Isnin, 27 April 2009

Manusia durjana yang menempah neraka

Dalam kesibukan aku menghadapi final ezam aku sempat untuk membaca sedikit sebanyak coretan Sahanom Ahmad di dalam bukunya yang berjudul “Revolusi yang Ditangguhkan”. Dengan gaya bahasa yang cukup indah dan tinggi aku cuba memahami maklumat-maklumat dan juga butiran yang beliau cuba ingin sampaikan. Bahasanya cukup indah dan tinggi menyebabkan aku terpaksa membaca dengan berhati-hati kerana ada sesetengah ayatnya memerlukan kiasan dan pentafsiran daripada minda.

Sebagai orang lama dan juga antara salah seorang orang veteran politik dalam arena politik Malaysia beliau banyak menkritik dasar-dasar pemimpin yang meniggalkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pemerintahan dan juga kehidupan. Rogol, dedah aurat,konsert yang melarakan, pecah amanah, penganiayaan kepada alam semester dan sikap-sikap manusia yang meletakkan diri mereka di dalam kecelakaan. Ayat-ayat pedas dan kasar yang beliau tonjolkan di dalam penulisan beliau mengambarkan kekecewaan beliau terhadap manusia menguruskan alam yang sudah lari daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Manusia yang kononnya bijak pandai, tahu segenap hal untuk menguruskan alam tetapi bodoh bebal dalam mencari kebenaran dan jalan yang benar untuk menuju ke Syurga Allah Taala. Manusia sanggup menolak hukum-hukum Allah yang sewajibnya dijalankan demi memperajakan nafsu serakah yang menghantui diri. Alam sekitar dengan sedihnya melihat kelakuan manusia yang memegang amanah sebagai khalifah tetapi memperkosakan amanah itu sesuka hati. Mana letaknya Al-Quran?? Mana letaknya As-Sunnah?? Kenapa hukum-hukum manusia diagong-agongkan sedangkan hukum Allah itu adalah sewajibnya dilaksanakan tetapi diperkosakan sedemikian rupa sehinggakan ada yang sanggup menyaman hokum Allah di mahkamah.(merujuk kepada kelakuan Zaid Ibrahim yang menyaman hokum hudud Kerajaan Negeri Kelantan)

Bertuahnya umat nabi Muhammad apabila alam dengan senyap dan diam melihat kerakusan dan kekejaman umat Nabi Muhammad. Dibandingkan dengan umat nabi-nabi terdahulu dihentam hebat oleh Alam atas arahan Allah Taala untuk membelasah menusia yang kufur kepada Allah. Ingatkah kita kepada kaum Ad, kaum Tsamud, kaum nabi Lut, Firaun. Bagaimannakah agaknya bukit dengan amarahnya menghentam kita kerana kegilaan kita memperajakan nafsu dalam diri kita. Bukit-bukau gunung-ganang masih lagi melakukan tugasnya sebagai pemasak bumi, jangan sampaikan mereka menganas baru kita mula hendak mengigati Allah.

Kesannya sekarang adalah cukup teruk. Masyarakat tidak tahu lagi hendak menilai mana yang baik mana yang haram, mana hak mana yang batil, mana yang buruk mana yang betul. Yang penting nafsu aku puas. Nafsu aku mencapai nikmatnya biarlah dengan jalan yang batil sekalipun. Masalah penzinaan makin teruk berlaku dalam masyarakat kita. Ayah rogol anak, anak rogol nenek, atok rogol cucu, sirogol merogol perogol, ini makin parah berlaku dalam masyarakat Islam sendiri. Usah bicarakan hidup masyarakat barat yang terus terang menolak Islam. Tapia pa yang perlu dirisau dan difikirkan ialah perangai umat Islam yang sedang meletakkan diri mereka di dalam kebinasaan. Semacam sengaja ingin menempah neraka Allah Taala.

Wahai umat Islam berubahlah sebelum kamu diubahkan….

