Selasa, 28 Oktober 2008

6 perkara yang Allah sembunyikan



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lainJustify Full menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Read more...

Rabu, 22 Oktober 2008

Kebitaraan seorang guru akan tercemar dengan Fitnah2 rentetan daripada PRK

Cintaupsi.blogspot meneruskan siri2 fitnahnya terhadap orang yg tidak seangkatan dengannya. Setelah saudara Fadhiri difitnah kini saudara Tg juga mendapat nasib yang sama. Dalam atikel terbaru kat cintaupsi.blogspot skali lagi fitnah itu diulang ke atas saudara tg yg merupakan Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains. Fitnah itu boleh dibaca diblog cintaupsi yg bertajuk:

PANAS : KERANA DUIT PERIBADI ROSAK (siri 3)..

Atikel terbaru yg saya baru jer baca pada hari ini ialah fitnah terhadap kumpuln Pro Mahasiswa di dalam atikel yg bertajuk “Flyers Bertebaran, Aspirasi Berani”..

Sebenarnya flayers2 yang bertaburan di KHAR adalah flayers dari kumpulan Pro-Aspirasi yang disebarkan secara haram selepas pukul 12 malam. Pada malam tersebut juga 3 orang telah ditangkap oleh Felo KHAR iaitu En Raja kerana mereka sedang menyebarkan flayers secara haram. Apabila diselidik mereka adalah daripada kumpulan Pro-Aspirasi.

Saya ternyata kesal dengan atikel tersebut kenapa Dr.Luv masih tidak serik2 untuk menabur fitnah setelah kekalahan calon2 mereka terutamanya calon dalam kerusi UMUM.. Seharusnya dengan kekalahan tersebut anda hendaklah menilai diri sendiri bukannya dengan berterusan menabur fitnah.

Jikalau betul flayers kumpulan Pro-Mahasiswa disebarkan secara haram di blok2 kolej kenapa pihak Pro-Aspirasi tidak membuat bantahan kemenangan ke atas kemenangan calon2 Pro-Mahasiswa?? Itu sudah cukup untuk menafikan fitnah anda. Kepada Mahasiswa/wi khususnya mahasiswa/wi UPSI anda hendaklah bijak menganalisis segala berita yang sampai kepada ana supaya anda tidak mudah terpedaya dengan fitnah2. Jangan kerana fitnah tersebut anda mengheret diri anda ke NERAKA JAHANAM bersama Dr.Luv..

Ape sudah jadi dengan bakal-bakal guru keluaran UPSI dengan fitnah-fitnah yang bermaharajalela. Seharusnya pihak HEP memantau kes ini dan jangan biarkan kes ini berlarutan. Kebitaraan seorang guru akan tercemar dengan fitnah2 yang berterbangan.

Read more...

Kejutan yang tidak disangka2..(TSUNAMI politik UPSI)

Seluruh pendokong Pro-Mahasiswa(kebajikan) mampu tersenyum lebar dengan keputusan yang diumumkn oleh Dato' Naib Canselor semalam. Dengan kemenangan 8 daripada 21 kerusi maka dengan ini kumpulan Pro Mahasiswa dapat menafikan 2/3 kemenangan Pro -Aspirasi. Jika dilihat berdasarkan keputusan untuk 2 tahun yang lepas kumpulan Pro-Aspirasi dapat menyapu bersih kesemua kerusi didalam PRK. Dengan keputusan yang tidak disangka2 yg dikeluarkan oleh Dato' NC semalam menceriakan keredupan yang bersarang di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Calon Pro Kebajikan yang menang dalam PRK kali ini adalah Akmal Madzir(umum), Nur Aqilah(umum), Arif(umum),Hanif Azwan(FST),Norhafizawati(FST),Mohamad ZUlhilmi(FSKPM),Adriyani(FSSK)dan Hisham(FSM)yang menang tanpa bertanding. Manakala calon Pro Kebajikan yang tewas pula adalah Wan Nasron(umum), Nazira(umum), Nurul Iman(FSSKPM) dan Suhainizam(FTMK).

