Jumaat, 7 Ogos 2009

Petai lebih enak baunya daripada limau kasturi. satu kajian non-saintifik oleh Dr Zul

Begitu berselera makan tengahari apabila perut dibelai dengan selera kampong. Budu, tempoyak, petai, dan telur goreng begitu menyelerakan disantap bersama kawan-kawan di kolej yang serba sepi ini.


Pintu cermin dibuka seluas-luasnya dibiarkan deruan angin yang menenangkan jiwa membelai tubuh kami yang sedang makan. Begitu indah rasanya makan tengahhari kali ini dengan suasana sedemikian.


Sudah 2 hari kami makan menu yang sama. Petai walaupun busuk cukup membuka selera kami. Busuk petai kata orang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan vitamin dan serat yang baik. Kata oranglah. Aku tak pernah kaji mengenai petai ataupun membaca mana-mana artikel mengenai petai.


Sesudah makan dipaksa diri untuk menghadap laptop kesayangan masih terasa lagi keenakan dan bau petai di celah gigi. Memang susah nak hilangkan bau petai walaupun dengan mengosok gigi.


Yang paling sakit hati kalau ada orang sendawa disebelah kita selepas dia memakan sepapan petai. Cis memang cilako la..sepak jer..


(Aku menulis nie sebab ada orang sendawa depan aku…grrrrr..)

2 Cetusan minda:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr 7 Ogos 2009 pada 6:07 PTG  

ada org kentut tak????

kalo tak, lagi sakit hati kan???

hahaha

مَعهَدين الُمعلمْ 7 Ogos 2009 pada 7:00 PTG  

Kalau kentut tu kurang ajar namanya.
huhuhu..

  ©Template by Dicas Blogger.