Sabtu, 31 Januari 2009

Muslimah VS trend terkini

Sekejap ku toleh ke kiri sekejap ku toleh ke kanan. Banyak benda yang aku fakir. Tidak tentu arah sewaktu menunggu bas tiba. Hari ini aku akan bertolak ke UPSI. Aku akan ke KL dahulu sebelum menuju ke Tanjong Malim.Kampung halaman akan ditinggalkan demi meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu. Salah satu medan jihad di dalam Islam. Semasa menunggu bas banyak yang aku perhatikan. Utama skali ialah gelagat manusia. Seribu manusia seribu gelagat. Bermacam-macam sehinggakan pening dibuatnya untuk menilai setiap orang antara manusia yang aku lihat. Aku perhatikan yang selalu aku perhatikan dan yang aku sedar. Aku sedar perubahan itu makin lama makin hebat berlaku di kalangan muslimah di negeri aku iaitu negeri Kelantan yang dikenali dengan negeri Serambi Mekah.

Trend pakaian semakin lama semakin hebat dan bermacam-macam. Bukan sahaja trend pemakaian jubah yang mengalami evolusinya tersendiri malah pakaian yang ‘moden’ semakin hari semakin brutal. Fuh!!! Barangkali begitu bangga si pemakainya berjalan terkedek2 di depan orang ramai. Lihat ke kiri lihat ke kanan dengan bangganya tetapi tidak sedar ada orang yang begitu menyampah dengan dia berpakaian sedemikian. Mungkin itulah yang dinamakan trend bandar sesuai dengan dirinya yang ingin menaiki bas ke Kuala Lumpur. Blaja kat KL la katakan. Sesetengah itu ada yang kerja kat KL(kerja kilang je pun)…

Daripada berseluar jeans ketat berbaju sendat bertudung singkat sehinggalah kepada wanita yang tidak bertudung. Itualh trend yang makin mewarnai stesen bas machang bermula daripada pukul 9 pagi tadi. Beberapa kerat sahaja yang memakai pakaian seorang muslimah dengan sopan dan mengikut kehendak Islam. Setahu aku hanya seorang sahaja yang memakai jubah dan tudung labuh.Errmm….. Bukan jubah dan tudung labuh yang diharapkan tetapi biarlah memakia pakaian dengan menutup aurat dengan sempurna. Islam itu mudah. Tetapi manusia yang suka menyusahkan diri sendiri. Pemikiran kita sekarang bila kata tutp aurat dengan sempurna maknanya kena pakai baju jubah dan tudung labuh. Adus!!! Itulah tandanya pemikiran telah diracun oleh Yahudi laknatullah.. menyusahkan benda yang senang. Lama-lama timbul kebencian dengan ajaran Islam.

Ermm..

Yang freehair pun makin lama semakin ramai di negeri kesayangan aku ini. Seingat aku hari kat stesen bas ada dalam 3 orang perempuan yg tidak bertudung. Arrgghhh.. lemahnya iman aku nak menegur semua ini sedangkan gadis tersebut hanya satu depa di tepi aku. Ermm…. Mampu melihat dan menegur dengan hati sahaja. Lemahnya iman aku. Selemah-lemah iman.


erkkkk...susahnya nk cari calon isteri kalau ramai wanita macam nie.

Read more...

Khamis, 29 Januari 2009

Subhanallah...Kebesaran Allah di dalam Program Keris 09'

Subhanallah......
itulah yang terkeluar daripada mulut aku disaat aku melawat blog Akhi Zul. jelas cahaya lilin pada gambr itu ada kalimah ALLAH..ikuti tulisan saudara zul kat bawah..





Bismillahirrahmanirrahim…..ALHAMDULLILAH……syukur pada Allah s.w.t kerana program Kem Jati Diri Muslim 09 (KERIS 09) telah selamat melabuh tirai dengan jayanya pada 26 Januari 2009. Kem tersebut yang dijadualkan pada 24-26 Januari 2009 merupakan yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kelab Rakan Surau Ar-Rasyidin bersama Biro latihan dan Pembangunan Sahsiah Kolej Harun Aminurrashid dengan kerjasama Pusat Islam UPSI. Saya selaku Pengerusi Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin dan juga Pengarah Program KERIS 09 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang terlibat diatas kerjasama dan komitmen yang cukup baik sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan juga buat sahabat dan sahabiyah AJK program yg sentiasa bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan entum semua mendapat keberkatan drp Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian.Program tersebut bukan sahaja untuk mendidik peserta menjadi insan yang bertakwa, malahan ia juga untuk mentarbiyah diri saya sendiri supaya diri ini sentiasa bermuhasabah tentang perjalanan hidup yang sangat singkat ini. Mudah-mudahan diri ini sentiasa dekat dengan Allah s.w.t. Apa yg saya cuba ingin berkongsi disini adalah terdapat satu slot dlm program tersebut yang betul2 memberi kesan kpd hati saya, iaitu slot muhasabah dan bermunajat pada Allah s.w.t. Yang mana didalam slot tersebut kami menemui kebesaran Allah s.w.t . Slot muhasabah dan munajat ini diadakan khas untuk para peserta bermunajat pada Allah s.w.t. Apa yang memeranjatkan kami semua, kami menemui KALIMAH ALLAH pada gambar yang kami ambil. Kalimah tersebut dapat dilihat melalui cahaya lilin yang kami pasang dihadapan setiap peserta.Subhanallah.....inilah pertama kali saya menyaksikannya, dan ianya bukan direka-reka. Malahan kami selaku urusetia melihat gambar ini berkali-kali. Hanya Allah s.w.t sahaja yang lebih mengetahui hikmah dsebalik kejadian ini. Apapn kite selaku hambanya sentiasalah dekat dengan Allah s.w.t. disebabkan kite tidak mengetahui bila kite akan dipanggil utk berjumpa denganNYA....mudah-mudahan bekalan kite mencukupi apabila kite kembali pada Allah s.w.t nanti. Apapn insyaallah kami akan jadikan program sebegini sebagai progrm tahunan Kelab Surau Ar-Rashidin....Insyaallah.......MAHA SUCI ALLAH.....