Kekalahan Rashid(Pro-Aspirasi) didalam pilihanraya kampus adalah satu kekalahan yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Dengan menifesto beliau yang begitu hebat dan kesohoran dia di Universiti Pendidikan Sultan Idris menyebabkan saya sebagai Pemerhati politik kampus di UPSI amat terkejut dengan kekalahan beliau. InsyaAllah dalam sehari dua lagi sy akan cuba mendapatkan maklumat faktor kekalahan beliau pada PRK kali ini.

Read more...

Warga UPSI menerima kejutan yg tidak disangka-sangka.(TSUNAMI politik UPSI)

Seluruh pendokong Pro-Mahasiswa(kebajikan) mampu tersenyum lebar dengan keputusan yang diumumkn oleh Dato' Naib Canselor semalam. Dengan kemenangan 8 daripada 21 kerusi maka dengan ini kumpulan Pro Mahasiswa dapat menafikan 2/3 kemenangan Pro -Aspirasi. Jika dilihat berdasarkan keputusan untuk 2 tahun yang lepas kumpulan Pro-Aspirasi dapat menyapu bersih kesemua kerusi didalam PRK. Dengan keputusan yang tidak disangka2 yg dikeluarkan oleh Dato' NC semalam menceriakan keredupan yang bersarang di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Calon Pro Kebajikan yang menang dalam PRK kali ini adalah Akmal Madzir(umum), Nur Aqilah(umum), Arif(umum),Hanif Azwan(FST),Norhafizawati(FST),Mohamad ZUlhilmi(FSKPM),Adriyani(FSSK)dan Hisham(FSM)yang menang tanpa bertanding. Manakala calon Pro Kebajikan yang tewas pula adalah Wan Nasron(umum), Nazira(umum), Nurul Iman(FSSKPM) dan Suhainizam(FTMK).

Kekalahan Rashid(Pro-Aspirasi) didalam pilihanraya kampus adalah satu kekalahan yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Dengan menifesto beliau yang begitu hebat dan kesohoran dia di Universiti Pendidikan Sultan Idris menyebabkan saya sebagai Pemerhati politik kampus di UPSI amat terkejut dengan kekalahan beliau. InsyaAllah dalam sehari dua lagi sy akan cuba mendapatkan maklumat faktor kekalahan beliau pada PRK kali ini.

Read more...

Selasa, 21 Oktober 2008

Laungan "REVOLUSI" dan "KEBAJIKAN" bergema di KHAR..Mahasiswa menuntut perubahan dalam MPP UPSI




20/10/08 adalah hari terakhir untuk mahasiswa/wi UPSI untuk melakukan kempen bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) ssi pengajian 08/09..
Berbagai taktik digunakan untuk meraih sokongan baik secara jahat, fitnah dan juga cara berhemah. Kali ini dapat dilihat persaingan sengait antara 2 kumpulan pelajar iaitu dari Pro-Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa. Walaupun telah diletakkan syarat supaya pelajar tidak mewakili mana2 kumpulan samaada daripada Aspirasi ataupun Mahasiswa akan tetapi kumpulan itu tetap terserlah kerana pemikiran dan ideologi yang berbeza.

Rapat umum yang terakhr dimulakan lebih lewat kerana hujan yg turun sejak petang. Pihak urusetia terpaksa menukar tempat rapat umum daripada gelanggan bola tampat KHAR ke cafe KHAR.

Sepanjang rapat umum beberapa kekecohan berlaku kerana
PROVOKASI2 yg dilakukan oleh para penyokong. Kalau diperhatikan penyokong2 yg ber'tag' kualiti lebih biadap dan tidak berdisipin berbanding penyokong ber'tag' kebajikan. Ucapan oleh calon dimulakan oleh Saudara Rashid dan diakhiri oleh saudari Aqilah..

