Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Perpaduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Perpaduan. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Januari 2010

Royalti kita di UPSI adalah POSTING

Pemimpin perlu bersatu dalam memperjuangkan hak. Inilah yang aku dapat simpulkan apabila meneliti Program Perhimpunan Rakyat Kelantan dalam menuntut Hak Royalti Minyak. Pemimpin-pemimpin tanpa mengira fahaman dan ideologi politik bersatu hati dalam memperjuangkan hak bersama. Jelas dalam gambar yang saya sertakan Tengku Razaleigh Hamzah bersama pimpinan kerajaan Negeri Kelantan bersatu hati, duduk bersama, untuk mendedahkan kepada rakyat Kelantan bahawa hak rakyat Kelantan mesti diperjuangkan.



Ya Allah.. saya tidak henti-henti mengucapkan kalimah mulia dan hati ini terasa sangat terharu. Inilah perjuangan merentas ideologi berjaya ditunjukkan oleh pimpinan UMNO dan PAS Kelantan.



Apa yang aku harapkan benda ini menjadi tradisi walau dimana sahaja. Contohnya dalam politik kampus dalam konteks politik kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mana kumpulan tradisi iaitu MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA harus berganding bahu bersama untuk memperjuangkan hak pelajar. Pendek kata kita mengetepikan masalah ideologi sendiri dan bersatu dalam perkara yang perlu kita perjuangkan. Contoh sekarang ialah isu posting. Saya mengharpkan isu ini dapat dibawa bersama keperingkat lebih tinggi sehingga peringkat Nasional iaitu bersama-sama antara MPP MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA untuk memperjuangkan isu ini.



Marilah kita mencari semangat untuk bersatu kerana kita sebagai orang Islam sudah berada di dalan acuan yang begitu indah. Jangan kita menjadi onar dalam acuan yang indah ini. Demi survival dan kebajikan pelajar UPSI tidak salahnya kita berjuang bersama. Mengenepikan perbezaan pendangan dalam perkara cabang dan meletakkan asas perjuangan itu untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kebajikan Mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Kuli memang hebat.. Perjuangannya merentas ideologiPernah lihat sidang media yang disertai oleh 2 pemimpin berlainan ideologi? Bagi saya inilah kali pertama yang saya lihat. Mereka bersama kerana memperjuangkan hak yang sama.. Tahniah UMNO dan PAS Kelantan...
himpunan 100 ribu Rakyat Kelantan



Kita sudah mempunyai model politik nilai.. Penyatuan hati dan perjuangan
Senyuman ikhlas Dato' Kuli
Ya Allah semoga mereka mengembalikan hak kami...




Read more...

Isnin, 28 September 2009

Politik keegoan

SELCAT….. = “Sell + Cat”

Pemimpin PR Selangor masing-masing nak tunjuk hebat..

Nak kata BODOH tak tergamak sebab dah jadi pemimpin..

Tak reti nak berbincang ker??

Read more...

Isnin, 7 September 2009

Syabas Tok Guru dan Khalid Samad


YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya. Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.

Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka. Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

Sumber: Zaid Ibrahim

Read more...

Khamis, 20 Ogos 2009

KJ grilled by da students..







Read more...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Arak – Keputusan Kartun Khalid Ibrahim

Keputusan yang diumumkan oleh Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tentang isu penjualan arak dikhalayak ramai oleh peniaga-peniaga awam amatlah mengejutkan banyak pihak. Nampaknya MB Selangor ini lebih memikirkan business daripada kebajikan masyarakat dan sensitiviti umat Islam.

Apakah dalam melaksanakan sesuatu enakmen perlaksanaannya diserahkan kepada peniaga? Bukankah golongan peniaga itu mahu mencari keuntungan maksimum?

Kita lihat dalam menguatkuasakan enakmen judi sahaja sebagai contoh, tidak ada penjual nombor ekor yang menolak untuk menjual nombor jikalau mereka yang membeli itu terdiri daripada orang Islam. Begitu juga dalam memberi makan kepada orang Islam yang tidak berpuasa oleh restoren-restoren, penguatkuasaan perlu dilakukan. Apakah penguatkuasaan diberikan kepada peniaga? Ini lah dia keputusan kartun yang diumumkan oleh MB Selangor.