Read more...

Sabtu, 25 April 2009

Bersama Unit AMAL Slim River..

Alhamdulillah pada petang yang sungguh bertuah tadi ambo dan beberapa sahabat ambo meluangkan sedikit masa bersama-sama dengan unit AMAL Slim River dan juga Ustaz-ustaz dan juga beberapa orang bapa untuk membuat persiapan bagi Sukan seluruh sekolah PASTI Tanjong Malim. Meriahnya kerana kerja dibuat atas ukhuwah Islamiyyah dan juga kerana semangat cintakan Islam.

hehehe...Bergambar dengan banner dulu sebelum balik...Puas hati!!!

Kerja dibuat dengan diselang-seli dengan laungan takbir Allahuakhbar dan juga nyanyian lagu dari kumpulan soutul harakah..

"Marilah beramal.."
"Beramal kerana Allah"
"Beramal keranaaa..."
"ALLAHUAKHBAR"

hehehe..dari awal sampai akhir dop ulang benda sama sebab xingat lirik kot.Tapi yang penting tetap semangat dan kerja kerana Allah. InsyaAllah.

Adeh...baru pasang khemah skit dah letih dah.. nie blum pegi perang lagi..

Ukhuwah punya pasal.... Nak masukkan satu skrew sampai 3 orang tu.. MasyaAllah hebat tol

Beribadat kerana Allah.. Teringat zaman aku kat PASTI dulu. best tau!!!

hehehe...asyik bergambar jer... kerja xsiap lagi..Air dah habis..huhuhu
Lebih kurang kol 5.30 kot kitorang semua selesaikan semua kerja. fuh!! Kepenatan tetapi seronok dan rasa bersyukur. Selama ini ambo selalu pasang khemah untuk latihan Palapes. tapi dengan perasaan berkecamuk keran dalam latihan. dalam keadaan tekanan. Tapi kali ini kerja dibuat kerana ikhuwah Islamiyyah ambo akui merasai kelainannya.



Read more...

Aku hamba nafsu..episod celaka cikgu UPSI

Menggangu fikiran aku. Dari tadi aku memikirkan nasib si umat nabi Muhammad berdua ini. Dah lama aku xterserempak dengan situasi ini tapi kali ini sekali lagi berlaku dihadapan mata aku. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Tanjong Malik ku harapkan ketenangan setelah seharian berada di PWTC belanjakan duit untuk buku-buku yang aku idamkan. Harapan di atas bas dapat berehat dengan tenang di dalam keselesaan bas yang berhawa dingin.

Tapi tidak seperti yang aku harapkan. Menyakitkan hati. Membakar hati, jiwa, raga, limpa otak dan sebagainya melihat sepasang belangkas sedang berasmara di dalam bas. Lagi menyedihkan ia dilakukan oleh orang yang akan bergelar guru. Pelajar UPSI berperangai semacam belangkas. Macam suami isteri berdua-duaan dalam bas, berpegangan tangan, bermanja-manajaan tanpa batasan. Adeh!!!... sakit tol hati aku tengok situasi itu apetah lagi ia dilakukan oleh bakal guru yang akan mendidik anak bangsa. Tidak dapat diterima oleh jiwa aku kelakuak bakal guru sebegini.

Dari awalnya berpegangan tangan aksi mereka makin panas apabila si perempuan tanpa segan silu tidur dibahu si’jantan’nya. Memang mirip-mirip belangkas kegersangan. Lentok sama lentok. Nak ditegur aku risau penumbuk yang naik. Sabar je lah tengok. Mengutuk-ngutuk di dalam hati. MasyaAllah.. Selemah-lemah iman. Apa daya aku. Sudah bermacam kempen yang dilakukan oleh Persatuan dan juga Kolej untuk membanteras perangai ‘kapel’ yang ikut jejak langkah setan. Tapi habuk pun tarak.