Pendedahan ekslusif oleh aqilah semasa ucpan rapat umum membuka mata banyak pihak.Dari pemerhatian saya wakil daripada HEP sendiri npk xsenang hati dengan
pendedahan ekslusif oleh aqilah mengenai fitnah yg dilemparkan kepada Saudara Fadhiri(Mantan JMK kolej Ungku Omar)..Fadhiri didakwa telah mengelapkan wang sebanyak RM 600.00.
Aqilah mendakwa berita daripada satu blog yg dtulis oleh Dr.Luv adalah satu fitnah yg dilemparkan kerana PRK UPSI.
anda boleh membaca berita tersebut disini. http://cintaupsi.blogspot.com/2008/10/panas-kerana-duit-peribadi-manusia.html

Saudara Fadiri dengan lantang bangun bersuara menuntut hak dan kebenaran atas fitnah tersebut.Saudara Fadirin berjumpe sendiri dengan
Penolong Pengurus Asrama Kolej Ungku Omar, En Mohd Raizol bin Ramli dan bagi meminta penjelasan terhadap fitnah tersebut. Beliau menafikan hal tersebut dan ini merupakan rekaan semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
http://upsionline.blogspot.com/2008/10/email-terkini-isu-mohd-fadhiri-bin.html

Saya sebagai aktivis politik kampus begitu kesal terhadap kejadian fitnah ini. Ini seolah2 mengambarkan produk2 guru keluaran Universiti Pendidikan Sultan Idris amat tidak profesional dlaam menghadapi pilihanraya kampus. Nnt bakal guru keluaran UPSI terdiri daripada kaki2 fitnah dan pendusta. Apakah negara kita memerlukan guru-guru sedemikian untuk membangunkan negara?? Bagaimana kita ingin melahirkan modal insan yang kamil jikalau para pendidik sendiri terdiri daripada kaki-kaki pemfitnah??

Tepuk dada tanya Iman..
Saya berharap kejadian ini tidak berulang lagi dimasa akan datang kerana perbuatan fitnah adalah suatu perbuatan yang amat buruk dan keji..Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh..

Dengan pendedahan ekslusif daripada saudari aqilah tersebut rapat umum diakhiri dengan jeritan RE-VO-LU-SI dan takbir!! oleh seluruh mahasiswa yang hadir..Sesudah itu berlaku sedikit kekecohan diantara Saudara Reformasi dan beberapa orang pelajar yang berbaju Fakulti Sukan (mungkin budak daripada fakulti sains sukan kot??). Kekocohan itu dapat disuraikan secara baik oleh saya sendiri dan beberapa kawan seperjuangan.

Read more...

Selasa, 7 Oktober 2008

semangat MALAYSIA BOLEH menuju ke 'kubur'