Read more...

Prebet sapu yang mulia..

Perjalanan daripada KL ke Machang tidak berasa kepenatannya disebabkan perasaanku begitu merindui kampong halaman. Perjalanan diredah dihiasi dengan zikir-zikir memuji Allah ditambah pula dengan ketenangan hati disaat aku sudah menemui jalan sebenar kehidupan. Kini tiba masa untuk aku balik ke kampong melawat ayah ibu dan adik-adik. Perasaan gembira tidak terkata.

“MACHANG”..itulah signboard yang kelihatan disaat bas yang aku naiki berlabuh ditempatnya. Pukul 4 pagi bas sampai ke stesen bas Machang. Rasa syukur dihati semakin dirasai tanda berterimakasih kepada Allah diatas keselamatan perjalanan aku. Di ruang menunggu aku menunggu ketibaan ayahku yang tercinta untuk pulang kerumah. Di stesen bas di saat menunggu ketibaan ayahku aku lihat beberapa insan yang mulia sudah sibuk mencari rezeki seawal pukul 4 pagi. Mereka diibaratkan seperti semut menghurung maknan. Itulah pakcik-pakcik driver ‘prebet’ yang bersusah payah untuk mencari sesuap rezeki yang halal. Sanggup korbankan masa tidur demi mencari sesuap rezeki yang halal untuk dijamu kepada keluarga. Aku begitu tenang melihat gelagat-gelagat mereka mencari pelanggan apabila bas berhenti di stesen.

“adik nok g mano nie dik? Maghi abe ata”.
Mache..mache..pasir puteh..pasir puteh..

Lebih kurang begitulah skrip-skrip yang kedengaran disertai dengan gelagat-gelagat mereka mencari pelanggan. Mulianya diri mereka. Mulianya hati mereka. Mulianya keturunan mereka. Rezeki yang halal tetap menjadi pilihan untuk dijamu kepada keluarga tersayang.

p/s: xde ape yang hebat pn yg aku nk cerita kat sini.
- walau susah mana pun diri kita jangan jadikan alasan untuk mencari rezeki dengan cara yang tidak disukai oleh Allah Taala.
- Carilah rezeki yang halal lagi baik.
- Ingatlah keluarga tersayang.
- Buatlah kerja kerana Allah Taala

Read more...

Sebatang jasad yang memikul amanah Allah

4 hari aku disana..
Dididik mengenal erti kehidupan..
Apa yang aku kejar dan mesti aku kejar dalam kehidupan aku sudah aku temui..
Sebatan jasad yang memikul beban amanah yang begitu berat..
Tetapi niatkan lah kerana Allah Taala..
Kerana DIAlah yang maha berkuasa atas segala-galanya..

Read more...

Rabu, 21 Januari 2009

Karnival Pengguna 2009. Prihatin terhadap isu Palestin

Program karnival pengguna 2009 yang dianjurkan oleh persatuan pengguna upsi diteruskan lagi pada malam ini. Slot ceramah berkenaan dengan palestin yang disampaikan oleh Pengerusi Amal Palestin Negeri Perak iaitu Usraz Shaharuzzaman Binstaman membuka mata dan hati pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program bermula seawal maghrib dan disusuli dengan ceramah isu Palestin dihadiri oleh lebih kurang 100 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang begitu prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin. Bersama juga beberapa muka pemimpin dikalangan mahasiswa iaitu majlis perwakilan pelajar(MPP kebajikan) dan juga presiden2 persatuan-persatuan yang utama di upsi. mereka semua para hadirin datang dengan satu tekad dan satu matlamat ingin menyelami masalah dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara seislam di Palestin. Walaupun kehadiran tidak begitu ramai kalau nak dibandingkan dengan nisbah pelajar upsi sudah semestinya merekalah insan yang terpilih yang dipilih oleh Allah Taala mempunyi kelapangan masa menyelami isu palestin. Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana tidak semua pelajar yang berjumlah 14 ribu orang pelajar dianugerahkan kelapangan masa oleh Allah Taala.


