Selasa, 4 Ogos 2009

Manusia yang melupakan...

Disebalik petang yang damai aku masih memikirkan detik-detik kehancuran dunia ini. Buka khayalan semata-mata bahkan inilah yang tersurat dalam Al-Quran dan juga Hadis-hadis Nabi S.A.W. Kehancuran yang pasti kepada bumi dan alam ini.


Kehancuran ini makin dirasai dengan noda-noda hitam daripada cerdik, bodoh, pandai, sial manusia yang meletakkan diri kearah kebinasaan. Sudah puas ditegur sudah puas diancam tetapi manusia bongkak dan bangga dengan kebijaksanaannya. Adakah manusia tidak mengetahui siapakah pemilik kepada kebijaksanaan?


BODOH!!..


Hari berkunjung tiba dan kini manusia diuji lagi. Tetapi manusia tetap bodoh untuk menilai ujian Ilahi. Seakan-akan tidak nampak petanda yang Ilahi bawa untuk gertakan jiwa agar menyembahNya. Dia yang maha esa. Dia yang maha perkasa. Segenap ruang dan jasad dikuasainya.


Satu persatu ujian tiba bagaikan lumrah bagi manusia. Aku bercakap dalam konteks kita di Malaysia. Ujian yang tidak seteruk mana tetapi kita masih alpa dan bersuka ria. Ujian bagaikan perkara biasa. Dadah, rempit, masalah sosial, rogol, samun ujian Allah dinegara aku yang aman. Tapi sang penghuni hambaNya masih bodoh menilai.


Kini datang lagi dengan seribu harapan agar manusia berubah. Berubah agar mengenal pencipta yang hebat perkasa. Dinamakan H1N1 sebagai senjata berbisa. Namun manusia tetap bersahaja.


“Aku menadah tangan memohon padaMu ya Allah. Ampunkanlah dosa hamba-hambaMu ini ya Allah. Sesungguhnya kami makhluk yang lemah dan leka ya Allah. Ampunilah dosa kami. Ampunilah kelalaian kami ya Allah. Bukalah pintu hati kami agar bisa mendapat cahaya petunjukMu ya Allah. Mengapa diri ini masih melakukan dosa disaat peringatan demi peringatan Engkau turunkan demi kasihMu kepada kami. Ya Rahman. Ya Rahim ampunilah dosa-dosa kami….”


~H1N1 sudah meragut nyawa mangsanya yang ketujuh. Pohonlah kepada Allah perlindungan yang kekal agar kita masih ada lagi peluang untuk beribadah kepadaNya. Jangan kita leka dengan nikmat dunia yang palsu semata-mata.~

2 Cetusan minda:

Afrezal Karim 4 Ogos 2009 pada 5:19 PTG  

hmm aku agreed.. makin menjadi2.. skang H1N1 ke sana kemari semua dah macam panic jaa.. even certain hospital pun dah reject utk checkup.. priority di beri pada kanak2 dgn orang tua

Nurulfazlina Ain Rasol 4 Ogos 2009 pada 9:50 PTG  

Allah s.w.t menurunkan ujian supaya kita ingat kepadaNya

  ©Template by Dicas Blogger.