Jumaat, 31 Julai 2009

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa.

Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.


Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari.

Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu


Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau.

Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya.

Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.

Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...

Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.

Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview.

Read more...

Dato' Hj Mohd Hamdan Abdul Rahman kembali ke rahmatullah...


Al-Fatihah buat ADUN Permatang Pasir, Dato' Hj. Mohd Hamdan Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi akibat sakit jantung, di IJN Kuala Lumpur.

Nampaknya, PAS kehilangan seorang lagi ADUN nya dan kali ini di Pulau Pinang pula. Oleh itu, kita akan menyaksikan satu lagi PRK bakal diadakan. Setelah kecundang 6-1, apakah UBN akan akan menerima pukulan KO buat kali ke tujuh. Tunggu ajer ler.....

Apa-apa pun M3M serta keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato'Hj Mohd Hamdan Abdul Rahman atas kembalinya beliau ke sisi Allah SWT. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.... amin.

Nampaknya ada harapan untuk aku menjejakkan kaki ke penang setelah sekian lama tidak kesana. oppp!!! terlepas cakap. Nanati ada orang dengki ngan aku pastu repot kat HEP.. hehe.. jangan marah eh...

Read more...

Rabu, 29 Julai 2009

H1N1 : Kerajaan Gagal Bertindak


1. Hari ini telah diberitakan jumlah atau angka kematian berpunca H1N1 telah mencecah 4 orang sementara ribuan yang lain sedang mengalami jangkitannya .

2. Hampir 40 buah sekolah dan pusat pengajian swasta dan kerajaan telah ditutup dan pelajar dikuarantin kerana jangkitan H1N1 dan ini memberi kesan kepada psikologi dan pelajaran pelajar .

3. Umum melihat kelembapan pihak kerajaan dan Kementerian bertindak mengawal wabak ini dari merebak . Aktiviti pelancungan dilihat masih bebas tanpa kawalan wajar .

4. Dewan Pemuda PAS menggesa supaya pihak Kerajaan segera mengambil langkah berkesan dan tidak meletakkan rakyat dalam situasi resah dan gelisah dengan keselamatan mereka yang semakin terancam .

5. Seluruh umat Islam diharapkan dapat melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa dari ancaman H1N1 ini .

Read more...

Sorakan "gembira" budak KHAR


Pengumuman cuti disambut dengan teriakan yang gepak gempita di Kolej Harun Aminurrashid UPSI. Suatu pengumuman yang menceriakan warga KHAR.

Tetapi pengumuman ini bukannya memuaskan hati semua pihak. Pelajar-pelajar yang disyakki H1N1 tidak dibenarkan balik dan terpaksa dikuarantinkan disini. Sesungguhnya itu adalah ujian bagi Allah kepada semua warga UPSI untuk mengetahui tahap keimanannya terhadap Allah.

Aku boleh lihat berbagai ragam manusia bertindakbalas terhadap bala Allah ini. Yang pastinya tindakbalas itu bergantung kepada tahap keimanan dan kesedaran seseorang itu.

Aku masih pening kenapa perlu gembira dengan cuti ini???

Read more...

Kami dikuarantin....


MasyaAllah.. bala… bala…
Aku n da geng sume kena karantin kat Kolej Harun Aminurrashid UPSI. H1N1 mengganas disini.

Bala daripada Allah untuk peringatan semua. Tetapi aku pelik. Penghuni KHAR cukup gembira sampaikan bersorakan dengan pengumuman kuarantin ini.

Ya Allah jauhkan kami dari bala ini…

Read more...

Selasa, 28 Julai 2009

Demi masa yang aku buang...

Demi masa sesungguhnya memang aku berada dalam kerugian. Hati sedikit rungsing memikirkan tentang masa. Apa yang ahrus aku buat dengan masa. Macam mana aku nak manfaatkan masa aku.


Aku tak nak menjadi mangsa korban masa. Dah perit menemui kegagalan apabila masa tidak dapat diatur dengan baik. Aku pernah menjadi korban masa sewaktu di matrikulasi dulu. Target aku untuk capai pointer 3.5 tidak kesampaian kerana banyak ‘bergurau senda’ dengan masa dan akhirnya aku tewas dalam gurauan itu.


Bila masuk semester 5 kat UPSI sekarang seolah-olah masa 24 jam tidak cukup untuk aku. Pada sifirnya dikira cukup sebab Allah maha adil menanugerahkan 24 jam masa kepada setiap orang. Tidak kira manusia itu kaya atau miskin, muda atau tua, berharta atau tidak, berjawatan atau orang biasa, nabi atau umat semuanya dianugerahkan masa yang sama.