Ronie Liu daripada DAP telah mempersendakan umat Islam agar arak yang dirampas itu diserahkan balik kepada peniaga terbabit. Kemudian Khalid Ibarahim sebagai MB Selangor pula mempersendakan sensitiviti umat Islam yang memberi kebebasan kepada peniaga arak untuk mereka sendiri menjalankan perlaksanaan enakmen yang sedia ada.

PAS Selangor dan umat Islam harus memandang keputusan ini sebagai serious, yang membayangkan dasar kerajaan Pusat masa depan jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Keikhlasan PAS sering dipertikai dan diperlecehkan oleh DAP. PAS telah banyak bersabar dalam isu-isu penting dan merupakan dasar parti yang diperjuangkan. Dato’ Dr. Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Selangor harus menimbangkan dengan seriuos kerjasama dalam Pakatan Selangor sepertimana DAP telah lakukan di Kedah.

SUMBER

Jalan yang terbaik PAS keluar sahaja daripada Pakatan Rakyat.

Apa guna duduk bersama kalau prinsip perjuangan PAS tidak dapat dilaksanakan dengan baik.Biarlah terkontang kanting seorang diri kerana janji Allah itu pasti benar kebenaran Islam akan melonjak dengan sendirinya asalkan prinsip perjuangan hebat dijunjung.


Read more...

Rabu, 5 Ogos 2009

Jeff Ooi biadap tuduh JIM 'ekstremis agama'

Nie yang aku xleh berhenti daripada memberi ulasan berkenaan dengan politik. Baru je aku mengambil keputusan tak nak memuatkan info yang berunsur politik kat blog timbul plak isu jeff oii si DAP ngok nie. Bagi aku tidak semua pemimpin-pemimpin DAP macam Jef Oii nie. Tetapi kalau kenyataan mereka menampakkan permusuhan dengan Islam wajar kita balas balik kenyataan mereka. Contohnya si Jeff Oii nie..




Aku menghormati pendirian beberapa pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, dan Sivakumar kerana beberapa kenyataannya yang menunjukkan mereka semakin memehami Islam setelah berkawan dengan PAS. Itulah fungsi PAS sebenarnya apabila ber"tahalul siyasi" dengan mereka. Menggunakan pendekatan politik untuk tujuan dakwah.

Apa pun layan dulu dengan si Jeff Oii nie.. Kalau makin bangang kita buat kerja bangang gak.

Azamin Amin
Wed | Aug 05, 09 | 10:03:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, digesa menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada bandan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR Mohd. Razali Abdullah.


Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

"Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.

"JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.

Setiap muslim yang beriman katanya, samada di Malaysia atau di mana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu namun cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza.

"Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang ekstremis," katanya.

Dalam pada itu, Presiden JIM, Jamaluddin Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dan Razali Abdullah.

"Kami ingin jelaskan bahawa syariah adalah sistem bermatlamatkan keharmonian dan keamanan kepada dunia dan manusia.

"Dan cita-cita suci kami ini seiring dengan apa yang ingin dicapai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan NGO Islam yang lain,"katanya sambil menggesa Ooi menarik balik kenyataan tersebut.- azm _

Read more...

Isnin, 6 Julai 2009

Babi belaan DAP dihalau.. Kecoh..

Ermm...
macam mana ngan kes babi-babi kat Kedah?
DAP yang membela babi walaupun babi yang memang dah haram bertindak secara haram dari dasar PR. ceh!!! haktui.. cakap berdegar bila kena kat die baru nk bising.
benda dah jelas betul dan salahnya.

dah sebulan MB Kedah bagi peluang. xkan xcukup lagi. Ada yang mempertikaikan tindakan Mb Kedah mengambil tindakan tanpa memikirkan semangat setiakawan. tapi aku nk jawab-sampai bila nak tunggu??? dah bagi masa sebulan untuk cari tempat baru takkan xcukup.

