Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

Regim, SEX dan PORNO..

Aku berasa sangat meluat dengan politik dajjal yang berlaku di Malaysia sekarang. Cukup memualkan dan meloyakan. Kalau disembur keluar semua keloyaan dan kemualan politik yang berlaku di Malaysia keluar penuh dengan ulat-ulat yang membusuk dek kehinaan dan jijiknya pemimpin-pemimpin di Malaysia khususnya UMNO dalam mengekalkan hegemoni kuasa.



Kuasa yang ingin dipertahankan sanggup ditelanjangkan bulat maruah seorang hamba Allah. Tersembul kemaluan seorang insan kerana si keparat keamanan ingin mengekalkan kuasa yang dipegangnya. Tanpa rasa jijik dan kotor segala fitnah yang jahat diluahkan dan diserang ke atas diri seorang individu yang tidak sudah-sudah menghadapi siri-siri fitnah daripada si syaitan pemimpin-pemimpin UMNO. Dulu kini dan mungkin selamanya dendam jahat UMNO kepada Dato Seri Anuar Ibrahim tidak pernah padam. Tercetus gelombang reformasi pada tahun 1998 menjadikan si keparat pemerintah tidak senang duduk sehingga sekarang.



Siang dan malam memikirkan jalan yang paling beracun untuk mengusir DSAI memalui jalan tersebut agar terus tersungkur di jalan yang paling menghinakan tanpa membunuh insan tua tersebut. Fitnah kini masuk siri ke-3. Siri pertama yang dilancarkan oleh Si Firaun Mahathir tidak berjaya menghancurkan reputasi DSAI. Siri kedua terus dilancar pada zaman Najib melibatkan seorang si penjilat yang cukup menjijikkan. Saiful Bukhari di arak dan diusung bagaikan raja dijadikan bahan ataupun watak utama lakonan sandiwara untuk menjatuhkan DSAI.



Kini lakonan si jalang diteruskan dengan gempak gempita isu video sex. Tanpa bersandarkan panduan agama yang jelas si keparat terus berusaha untuk memalukan DSAI memfitnah beliau sebegitu hina dan jijik. Ahli falsafah barat Machievelli dipertuhankan dengan memetik hasil pemikiran beliau ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ dan diberak pijak ajaran agama Islam dan syariatnya. Apa yang penting dalam pemikiran hegemoni untuk mengekalkan kuasa walau apa pun yang terjadi. Teringat laungan keramat Dato Seri Najib Altantuya yang mana katanya berbunyi ‘ Kita mesti mempertahankan pemerintahan BN dengan apa cara sekalipun.’ Nah!!!! Kini terbukti ‘apa cara sekalipun’ telah diterjemahkan dengan pendedahan video porno gila babi ini.



Si babi politik umno punya hal, anak-anak muda hilang pegangan nilai. Kini anak-anak muda mula meletakkan nilai porno dan sex bebas sebagai ‘ala tak kisah pun’ ‘ala ok aje’ ‘saya layan semua’.. MasyaAllah sungguh menakutkan. Aku sebagai pendidik berada di sekolah cukup terkesan dengan pemikiran dan perangai pelajar dengan sistem nilai yang diterima mereka.



“ Ya Allah ya Tuhanku. Janganlah Engkau Azabi kami kerana kebodohan pemimpin-pemimpin kami. Bagilah kami kekuatan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin laknat ini ya Allah”

Read more...

Jumaat, 16 Julai 2010

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Biasa kita mendengar pakej 2 dalm 1, 3 dalam 1 atau 4 dalam satu. Pergilah ke mana-mana kedai jualan pasti akan kita temui pakej-pakej seperti itu. Itu sebenarnya taktik-taktik yang digunakan oleh peniaga-peniaga untuk meraih keuntungan jualan barang-barang di kedainya. Ia adalah normal dan dapat diterima masyarakat. Pakej-pakej sebegina juga sebenarnya menguntungkan pembeli kerana mereka membeli satu barang dan mendapat barang-barang yang lain. Begitu bagus bukan sistem pakej ini?