Tetapi kita masih beralasan tidak cukup masa. Betapa sibuknya kita. Sibuk atas apa? Sibuk kerana apa? Sibuk tidur? Sibuk membuang masa? Aku berharap tulisan aku ini dapat mengigatkan diri.


Allah berfirman di dalam Surah Al-Asr mafhum daripada ayat ini demi masa sesungguhnya manusia memang berada di dalam kerugian.


Apabila aku meniliti reality kehidupan aku seharian baru aku sedar banyak masa yang aku buang atas perkara yang tidak berfaedah. Masa untuk termenung berapa jam? Masa untuk sembang kosong berapa jam? Masa untuk layan movie berapa jam? Bila dihitung-hitung dan dikira-kira betapa banyak masa aku terbuang begitu saja.


Walau apa pun jangan kerana tidak cukup masa ibadat kita kepada Allah akan punah. Ingatlah antara golongan yang disoal oleh Allah seperti mana yang saya dapat petik daripada buku Tok Guru Nik Aziz juga sebagai Menteri Besar Kelantan ialah golongan yang begitu sibuk dengan masa seperti golongan hartawan dan golongan yang memiliki kekuasaan.”Wahai golongan hartawan dan golongan yang memiliki kekuasaan, apakah yang menghalang engkau daripada beribadah kepada Allah?”


Dalam suasana kesenangan disebabkan kekayaan yang melimpah ruan serta kekuasaan yang dimiliki, namun mereka masih juga tidak melaksanakan ibadah, mencuaikan solat fardu, ,alah kadang-kadang tertinggal terus. Sepatutnya kesenangan dan kemewahan itu membantunya untuk memudahkan kerja-kerja ibadah kerana segala kemudahan untuk mengerjakan ibadah dapat diadakan dengan wang ringgit serta pengaruh kuasa yang dimiliki, namun keadaan menjadi sebaliknya.


Dengan rasa yang amat berat, golongan tersebut terpaksa juga menjawab soalan yang dikemukakan terhadapnya: “ Wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kekayaan dan kekuasaan kepadaku, tanggungjawab itu terlalu besar dan berat menyebabkan aku terlalu sibuk dengannya. Beban itu mendatangkan masalah bagiku kerana telah menggangu aku untuk berbakti dan beribadah kepada-Mu.” Demikianlah manusia itu berdalih.


Tuhan bertanya lagi kepada golongan tersebut: “Jika kekuasaan dan kekayaan yang engkau miliki telah menggangu engkau untuk beribadat kepada-Ku, maka manakah lebih besar antara kekuasaan yang engkau dimiliki dengan kekuasaan yang ada pada Nabi Sulaiman AS?”


Pertanyaan Allah memberi tamparan hebat kepada golongan itu kerana mereka tahu bahawa kerajaan Nabi Sulaiman AS adalah sebesar-besar kekuasaan memerintah yang telah dikurniakan Allah Taala kepada manusia.


Tidak ada kerajaan yang setanding dengan kerajaan Nabi Sulaiman bukan sahaja pimpinanya keatas manusia malah haiwan-haiwan yang melata dengan memahami bahasa haiwan yang kerap berdialog dengan baginda.


Kalau nak dibandingkan dengan hidup kita sebagai manusia biasa hatta sebagai seorang pemimpin adakah sama kesibukan kita dengan kesibukan Nabi Sulaiman? Fikir-fikirkan..

Read more...

Isnin, 27 Julai 2009

Lelaki ramai masuk neraka?

Berat sungguh tanggungjawab sebagai seorang lelaki. Disamping menjada dirinya daripada api neraka tanggungjawabnya juga supaya menjaga ahlinya daripada api neraka. Ahlinya yang hidup tanpa panduan agama boleh membawa seseorang lelaki ke neraka. Siapakah ahli bagi setiap lelaki itu? Kenapa lelaki mesti bertanggungjawab terhadap dosa ahli-ahlinya? Artikel ini aku dapat daripada harakahdaily. Jom baca.


Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.



Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.


Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.


Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.


Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.


Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.


Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj


Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"


Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."


Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).


"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.


"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"


Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.


"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.


"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.


"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.


"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.


"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.


Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."


Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."


Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."


Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari) - lanh _

Read more...

Ahad, 26 Julai 2009

Aiman tak kisah...


Aduh… letihnya badan dan mengantuknya mata. Latihan ketenteraan pada hari ini melibatkan fasa pertahanan dan pengunduran. Latihan di padang UPSI menonjolkan lagi nama Palapes UPSI. Setiap orang yang lalu lalang pasti tidak lepaskan peluang melihat Pegawai Kadet Palapes USPI sedang berlatih. Kadang-kadang rasa juga kebanggaan menjadi warga Palapes UPSI..hehe..