Sampai bila? dah 30 tahun beroperasi secara haram pastu bagi lak masa sebulan untuk cari tempat baru memang bangang la nk "demand" masa lebih lama lagi nk pindah tempat baru.

Apa-apa pun tahniah kepada MB Kedah. Anda dah membuktikan PAS bukanlah parti pak turut di dalam Pakatan Rakyat.

Read more...

Khamis, 2 Julai 2009

DAP kedah memang NGOK

ALOR SETAR, 1 Julai: Para pemimpin DAP Kedah tidak patut membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana penjelasan telah dibuat berkaitan dengan perobohan rumah penyembelihan babi di Mergong itu.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.

"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.

Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.

Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.

Pagi tadi, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.

MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.

Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang."Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.

Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

sumber:Siasah

Read more...

Rabu, 1 Julai 2009

Pemuda PAS sangkal laporan ada kerjasama dengan Umno

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:

Kenyataan Media (1 Julai 2009)

1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.

2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.

Sekian.
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat _

Read more...

Rabu, 24 Jun 2009

hentikan segera polemik UG.

Ada lagi blogger2 nyamok cube memecahbelahkan pakatan rakyat walaupun isi ini sudah ditalkinkan oleh pimpinan PAS dan juga pimpinan Pakatan Rakyat. Sesudah keputusan yang jitu dikeluarkan setelah perjumpaan semua pemimpin pakatan rakyat sewajibnya para bloggers jangan lagi menulis atikel yang boleh membangkitkan perpecahan dalam pakatan rakyat.

Saya memuji sikap TGHH apabila menolak untuk komen berkenaan tindakan 10MP PAS yg menetang UG. Sikap ini diambil TGHH setelah kepimpinan bersetuju untuk menghentikan polemic UG yang cube dibesar2kn oleh UMNO.
Hormatilah keputusan kepimpinan. Jangan menyalak lagi dalam terang yang bersuluh ini. Isu dah selesai. Klau nk bercakap lagi baik masuk umno. Jangan buat sampah (hehe.. ambil kata-kata TGNA)

Read more...

Selasa, 23 Jun 2009

Alhamdulillah... Syukur pada Allah... Maha Besar Allah

Alhamdulillah segalanya telah selosai. Xdak lagi Istilah keramat iaitu “kerajaan perpaduan” yang boleh dimainkan oleh UBN. Parti lahanat itu semakin tersepit dengan kenyataan sendiri. Harapan UBN utk menyerang PAS menggunakan isu kerajaan perpaduan untuk menawan manek urai akhirnya hancur berkecai dengan “kerajaan perpaduan” yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin PAS dengan perjumpaan “anak beranak” pada hari ini.


Tok Guru Nik Aziz secara terbuka menarik semula kenyataan kerasnya terhadap Ust Nasha. Perjumpaan berlaku dengan wajah yang ceria bagaikan menyelesaikn masalah dikalangan adik beradik. Itulah pemimpin yang memperjuangkan Islam. Aku menyaksikan video ini dengan kesayuan hati dan kekaguman yang amat terhadap pemimpin PAS dan juga sikap merendah diri Tok Guru.

Read more...

Jumaat, 19 Jun 2009

Manek Urai dah nk terburai kena lanyak UMNO

Sekejap lagi aku nk p Manek Urai. Keje boh keje.. banyak keje nk kena buat. Kedudukan sekarang 50 berbalas 0 ko tahu x. 50 kali UMNO serang kita tp kita xbalas satu pun lagi. Serang bertubi-tubi dalam tv Unity C4 Government punya pasal. Blogger pun turut sama2 menyumbangkan..

Huhuhu…xpe.. ada hikmahnya jugak. Sekarang baru tahu sapa yang tol2 tahu akhlak berjamaah dikalangan jemaah PAS. Ramai2 bloggers WAK ALBANJARI je lah yang paling aku respek. Walaupun die menentang UG tapi cara penulisan die kat blog memang menonjolkan cirri seorang Islam yang reti base. Maknanya bukan sahaja penulis yang mempunyai prinsip sendiri tapi reti cara nk pikat hati orang. Huhuhu… kita orang Islam jangan jadi bangang sangat.
Hari nie nk kena jumpa penduduk kampong nk tahu ape kecenderungan penduduk kampong setelah kena serang 50 berbalas 0. Adeh… berat tuh!!!