Pagi ini aku seperti biasa akan memulakan proses pengembaraan di alam maya dengan membuka laman web Malaysiakini.com. sebuah web non-partisan yang selalu membawa berita secara moderat dan agak bagus untuk dijadikan rujukan oleh semua rakyat Malaysia. Terpampang satu tajuk berita yang menarik minat aku iaitu “5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik”. Wah nampaknya ada pakej baru yang diperkenalkan kerajaan kepada rakyat dan yang pasti akan merasai kesannya daripada pakej ini adalah rakyat marhaien. Jika pakej di kedai-kedai jualan yang menguntungkan rakyat tetapi pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan ini sebenarnya menjerut rakyat terutamanya golongan pertengahan dan miskin.

masihkan ada harapan disebalik arang yang gelap ini?


Mesti ada suara-suara sumbang “ala.. harga naik sikit sahaja. Bukan banyak pun. Bukannya harga petrol naik 50 sen. Just 5 sen jer. Buat pe nak bising”. Suara-suara sumbang ini biasanya datang dari kelas ekonomi yanglebih baik dan juga kepada penyokong totok kerajaan yang buta untuk meneliti kesusahan orang lain.



Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Disebalik integriti pentadbir yang semakin diragui dengan berbagai perkara yang mencengkam kini ekonomi rakyat dijerut lagi. Siapa yang terasa? Rakyat marhain. Kempem selamatkan Malaysia mesti dilancarkan besar-besaran..

Read more...

Khamis, 15 Julai 2010

Kebebasan akhbar mesti diperjuang, bukan ehsan

Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Saya masih bercuti panjang sehingga hujung Julai ini. Kesan luka di kaki berikutan pembedahan pintasan jantung dua bulan lalu masih terasa. Berjalan pun kena bertongkat, tapi alhamdulillah semangat untuk menulis mulai muncul, apatah lagi apabila mendengar khabar duka bahawa permit penerbitan Harakah belum diperbaharui.

Resah saya memikirkan karenah tidak habis-habis oleh KDN yang diberi kuasa mutlak oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Akta ini diperketatkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali di zaman pemerintahannya, 1984 dan 1987. Akta ini dengan angkuh menafikan segala ruang untuk semakan kehakiman, sekali gus memberikan kuasa mutlak seluas langit dan bumi kepada Menteri Dalam Negeri untuk menggantung atau tidak memperbaharui mana-mana permit penerbitan.

Tidur saya kini kerap terganggu, bukan lagi disebabkan menahan sakit di dada atau perit di kakit, tetapi "sakit hati" dengan kesombongan regim Umno-BN. Di kala dunia berbicara soal proses pendemokrasian sejagat, Najib Razak memilih jalan lain, undur ke belakang dan akan diketawakan masyarakat antarabangsa. Ketika konsep langit terbuka dan jaringan maklumat dapat diakses dengan mudah dan cepat di mana saja, suasana kebebasan akhbar di Malaysia mundur semundur-mundurnya.

Melalui buku Strategi Membanteras Korupsi, Jeremy Pope dalam bab Masyarakat Sivil, menukilkan ungkapan Woodrow Wilson: "Kebebasan tidak pernah datang dari pemerintah. Kebebasan adalah hasil perjuangan penganut-penganutnya."

Saya cukup tertarik dengan kata-kata penuh makna ini. Kebebasan tidak akan datang menggolek, ia mesti diperjuangkan dengan segala kekuatan dan potensi yang ada pada kita. Pemerintah yang berasa selesa dengan pelbagai akta dan peraturan yang mengongkong akan terus menindas demi survival kuasa mereka. Soalnya, bagaimana dengan kita, apakah sekadar memerhati atau mengambil masa terlalu lama untuk bertindak menuntut hak yang terancam ini?

Bagi saya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan cukup memperbodohkan kita. Selepas PAS bersama Barisan Alternatif mencapai kemenangan gemilang dalam pilihan raya umum 1999, tanpa sebarang sebab, tiga bulan selepas itu, permit penerbitan Harakah dikurangkan, daripada diterbitkan dua kali seminggu menjadi dua kali sebulan.

Sebelum itu, macam-macam peraturan baru, sama ada dari segi pengedaran, jualan dan juga kandungan Harakah dikuatkuasakan. Kebanyakannya bercanggah dengan logika dan rasional. Malah pengurusan Harakah terpaksa membazirkan bukan sedikit wang untuk menyediakan rak khas kepada peruncit, seperti diarahkan KDN.

