Memaparkan catatan dengan label cerpendek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpendek. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2009

Cinta Farah II

Kini Farah terus bahagia bersama dengan cintanya. Setiap perkara disulami dengan senyuman kerana kuasa cinta lelaki internet itu amat kuat mengikat hatinya. Seolah-olah angau yang tidak kehabisan Farah terus melayan perasaan cintanya yang tidak kehabisan.

“Semoga cinta aku ini mampu mwmbawa aku ke syurga”. Semakin kuat angan-angan Farah. Angan-angan ini terus mengulit Farah sambil bibirnya yang manis itu tersenyum lebar dilambung angan-angan. Angan-angan yang tidak pasti. Angan-angan yang belum tahu kaca ataupun kristal.

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Hati Farah tidak lagi tenteram untuk meneruskan mutalaah buku-bukunya. Ibarat fikiran yang sudah tepu dengan ilmu-ilmu. Makin disumbat makin pening kepalanya. Islamic ethics, business study sudah habis dimutalaahnya. Barangkali semua ilmu itu sedah meresap masuk dalam otak Farah. Lantas dengan bersemangat Farah mencapai lap top jenama Compat kesayangannya. Kini lap topnya dihiasi indah dengan ‘sticker’ berbentuk ‘love’ di bahagian belakang screen. Barangkali itulah lambang cintanya yang akan kekal abadi. Cinta bersama lelaki internet. Farah tersenyum sendirian memerhatikan ‘sticker’ itu. “yaahhhh!!! Inilah lambang cinta aku pada mu” bisik hati Farah. Wajah-wajah ‘cool’ lelaki internet itu terus menerjah menjamah pemikirannya. Farah tidak dapat menahan perasaan rindu lagi. “aku mesti hubungi ‘my heart’ aku”. Farah melaung sambil tersenyum. Farah semakin angau barangkali. Dia tidak sedar jikalau ada yang memerhati tindakannya dia akan dicop sebagai gila atau kurang siuman. Tapi farah tak kisah sebenarnya asalkan hati ini dapat diulit kerinduan bersama lelaki internet itu.

“Hai Farah. Salam.. rindu saya ker?hehehe”

“Hai wsalam.. ye la. Rindu awak la. Awak buat ape tu?”

“takde buat pe. Sy dop tgh chat ngan Farah la nie. Farah sorg je yg sudi layan chat ngan saya”

“Wah… betol ke nie?? Ntah-ntah ade perempuan lain dop chat ngan awk.. laki sekarang bukan bleh percaya sgt”

“Laaa… Farah x caya saya ker? Pernah ke saya tipu farah. L

Blaaa…

Laaa..

Blaa..

Farah terus melayan perasaannya bersama Mahadi. Setiap tulisan yang ditaipnya disulami dengan senyuman yang penuh makna. Malam semakin lewat. Farah semakin galak dengan YM dan Mahadi nya. Akhirnya tertidur di telan gelap.

Keesokan harinya Farah ada usrah bersama kak Hajar. Farah amat minat berusrah dengan Kak Hajar. Pasti akan ada topik yang menarik yang boleh dibincangkan bersama Kak Hajar. Kak Hajar adalah seorang jurutera bekas lulusan Universiti Teknologi Petronas bertudung labuh juga merupakan ahli kepada sebuah jemaah Islam. Beliau mengambil Farah sebagai anak usrahnya melalui kenalannya di kampus. Malam itu tanpa diduga ada satu topik hangat yang dibincangkan dengan kak Hajar. Topik ‘BERKAPEL… adakah ada dalam syariat?’

Tiba-tiba fikiran Farah teringatkan diri Mahadi. Perbincangan mengenai topik ‘kapel’ membuatkan Farah termenung panjang. Betul ke ‘kapel’ diharamkan di dalam Islam? Kenapa diharamkan? Bukankah ada perkara yang baik yang muncul bila berkapel?... persoalan-persoalan ini muncul di kepala Farah sambil berhempas- pulas dengan hujah yang telah diberikan oleh Kak Hajar. Fikiran Farah berkecamuk. Tidaaaaaaaaaaaaaakkkkkkk!!!! Farah sayangkan Mahadi…

Read more...