Ahamdulillah latihan hari ini setakat jam 4 petang je. Selepas itu kami dibenarkan pulang awal untuk persiapan majlis Israk dan Mikraj pada malam ini. Penceramah yang diundang pada malam ini ialah Ustaz Ghazali abang kepada Ustaz Asri Vokalis kumpulan Rabbani. Konsep ceramahnya cukup santai dan banyak mengaitkan dengan persekitaran kita.


Aku berasa cukup kagum dengna Ust Ghazali kerana ilmunya yang tinggi dengan beberapa Negara dikunjunginya untuk mencari ilmu. Antaranya Iraq, Mesir, Pakistan dan lain-lain lagi.


Ada satu perkara penting yang aku nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua yang sikap kita tidak ambil peduli dengan persekitaran. Apa yang berlaku di persekitaran kita buat endah tak endah maka lahirlah manusia yang buta hati, mati hati dan tidak suka ambil peduli apa yang berlaku di persekitaran.


Bila sesuatu perkara berlaku contohnya pencerobohan zionis keatas Palestin ada sesetengah orang fakir buat apa kita ambil peduli sebab perkara tersebut tidak berlaku di tempat kita. Sikap tidak ambil peduli dengan keadaan persekitaran lama-lama boleh memakan diri. Lama-lama perkara tersebut semakin hampir memakan diri kita dan memusnahkan diri kita disebabkan ketidakpedulian kita. Pesan ust. Lagi kita jangan jadi macam Aiman. Hanya Aiman je yang tak kisah. Seloroh ust mengelakkan hadirin yang hadir.


Majlis tamat lebih kurang pukul 11 malam. Esok aku ada latihan lagi. Nak kena buat persediaan untuk latihan esok. Aduh!!! Mata dah berat. Jam dah nak dekat pukul 2 pagi. Ya Allah bagilah aku kekuatan

Read more...

Sabtu, 25 Julai 2009

Sesuatu yang baru yang ditakuti..

hehe.. kami tetap bahagia. Alhamdulillah esok aku n da geng akan menjalani latihan tempatan untuk kali yang ketiga untuk sem ini. habis je latihan pada minggu nie maknanya akan berbaki 2 minggu latihan lagi.

huhuhu.. tak sabar nak habiskan. sedikit sebanyak latihan pada hujung minggu menggangu serba sedikit masa untuk buat assignmen dan untuk belajar. sudah 5 sem aku berada di dalam Palapes dan hidup selama 5 sem didedahkan dengan kehidupan sebagai seorang tentera banyak memberi tunjuk ajar kepada aku secara langsung dan juga tidak langsung.

Apa yang aku dapat selama di dalam palapes selain ilmu-ilmu ketenteraan yang paling aku rasakan ialah keyakinan. Sebagai seorang pemimpin keyakinan amat-amat diperlukan. Dengan keyakinan segala kerja akan jadi kerja dan segala masalah akan dapat diselesaikan dengan cara baik. Melalui keyakinan tiada halangan untuk mendapat kejayaan. Cuma yang tinggal ialah usaha dan tunjuk ajar daripada orang lebih berpengalaman.

Sememangnya dulu aku adalah orang yang begitu takut untuk bercakap di hadapan orang ramai. Tapi setelah menyertai Palapes aku dapat rasakan kelainan. Latihan fizikal dan mental di dalam Palapes begitu banyak membentuk diri aku untuk menjadi pemimpin.

Makna pemimpin di sini tidak terhad kepada orang yang mempunyai jawatan sahaja malah menyeluruh kepada setiap individu yang mempunyai tugas-tugas dan tanggunjawab tertentu yang mana individu-individu ini ialah juzuk-juzuk yang saling melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkan sebuah kereta yang mana benda yang palin penting bagi sebuah kereta ialah enjinnya, akan tetapi kereta yang tidak mempunyai cermin maka tempanglah kereta itu.

Sahabat-sahabat sekalian. Anggaplah diri kita penting untuk semua orang dan berusahalah untuk membentuk diri untuk menjadi insan yang berguna. Cuba sesuatu yang baru kerana sesuatu yang baru itu mungkin menjadi titik permulaan kecemerlangan diri.

Akhir kata... Salam Perjuangan.

Read more...

Khamis, 23 Julai 2009

Gerhana Matahari..

URUTAN gambar yang menunjukkan gerhana matahari di Baihata
yang terletak 30 kilometer dari ibu negeri Assam, Guwahati, India semalam.

VARANASI, India - Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.

Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.

huhuhu...xdapat rakyat Malaysia nak tengok gerhana matahari. Cerah semacam jer kat tempat kita. xde tanda-tanda gerhana matahari pun. cam ne la agaknya gerhana maahari tu yer..

Read more...

Sajak Buat Guru

Guru,

kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

Sekarang…
sajak sajak tradisional
tidak boleh lagi
menggambarkan profesion perguruan
maksudku
dulu memang lilin
tapi sekarang blm tentu
Kata orang
tak boleh nak judge
satu dua guru syaitan punya kerja (baca dengan nada terkejut)
lalu seluruhnya terpalit dosanya (nada sedih)
cuma wajarlah
difikir2kan kembali.
Ada yg boleh dihargai
ada pula yg elok dikeji dan dijauhi

CREDIT TO

Read more...

Rabu, 22 Julai 2009

Janji oh janji....Remeh dan diremehkan..

Pernahkah anda berjanji dengan seseorang dan orang itu datang lewat dari yang sepatutnya?? Kalau terlewat 5 minit mungkin sahaja boleh dimaafkan tetapi kalau anda terpaksa menunggu sehingga 30 minit dengan sia-sia, tentu mendidih juga darah. Kita sering disogokkan dengan janji yang sengaja dimungkiri adalah janji orang melayu kerana itu diwujudkan pepatah baru iaitu ‘janji melayu’. Mengapa hal ini berlaku??

Kebanyakan orang Melayu adalah beragama Islam. Justeru, mereka perlu tahu memungkiri janji adalah termasuk di dalam kategori orang-orang yang munafik.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah) “.

Riwayat Ahmad

Penulis biasa berkawan dengan budak berbangsa Tionghua. Berbanding teman-teman seagama dan sebangsa, mereka lebih menepati masa. Pernah suatu ketika, penulis berjanji dengan Chan Yoke Moi pada pukul 2.30 petang tetapi pukul 10 pagi dia sudah menaiki bas dari kampungnya untuk ke bandar Chukai.

Aku : Hai Yoke Moi, dah lama sampai?
Dia : Hampir 4 jam doh aku ada kat sini.
Aku : Hoh?? Kenapa awal sangat datang?
Dia : Bas petang pukul 3. Nanti mu plak kena tunggu aku.
Aku : Bagus kawan aku sorang ni.

Lain pula halnya apabila janji itu berlaku antara orang Melayu. Ketika itu, kami perlu berkonvoi sebanyak sebuah bas dan 10 buah kenderaan pelbagai jenama dari Kemaman ke Kuala Terengganu untuk majlis pernikahan seorang sepupu penulis. Masa yang dijanjikan untuk bertolak adalah pukul 8.30 pagi.

Ayah : Semua dah siap ke? Boleh bertolak sekarang?
Pakcik A : Belum lagi. Ada lagi yang belum mandi.
Makcik B : Kejap. Belum siap bersolek ni.
Ayah : Ya Allah. Kenapa tak tepati masa ni?
Penulis : Biasalah, janji Melayu.

Penulis pun pernah juga gagal hadir pada masa yang benar-benar tepat dek kerana pekerjaan penulis sebagai peniaga tidak mengizinkan penulis menutup kedai ketika pelanggan sedang minum. Tidak sampai hati rasanya hendak ‘menghalau’ pelanggan yang sedang menjamu selera.

Justeru, penulis akan memberitahu orang yang akan penulis temui bahawa penulis berkemungkinan besar akan berjaya sampai tepat pada masa atau terlewat selama beberapa minit. Selama tempoh kelewatan itu berlaku, penulis akan menghantar beberapa sms sebagai pemberitahuan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memahami keadaan penulis ketika temujanji dibuat.

Mulai tika dan saat ini, mari kita sama-sama mendidik diri sendiri agar menepati janji. Janji boleh wujud di dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya janji berupa pertemuan sahaja, malah ianya merangkumi penjualan dan pembelian, perhubungan hati dan lain-lain lagi. Ini kisah penulis. Bagaimana pula dengan anda? Adakah semua orang disekitar anda menepati masa yang telah dipersetujui bersama??

Eriyza : Beberapa orang pernah berjanji pada penulis bahawa dia akan menunaikan permintaan penulis tetapi sehingga ke hari ini janji itu masih belum mereka tepati. Tahukah kamu bahawa janji yang tidak disempurnakan seringkali penulis fikirkan?? Jangan biarkan penulis diamuk resah dengan janji yang tidak sudah.