Kini, KDN dengan peruntukan luarbiasa akta berkenaan sekali lagi datang menganggu. Permit Suara Keadilan tidak diperbaharui, manakala nasib Harakah hanya mengharapkan ehsan menteri. Dalam masa seminggu Harakah terpaksa menjawab dua surat tunjuk sebab. Dakwaan yang dikenakan adalah kitaran semula surat-surat lama KDN.

Banyak pihak mengharapkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengambil perhatian serius dan segera isu ini. Jika di negara maju lain, misalnya Britain, isu berkaitan sekatan penerbitan akhbar boleh menyebabkan kerajaannya tumbang, tetapi setakat ini di Malaysia keadaan seperti "tidak berlaku apa-apa".

Ramai menunggu apa langkah terbaik daripada pimpinan dua parti terbesar dalam negara ini, PAS dan KeADILan, apabila hayat organ parti masing-masing terancam .... Di peringkat pengamal media pula harus dicari jalan bagi mengungkapkan kembali isu kebebasan bersuara ini secara lebih kreatif agar mudah ditangkap imiginasi rakyat.

Read more...

Rabu, 30 Jun 2010

Sistem pendidikan mesti "DIISLAMISASIKAN"

Hari ini aku dapat berkongsi sedikit pengalaman di kampus bersama pelajar-pelkajar tingkatan 6 Sekolah Menengah kebangsaan Machang. Pogram Rancangan Oientasi Sekolah ini begitu banyak mendedahkan kepada aku pengalaman-pengalaman baru lebih-lebih lagi pengalaman merasai ‘sepak terajang’ dunia pendidikan pada hari ini. Sungguh berwarna warni juga menyediakan kebebasan kepada kita untuk mencorakkan dunia pendidikan di dalam sistem pendidikan yang kita ada. Walaupun sesetengah orang mengatakan sistem kita adalah sistem yang sekular kerana memisahkan diantara akademik dan agama tetapi terdapat sedikit ruang Islam yang sebenarnya boleh diisi untuk mengisi kekosongan itu. Dengan syarat ada kemahuan dan upaya daripada guru yang mengajar(tetapu guru pun dididik dalam sistem sekular juga..huhu).



Beberapa hari yang lepas aku juga masuk ke kelas tingkatan 2 dan tingkatan 3. Perangai mereka pelbagai. Ada yang boleh dikategorikan makhluk Allah yang kekosongan jiwa dan kurang kasih sayang serta perhatian. Dalam setiap percakapan aku bersama mereka aku cukup berhati-hariti dan berhikmah. Cuba mendidik dengan kasih sayang dan memahami mereka. Sejahat-jahat mereka jahat lagi masyarakat Arab jahiliyah yang berjaya ditarbiyah oleh Nabi Kita Muhamaamd S.A.W. jadi satu peluang yang cukup besar untuk kita sebagai bakal guru untuk mentarbiyah pelajar yang tidak ‘sejahat’ mana itu. Sungguh aku katakan. Mereka kekurangan kasih sayang. Mereka mahukan kasih sayang itu. Mahukan perhatian.



Aku cuba mencungkil persepsi mereka dan pemikiran mereka terhadap guru-guru di sekolah ini. Tanpa diminta mereka meluahkan nama-nama guru yang mereka benci dan tak sukai. Aku cuba cungkil lagi mengapa mereka tidak menyukai guru-guru tersebut.



Seperti yang aku duga. Bila kata-kata guru tidak dijaga, bila pendidikan tidak berhikmah. Ia menimbulkan satu kebencian di dalam diri anak-anak murid. Mereka bukan degil sangat. Tetapi mereka tidak suka dicaci. Mereka tidak suka dihamburkan dengan kata-kata kesat.



Guru-guru..



Kembalilah kepada cara Rasulullah mendidik masyarakat arab jahiliyah sehingga mereka daripada sejahat-jahat makhluk menjadi pencinta Islam yang sejati. Lihatlah Umar Al-farouq.. kebengisannya, kejahatannya, kedegilannya dapat dilembutkan dengan curahan dan belaian suci ruh Islam. Ramai lagi sahabat-sahabat yang dulunya beramal dengan amalan jahiliyah akhirnya kembali kepada fitrah diri serta menjadi manusia yang begitu cemerlang di dalam sejarah Islam.