Ustaz shaaruzzaman memulakan ceramah mengenai gaza dengan mengimbau kembali sejarah Israel dan juga pencerobohan mereka ke atas Palestin. Walaupun rata-rata pelajar sudah mengetahui sejarah berkenaan tapi kiranya perlu diulang oleh ustaz untuk membangkitkan kembali memori-memori lama yang sudah lama tersimpan dalam kepala pelajar. Bermula dengan perancangan oleh hetzel dimana tahun perancangan yahudi bermula pada tahun 1897 lagi untuk menakluk Negara Palestin. Sehingga 13 Mei 1948 yahudi dengan rasminya menduduki tanah Palestin dan direstui oleh PBB. Daripada 2 peratus pendudukan yahudi di tanah Palestin kini sebahagian besar Palestin dikuasai oleh Yahudi. Bukan sahaja menguasai tanah Paestin malah penduduk-penduduk Palestin dibunuh dan dilayan seperti binatang malah lebih teruk daripada itu.


Ustaz juga mengimbas kembali bagaimana saidina Umar mendapatkan tanah Palestin daripada kerajaan Rom dan dijadikan empayar Islam dibawah pemerintahan Khalifah. Watak tawaduk yang ditunjukkan Saidina umar dalam perjalanan ke Rom amat mengkagumkan. Perjalanan daripada madinah menaiki unta ke Al-Kurt bersama dengan hambanya merekodkan satu kisah yang mesti dijadikan tauladan oleh semua pemimpin-pemimpin Islam. Perjalanan yang jauh yang mengambil masa lama memungkinkan seseorang akan mementingkan diri sendiri. Tapi sikap yang ditunjukkan oleh saidina umar begitu hebat dimana dia bergilir menaiki unta dengan hambanya, sekejap beliau menaiki unta sekejap hambanya menaiki unta dan beliau menarik tali unta. Itulah pemimpin yang sebenarnya yang perlu ada pada setiap pemimpin. Apabila saidina umar sampai ke Al-Kurt Palestin kebetulan pada masa tersebut beliau sedang menarik tali unta dan hambanya berada diatas unta. Lantas pemimpin Rom memberikan kunci Al-Kurt kepada khalifah Umar. Mereka menyangkakan khalifah umarlah yang berada diatas unta tersebut tetapi rupa-rupanya yang menarik tali unta itulah saidina Umar. Pemimpin-pemimpin Rom terkejut dan mereka menyatakan sememangnya khalifah Umar layak menakluki tempat suci Palestin.


Selepas beberapa lama kerajaan Islam diPalestin jatuh kepada tentera-tentera salib menyaksikan tidak kurang 70 ribu orang rakyat Palestin disembelih dengan kejam di sekitar Masjid Al-Aqsa. Mereka disembelih diperkosa dan dilakukan seperti binatang kerana mereka mempertahankan tanahair mereka sendiri.


Selepas daripada peritiwa tersebut Tentera Islam dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dapat menawan semula tanah Palestin daripada tentera Salib. Beliau bukanlah berketurunan arab ataupun rakyat Palestin sendiri tetapi beliau mampu menyatukan seluruh orang Islam untuk merampas Palestin dibawah khalimah tauhid kepada Allah. Itulah kehebatan yang kita akan dapat jikalau kita betul-betul bersatu dibawah nama Islam.


Ceramah pada malam ini juga diselangi dengan gambar-gambar dan juga tayangan video yang amat menyayat hati. Terasa keluar titisan airmata melihat saudara-saudara kita dibunuh dengan kejam setiap hari. Badan hancur berkecai, ada yang hangus terbakar kesan bom kimia, kanak-kanak ditembak hidup-hidup, ibu-ibu dicincang lumat dan banyak lagi gambar-gambar dan video yang amat menyayat hati.


Diakhir ceramah ustaz mengesa kita supaya kita meneruskan berdoa tanpa berputus asa. Sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang mukmin. Selain itu umat Islam juga harus memboikot Israel secara besar-besaran. Majlis berakhir lebih kurang pada jam 11 malam dengan penuh keinsafan dan semangat jihad bencikan Israel.

BOIKITLAH:

SYARIKAT PHILIP MORRIS

MARLBORO

VIRGINIA SLIMS

BENSON & HEDGES

WINSTON

GOLD COAST

POLO

MILKA

PHILADELPIHIA

COCO-COLA

McDONALDS

BURGER KING

PIZZA HUT

NESTEA

SYARIKAT NESTLE

SYARIKAT DISNEY

SYARIKAT DELTA GALIL INDUSTRIES LTD.

NOKIA

DANONE JOHNSON & JOHNSON

REVLON

AOL TIME WARNER

L’OREAL

INTEL

KIT-KAT

DAN LAIN-LAIN LAGI…

Read more...

Jumaat, 16 Januari 2009

Kepala babi diletak di surau UM

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu disedari oleh seorang pelajar yang tidur di dalam surau tersebut, ketika bangun hendak solat Subuh pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Turut tidur di surau tersebut adalah beberapa aktivis pro-Mahasiswa tetapi mereka tidak menyedari kejadian itu.

pig head in UMDi telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pihaknya belum pasti sama ada surau tersebut akan digunakan untuk solat Jumaat hari ini.

Katanya, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa serta seorang pelajar lain, sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, perkara itu disedari oleh pelajar lelaki berkenaan ketika dia bangun dan bersiap untuk bersolat Subuh.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

perbuatan yang tidak bertanggungjawab...
sengaja menimbulkan provokasi untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di dalam negara.
semoga Allah membalas setiap perbuatannya..