Khamis, 10 September 2009

Berbuka puasa bersama penganut Buddha..

Alangkah terkejut saya dan beberapa kawan melihat perubahan seorang kawan non-muslim. Pelajar semester 1 program pendidikan Malaysia berbangsa Tiong Hua berasal daripada Cameron Highlands mendapat satu benda baru sejak kedatangannya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Perangainya yang tidak suka berkawan sesama ‘chinese’ mendekatkan lagi hubungannya dengan orang Melayu beragama Islam. Bagi saya dia telah membuat satu keputusan yang terbaik untuk dirinya tanpa dia sedar. Itulah sebenarnya hidayat Allah. Ia datang tanpa kita sedar walau dimana kita berada dan walau bagaimana keadaan kita.


Kejadian petang ini begitu indah. Dari jauh nampak sebatang tubuh berjalan menghampiri kami. Berkulit putih berbaju hitam. Muka seakan-akan keturunan cina. Berkopiah hitam membuatkan mata kami semua terkejut. Seakan-akan tidak percaya apa yang kami lihat… ONG!!!!!.... ayaaa!!!. Tiba-tiba mulut aku berbunyi.


Kawan saya seorang cina beragama buddha dengan pemakaian seperti seorang muslim. Siapa tak terkejut. Begitu janggal dalam kehidupan saya sebagai seorang melayu Kelantan melihat situasi tersebut. Diri ini bukannya tidak pernah melihat cina memeluk Islam. Tetapi bagi sahabat saya yang seorang ini agak lain sedikit kerana pertama kali berkenalan dengan dia, dia adalah seorang buddha.


“Ong!! Kamu puasa ker?” saya bertanya dengan nada yang agak terkejut.


“ye lah.. sudah banyak hari saya puasa. Hari ini nak buka puasa bersama denga kamu” . Ong menjawab dengan senyuman.


“Owh!! Silakan… silakan..”


Agenda berbuka puasa Persatuan Bahasa Arab UPSI mendapat satu kenangan istimewa pada petang ini dengan kehadiran Ong. Ibarat kedatangan seorang pembesar negeri Ong dijamu secukupnya. Segala kerenahnya dilayan, percakapanya disambut, kehendak makannya dituruti. Kamu bersyukur majlis kami didatangi oleh seorang cina yang beragama buddha. Syukur ya Allah… menunjukkan agamaMu perlu diangkat dengan akhlak dan kasih sayang orang Islam itu sendiri.


Bagaikan tidak percaya apabila permintaan Ong agar setiap aktiviti Persatuan Bahasa Arab ingin disertai oleh Ong. Tiada masalah Ong. Kamu tetamu istimewa kami. Kami mendoakan kamu mendapat hidayat Allah untuk memeluk agama yang paling suci paling benar iaitu agama Islam..


Buat pengetahuan semua Ong juga belajar solat terawih. Tetapi hatinya belum terbuka untuk memeluk Islam. Kepada semua pengunjung blog saya doakan agar Ong memeluk Islam… INSYAALLAH..

Read more...

Cinta Farah....

Matlamat itu makin jelas dalam diri Farah. “aku mesti berubah. Aku tak akan biarkan lagi diri aku dilambung arus. Aku mesti mencari jalan yang suci.” Berkobar-kobar Farah bermonolog dalam dirinya. Semangat yang jitu dan utuh.


Irama lagu “Terlanjur Kasih” memecah kesunyian petang di bilik farah. Dia sudah dapat mengagak siapa gerangan yang menelefonnya pada petang sebegini. “Assalamuaalikum Farah.. Usrah malam ini macam mana? Akak datang ambil yer?” Pertanyaan Kak Hajar mengingatkan Farah mengenai usrahnya pada malam itu. Tanpa banyak bicara Farah bersetuju untuk mengikuti usrah pada malam tersebut. Sememangnya hari usrah adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Farah kerana berusrah cukup indah buatnya. Usrah semakin indah dengan semangat baru azam perubahan yang ditanam dalam dirinya. “Aku tak mahu lagi menjadi gadis kebanyakkan”..Tegas Farah dalam dirinya..