Ulasan aku: adeh terkena diri sendiri. ye betul ape kata cerita ini. Kita selalu ambil mudah soal janji. kadang-kadang buat tak peduli terus. Kalau rasa nak tunaikan kita tunaikan kalau rasa tak nak tunaikan kita buat bodoh jer. ermm.... jom sama-sama muhasabah diri kita demi kecemerlangan umat Islam. Umat Islam akan maju dengan mengikut ajaran Islam yang sebenar bukannya ikut ajaran Islam Pak turut..

Read more...

Awas dengan orang munafik..

Salam bicara untuk kawan-kawan semua. Petang yang mulia ini suka kiranya aku nak kongsikan skit mengenai cirri orang-orang munafik. Orang munafik nie memang duri dalam daging. Aku memang tak tahan dengan segelintir kawan-kawan aku yang ada sifat-sifat orang munafik nie.

Aku harap dalam diri aku tiada sifat ini. Minta jauh dari sifat ini. Sesiapa yang betul-betul mempunyai sifat ini maka tempatnya adalah di lapisan bawah neraka. Fuh!!! Lebih dahsyat daripada kafir nie.

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah


1. Bila berbicara selalu bohong.
Orang seperti ini tidak bisa dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Bisa jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.


2. Bila berjanji, tidak ditepati
Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya


3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.

Kadang-kadang kita dikelilingi oleh orang-orang munafik tanpa kita sedar. Kadang-kadang dari perwatakan dia ingin menegakkan kebenaran tapi pada masa yang sama hendak perangkap diri kita. Dari segi percakapan memang kita percaya dia tapi dari segi niat dan tindakan dia di belakang kita tidak melambangkan percakapannya.

Selalunya orang munafik suka menjadi pengintip dalam sesebuah pergerakan Islam. Dia berpura-pura baik dengan kita, mencungkil maklumat-maklumat dari kita selepas itu dia mula menyusun gerakan secara terancang untuk memusnahkan kita. Itulah orang munafik. Semamangnya begitu ramai orang munafik dan aku pernah terkena dengan golongan ini. Mujurlah aku cepat sedar siapa si munafik nie. Alhamdulillah..

Dulu pada zaman Rasulullah Abdullah Bin Ubai menjadi bapak munafik. Berpura-pura Islam tapi di dalam hatinya mempunyai sifat kejahiliyahan yang menebal. Dialah yang menjadi tentera dalam selimut kepada umat Islam. Cuba menghalang kerja-kerja nabi. Harap kita semua dapat perlindungan daripada golongan ini. Nauzubillah…

Read more...

Lucu sungguh bahasa kita kan??

Aku tersenyum keseorangan melihat gelagat kawan-kawan aku mempersembahkan “presentation” mereka. Tersenyum bukan kerana persembahan mereka mencuit hati tetapi tersenyum melihat kesan daripada PPSMI.


Wah!! Hebat sangan bunyinya kesan PPSMI nie. Kalau dulu “presentation kami diwajibkan untuk sampaikan dalam bahasa inggeris. Tetapi sekarang kami telah diberi kebebasan melakukan “presentation”.


Maka dengan sebab itu berlakulah kecelaruan bahasa dikalangan kami. Bahasa rojak mula melanda. Amat buruk dan memualkan bunyinya. Tapi mungkin biasa dikalangan kawan-kawan sekelas aku. Tetapi dikalangan orang bijak pandai orang yang menggunakan bahasa rojak adalah dikalangan orang yang tidak professional. Kata mereka kalau nak professional gunalah satu bahasa je semasa “talk”. Alahai.. tengok aku sendiri dah terpengaruh dengan bahasa rojak. Aduhai.. naya sungguh..


Kita sekarang memang berada dalam kerugian. Kerugian dalam segenap segi. Kehilangan ilmu sains dan matematik dan juga kehilangan keaslian bahasa. Macam mana nak pulihakn semua ini? Apa yang perlu kita buat? Ermm… tugas guru semakin bertambah. Tetapi secara peribadi aku cakap ramai bakal-bakal guru kat UPSI ni masih tidak sedar mereka bakal manjadi guru. Lagi naya!!!!

Read more...

Selasa, 21 Julai 2009

PPSMI bakal dibincangkan di UPSI

Malam ini bakal berlangsung satu forum yang ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya pelajar-pelajar UPSI sendiri. Forum yang akan membincangkan mengenai isu PPSMI yang disiarkan secara langsung di Bicara Siswa TV1 akan dibarisi oleh ahli panel yang kritikal dan hebat iaitu NC UPSI, YDP MPP UM,YDP MPP UIA.