Read more...

Khamis, 15 Januari 2009

Punggung yang kentut muka pula yang mendapat malu..

Hari ini saya menghadiri kelas kedua untuk kuliah bahasa arab sebagai bahasa moden. Kuliah ini bukanlah kuliah wajib tetapi sebagai pilihan tambahan bagi pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mendalami bidang bahasa. Bukan sahaja bahasa arab malah bahasa cina, perancis, jerman juga disediakan. Saya memilih bahasa arab kerana ia adalah bahasa Al-Quran dan juga bahasa yang amat-amat dituntut kepada kita untuk dipelajarinya.

Ustaz khairul Azman sememangnya antara ustaz ‘kegemaran’ saya kat UPSI. Cara penyampaian ilmu yang bersahaja dan tepat memungkinkan lagi beliau antara ustaz yang saya minati. Beliau seorag yang simple dan mudah mesra. Mempunyai fikrah perjuangan yang cukup hebat dari segi teori dan juga perbuatannya. Beliau juga merupakan penasihat kepada Persatuan Bahasa Arab UPSI.

Di penghujung kelas tadi ustaz Khairul berkongsi satu kisah yang menarik bersama pelajar-pelajarnya yang menarik perhatian saya untuk saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Benda yang paling penting sebagai ‘point’ yang ingin disampaikannya ialah jangan fikir agama dengan akal semata-mata.

Ustaz menceritakan kisah seorang kawannya di Sabah berbual bersama orang yang bukan Islam di sana. Kata orang yang bukan Islam itu die begitu pelik dengan perangai orang Islam. Apabila kentut je terus mengambil air sembahyang. Apabila kentut ambil air sembahyang. Sepatutnya basuhla punggung sebab angin kentut keluar melalui punggung.(maaf kalau bahasa yang saya gunakan kurang sopan). Secara logik akal betulla apa yang dikatakan oleh orang yang bukan Islam itu. Sepatutnya kita basuhla punggung barulah sesuai dengan logik akal.

Saya begitu kagum dengan jawapan yang diberikan oleh kawan ustaz Khairul katanya kalau kita kentut kenapa diri kita yang malu? Sepatutnya punggung la yang malu sebab punggung yang kentut. Dari segi logik akal pun kita mesti mengatakan punggung yang malu sebab punggung yang kentut. Tetapi lain pula jadinya apabila muka yang mendapat malu disebabkan punggung yang kentut..

Kelas dihiasi tawa mencuit hati oleh pelajar-pelajar dengan mendapat mesej yang tepat bahawa agama ini bukan boleh difikir dengan akal semata-mata. Ia mesti berpandukan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Qias, Ijma ulama.

Semoga sahabat-sahabat semua terhibur dan mendapat pengajaran yang berguna..

Sekian…

Read more...

Rabu, 14 Januari 2009

Palestin...Apa pendiriann kerajaan kita??

Kita tidak serius dalam mengambil langkah-langkah untuk menekan yahudi dan amerika syarikat. Itu yang boleh dikatakan dengan sikap yang diambil kerajaan Malaysia sekarang. Sebagai sebuah Negara Islam yang kononnya dihormati oleh Ulama-ulama besar dan juga Negara-negara OIC kita sepatutnya mengambil tindakan yang proaktif dalam berhadapan dengan isu palestin.

 

Amerika Syarikat adalah antara sekutu Israel yang paling kuat dan paling lantang mempertahankan Israel. Sebagai salah sebuah kuasa besar dunia Amerika menggunakan segala kebolehan untuk menghalalkan serangan-serangan Israel ke atas umat Islam di Palestin. Amerika yang kononnya selalu memperjuangkan hak asasi manusia sanggup berdolak dalih dalam menghalalkan serangan ke atas umat Islam.

 

Saya bersetuju dengan cadangan yang hebat oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat supaya mengusir kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. Ini perlu supaya ia boleh menunjukkan sikap kita terhadap isu ini. Kita yang kononnya model terbaik Negara Islam perlu bersikap proaktif dalam mempertahankan nasib umat Islam di seluruh dunia. Tidak guna sekadar beretorik semata-mata kerana retorik yang maha cantik tidak mampu untuk mengubah nasib rakyat Palestin. Dengan keganasan yang melampau Israel dan disokong sekutunya Amerika saya merasakan amat wajar sekali kiata menghalau duta Amerika di Malaysia sebagai tanda bankangan kita terhadap operasi ketenteraan terhadap rakyat Israel.

 

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

"Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.

"Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau.

Jelas Mahfuz, tindakan sedemikian perlu dilakukan selain dari tindakan memboikot barangan dari Amerika.

Selain dari mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.

"Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.

Jadi kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab memilih pemimpin hendaklah mendesak kerajaan kita sendiri supaya bersikap lebih tegas dalam hal ini. Ini adalah tanggugjawab kita semua. Isu Palestin bukan sahaja melibatkan rakyat Palestin. Isu ini adalah isu sejagat yang menjadi tangungjawab semua umat Islam. Segala usaha kita untuk membebaskan Palestin walaupun tidak direstui oleh orang sekular akan mendapat ganjaran yang besar oleh Allah Taala dan InsyaAllah akan mendapat keredhaannya untuk berada di tempat orang-orang yang soleh..