Read more...

Khamis, 18 Jun 2009

Marah TGNA bagaikan panahan untuk rakyat Kelantan


Kemarahan TGNA adalah wajar..Beliau adalah antara yang paling senior dalam PAS. Begitu mengenal UMNO leh dikatakan kalau tu taik UMNO pun tok guru Nik Aziz kenal.


Selepas Isya tadi aku sempat sembang ngan 3 orang penduduk kampong aku kat masjid. 3 orang nie antara orang yang menyokong UG kecuali abah aku la. Saja nak tau setakat mana mesyarakat kampong ambil tahu mengenai politik semasa. masyaAllah!!! Dorg punya penjelasan memang power gak la. Tapi malam nie bila tgk TGNA marah kepada Ust Nasha semua mula celik mata.


Celik mata bukn marah pada TGNA tapi mula berfikir tentang idea TGHH sblm ini. Syg mereka dan percaya mereka kepada TGNA mnyebabkn mereka trsentak apabila TGNA betol2 marah isu UG.


Semua jadi benci kepada idea UG. Haram jadah punya idea katanya. Mana2 pemimpin PAS dalam Malaysia nie aku rasa tak bleh tandingi kebijaksanaan TGNA dalam politik Malaysia. Marah TGNA bukan marah kosong tapi marah dan kecewanya die sebab die dh matang dengan perangai UMNO. Dulu UMNO cekik tok guru, dulu UMNO jerat kerajaan Kelantan, dulu UMNO terajang kepimpinan PAS Kelantan.


Selama 20 tahun menjadi MB Kelantan itulah diri tok guru yang sebenarnya. Matang dan tahu bena dengan perangai jahat UMNO..


Kepada semua aktivis gerakan Islam Parti Islam SeMalaysia PAS mailah kita ramai2 berdoa agar diuraikan segala kekusutan yang berlaku dalam PAS sekarang nie. Ini adalah sejarah yang memang buruk sedang berlaku dalam PAS demi tatapan anak2 muda nnti.

Read more...

Bom jangka TGNA...



Aduh..


Berat sungguh hati ini nk terima kenyataan sekarang. Bom jangka TGNA dah meletup dengan hebat sekali di Kota Bharu. Hancur berkecai darah-darah perjuangan dan penghormatan yang ada dalam diri TGNA yang memang selama ini amat aku kasihi sebagai seorang pemimpin di Kelantan.


Sikap yang tidak harus ditunjukkan oleh tok guru sebagai seorang yang separuh Tasawur dan ahli politik Islam yang dihormati. Menangis air mata darah skali pun kenyataan TGNA tidak boleh ditarik balik. Masih banyak kekurangan di dalam PAS sebenarnya. Banyak sgt. Bukannya kurang dari segi siasahnya tapi kurang dar segi pengurusan organisasi. Nampak sangat tiada MUZAKARAH antara pemimpin-pemimpin PAS sendiri.


Walaupun hancur berkecai sekali pun, retak terbelah, digilis sampai penyek renyak aku tetap akan bersama PAS untuk membetulkan hal ini. Perjuangan bukan semata-mata ingin menuntut keadilan tetapi yang paling besar dan mulia ialah demi menegakkan Islam dan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.


Esok janganla ade lagi bom jangka yang meletus di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Berteriak seronok pemimpin-pemimpin dan orang-orang UMNO. Kalau PAS xde nk berjuang dalam ape yer?? Hizbit Tahrir?? Tabligh?? Abim?? Jim??....


Grrr…. Aku keliru

Read more...

Selasa, 16 Jun 2009

Suara Hati Ustaz Hadi di London

oleh Muhaiminsulam
1. Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London. Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!

2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.

3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.

4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.

5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.

6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.

7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.

8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.

9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.

10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .

11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.

12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul (semangat sebenarnya) mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.