Guru-guru..



Mesti melakukan reformasi.



Mesti ada perubahan.



Kita rohkan sistem pendidikan kita yang sekular ini dengan roh Islam..

Read more...

Selasa, 29 Jun 2010

Tiru Yahudi pun ok jugak kan??

“Buku ini merakankan sebahagian potret perjuangan yang rencam yang dituang melalui kejernihan akal seorang tokoh muda dan semoga ianya menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak dipangguna politik dan dakwah” Ridhwan Mohamad Nor.



“Sepahit Jadam”. Sebuah buku unggul tulisan seorang ulama muda, Nik Mohammad Abduh Bin Nik Bdul Aziz.Anak kepada seorang ulama haraki tersohor di Malaysia khususnya di Kelantan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Buku yang mengisahkan perjuangan hidupnya yang ditulis dalam bentuk naratif begitu asyik untuk dibaca sebagai kutipan-kutipan bermakna untuk tatapan perjuangan. Dilahirkan dibawah bumbung rumah seorang ulama yang tersohor banyak mematangkan dirinya untuk menjadi seorang pejuang tulin di dalam sebuah gerakan Islam di Malaysia iaitu parti Islam Semalaysia (PAS).



Sudah semestinya dalam menghasilkan sesuatu pemulisan seperti yang dihasilkan Ustaz Nik Abduh tudah semudah yang disangkakan. Aku begitu tertarik dengan ketajaman fikiran yang terdapat dalam penulisannya. Bidikannya tepat dan mampu menghancurkan musuh politiknya yang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya iaitu UMNO dan juga orang-orang yang tidak ikhlas di dalam perjuangan bersama dengan PAS.



Aku sebagai orang muda juga cuba menghayati ruh perjuangan yang ada dalam dirinya dan dalam diri pejuang-pejuang PAS yang lain. Yer sememangnya aku dan politik tidak akan dipisahkan. Tidak sekali-kali aku akan “mentalakkan” politik atas desakan sesetengah pihak yang cuba memisahkan aku dengan aliran perjuangan PAS ini. Dalam kejahatan Yahudi ada juga mutiara yang boleh dipetik. Yahudi mendidik anak-anak mereka berpolitik sejak mereka kecil lagi. Yahudi mengajar anak-anak mereka mengenal siapa musuh mereka yang sebenarnya. Islam lah musuh mereka yang harus diperangi selama-lamanya. Kecerdikan politik diasah sehingga mereka sekarang mampu menakluki dunia. Daripada dunia yang dikuasai oleh Britian, selepas itu kuasa beralih kepada Amerika Syarikat dan kini Yahudi mula mendominasi kuasa dunia dari segenap sudut. Owh hebatnya politik ajaran ayah dan ibu Yahudi kepada anak-anak Yahudi. Alangkah bagus kalau ayah dan ibu melayu pun sebegitu. Perfikiran jauh macam Yahudi.



Si melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu menyibukkan diri mereka supaya anak-anak dijauhkan dari berpolitik. Katanya politik adalah kerja orang tua-tua. Budak-budak jangan masuk campur hal politik nanti menganggu pelajaran. Tengoklah betapa dangkalnya pemikiran orang-orang melayu hasil didikan UMNO selama lebih 50 tahun. Apa nak diharapkan kepada UMNO aku tak tahulah.



Ustaz Nik Abduh ada menyebut akan mendidika anaknya menjadi pedang-pedang Islam untuk “melibas” UMNO sehingga UMNO lurus dan kembali kepada Islam. Sudah semestinya Ustaz Nik Abduh perlu menjadi “Yahudi” untuk mendidik anaknya menjadi ‘SaifulIslam’. Kalau diikut rentak melayu berpolitik mendidik anak jadi bodoh piang anak-anak hendak ambil tahu pasal politik dan pentadbiran. Aduh Yahudi. Sebalik kejahatanmu ada juga mutiara yang boleh diambil. Bila aku menulis begini nanti ada yang akan mengatakan aku gila kerana ingin mengikuti cara Yahudi. Bukankah cara Islam itu begitu syumul dan tepat.