 

Read more...

Selasa, 13 Januari 2009

"Terapi Solat Tahajud..Mukjizat Penyembuh Penyakit"

“Kelas batal la pagi nie”.. pada masa tu aku baru sahaja sampai di perkarangan padang kawad PALAPES UPSI. Penat belum habis lagi berjalan dari tempat bas ke DRT. “alaaaa...batal lagi”keluhan kecewa terluah daripada mulut aku. Ini minggu ke-2 kuliah Pemikiran strategik dan Inovatif dibatalkan. Minggu lepas pun dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dikenalpasti. Minggu lepas selama 40 minit kami menunggu pensyarah di Dewan Rahman Talib untuk mengikuti kuliah pertama beliau. Tetapi tidak sampai jua. Minggu ini kelas terpaksa dibatalkan kerana semua pensyarah dan kakitangan UPSI terpaksa pergi ke Dewan SITC untuk mengikuti amanat TNC Prof. Dato’ Dr Aminah Ayob.

 

“kemana yer aku nk pegi. Baru jer sampai kampus xkn dah nak balik kot” desus hati aku. Aku sempat berbual seketika dengan kawan-kawan sekuliah tanya pendapat mereka samaada nak balik ataupun tunggu kuliah fizik. Mengikut kata Pengawal keselamatan majlis bersama TNC akan tamat pada jam 1 pagi. Kelas fizik kami pula bermula pada pukul 11 pagi. Kemudian aku membuat keputusan untuk ke Perpustakaan. Sudah berapa lama tidak mengunjungi perpustakaan kini hati terdetik untuk mengunjunginya. Lebih kurang 30 minit aku menunggu perpustakaan buka sambil-sambil berbual dengan kawan-kawan sekuliah. Kata kawan aku hari ini ada pesta buku kat dalam library. “wah ini peluang baik nie” aku tersenyum girang. Dengan semangat azam tahun baru yang masih membara hati begitu berkocak untuk membeli buku-buku yang dikehendaki pensyarah pada awal sem. Ambil sejarah pada sem2 lepas terasa amat rugi kalau membeli buku di pertengahan sem apetah lagi pada hujung sem dimana kita sudah buzy dengan assignmen dan juga study. Kalau beli buku awal boleh la juga untuk kita mula study daripada awal sem.hehehehe...inilah azam aku pada tahun baru nie. Ingin memecah tradisi study di hujung semester.

 

Lebih kurang jam 9.30 pagi aku memasuki pintu perpustakaan dan terus terpandang meja-meja yang disusun rapi tempat menjual buku. Bermacam-macam buku yang ada di atas meja sampaikan aku tak tahu nak ambil buku yang mana satu. Buku diambil dan dibelek-belek helaiannya....

”errmmm... bagus jugak buku ini. Kualiti kulitnya amat baik.”

Aku tercari-cari buku-buku yang dikehendaki oleh pensyarah aku. Tapi hampa, tiada satu pun buku-buku tersebut terkandung dalam senarai buku yang dikehendaki oleh pensyarah.

“Aduh..buang masa jer aku tunggu perpustakaan buka tadi.”

“ermmm...xpelah.tunggu sini ajelah tunggu kuliah fizik bermula.”

Dalam tempoh menunggu aku membelek-belek beberapa buah buku. Ada buku mengenai Dr Burhanuddin Helmi. Seorang tokoh yang aku memang minati perjuangannya. Seorang tokoh gerakan Islam di Malaysia dan salah seorang pejuang PAS diambang penubuhan Parti Islam Se-Malaysia itu dahulu. Banyak juga buku-buku yang menceritakan pejuang-pejuang yang kononnya berhaluan kiri. Padahal perjuangan mereka suci berlandaskan Islam. Tetapi pejuang-pejuang Islam pula yang dicop berhaluan kiri. Teringat pula kata-kata Abu Bilal mengenai perjuangan Islam yang berbunyi:

 

Sesungguhnya tidak ada yang lebih sesat dari golongan yang mengatakan sekiranya umat Islam tidak menjadi golongan kanan mereka mestilah menjadi golongan kiri. Sekiranya mereka tidak menjadi komunis mereka mestilah menjadi kapitalis. Umat Islam wajib menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa mereka memiliki sifat-sifat keperibadian yang tersendiri, keperibadian yang tidak berfahaman kanan atau kiri. Mereka mempunyai keperibadian yang tulin lagi asli, keperibadian yang sifat-sifat dan rupa bentuknya bersumber dari ajaran Islam sebagai agama fitrah (murni) dan risalah fitrah. Dengan keperibadian yang tersendiri dan asli inilah yang membolehkan umat Islam memegang kendiri aliran pemikiran dan politik dunia.

 

Selepas puas membelek akhirnya terjumpa dengan buku yang begitu menarik perhatian aku. Bahagian kulintya juga agak menarik dengan kertas yang berkualiti dan tajuk yang cukup menarik perhatian. “Terapi Solat Tahajud” terpampang tajuk besarnya di bahagian atas kulit buku. Bila lihat kepada perkataan terapi sudah semestinya ia mempunyai kaitan dengan konsep sains. Jangkaan aku memang amat tepat apabila aku membelek-belek dan membaca tajuk-tajuk kecil di dalam buku ini.

