Rabu, 21 Januari 2009

Karnival Pengguna 2009. Prihatin terhadap isu Palestin

Program karnival pengguna 2009 yang dianjurkan oleh persatuan pengguna upsi diteruskan lagi pada malam ini. Slot ceramah berkenaan dengan palestin yang disampaikan oleh Pengerusi Amal Palestin Negeri Perak iaitu Usraz Shaharuzzaman Binstaman membuka mata dan hati pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program bermula seawal maghrib dan disusuli dengan ceramah isu Palestin dihadiri oleh lebih kurang 100 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang begitu prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin. Bersama juga beberapa muka pemimpin dikalangan mahasiswa iaitu majlis perwakilan pelajar(MPP kebajikan) dan juga presiden2 persatuan-persatuan yang utama di upsi. mereka semua para hadirin datang dengan satu tekad dan satu matlamat ingin menyelami masalah dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara seislam di Palestin. Walaupun kehadiran tidak begitu ramai kalau nak dibandingkan dengan nisbah pelajar upsi sudah semestinya merekalah insan yang terpilih yang dipilih oleh Allah Taala mempunyi kelapangan masa menyelami isu palestin. Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana tidak semua pelajar yang berjumlah 14 ribu orang pelajar dianugerahkan kelapangan masa oleh Allah Taala.


Ustaz shaaruzzaman memulakan ceramah mengenai gaza dengan mengimbau kembali sejarah Israel dan juga pencerobohan mereka ke atas Palestin. Walaupun rata-rata pelajar sudah mengetahui sejarah berkenaan tapi kiranya perlu diulang oleh ustaz untuk membangkitkan kembali memori-memori lama yang sudah lama tersimpan dalam kepala pelajar. Bermula dengan perancangan oleh hetzel dimana tahun perancangan yahudi bermula pada tahun 1897 lagi untuk menakluk Negara Palestin. Sehingga 13 Mei 1948 yahudi dengan rasminya menduduki tanah Palestin dan direstui oleh PBB. Daripada 2 peratus pendudukan yahudi di tanah Palestin kini sebahagian besar Palestin dikuasai oleh Yahudi. Bukan sahaja menguasai tanah Paestin malah penduduk-penduduk Palestin dibunuh dan dilayan seperti binatang malah lebih teruk daripada itu.


Ustaz juga mengimbas kembali bagaimana saidina Umar mendapatkan tanah Palestin daripada kerajaan Rom dan dijadikan empayar Islam dibawah pemerintahan Khalifah. Watak tawaduk yang ditunjukkan Saidina umar dalam perjalanan ke Rom amat mengkagumkan. Perjalanan daripada madinah menaiki unta ke Al-Kurt bersama dengan hambanya merekodkan satu kisah yang mesti dijadikan tauladan oleh semua pemimpin-pemimpin Islam. Perjalanan yang jauh yang mengambil masa lama memungkinkan seseorang akan mementingkan diri sendiri. Tapi sikap yang ditunjukkan oleh saidina umar begitu hebat dimana dia bergilir menaiki unta dengan hambanya, sekejap beliau menaiki unta sekejap hambanya menaiki unta dan beliau menarik tali unta. Itulah pemimpin yang sebenarnya yang perlu ada pada setiap pemimpin. Apabila saidina umar sampai ke Al-Kurt Palestin kebetulan pada masa tersebut beliau sedang menarik tali unta dan hambanya berada diatas unta. Lantas pemimpin Rom memberikan kunci Al-Kurt kepada khalifah Umar. Mereka menyangkakan khalifah umarlah yang berada diatas unta tersebut tetapi rupa-rupanya yang menarik tali unta itulah saidina Umar. Pemimpin-pemimpin Rom terkejut dan mereka menyatakan sememangnya khalifah Umar layak menakluki tempat suci Palestin.


Selepas beberapa lama kerajaan Islam diPalestin jatuh kepada tentera-tentera salib menyaksikan tidak kurang 70 ribu orang rakyat Palestin disembelih dengan kejam di sekitar Masjid Al-Aqsa. Mereka disembelih diperkosa dan dilakukan seperti binatang kerana mereka mempertahankan tanahair mereka sendiri.


Selepas daripada peritiwa tersebut Tentera Islam dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dapat menawan semula tanah Palestin daripada tentera Salib. Beliau bukanlah berketurunan arab ataupun rakyat Palestin sendiri tetapi beliau mampu menyatukan seluruh orang Islam untuk merampas Palestin dibawah khalimah tauhid kepada Allah. Itulah kehebatan yang kita akan dapat jikalau kita betul-betul bersatu dibawah nama Islam.


Ceramah pada malam ini juga diselangi dengan gambar-gambar dan juga tayangan video yang amat menyayat hati. Terasa keluar titisan airmata melihat saudara-saudara kita dibunuh dengan kejam setiap hari. Badan hancur berkecai, ada yang hangus terbakar kesan bom kimia, kanak-kanak ditembak hidup-hidup, ibu-ibu dicincang lumat dan banyak lagi gambar-gambar dan video yang amat menyayat hati.


Diakhir ceramah ustaz mengesa kita supaya kita meneruskan berdoa tanpa berputus asa. Sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang mukmin. Selain itu umat Islam juga harus memboikot Israel secara besar-besaran. Majlis berakhir lebih kurang pada jam 11 malam dengan penuh keinsafan dan semangat jihad bencikan Israel.

BOIKITLAH:

SYARIKAT PHILIP MORRIS

MARLBORO

VIRGINIA SLIMS

BENSON & HEDGES

WINSTON

GOLD COAST

POLO

MILKA

PHILADELPIHIA

COCO-COLA

McDONALDS

BURGER KING

PIZZA HUT

NESTEA

SYARIKAT NESTLE

SYARIKAT DISNEY

SYARIKAT DELTA GALIL INDUSTRIES LTD.

NOKIA

DANONE JOHNSON & JOHNSON

REVLON

AOL TIME WARNER

L’OREAL

INTEL

KIT-KAT

DAN LAIN-LAIN LAGI…

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.