala ditarik dengan penuh lemah dan penuh dengan kegelisahan. “Buang masa memang mengelisahkan.” Kata hati ku.
Aku memakai pakaian serapi-rapinya pada hari ini. Sekali sekala di hujung minggu perlu juga berpakaian segak walau tidak kemana. Rambut diminyakkan supaya nampak rapi dan berkeyakinan. Berdiri di depan cermin dengan penuh keyakinan sambil mencungkur janggut dan misai. Hati sebenarnya berat untuk mencungkur janggut kerana ia adalah salah satu sunnah nabi kita. Tetapi tuntutan sekarang sebagai salah seorang warga Palapes tidak memungkinkan aku untuk menyimpan janggut. Tetapi tidak mengapalah. Tunggulah tiga bulan lagi saat ditauliahkan. Mungkin janggut itu akan berperanan ‘menghensomekan’ lagi diri ini. Aku tersenyum keseorangan. Bila cakap soal janggut teringat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Seorang pendakwah bebas yang cukup terkenal di negara kita terutamanya di Negeri Terengganu. Kisahnya si isteri yang bermain janggut suami. Kisahnya menjadi satu motivasi kepada muslimin untuk menyimpan janggut. Owh!! Hati terbayang untuk beristeri. Cepat-cepat dipadamkan lamunan itu kerana aku sedar perjuangan aku di kampus masih berbaki. Perlu dihabiskan terlebih dahulu.
“Plant fisiologi”, “genetik”, “kimia”, “kaedah kajian”. Satu pandangan yang berat diberikan kepada subjek-subjek ini. Bukannya masalah susah untuk ‘study’ tetapi entah kenapa diri aku begitu berat untuk membuka buku-buku ini. Terasa satu beban otak bila mengulangkaji buku-buku yang aku pelajari di dalam kuliah.
“arrghh!! Baca buku inilah dulu”
Aku menarik buku “Palestin Tak Pernah Gentar” ari susunan buku di atas rak. Aku mempelbetulkan kedudukan buku-buku lain supaya susunan buku itu nampak kemas dan teratur. Itu salah satu disiplin yang aku cuba terapkan. “ Mengapa Yahudi Hebat”.. Satu subtopik yang terdapat di dlam buku ini. Aku cuba tatapi beberapa fakta yang ditulis disini. Terdapat juga gambar tokoh-tokoh Yahudi yang berjaya di arena antarabangsa. Terpampang maklumat-maklumat tentang kejayaan Yahudi menakluk dunia. Ya Allah begitu mengagumkan kehebatan mereka. Seakan-akan tidak percaya kehebatan Yahudi sehebat ini. Kerdilnya umat Islam di zaman kini. Bagai buih-buih di lautan. Dilambung ombak, dibawa kemana sahaja oleh arus tanpa arah tujuan. Hilang pedoman dan akhirnya buih dipermainkan dengan begitu hina sekali.
Satu ayat yang ‘diboldkan’ oleh penulis buku ini yang menarik perhatian aku. Penulis buku ini seolah-olah ingin menyedarkan kita bahawa inilah sebenarnya resepi kejayaan Yahudi. Resepi yang selalu disebut-sebut oleh kebanyakan orang tetapi tida siapa yang sanggup menggunakan resepi ini untuk dijadikan senjata ampuh melawan Yahudi. Apakah senjata itu..
Insan yang sentiasa mencari sumber untuk belajar, sentiasa tidak berpuas hati dan berdengki dengan orang yang mempunyai ilmu dan kebolehan yang tinggi. Sentiasa mendorong diri agar sentiasa bermotivasi dan hebat dalam meneruskan hidup yang serba mencabar ini.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih sesat dari golongan yang mengatakan sekiranya umat Islam tidak menjadi golongan kanan mereka mestilah menjadi golongan kiri. Sekiranya mereka tidak menjadi komunis mereka mestilah menjadi kapitalis. Umat Islam wajib menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa mereka memiliki sifat-sifat keperibadian yang tersendiri, keperibadian yang tidak berfahaman kanan atau kiri. Mereka mempunyai keperibadian yang tulin lagi asli, keperibadian yang sifat-sifat dan rupa bentuknya bersumber dari ajaran Islam sebagai agama fitrah (murni) dan risalah fitrah. Dengan keperibadian yang tersendiri dan asli inilah yang membolehkan umat Islam memegang kendiri aliran pemikiran dan politik dunia.
~Abu Bilal~