Saya cukup kenal dengan pembawakan yang bakal dibawa oleh dua orang Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar dua buah universiti tersebut. Selain mempunyai daya kritikan yang tajam mereka juga mampu memberi satu jalan penyelesaian dalam sesuatu permasalahn. Itulah serba sedikit tentang mereka sepanjang saya mengenali mereka.


Majlis yang bakal berlangsung di SITC bakal menarik ramai pengunjung pada malam ini kerana isu ini memang hangat diperkatakan. Tambahan lagi isu ini berada dalam kancah pendidikan sememangnya bertepatan isu ini dibincangkan di UPSI.


Berbanyak terima kasih kepada Dr Syakinaz Desa kerana sudi membatalkan kelas pada malam ini dan memaksa kami hadir dalam program pada malam ini. Kalau tidak dipaksa pun kami tetap akan hadir. “cikgu yang baik”…(jangan lupa yer.. kelas xde tapi kena ganti..huhuhu)

Read more...

Ahad, 19 Julai 2009

Usrah yang dilupakan..

Teringat kepada adik-adik usrah aku. Kenangan hari pertama bersama walaupun sekadar sesi taaruf cukup memberi kesan di hati. Ukhuwah Islamiyyah yang cuba kami bina insyaAllah kekal selamanya dalam bersama-sama memartabatkan Islam.


Pengisian yang spotan dan diselang seli dengan cerita-cerita dan pengalaman masing-masing cukup indah untuk dikongsi. Cerita zaman nakal-nakal semasa kecil dulu pun diluahkan dan diakhiri dengan ‘moral of da story’..


Wah cukup best lah. Tahniah pusat Islam UPSI kerana berjaya merancang program usrah ini di setiap kolej. Sememangnya kerja ini sungguh mulia dan amat-amat dituntut agar dapat membawa umat Islam ke jalan yang benar..

Read more...

Selasa, 14 Julai 2009

"Hidup Melayu" lawan "Allahu Akbar"

"Hidup Melayu" lawan "Allahu Akbar"
UMNO : Hidup Melayu
PAS : Allahu Akbar

kemaskini 10.05am Di Manek Urai Baru pula, seorang wanita dipercayai penyokong Umno "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

Insiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.

- Malaysiakini

Read more...

Isnin, 13 Julai 2009

Pemuda-pemuda Islam..

Fuh..
Dah beberapa hari aku xkemaskinikan blog ini. Rindu mencengkam untuk menulis. Tapi ntahlah nak tulis pasal ape malam nie.

Malam nie banyak habiskan masa ronda-ronda blog alternative untuk mencari maklumat berkenaan pilihanraya di Manek Urai. InsyaAllah lusa kalau tiada aral melintang pilihanraya N41 Dun Manek Urai akan dijalankan.

Pilihanraya kali ini adalah cabaran yang begitu getir buat PR dan PAS sendiri. Getir bukannya disebabkan oleh kemunduran politik PAS tetapi diuji begitu ribut dengan banyak idea politik yang bercambah seiring dengan perkembangan masyarakat sekarang.

Bermula dengan isu Kerajaan Perpaduan yang semenangnya “parang tajam” bagi UMNO untuk menikam PAS. Selepas itu rentetan peristiwa-peristiwa dan ujian bagaikan badai menghentam PAS dengan rakus sekali.

Tapi sebagai seorang anak muda yang sudah mula memahami ilmu-ilmu gerakan Islam tidak pernah terdetik hati ini untuk meniggalkan PAS walaupun untuk seketika. Diri yang ditarbiyah dengan tarbiah PAS insyaAllah akan sentiasa mekar subur dalam perjuangan Islam walaupun rumah PAS dihentam ombak sekalipun.

Terasa diri ini dahagakan ilmu pengetahuan demi meniti hari-hari dan perjuangan mendatang yang penuh dengan perjuangan. Peristiwa-peritiwa yang berlaku sudah semestinya memerlukan pertimbangan ilmu dan pengalaman untuk mengatasinya.

Saya menasihati anak-anak muda seperti saya agar kita merapatkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk terus bersedia untuk bergelut dalam dunia dakwah. Dunia ini semestinya mempunya cabaran yang cukup hebat dan memerlukan pengorbanan. Tapi apalah sangat pengorbanan yang kita terpaksa hadapi kalau nak dibandingkan pada zaman Rasulullah menyebarkan Islam.

Dari sudut mehnah dan tribulasi kita memang cukup kecil dan ringan sahaja. Mehnah dan tribulasi di peringkat Mahasiswa tiada perlu dirisaukan sangat. Yang penting kita buat kerja atas iman bukannya semangat semata-mata. Kerja atas semangat semangat akan luntur, hati akan gerun. Jiwa akan resah. Tapi kalau berdasarkan iman segala onak dan duri dapat kita tempuhi dalam mengapai cita-cita Islam. Tida yang paling aku takuti kecuali Allah. Itulah kata-kata yang bias keluar dari hata anak muda yang jalan dakwahnya atas dasar Iman.