Inilah masalahnya kita. Islam kita Islam baka. Bukan Islam yang apabila kita menerima Islam kita melihat Islam dengan penuh keindahan. Melayu kebanyakan mendidika anak Islam apa yang rutin menjadi amalan mereka. Aku bersetuju dengan tulisan Kassim Ahmad(orang menggelarnya anti-hadis di Malaysia) yang menyebut orang Melayu mendidik anak-anak mereka ritual Islam tanpa ada roh Islam. Orang Islam tidak nampak keindahan Islam kerana ritual itu tidak meresap masuk ke dalam jiwa orang-orang Islam. Hasilnya melayu Islam lemah dari segenap sudut. Ekonomi, pendidikan dan mungkin satu masa nanti politiknya bakal tersungkur.



Jadi contohilah Yahudi dalam mendidik anak berpolitik. Ayah aku seorang guru. mengajar di sebuah sekolah di Tanah Merah Kelantan. Bergiat aktif dalam politik semenjak mudanya. Sewaktu aku masih kecil aku dibawa ke tempat-tempat ceramah PAS. Aku terbiasa dengan tempat ceramah sehingga aku mampu pergi bersendirian ke tempat ceramah. Dulu memang aku fanatik PAS sebab banyak terpengaruh dengan ceramah-ceramah PAS. Tetapi kini aku banyak juga mengkritik PAS atas dasar rasional dan kebenaran. Tak bermakna aku kritik PAS tandanya perjuangan UMNO itu betul. Kadang-kadang ada juga kerja buat UMNO yang betul. Jadi sekarang aku ingin berada dalam kondisi orang yang fanatik kepada kebenaran. Dimana ada kebenaran disitulah aku cuba tempatkan diri aku.



Aku menonton CD ceramah Wacana Perdana yang bertajuk Islam di Malysia Satu Realiti dan Harapan .Salah satu ahli panelnya adalah Mantan Mufti Perlis yang terkenal dengan jolokan Wahabi Dr Asri. Aku ingin menjadi sepertinya suatu hari nanti insyaAllah. Beliau mengimpikan golongan muda anak-anak Malaysia fanatik kepada kebenaran. Buang sikap anak muda yang fanatik kepada logo parti atau wana parti. Jadikan anak-anak muda negara kita yang fanatik kepada fakta dan hujah kebenaran sesuai dengan golongan muda yang semakin terdedah kepada maklumat.



Aku anak guru, Ustaz Nik Abduh anak tok guru. misi kita sama… Islam memimpin perubahan.

Read more...

Khamis, 13 Mei 2010

Belajar pun kena ada strategi politik =)


Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikan peperiksaan aku yang terakhir pada hari ini. Asalnya peperiksaan ini akan aku ambil pada 26/4 tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa mendudukinya pada hari ini berseorangan. ‘study’ berseorangan, bangun tidur berseorangan dan menghabiskan paper ini pun berseorangan. Ermm… hakikaktnya berseorangan lebih baik untuk menjawab paper ini..hehehe.. Tapi kalau kehidupan lebih baik berdua supaya berkembang keturunan bertuah ini..kahkahkah..



Ibarat air yang mengalir apa yang aku baca pada semalamnya diluahkan dan diukir sebaik mungkin di atas kertas. Entah kenapa terasa ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat semua apa yang aku rasa. Memang kelainan dan aneh yang tidak pernah aku buat selama ini sewaktu aku belajar. Ada teknik yang tanpa aku sedari aku amalkan pada semalamnya sebelum aku menjawab peperiksaan pada hari ini. Aku tidak pasti dari mana teknik ini aku dapat tetapi dia teraplikasi dengan sendirinya semasa aku sedang belajar. Hinggakan sampai sekarang aku masih teringat-ingat dan berlegar-legar setiap langkah dan cara aku belajar semalam.



Apabila aku keseorangan berada di rumah sewa sahabat aku memang diri ini terasa sungguh sunyi. Sambil study aku bangun dan berjalan kesana kemari sambil otak ligat berfikir apa yang harus aku buat untuk menghilangkan keboringan diri ini. Buat ini tidak kena buat itu tidak kena dan akhirnya aku menghidupkan enjin moto cabot aku dan pergi minum seorang diri. Aku sebenarnya pada keesokan hari akan menghadapai peperiksaan tetapi malam sebelumnya terasa keboringan yang amat sangat. Entah apa yang harus dilakukan. Kalau ada sahabat-sahabat boleh juga berborak sambil mengulangkaji pelajaran aku. Tapi aku keseorangan apabila sahabat-sahabat sudah balik kampung dan ada juga ke tempat program lain.