“hebat”.Desus hati aku.

Fakta-fakta sains dan kajian sains cuba dikaitkan dengan solat tahajud.

 

Ada sebuah hadis yang bermaksud:

 

“Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan, dan menghindarkan daripada penyakit.” Hadis riwayat Tirmizi

 

Daripada hadis inilah penulis cuba mencari fakta-fakta sains demi menyokong ilmu-ilmu Islam. Satu kaedah yang amat bijak untuk membuktikan kebenaran Islam. Penulisnya juga adalah seorang doktor yang mengamalkan perubtan terapi di Indonesia. Dr Mohammad Salleh adalah pengasas klinik terapi solat tahajud yang terletak di Masjid al-Akhbar, Surabaya, Indonesia. Di dalam buku ini juga terdapat kata pengantar Dr. Danial Zainal Abidin iaitu Penulis Buku Bestseller Quran Saintifik.

Dr Danial menyeru supaya umat Islam pada hari ini perlu berjihad antaranya dengan membuat kajian dan berusaha menonjolkan aspek positif mengenai Islam. Aspek ini perlu relevan dengan dunia kini yang dikaitkan dengan sains dan teknolgi supaya ia mampu menarik perhatian umum. Jihad seumpama ini adalah penting di era kita hari ini.

 

Selain itu saya juga sempat membeli buku yang dikarang oleh Dr Danial sendiri iaitu “Minda Muslim Super”..

Diharap dengan buku-buku sebegini memperkukuhkan saf-saf perjuangan Islam demi memantapkan lagi perjuangan para pejuang di jalan Allah..

Takbir..

Allahuakhbar..

Read more...

Sabtu, 10 Januari 2009

Cubaan fitnah yang cuba dilemparkan kepada MAHASISWA yg mengadakan demostrasi di KLCC.

CUBA BACA FITNAH YANG DILEMPARKAN OLEH SEORANG HAMBA ALLAH INI...""Semalam, selesai sahaja solat jumaat ribuan umat islam berhimpun secara aman di beberapa masjid utama seluruh negara sebagai menunjukkan tanda protes terhadap kekejaman israel.
Dan perhimpuan sedemikian turut diadakan di masjid al-syakirin KLCC dimana saya menunaikan solat jumaat
Perhimpunan dianjurkan oleh pelajar dari sebuah institut pengajian tinggi awam.
Apa yang sedikit mengecewakan, pengumuman telah dibuat oleh pihak masjid untuk mengadakan solat hajat sebaik sahaja selesai solat jumaat bg mendoakan saudara islam kita yang sedang berhadapan dengan serangan israel. Namun begitu, setelah selesai sahaja solat jumaat kumpulan pelajar ini terus sahaja berkumpul sambil menjerit2 dgn laungan anti israel, tanpa menghormati jemaah yang sedang melakukan solat hajat.
Sudahlah tidak sama2 menyertai solat hajat, sebaliknya membuat bising pula. Lebih mengecewakan, sebagian pelajar sibuk bergambar, gelak2 bersama rakan2.. jadi dimana rasa prihatin mereka sebenarnya..
banyak wang digunakan untuk mencetak poster berkualiti tinggi, glossy paper with full colour. kan bagus kalau wang tersebut digunakan utk membantu mereka di palestin.
di masjid2 lain pula, gelagat rakyat kita tidak kurangnya.. ada yang membakar bendera dan sebagainya.. turut tidak terkecuali kelihatan beberapa pemimpin parti politik jual muka.
apa yang ingin dikatakan sebenarnya, apa yang anda buat adalah sia2 dan sebenarnya tidak memberi apa2 manfaat atau tidak membantu sedikit pun.
cuma apa yang anda boleh lakukan, berilah sumbangan derma walau dalam bentuk apa jua sekali pun, dan dalam masa yang sama boikot la syarikat2 dari israel atau sekutu nya, dan sentiasa lah berdoa utk mereka.
-end-
epool86'''''
SUNGGUH AKU KESAL APABILA MASIH ADA LAGI ORANG YANG PERANGAI MACAM BARUA SETAN YANG MASIH LAGI MENGGUNAKAN SENTIMEN POLITIK DALAM ISU PALESTIN INI. AKU MEMANG TAHU PERARAKAN DI KLCC SEMALAM MEMANG DIANJURKAN OLEH PRO MAHASISWA TTP TIADA SATU PUN TERSELIT AGENDA POLITIK DIDALAMNYA.TIADA SEORANG PUN YANG MEMAKAI BAJU YANG BERLAMBANGKAN PARTI PAS ATAUPUN KEADILAN ATAUPUN UMNO. PERARAKAN ITU DIBUAT KERANA RASE PRIHATIN YANG TIMBUL DIKALANGAN MAHASISWA. TP AKU CUKUP KESAL DENGAN SIKAP SEGELINTIR SAMPAH2 MASYARAKAT YG MASIH BERFIKIRAN SEMPIT DALAM HAL INI. LAUNGAN TAKBIR DAN LAUNGAN ANTI ISRAEL BERMULA SETELAH SEMUA HADIRIN SELESAI BERSOLAT HAJAT.
MASA ORANG SOLAT HAJAT KEADAAN MASIH LAGI LENGANG SEBAB SUME ORG DOP SOLAT KAT MASJID.. SELEPAS ITU BARULAH BERARAK RAMAI2 KE KEDUTAAN MESIR..TP KENAPA MASIH ADA ORG NK CUBA BUAT FITNAH DALAM HAL INI??ADAKAH KERANA KECEWA ANDA TIDAK PANDAI MENGUSIK JIWA2 JIHAD ANAK2 MUDA MALAYSIA BERSAMA ANDA DALAM HAL INI?? WEHHH!!!SULUH DIRI TU SKIT..

