Rabu, 15 April 2009

Dunia akan hancur, mati suatu kepastian..


Sedang ambo dop study tibe2 ambo terfikir kenapa ambo dop menuntut ilmu sekarang. Tibe2 terfikir kenapa ambo tak menuntut ilmu daripada awal sem?? Kenapa bila datang hujung sem, bila datang ezam baru kalut nak baca buku. Teringat sebuah hadis yang menceritakan mengenai NIAT hati kita. Adakah ambo sekarang study kerana Allah Taala atau sekadar ingin masuk ezam. Adeh!!!!.. pedih ambo raso bila teringat hadis nie. Ambo mula membetulkan niat. In progress….loading..loading..100%..Progress complete.. J

Beberapa ketika ambo aktifkan yahoo messenger ambo maka terlihatlah satu shoutout daripada member satu kuliah ambo yang berbunyi “end of my journey is death”.. ambo xfaham sangat maksud ayat tu sebab ambo xpandai engerish. Hehehe.. tapi reti la jugop skit2. Ambo pun tegurla member ambo nie bahawa “end of our journey are Syurga or Neraka” lebih kurang macam tu lah ambo tegur dia. Ambo selalunya sering melawak dengan dia di dalam kelas. Budak kelahiran johor yang memang ceria ngan ambo. Dio nie baka orang Kelantan juga. Pastu chat punya chat tapi xdela panjang sangat. Nielah pertama kali chat dengan die perasaan rasa sayu. Chat yang mempunyai nasihat dan unsur2 persediaan menuju kematian.

Pas chat tu ambo berfikir sejenak sejarah-sejarah hidup ambo adakah ambo nie sudah bersedia untuk keakhirat. Sejarah disini maksud ambo bukanlah sejarah ambo 20 tahun lepas. Kalau lihat kepada sejarah ambo 20 tahun lepas maknanya tika tu ambo baru berumur 2 tahun. Hehehehe… sejarah bagi ambo ialah kalau satu saat yang berlalu pun dikira sejarah. Makin lama saat jam bergerak makin dekat kita dengan sakaratul maut. Tapi kita sekarang makin tua kita makin kita tengok tujuan dan cita-cita kita di dunia sahaje. Ambo raso sedihlah sebab kadang-kadang ambo berasa tertipu dengan kehidupan di dunia ini. Padahal lamo doh ambo tahu bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja. Tiada yang kekal abadi di dunia ini kecuali Allah.

Paling-paling lama kita dapat hidup disini untuk beribadah, untuk menipu untuk buat jahat, untuk buat baik lebih kurang dalam linkungan 100 tahun jer. Jarang-jarang orang yang dapat melebihi umur 100 tahun. Yang mati awal muda pun ramai. Ramai kawan-kawan ambo xkire kawan lamo ataupun kawan baru mati seawall remaja. Ya Rabbi!!!!.. dekatnya aku dengan mati. Sepanjang ambo dop di Universiti lebih kurang 4 orang sahabt-sahabat ambo yang dah meninggal dunia. Orang yang selalu ambo jumpe kat surau, sperjuangan dengan ambo, pernah sembang sama-sama tetapi ajalnya awal daripada ambo. Lihatlah….. betapa dekatnya kita dengan mati. Mati ibaratkan sesuatu yang berada di sekeliling kita yang akan menerkam kita bila-bila masa sahaja apabila diperintahkan. Tidak akan ditangguhkan atau dilewatkan walau satu saat. Ia datang tanpa pengetahuan kita.

Kalau lah ia datang dengan kesedaran kita ambo raso akan penuh segala surau-surau dan masjid-masjid. Pendek kata PM kita yang baru sekarang terpaksa menambahkan peruntukan baru untuk memperluaskan masjid-masjid yang ade dek ramainya orang datang ke masjid untuk membuat persediaan untuk mati. Maka ditinggalkan segala jual beli, suami isteri, anak pinak, kebun harta. Semua ditinggalkan kerana ingin beribadat kepada Allah. Tapi itu semua andaian yang meleset. Kita tidak akan tahu bila kita akan mati. Hanya Allah bagi tanda-tanda sahaja yang itu pun kadang-kadang orang tidak sedar juga. Adeh!!!... dekatnya ambo dengan mati. Maka dengan sebab tak tahunya kita kita alpa dengan dunia. Dunia menjadi matlamat bukan lagi alat untuk mencapai matlamat akhirat yang kekal abadi.

Di dunia kita xtakut hendak tinggalkan solat, di dunia kita xtakut nak berpeleseran lelaki dan perempuan, di dunia kita tak takut untuk melihat video-video lucah, di dunia kita tidak takut untuk berdua-duaan dihadapan kolej di tepi longkang. Kita buat tanpa kita rasa gerun dan takut. Bukannya kita tidak pernah menerima ugutan akhirat daripada ceramah-ceramah agama ataupun terbaca kat mana-mana risalah yang ada yang disediakan oleh mana-mana persatuan ataupun JMK kolej. Tapi kita melakukan maksiat dengan pengetahuan kita malah yang lebih teruk kadang-kadang tu orang yang arif pasal hokum. Tapi itu tidak dikisahkan lagi asalkan hidup aku puas didunia, asalkan aku dapat ape yang aku mahu.. Owh!! Ruginya diri. Alangkah indahnya kalau manusia tahu saat kematiannya. Tapi itu tidak akan berlaku.

Sampai mana kita harus macam ini?? Bila kita harus berubah?? Ambo membuat pesanan ini untuk sahabat-sahabat dan untuk diri ambo sendiri..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.