Selepas pekena air di kedai mamak sambil menonton perlawanan badminton Malaysia menentang Denmark aku balik kerumah ambil melayan angin yang membelai tubuh sambil aku memecut laju motor pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumah tidak lupa singgah sekejap di kedai membeli air jus untuk mengisi keboringan semasa belajar. Ya Allah aku tidak pernah merasai keboringan di tahap ini.



Dengan langkah yang malas aku membuka nota yang paling nipis nota plant fisiologi. Aku tatap dan lihat gambar-gambat di dlaam nota tersebut tetapi aku masih tidak mampu menarik minat untuk belajar. Ya Allah keboringan apakah ini. Aku bertanya kepada diri. Boring sungguh. Tek pernah dirasai. Ucapan kalimah istighfar berkali-kali keluar agar datang ketenangan di hati.



Sekali lagi aku membelek nota tersebut dan aku cube menghayati ilmu-ilmu yang ada. Tiba-tiba teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Alfateh, Salahuddin Ayubi, para orientalis dan juga orang-orang hebat di kalangan Yahudi. Kenapa mereka hebat, kenapa mereka cukup berjaya semasa muda lagi. Percaya atau tidak ia seolah-olah bayangan semangat apabila kau mengigati insan-insan ini. Semangat untuk menjadi seperti mereka.



Lihatlah bagaimana Alfateh menakluk konstantinople dengan taktik peperangan yang tidak masuk akal itu. Diheretnya kapal perang merentasi bukit sejauh 5 kilometer sebanyak 90 buah kapal dalam satu malam semata-mata ingin menakluk kontantinople. Bayangkan umurnya 22 tahun sudah berjaya menakluk 20 buah negara sebagai tanah empayar Islam.



Hebatnya mereka dengan umur muda mereka.



Aku melihat diri ini. Dimanakah hebatnya diri ini. Berbangsa Melayu yang mana bangsa aku masih lagi berada dalam zon selesa berada di tanah air sendiri. lihatlah bangsaku begitu hebat memepertahankan bangsanya apabila berdegar-degar bercakap mengenai bangsa dan hak Melayu. Hidup melayu..hidup melayu.. dianjurkan lagi program Melayu Bangkit pada 13 mei untuk menunjukkan kebangkitan perjuangan melayu. Tetapi sayangnya bangsa aku mahu bangkit tetapi mahu bangkit atas dasar emosi bukannya ilmu. Mahu bangkit atas dasar perkauman bukannya kehebatan mencari peluang. Mahu bangkit atas dasar subsidi bukannya atas dasar kehebatan usaha sendiri.



Itulah motivasi dalam diri yang tiba-tiba muncul menggerakkan badan-badan aku. Segala urat-urat saraf aktif bekerja ingin menonjolkan kemahuan ini. Ia bangkit ingin menjadi seorang melayu yang berilmu. Selama 3 jam aku berada di depan nota menjadi seorang pelakon.



Ye menjadi seorang pelakon. Segala isi nota aku lakonkan sambil membaca. Gerak geri yang terhasil semasa membaca sebenarnya menguatkan lagi daya ingatan kita. Apabila aku membaca berkenaan proses yang berlaku di dalam tumbuhan aku cuba mengerakkan badan untuk meniru proses tersebut. Lenggokkan gerak badan bukan sahaja menghilangkan mengantuk malah mencergaskan pemikiran aku sendiri. aku berfikir dan terus berfikir.



Terasa macam diri sedang bersilat-silat beraksi di depan musuh. Alhamdulillah aksi lakonan itu memberi kelebihan kepada diri apabila aku dapat membaca semuya topik dalam masa yang singkat. Wah segalanya ajaib malam ini. Aku akui fisioligi tumbuhan agak susah juga apabila banyak benda yang nak kena hafal. Tetapi aabila kita ada teknik sebenarnya kita mampu mengatasi semua itu.



Alhamdulillah.. Ingin aku sambung MASTER aku dalam bidang Psikologi pula. Sains.. Selamat tinggal.. =)

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.