Semester ini memang semester yang getir bagi aku sendiri. Masa untuk belajar dan juga untuk politik kampus terpaksa diatur dengan bijak. Menjelang Pilihanraya Kampus yang semakin hamper betul-betul menuntut pengorbanan.

Read more...

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI hapus

Alhamdulillah akhirnya isu PPSMI akhirnya selesai. PPSMI merupakan satu lontaran idea dan juga dasar baru yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Tun memang banyak membawa jasa kepada Malaysia. Jadi tidak hairanlah kalau die digelar “Bapak Segala Pembangunan”. Daripada Negara kita yang bergantung kepada sumber pertanian kepada Negara industry. Lihatlah betapa hebat iden pembangunan Tun Mahathir.

Tapi dalam kehebatannya jangan disangka hebat dalam segenap segi. Mesti ada kekurangannya. Mana mungkin manusia sempurna. Dalam sempurna itu ada juga “bangangnya”. Maka tercetuslah oleh Tun Mahathir iden PPSMI. Idea yang pada mulanya mendapat bangkangan oleh orang-orang politik daripada Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia pada ketika itu masih buta untuk menilai dasar ini. maka tiada penentangan yang serius oleh rakyat Malaysia.

Tetapi selepas beberapa tahun dasar ini dijalankan. Keberkesanan dasar ini semakin diragui. Pejuang-pejuang bahasa yang dulunya diam seribu bahasa bangun dengan langtang menentang dasar yang tidak masuk akal ini. banyak wacana-wacana ilmu dianjurkan bagi membincangkan dasar ini dari sudut pro dan kontranya. Wacana-wacana semacam ini semakin mendedahkan ketempangan dasar Tum Mahathir ini. kemuncak penentangan rakyat apabila himpunan 100 ribu rakyat datang berdemostrasi di Kuala Lumpur dibawah simbahan air acid dan kepulan gas pemedih mata.

Dengan himpunan rakyat yang menunjukkan kesunguhan membenci dasar ini kerajaan mula celik dengan kemahuan rakyat dan kesedaran kerajaan mengenai kegagalan dasar ini akhirnya sampai. Serta merta Tun Pak Lah mengeluarkan kenyataan akan kaji balik dasar ini. itu lah hebatnya kuasa rakyat mendesak kerajaan melalui demostrasi.
Kini keputusan yang sememangnya dijangkakan oleh aku sendiri iaitu kerajaan akan menarik balik dasar ini. akhirnya kerajaan menarik balik dasr ini secara beransur-ansur selama 3 tahun. Keadaan kembali kepada asal dulu. Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia. Manakala sekolah tamil dan cina menggunakan bahasa ibunda masing-masing.


Seperti yang dijangka juga Tun Mahathir tidak senang dengan tindakan kerajaan menarik balik dasar ini. Dasar orang tua nyanyuk. Tak habis-habis nak menyusahkan orang.

Read more...

Rabu, 8 Julai 2009

Adakah otak kita betol-betul kreatif?

Uji otak anda sekarang.

Dalam masa satu minit cuba senaraikan sebanyak mungkin apa yang anda boleh buat dengan Klip kertas.

Selepas itu dalam masa satu minit juga senaraikan berapa banya benda yang tidak boleh dibuat dengan klip kertas.

Uji minda anda dengan alatan lain seperti pembaris dan sebagainya. insyaAllah kalau selalu dilatih otak anda mampu berfiikir dengan cepat dan kreatif.

Hehehehhe…. Benda nie aku baru dapat daripada Dr. Shakinaz. Memang seronok belajar macam nie.

Read more...

"Teacher is a Performer"

“Teacher is a performer” yeah!! Itulah ungkapan yang paling berharga yang aku dapat pada malam ini. Kelas Biochemistry dibawah bimbingan Dr Shakinaz Desa memang menyeronokkan hati dan menakjubkan diri.

Cara pengajarannya lain dari yang lain. Biochemistry adalah satu pelajaran yang agak berat dan memerlukan penumpuan yang lebih. Dari segi isi dan cara penyampaian mensti kena mantap dan hebat barulah dapat menarik minat pelajar. “Teacher is a performer”.. ungkapan ini masih terngiang-ngiang di kepala aku walaupun sudah berada di kolej. Aku berfikir sejenak kerana ungkapan ini. betul-betul mengusik pemikiran kritikal aku sebagai bakal guru.

