Jumaat, 28 Ogos 2009

Ilusi yang hilang...


Dalam menjalani kehidupan ini yang penuh berliku dan ranjau berbagai halangan perlu ditempuhi. Halangan-halangan yang ditempuhi kadang-kadang menguatkan dan kadang-kadang amat melemahkan jiwa.


Tida manusia yang tidak akan diuji. Baik Islam ataupun kafir pasti akan diuji oleh Allah. Ujian untuk orang Islam bagi lebih menguatkan keislamannya. Ujian untuk si kafir untuk menebalkan kekafirannya. Walau seberat mana ujian sedarlah itu datangnya daripada Allah. Kerana apa? Kerana kasihnya Allah kepada kita. Kerana penciptaan kita di dunia ini bukan main-main.


Hati kadang-kadang cukup perit dalam menghadapi ujian-ujian yang berkunjung tiba. Kadang-kadang ia datang setahun sekali, kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang seminggu sekali dan ada juga datang bertubi-tubi tanpa belas kasihan hari-hari. Maka hari-harilah hati ditimpa kerisauan dan kegundahan dek ujian Allah. Tapi ya Allah.. betapa ku bersyukur atas ujianMu itu. Betapa cintanya Mu kepada hambaMu yang lemah ini. Hamba yang tidak lekang dari dosa dan kemaksiatan.


Hari ini kita masih bernyawa. Menaip, membaca, berfikir, menghayati maksud dan kepayahan hidup. Hidup dalam bermain-main dengan ilusi. Harta dihadapan.. itulah ilusi.. wanita dihadapan.. itulah ilusi.. kemewahan dihadapan.. itulah ilusi.. Kita ditipu.. ditipu oleh kebodohan dan kejahilan. Terlalu asyik bermain-main dan bersenda gurau dengan ilusi.


Betapa kita diperbodohkan oleh ilusi ciptaan Allah. Kenapa Allah menciptakan ilusi ini? Jawabnya untuk mencari mana hambanya yang beriman, yang mengenal Allah, yang takut akan Allah, yang tahu tentang hakikat kematian, yang tahu hakikat kehidupan. Tahu apa tujuan kita dihidupakan.. tapi sahabat.. Ramai yang tidak tahu. Ramai yang leka. Lebih teruk ramai yang tahu tetapi masih dilekakan oleh kebuasan nafsu. Betapa celaka manusia..


Esok hari akan mendatang lagi. Ilusi akan menayang lagi dengan berbagai bentuk. Manusia khayal diulit ilusi. Terus khayal dalam kenikmatan ilusi ciptaan Allah. Dicipta sebagai ujian untuk mencari hambaNya yang soleh..


Jika ilusi itu datang lagi mampukah aku mengolah ilusi itu untuk mencari redha Allah???

Mampukah aku????? Ilusi datanglah.. datang dengan seribu harapan untuk diri aku...

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.