Read more...

Mahasiswa!!! bangkitlah........

Hidup-hidup. Hidup Islam..

Hancur-hancur. Hancur zionis..

Laknat-laknat. Laknat amerika..

Allahuakhbar…

 

Palestina..Palestina..

Sahabat kami..

Hancur-hancur..

Hancur yahudi..

Bangkit-bangkit..

Bangkit Islam..

Allahuakhbar..

 

Sabiluna.sabiluna jihad..

Amaluna-amaluna syahid..

Khaibar-khaibar ya yahud..

Allahuakhbar..

 

 

Suasana selepas solat jumaat dan solat hajat di masjid Assyakirin KLCC bergema dengan laungan takbir dan juga laungan semangat oleh  para mahasiswa seluruh Malaysia. Bermula daripada pagi lagi para mahasiswa sampai awal menunggu ketibaan solat jumaat dan seterusnya sama2 berarak ke kedutaan Mesir. Kali ini adalah bertujuan untuk membantah kerakusan yahudi ke atas saudara kita di Palestin dan juga ingin membantah sikap pekak dan bisu kerajaan Mesir terhadap isu Palestin.

 

Perarakan sejauh 3 km bermula daripada Masjid KLCC berjalan lancar dengan bantuan pasukan keselamatan dan juga anggota polis. Perarakan dihiasi dengan laungan takbir yang tidak putus-putus dilaungkan oleh para mahasiswa. Walaupun kepenatan berjalan jauh tetapi itu tidak melemahkan semangat anak-muda anak Malaysia untuk terus menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel yang tidak berhati perut itu.

 

Pada masa yang sama NGOs dan pemuda PAS juga turut mengadakan bantahan di hadapan kedutaan AS yang dianggarkan lebih 5000 orang yang hadir. Perhimpunan ini bukan sahaja disertai oleh masyarkat Islam malah masyarakat yang bukan Islan juga turut bersemangat menyatakan rasa marah dan benci terhadap zionis laknatullah.

 

Saya dan juga beberapa kawan seperjuangan di UPSI turut sama-sama mengambil bahagian dalam perjuangan yang dikira kecil ini jika nak dibandingkan dengan rakyat Palestin yang tiap2 hari bermandi darah. Ini bukan soal suka-suka hendak berdemo tetapi ini adalah soal sahabat yang seagama dengan kita yang kena bunuh, kena sembelih dan pastinya Allah Taala akan bertanya kepada kita apa yang kita telah lakukan untuk membantu saudara-suadara kita disana.

 

Dalam perarakan ke KLCC saya amat bertuah kerana terserempak dengan Dr Lo’lo Ghazali juga merupakan ahli parlimen Titiwangsa iaitu seorang ahli parlimen daripada PAS. Beliau dan juga pembantunya berjalan dibelakang saya dengan bersemangat dan tiada tanda-tanda keletihan dimuka walaupun beliau adalah seorang perempuan.

 

Dihadapan kedutaan Mesir Presiden GAMIS menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir dan selepas itu wakil-wakil pelajar daripada beberapa pertubuhan pelajar seperti PKPIM, SMM dan GAMIS  berucap untuk menaikkan semangat-semangat jihad mahasiswa. Ucapan pemimpin-pemimpin pelajar diselangi dengan laungan takbir dan semangat oleh Mahasiswa. Beberapa ketika bulu roma saya menegak dengan laungan takbir Allahuakhbar.. Jantung berdegup kencang seolah-olah akan menuju ke medan perang.

 

Semasa saya menulis postingan ini saya ada menerima e-mail daripada kawan saya yang menyatakan bahawa dia akan pergi berjihad di Palestin. Mungkin benar ataupun mungkin tidak. Tetapi kenyataan sahabat saya itu sudah cukup untuk saya muhasabah diri sejauh mana iman saya. Semoga anda berjaya dalam pelajaran anda di Mesir atau anda mendapat syahid di medan jihad Palestin. Mati yang paling mulia disisi Allah..

Takbir!! Allahuakhbar..

Read more...

Selasa, 6 Januari 2009

Israel PENJENAYAH!!!..israel LAKNAT!!!

