Rabu, 22 Julai 2009

Janji oh janji....Remeh dan diremehkan..

Pernahkah anda berjanji dengan seseorang dan orang itu datang lewat dari yang sepatutnya?? Kalau terlewat 5 minit mungkin sahaja boleh dimaafkan tetapi kalau anda terpaksa menunggu sehingga 30 minit dengan sia-sia, tentu mendidih juga darah. Kita sering disogokkan dengan janji yang sengaja dimungkiri adalah janji orang melayu kerana itu diwujudkan pepatah baru iaitu ‘janji melayu’. Mengapa hal ini berlaku??

Kebanyakan orang Melayu adalah beragama Islam. Justeru, mereka perlu tahu memungkiri janji adalah termasuk di dalam kategori orang-orang yang munafik.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah) “.

Riwayat Ahmad

Penulis biasa berkawan dengan budak berbangsa Tionghua. Berbanding teman-teman seagama dan sebangsa, mereka lebih menepati masa. Pernah suatu ketika, penulis berjanji dengan Chan Yoke Moi pada pukul 2.30 petang tetapi pukul 10 pagi dia sudah menaiki bas dari kampungnya untuk ke bandar Chukai.

Aku : Hai Yoke Moi, dah lama sampai?
Dia : Hampir 4 jam doh aku ada kat sini.
Aku : Hoh?? Kenapa awal sangat datang?
Dia : Bas petang pukul 3. Nanti mu plak kena tunggu aku.
Aku : Bagus kawan aku sorang ni.

Lain pula halnya apabila janji itu berlaku antara orang Melayu. Ketika itu, kami perlu berkonvoi sebanyak sebuah bas dan 10 buah kenderaan pelbagai jenama dari Kemaman ke Kuala Terengganu untuk majlis pernikahan seorang sepupu penulis. Masa yang dijanjikan untuk bertolak adalah pukul 8.30 pagi.

Ayah : Semua dah siap ke? Boleh bertolak sekarang?
Pakcik A : Belum lagi. Ada lagi yang belum mandi.
Makcik B : Kejap. Belum siap bersolek ni.
Ayah : Ya Allah. Kenapa tak tepati masa ni?
Penulis : Biasalah, janji Melayu.

Penulis pun pernah juga gagal hadir pada masa yang benar-benar tepat dek kerana pekerjaan penulis sebagai peniaga tidak mengizinkan penulis menutup kedai ketika pelanggan sedang minum. Tidak sampai hati rasanya hendak ‘menghalau’ pelanggan yang sedang menjamu selera.

Justeru, penulis akan memberitahu orang yang akan penulis temui bahawa penulis berkemungkinan besar akan berjaya sampai tepat pada masa atau terlewat selama beberapa minit. Selama tempoh kelewatan itu berlaku, penulis akan menghantar beberapa sms sebagai pemberitahuan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memahami keadaan penulis ketika temujanji dibuat.

Mulai tika dan saat ini, mari kita sama-sama mendidik diri sendiri agar menepati janji. Janji boleh wujud di dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya janji berupa pertemuan sahaja, malah ianya merangkumi penjualan dan pembelian, perhubungan hati dan lain-lain lagi. Ini kisah penulis. Bagaimana pula dengan anda? Adakah semua orang disekitar anda menepati masa yang telah dipersetujui bersama??

Eriyza : Beberapa orang pernah berjanji pada penulis bahawa dia akan menunaikan permintaan penulis tetapi sehingga ke hari ini janji itu masih belum mereka tepati. Tahukah kamu bahawa janji yang tidak disempurnakan seringkali penulis fikirkan?? Jangan biarkan penulis diamuk resah dengan janji yang tidak sudah.

Ulasan aku: adeh terkena diri sendiri. ye betul ape kata cerita ini. Kita selalu ambil mudah soal janji. kadang-kadang buat tak peduli terus. Kalau rasa nak tunaikan kita tunaikan kalau rasa tak nak tunaikan kita buat bodoh jer. ermm.... jom sama-sama muhasabah diri kita demi kecemerlangan umat Islam. Umat Islam akan maju dengan mengikut ajaran Islam yang sebenar bukannya ikut ajaran Islam Pak turut..

4 Cetusan minda:

Lebah 22 Julai 2009 pada 10:21 PTG  

mari tepati janji.
(10 muwasaffat tarbiyah)

aisha 24 Julai 2009 pada 4:01 PTG  

tau xpe..terma janji melayu 2 kdg2 wat kite rse its ok klu lmbt its ok nt 2 b punctual kn?

marilah same2 kite lawan terma 2 chaiyok2!

مَعهَدين الُمعلمْ 25 Julai 2009 pada 12:37 PG  

janji melayu??
sekaligus menhina bangsa kita sendiri..
sama2 kita ubah paradigma itu..
bukan mudah nk ubah sebab dh jadi kebiasaan dengan perkataan "janji melayu"

  ©Template by Dicas Blogger.