Selasa, 21 Oktober 2008

Laungan "REVOLUSI" dan "KEBAJIKAN" bergema di KHAR..Mahasiswa menuntut perubahan dalam MPP UPSI




20/10/08 adalah hari terakhir untuk mahasiswa/wi UPSI untuk melakukan kempen bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) ssi pengajian 08/09..
Berbagai taktik digunakan untuk meraih sokongan baik secara jahat, fitnah dan juga cara berhemah. Kali ini dapat dilihat persaingan sengait antara 2 kumpulan pelajar iaitu dari Pro-Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa. Walaupun telah diletakkan syarat supaya pelajar tidak mewakili mana2 kumpulan samaada daripada Aspirasi ataupun Mahasiswa akan tetapi kumpulan itu tetap terserlah kerana pemikiran dan ideologi yang berbeza.

Rapat umum yang terakhr dimulakan lebih lewat kerana hujan yg turun sejak petang. Pihak urusetia terpaksa menukar tempat rapat umum daripada gelanggan bola tampat KHAR ke cafe KHAR.

Sepanjang rapat umum beberapa kekecohan berlaku kerana
PROVOKASI2 yg dilakukan oleh para penyokong. Kalau diperhatikan penyokong2 yg ber'tag' kualiti lebih biadap dan tidak berdisipin berbanding penyokong ber'tag' kebajikan. Ucapan oleh calon dimulakan oleh Saudara Rashid dan diakhiri oleh saudari Aqilah..

Pendedahan ekslusif oleh aqilah semasa ucpan rapat umum membuka mata banyak pihak.Dari pemerhatian saya wakil daripada HEP sendiri npk xsenang hati dengan
pendedahan ekslusif oleh aqilah mengenai fitnah yg dilemparkan kepada Saudara Fadhiri(Mantan JMK kolej Ungku Omar)..Fadhiri didakwa telah mengelapkan wang sebanyak RM 600.00.
Aqilah mendakwa berita daripada satu blog yg dtulis oleh Dr.Luv adalah satu fitnah yg dilemparkan kerana PRK UPSI.
anda boleh membaca berita tersebut disini. http://cintaupsi.blogspot.com/2008/10/panas-kerana-duit-peribadi-manusia.html

Saudara Fadiri dengan lantang bangun bersuara menuntut hak dan kebenaran atas fitnah tersebut.Saudara Fadirin berjumpe sendiri dengan
Penolong Pengurus Asrama Kolej Ungku Omar, En Mohd Raizol bin Ramli dan bagi meminta penjelasan terhadap fitnah tersebut. Beliau menafikan hal tersebut dan ini merupakan rekaan semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
http://upsionline.blogspot.com/2008/10/email-terkini-isu-mohd-fadhiri-bin.html

Saya sebagai aktivis politik kampus begitu kesal terhadap kejadian fitnah ini. Ini seolah2 mengambarkan produk2 guru keluaran Universiti Pendidikan Sultan Idris amat tidak profesional dlaam menghadapi pilihanraya kampus. Nnt bakal guru keluaran UPSI terdiri daripada kaki2 fitnah dan pendusta. Apakah negara kita memerlukan guru-guru sedemikian untuk membangunkan negara?? Bagaimana kita ingin melahirkan modal insan yang kamil jikalau para pendidik sendiri terdiri daripada kaki-kaki pemfitnah??

Tepuk dada tanya Iman..
Saya berharap kejadian ini tidak berulang lagi dimasa akan datang kerana perbuatan fitnah adalah suatu perbuatan yang amat buruk dan keji..Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh..

Dengan pendedahan ekslusif daripada saudari aqilah tersebut rapat umum diakhiri dengan jeritan RE-VO-LU-SI dan takbir!! oleh seluruh mahasiswa yang hadir..Sesudah itu berlaku sedikit kekecohan diantara Saudara Reformasi dan beberapa orang pelajar yang berbaju Fakulti Sukan (mungkin budak daripada fakulti sains sukan kot??). Kekocohan itu dapat disuraikan secara baik oleh saya sendiri dan beberapa kawan seperjuangan.

2 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  22 Oktober 2008 pada 8:33 PG  

wahh..aku masuk ye disitu..hehe..xde ppe la dgn sains sukan tu..insyaAllah semuanye nak bincang dgn baik..hal ni pn dh ckp elok2 kat group UPSI(rujuk fster aku)tp cume ade bbrpe org yg xmo settle cm2 je..xtau la nk gune cre ape lg..biarkan jela..negara kite negara HUKUM,bkn LAW OF d Jungle bak kate DSAI tercinta..hehe

Tanpa Nama,  22 Oktober 2008 pada 12:05 PTG  

Teruskan perjuangan wahai kawanku Suara Reformasi..

  ©Template by Dicas Blogger.