Palestin menjerit. Serangan Rejim Israel terhadap umat Islam di Palestin sudah masuk minggu ke-2. rakyat Palestin menghadapi krisis kemanusiaan yang paling teruk apabila banyak bangunan,rumah-rumah,pejabat-pejabat di bom oleh pengganas Israel. Bekalan elektrik juga dipotong dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Palestin. Bekalan makanan semakin hari semakin suntuk dan pada masa yang sama Israel terus menerus menyekat bekalan makanan dan perubatan daripada masuk ke Palestin. Seluruh masyarakat dunia mengutuk serangan yang tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin. Alasan-alasan yang tidak munasabah terus dipermainkan dengan tujuan untuk menghalalkan serangan ke atas penduduk Palestin. Kalau kita mampu membayangkan keadaan di Palestin itu cukup untuk membuatkan kita rasa takut dan gementar dengan bencana peperangan ini.

Pada pandandagan saya majority rakyat Malaysia masih memandang isu peperangan diantara rakyat-rakyat Palestin dan askar Israel sebagai isu masalah dalaman dan tidak perlu diberi perhatian. Saya cuba berbual-bual dengan beberapa orang kawan mengenai isu palestin untuk mengetahui respon mereka semua mengenai isu palestin ini. Malangnya hampir semua menunjukkan sikap tidak ambil peduli terhadap isu yang berlaku ini. Malah ada yang memandangnya seolah-olah perkara yang tidak harus diambil tahu. Sikap begini harus kita kesali sebagai umat Islam yang amat mementingkan hubungan persaudaraan sesama Islam.

Sambutan tahun baru pada kali ini juga disambut tanpa memikirkan sensetiviti umat Islam yang lain. Di saaat saudara-saudara seagama dengan kita menderita di Palestin sepatutnya itu akan mendatangkan keinsafan daripada kita sebelum datangnya bala keatas diri kita. Tetapi lain pula jadinya apabila Jabatan Agama Islam Pahang menangkap beberapa pasang pasangan anak-anak melayu Islam bersama di dalam hotel murah. Difahamkan mereka pulang daripada sambutan tahun baru dan menginap di hotel untuk melakukan kerja terkutuk itu. Kekesalam yang amat sangat saya rasakan diatas ketidakkeinsafan mereka melakukan perkara-perkara terkutuk di tahun baru. Golongan seperti ini usahkan nak sama-sama membantu menolong saudara-saudara seagama dengan mereka di Palestin malah nak selamatkan diri daripada api neraka pun belum tentu boleh.

Kepada golongan pelajar-pelajar universiti pula kita seharusnya bersikap responsif terhadap apa yang berlaku di dunia hari ini. Lebih-lebih lagi jikalau sesuatu berlaku ke atas bumi orang Islam dan juga umat Islam. Pada pandangan saya pelajar-pelajar universiti masih lagi tidak lari daripada pengaruh hedonisme, individualisme dan berbagai-bagai lagi sikap buruk yang datangnya daripada negara barat. Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang barat mem’baratkan’ pemikiran muda mudi Islam di negara kita. Mereka solat, mereka berpuasa mereka bayar zakat tetapi ikatan persaudaraan diantara umat Islam di Malaysia dan juga ikatan persuadaraan dengan umat Islam seantero dunia amat lemah dan teruk sekali.

Jangan jadikan diri kita mahasiswa tunggul kayu yang hanya datang ke universiti semata-mata ingin belajar dan berseronok sahaja. Sepatutnya kita datang ke universiti dengan membawa harapan Islam dan juga harapan ibubapa kita. Sesungguhnya harapa Islam itu sendiri wajib kita utamakan kerana kita semua telah bersetuju mengatakan tiada agama lain yang tinggi selain daripada agama Islam.

Isu di Palestin sekarang sudah cukup untuk menguji sejauh mana keimanan kita sebagai umat Islam. Segalanya akan ditanya oleh Allah Taala apa yang kita buat untuk menyelamatkan saudara seagama dengan kita di Palestin. Adakah kita hanya senang bergembira di saat Palestin berdarah derita? Kalau soalan ini kita tidak mampu jawab mengikut ajaran agama kita sememangnya kita terdiri daripada golongan orang yang memetingkan diri sendir sahaja. Paling kurang pertolongan kita kepada saudara-saudara Islam kita marilah kita berdoa dan terus berdoa supaya Allah Taala memberi pertolongan kepada saudara kita di Palestin.

Read more...

Ahad, 4 Januari 2009

Calon kita suara kita suara Islam..InsyaAllah

YB Mohd Abd Wahid Endut
Alhamdulillah calon bagi PRK Parlimen Kuala terengganu telah pun diumumkan oleh Presiden PAS iaitu Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang. Tuan Guru menjelas dan menghuraikan panduan yang beliau ambil dalam memilih calon PAS untuk parlimen Kuala Terengganu. Ternyata ianya tidak berdasarkan nafsu, pengaruh dan pujukan peribadi tetapi berdasarkan panduan Islam yang telah ditunjuk dan diajarkan kepada kita oleh Baginda Rasulullah saw.

Semoga YB Mohd Abd Wahid Endut akan dianugerhkan kemenangan oleh Allah Taala dan dapat menegakkan syiar Islam di bumi Kuala Terengganu khususnya dan juga di seluruh Malaysia amnya.




Sama-sama kita berdoa untuk kemenangan calon daripada PAS YB Mohd Abd Wahid Endut. Amin...

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.