Usrah bersama Kak Hajar cukup bermakna buat Farah. Dalam usrah Farah belajar banyak perkara baru. Dulu Farah bertudung singkat kini bertudung labuh hasil didikan usrah Kak Hajar. “ha Farah!! Macammana kehidupan sekarang? Ada masalah tak?” soalan yang sering ditanya oleh Kak Hajar sebagai seorang naqibah yang prihatin. “ok jer kak. Saya suka usrah dengan akak.” Jawab farah pendek.


Fikiran Farah tidak lagi bersama dengan Kak Hajar. Farah mahu balik secepat mungkin. Kalau ditakdirkan Farah dapat terbang Farah mahu terbang secepat mungkin. Fikiran Farah dikacau dengan suatu kuasa yang tidak pernah Farah rasai. Fikirannya teringatkan lap top yang disayanginya. Lap top itu dapat memenuhi hajatnya. Dapat membuatkan dia tersenyum. “Farah nak balik sekarang” .jerit Farah dalam hati.


Setibanya dirumah tiada benda lain sebagai mukaddimah aktivitinya setelah habis berusrah selain mendapatkan lap top yang disayanginy itu. Lap top yang dibeli hasil pinjaman PTPTN cukup disayanginya sejak akhir-akhir ini. Lap top inilah yang menjadi teman sejatinya sejak akhir-akhir ini. Dulu hanya mampu menghadap lap top satu atau dua jam. Kini sepanjang malam pun dia sanggup. Asalkan hatinya dihiburkan oleh lap top kesayangannya ini.


Paparan skrin memaparkan halaman utama friendster. Farah laju menaip email dan pasword untuk mengakses friendsternya. Dalam hatinya“berbunga-bunga” mengharapkan komen daripada seseorang. Matanya melilau laju menunggu paparan komen keluar. Kelihatan kosong tidak berisi sebarang komen. “ermmm…..” Farah mengeluh kecil. Hatinya sedikit kecewa. Dengan lemah dan tidak bersemangat dia mengaktifkan Yahoo Messenger. Tiba-tiba pop up window keluar “ Hai Farah! Baru balik Usrah ker?” tulisan itu membuatkan Farah tersenyum lebar. Kekecewaannya tadi terus dibuang dengan serta merta. Tangannya ligat membalas pertanyaan sahabat lelakinya itu.


“Ya ana baru jer habis usrah. Nta buat ape tu”


“Ana tak buat ape. Ana tunggu Farah online la”


“hehe.. tunggu ana ke? X sangka plak nta sanggup tgu ana.”


“ye la. Ana tunggu farah la”


Farah terus ‘berchatting’ dengan sahabat lelakinya itu. Persoalan usrah dan kehidupannya terus dibincang bersama sahabat lelakinya itu. Kini bukan sahaja berbincang mengenai agama malah sudah diulit hati Farah untuk terus mengenali jelaja tersebut.


Kini farah sudah jatuh cinta. Cinta yang lahir daripada hubungan internet tanpa pertemuan tanpa suara. Kehidupan Farah hari-hari lebih bersemangat. Apa yang tidak mampu dilakukannya dahulu kini sudah mampu dilakukan kerana cinta lelaki internet itu.


Adakah Farah mampu nahkodakan dirinya dengan cinta yang diterimanya? Adakah mampu dia membentuk dirinya dengan cinta yang diterimanya. Adakah cinta yang Farah terima ini sebuah cinta suci atau cinta palsu daripada internet. Kepada sesiapa yang ada pengalaman boleh respon cerpen pendek yang saya hasilkan ini yer..hehehehe

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.