Sejurus selepas tengah malam 16 September, 2008, sekumpulan komando tentera laut Perancis digugurkan dengan payung terjun di tengah laut
Tenggara Somalia berhampiran dengan Carré d’As sebuah kapal layar yang telah ditawan lanun sejak 2 September (Gambar - KD Kasturi (No.1 dari kiri) dan KD Inderapura (No.3)
Serangan hendap komando tentera tersebut di bawah pengendalian frigat le Courbet dari angkatan laut Perancis yang mengawasi dan membuat pemerhatian secara dekat Carré d’As selama 10 hari.
Perancis menghantar tentera lautnya sejurus selepas kapal layar milik warganya ditahan lanun.
Pada 19 Ogos, kapal MV Bunga Melati 2 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) telah ditahan lanun di perairan yang sama.
Sepuluh hari kemudian sebuah lagi kapal tangki milik MISC, MV Bunga Melati 5 pula dirampas lanun dari kumpulan yang sama.
Aktiviti pelanunan di perairan Somalia telah menjadi satu industri, bermula sejak Somalia mengalami krisis perang saudara pada awal 1990.
Lanun moden (gambar kanan) abad ke 21 itu mempunyai modus operandi yang tersusun dimana 8 hingga 10 orang menaiki bot super laju lengkap dengan senjata canggih melakukan serbuan ke atas kapal-kapal.
Kapal yang ditawan akan dibawa ke pelabuhan Eyl, Puntland, satu kawasan di utara Somalia yang telah mengisytiharkan merdeka dari Somalia pada tahun 1998.
Kapal yang dirampas akan dikawal oleh 50 orang bersenjata diatas kapal, manakala 50 orang lagi didaratan, sementara menunggu bayaran wang tebusan.
Di daratan Eyl, terdapat sebuah kafe yang menyediakan makanan untuk para tebusan. Pada satu ketika kafe tersebut menyediakan makanan kepada 200 orang tebusan.
Pada tahun lalu, lanun telah mendapat hasil sebanyak USD20 juta (RM70 juta) dari pembayaran wang tebusan yang mereka perolehi.
Tentera Perancis telah bertindak melakukan serbuan sebelum kapal di bawa ke pelabuhan Eyl, kerana lebih mudah mengalahkan lanun yang merampas kapal dalam kumpulan kecil.
Operasi 10 minit komando terlatih Perancis telah berjaya menyelamatkan warga Peranchis yang dijadikan tebusan, membunuh seorang lanun dan menahan enam yang lain, dan menjimatkan 1 juta Euro (RM 4.8 juta) wang tebusan yang diminta oleh lanun berkenaan.
Setelah dua buah kapal milik MISC dirampas lanun, pada 2 September Menteri Pertahanan Dato’ Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan telah menghantar kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan pasukan komando ke Teluk Aden berhampiran perairan Somalia dan Yemen bagi melindungi empat buah kapal MISC di kawasan tersebut.
Kemudian pada 4 September sebuah lagi kapal perang jenis patrol pantai TLDM, KD Pahang dihantar untuk mengiringi frigat KD Lekiu dan KD Inderapura.
Apabila 3 buah kapal perang beserta komando TLDM dihantar dan ianya di dedahkan oleh Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri, maka terbayang diseluruh rakyat tentang kecekapan PASKAL sebagaimana propaganda yang sering ditunjukkan ketika menyertai sebarang latihan.
Pasti PASKAL yang cekap akan bertindak sebagaimana komando tentera laut Perancis, masuk menyerbu secara senyap dan membebaskan tebusan sekaligus menyelamatkan wang tebusan sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) sebagaimana yang diminta oleh lanun.
Sekiranya ada yang terkorban dikalangan kelasi atau PASKAL semasa serbuan dibuat, maka mereka akan dianggap ‘gugur syahid’ kerana menentang musuh Negara dan mempertahankan maruah dan harga diri !
Jasad mereka akan disambut dengan penuh istiadat oleh ribuan rakyat sebagaimana menyambut wira-wira negara yang lain.
Namun bukan dalam semua soal boleh diguna pakai ‘Malaysia Boleh’!!
Najib menafikan akan ada tindakan ketenteraan untuk membebaskan dua kapal MISC Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 yang di rampas lanun dan menjadikan seluruh rakyat tertawa dan gelihati.
Apa tidaknya, Najib kata tugas komando PASKAL yang paling cekap dilaut itu, dengan 2 buah kapal perang frigat dan sebuah kapal patrol, dihantar beribu batu jauhnya dan memakan belanja yang begitu banyak, semata-mata hanyalah untuk memerhati dan menerima tebusan bila mereka di bebaskan dan mengiringi kapal-kapal tersebut balik bila episod rampasan itu berakhir.
Dan akhirnya TLDM dan komando PASKAL hanya menjadi tentera yang menyerahkan wang tebusan kepada lanun, bukan yang membuat serbuan membebaskan tebusan !
MV Bunga Melati 2 Kapal tangki kedua MISC dibebaskan selepas MV Bunga Melati 5 dibebaskan dua hari lebih awal.
Walaupun Pengerusi MISC Hassan Merican mengatakan jumlah wang tebusan dirahsiakan untuk keselamatan, namun Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Kol Fadzlette Othman Merican memberitahu sebanyak USD4 juta (RM13.6 juta) telah diberikan kepada lanun Somalia.
Malaysia Boleh !

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.