Apa yang hebat daripada ungkapan ini sebenarnya. Apa yang istimewanya ungkapan ini. memang sebelum ini aku selalu mendengar ungkapan ini yang keluar daripada mulut-mulut licah motivator. Tapi malam ini baru aku dapat menyaksikan “performer” yang sebenarnya.
Lagak Dr. Shakinaz mengajar memang mencuit hati dan menyeronokkan. Sesuai dengan ungkapan “Teacher is a performer” beliau menonjolkan bakat Dr Shakinaz yang sebenarnya. Wanita yang berumur 30-an itu mempunyai konten ilmu yang cukup tinggi dan kemahiran yang cukup mantap dalam menyampaikan pelajarannya. Terfikir aku keseorangan mampukah aku menjadi hebat sepertinya suatu hari nanti. Fikiran aku tengelam dalam keseronokan belajar bersama Dr. Shakinaz.

Memang kalau ditugaskan kepada kita untuk mengajar kepada pelajar sesuatu topic kita lebih selesa mengajar menggunakan cara lama. Cara yang dah lapuk ditelan zaman memang tidak lagi berkesan pada hari ini sesuai dengan perkembangan teknologi. Pelajar-pelajar tidak harus lagi menerima ilmu secara pasif dan serius. Belajar menggunakan kaedah lama bagaikan menunggu kepala hendak dipancung. Apa tidaknya apabila pelajar tidak terlibat secara aktif di dalam pelajaran.

Malam ini aku berkesempatan untuk berlakon sebagai “LION” disebabkan Dr. ingin mendedahkan satu cara mengigat proses “oxidation” dan “reduction”. Aduh!!! Beberapa kali disuruh aku mengaum semacam singa kerana teknik ingatan yang beliau ingin ajarkan. Sekarang kami mendapat satu teknik ingatan dengan mengigati perkataan LEO dan GER sambil teringatkan muka aku. Aku digelakkan oleh kawan-kawan. Apapun aku memang sukarela untuk kehadapan sebab nak latih diri menguasai suasana berhadapan dengan orang ramai. Memang itu amat diperlukan oleh seorang pemimpin kan??

Kelas berakhir dengan mengisi boring tentang diri. Bila aku lihat boring yang aku terpaksa isi aku memikirkan Dr. Shakinaz adalah lain daripada yang lain. Beliau mempunyai kemahiran tersendiri dalam P&P di dalam kelas. Aku harus merebut peluang ini untuk mecedok ilmunya. Benak hatiku sendiri…

Read more...

Isnin, 6 Julai 2009

Babi belaan DAP dihalau.. Kecoh..

Ermm...
macam mana ngan kes babi-babi kat Kedah?
DAP yang membela babi walaupun babi yang memang dah haram bertindak secara haram dari dasar PR. ceh!!! haktui.. cakap berdegar bila kena kat die baru nk bising.
benda dah jelas betul dan salahnya.

dah sebulan MB Kedah bagi peluang. xkan xcukup lagi. Ada yang mempertikaikan tindakan Mb Kedah mengambil tindakan tanpa memikirkan semangat setiakawan. tapi aku nk jawab-sampai bila nak tunggu??? dah bagi masa sebulan untuk cari tempat baru takkan xcukup.

Sampai bila? dah 30 tahun beroperasi secara haram pastu bagi lak masa sebulan untuk cari tempat baru memang bangang la nk "demand" masa lebih lama lagi nk pindah tempat baru.

Apa-apa pun tahniah kepada MB Kedah. Anda dah membuktikan PAS bukanlah parti pak turut di dalam Pakatan Rakyat.

Read more...

Khamis, 2 Julai 2009

Bini Najib

BN-Bini Najib...
wah bila plak BN menjenamakan nama baru untuk parti ini.
Pandai-pandai jer Abg Mahfuz letak nama ni..
hehehe..
tapi tol gak. macam rasional jer..
alahai...........BN.. parti Ngok..

Read more...

DAP kedah memang NGOK

ALOR SETAR, 1 Julai: Para pemimpin DAP Kedah tidak patut membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana penjelasan telah dibuat berkaitan dengan perobohan rumah penyembelihan babi di Mergong itu.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.

"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.

Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.

Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.

Pagi tadi, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.

MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.

Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang."Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.

Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

sumber:Siasah

Read more...

Rabu, 1 Julai 2009

Pemuda PAS sangkal laporan ada kerjasama dengan Umno

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:

Kenyataan Media (1 Julai 2009)

1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.

2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.

Sekian.
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat _

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.