Butir-butir kata keluar daripada minda Mahasiswa demi mencari secebis ilmu dan keredhaanNya. Kadang-kadang ia terlalu kritikal. Kalau kamu jenis tidak suka membaca tulisan kritikan boleh sahaja membaca dan SENYAP!!
Aku petik daripada blog Ketua Pemuda PAS Pusat. Beliau menyeru kita semua agar solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan bebas daripada H1N1. Kematian disebabkan H1N1 semakin bertambah dan membimbangkan kita semua.
Ikuti pesana Ketua Pemuda PAS.. Sama-sama ambil keinsafan dan amal.
Insyallah , Sejurus selesai solat Jumaat hari ini semua Ummat Islam disarankan untuk menunaikan Solat Hajat dan berdoa bagi memohon kesejahteraan dan keafiatan dan bebas dari wabak atau virus H1N1 yang kini semakin menular dan merebak .
Pemuda Khasnya dari seluruh negara diharapkan dapat mengambil langkah pro aktif untuk menyemarakkan program Solat Hajat ini termasuklah penganjurannya di Markaz atau di Pusat Tarbiyyah PAS di seluruh negara .
Kepada Allah swt kita mengadu dan mohon pertolongan . Serta kita menasihatkan supaya semua ummat Islam menghindarkan diri dari perbuatan maksiat dan mungkar yang memungkinkan Allah swt menurunkan bala siksaannya ke atas kita atau paling tidak , Allah swt tidak lagi mendengar permohonan kita . Hindarkan Maksiat dan dekatkan diri kepada Allah swt .
Disebalik petang yang damai aku masih memikirkan detik-detik kehancuran dunia ini. Buka khayalan semata-mata bahkan inilah yang tersurat dalam Al-Quran dan juga Hadis-hadis Nabi S.A.W. Kehancuran yang pasti kepada bumi dan alam ini.
Kehancuran ini makin dirasai dengan noda-noda hitam daripada cerdik, bodoh, pandai, sial manusia yang meletakkan diri kearah kebinasaan. Sudah puas ditegur sudah puas diancam tetapi manusia bongkak dan bangga dengan kebijaksanaannya. Adakah manusia tidak mengetahui siapakah pemilik kepada kebijaksanaan?
BODOH!!..
Hari berkunjung tiba dan kini manusia diuji lagi. Tetapi manusia tetap bodoh untuk menilai ujian Ilahi. Seakan-akan tidak nampak petanda yang Ilahi bawa untuk gertakan jiwa agar menyembahNya. Dia yang maha esa. Dia yang maha perkasa. Segenap ruang dan jasad dikuasainya.
Satu persatu ujian tiba bagaikan lumrah bagi manusia. Aku bercakap dalam konteks kita di Malaysia. Ujian yang tidak seteruk mana tetapi kita masih alpa dan bersuka ria. Ujian bagaikan perkara biasa. Dadah, rempit, masalah sosial, rogol, samun ujian Allah dinegara aku yang aman. Tapi sang penghuni hambaNya masih bodoh menilai.
Kini datang lagi dengan seribu harapan agar manusia berubah. Berubah agar mengenal pencipta yang hebat perkasa. Dinamakan H1N1 sebagai senjata berbisa. Namun manusia tetap bersahaja.
“Aku menadah tangan memohon padaMu ya Allah. Ampunkanlah dosa hamba-hambaMu ini ya Allah. Sesungguhnya kami makhluk yang lemah dan leka ya Allah. Ampunilah dosa kami. Ampunilah kelalaian kami ya Allah. Bukalah pintu hati kami agar bisa mendapat cahaya petunjukMu ya Allah. Mengapa diri ini masih melakukan dosa disaat peringatan demi peringatan Engkau turunkan demi kasihMu kepada kami. Ya Rahman. Ya Rahim ampunilah dosa-dosa kami….”
~H1N1 sudah meragut nyawa mangsanya yang ketujuh. Pohonlah kepada Allah perlindungan yang kekal agar kita masih ada lagi peluang untuk beribadah kepadaNya. Jangan kita leka dengan nikmat dunia yang palsu semata-mata.~
Satu berita yang menakutkan yang aku dapat petik daripada Malaysiakini. Penularan H1N1 semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Untuk rekod sehingga hari ini sudah 5 kematian dicatatkan di Malaysia dan dijangka kematian yang seterusnya akan berlaku kerana penularannya sudah masuk kepada tahap tidak terkawal. Bala Allah yang tiada siapa yang sangka. Disebalik "keamana" negara kita rakyat Malaysia diuji dengan wabak pandemik ini.
Mohon dan merayu kepada Allah Taala dijauhkan daripada bala ini..
Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.
"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.
Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.
Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam.
h1n1 flu malaysia school children students wearing mask 260609 02Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.
Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.
Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.
Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.
Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.
"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.
Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.
Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.
Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.
Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.
"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.
"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.
Insan yang sentiasa mencari sumber untuk belajar, sentiasa tidak berpuas hati dan berdengki dengan orang yang mempunyai ilmu dan kebolehan yang tinggi. Sentiasa mendorong diri agar sentiasa bermotivasi dan hebat dalam meneruskan hidup yang serba mencabar ini.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih sesat dari golongan yang mengatakan sekiranya umat Islam tidak menjadi golongan kanan mereka mestilah menjadi golongan kiri. Sekiranya mereka tidak menjadi komunis mereka mestilah menjadi kapitalis. Umat Islam wajib menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa mereka memiliki sifat-sifat keperibadian yang tersendiri, keperibadian yang tidak berfahaman kanan atau kiri. Mereka mempunyai keperibadian yang tulin lagi asli, keperibadian yang sifat-sifat dan rupa bentuknya bersumber dari ajaran Islam sebagai agama fitrah (murni) dan risalah fitrah. Dengan keperibadian yang tersendiri dan asli inilah yang membolehkan umat Islam memegang kendiri aliran pemikiran dan politik dunia.
~Abu Bilal~