Malam ini setelah boring dop kat umah aku lepak ngan kawan-kawan aku kat warong minum air kelapa sambil bual-bual mengenai gerakan Islam. Tajuknya best..iaitu gerakan tabligh dikupas oleh kawan aku daripada sejak awal penubuhannya. Walaupun kami bukanlah daripada jemaah tabligh tapi cube untuk ambil tahu sdikit-sdikit untuk tatapan perjuangan. Sedang ‘syok’ dop sembang tibe2 skali lagi aku Nampak pasangan yang aku Nampak atas bas petang tadi. Adeh!!!!..muka nie lagi. ‘bangang’.. musim ezam pun nak buat kerja bangang lagi..Jalang betol.. BODOH!!!!..

Kali ini mereka tidak berdua. Malah berempat. 2 lelaki 2 perempuan. Maknanya 2 pasang. Aku yakin mereka semua nie pasangan apabila dilihat daripada kemesraan mereka. Aku asyik memerhatikan gelagat mereka bersama. Point perbualan bersama sahabat-sahabat sudah hilang. Dalam kepala asyik memikirkan mengapa perempuan itu tidak berasa takut untuk mengikut lelaki dan seolah-olah dia merelakan dirinya dipegang oleh lelaki tersebut. Apa yang difikirkan dalam hatinya. Adakah dia yakin lelaki tersebut akan jadi suaminya. Macam-macam aku fikir sampai xlarat nak fikir lagi. Sakit hati gak aku rasa.

Pastu lepas dorg habis sembang dorg blah. Bukan main romantic lagi gelak2 gurau..waduh!!! rupanya mereka datang dengan kereta. Kerata kancil berwarna merah. No plat aku xingat plak. Tapi yang aku ingat no plat daripada Wilayah Persekutuan KL. Tapi xtahulah dorg nie orang mane. Nak dipendekkan crite dorg pun masuk kereta. Jangkaan awal sebagai bersangka baik aku ingatkan kedua-dua laki akan dop kat depan. Tapi jangkaan aku meleset. Aku heran.. sorg laki drive, aweknya kat tepi. Dan satu pasang lagi dop kat belakang mungkin akan menikmati kegelapan dalam kereta barangkali. Apa taknya. Dalam kecerahan dalam bas pun dorg boleh berbelangkas macam tu. Nie dalam kereta yang gelap. Sudah semestinya parah..ttttttteeett…. korg sambung sendiri crite nie..

Read more...

Pesta buku PWTC..Meriah




Suasana orang ramai sedang memilih buku..Banyak buku best woo...Rambang mata

Perjalanan masuk ke PWTC

hehehe...buku ini istimewa untuk aku.. sebab...
errrkk!!! adela..mane leh cakap.


hehehe..buku pun ingin mengistimewakan juga dirinya..
tetap istimewa..

Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya berkesempatan juga untuk ambo menghadirkan diri ke Pameran buku yang berlangsung di PWTC. Walaupun datang pada saat-saat akhir tapi ambo rase amat berbaloi dapat datang kesini sebab begitu banyak buku-buku yang ambo raso susah jugak nak dapati. Tambahan lagi koleksi buku-buku di sini pun banyak datang daripada banyak publisher.


Kawan ambo pokwe dengan penuh harapan akan membaca semua buku yang dibelinya
Sambil tengok2 tu ambo sempat la jugok beli beberapa buah buku. Tp masalah lah gak nak pilih mane buku yang nak dibeli. Banyak sangat. Kalau bleh sume nak beli. Banyak buku-buku best. Tp yang ambo beli hari nie mungkin nie yang ‘terbest’ untuk diri ambo. Nie pun xtahu bila nk habis baca nie..hehehe… insyaAllah. Ambo pun berhasrat nak jadi pencinta ilmu. InsyaAllah..Nielah antara buku-buku yang ambo sempat beli.. Sila lah tengok, kalau nak baca sila datang umah ambo yer.hehehe..




Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.