Isnin, 3 Ogos 2009

Entah apa yang celoteh...

Ermmm…

Hari rabu berkira-kira nak balik semula ke UPSI setelah begitu lama berada dirumah iaitu selama 4 hari. Wow… lama tu..


Hehehe..xdela lama sangat. Tapi dah memang perangai aku memang xleh dop lama sangat kat rumah. Boring… rasa rindu jer nak balik kampus. Rindu kat sapa ek? Mane de awek pun kat UPSI?? Hehe..


Ini bukan soal awek. Soal perangai. Kalau aku berada kat kampus rasa rindu plak nak balik kampong. Bila dah dua, tiga hari kat kampong rasa rindu plak nak balik kampus. Dah perangai manusia tak pernah puas dengan apa yang ada.


Tapi tu tak bermakna aku tak bersyukur. Syukur Alhamdulillah.. Rasa syukur itu amat-amat menenangkan jiwa. Dalam minggu ini aku asyik melepaskan rindu bersama buku-buku karangan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Buku-buku ini bukan buku berinsurkan politik tetapi berunsurkan nasihat-nasihat agama dan cara-cara nak mencapai takwa.


Alhamdulillah disebalik kesibukan aku untuk menghadapi mid-sem yang akan berkunjung tiba sebaik sahaja cuti H1N1 tamat aku sempat menghabiskan 2 buah buku karangan Tuan Guru. Alhamdulillah banyak panduan yang boleh aku cedok. Alhamdulillah banyak penganjaran yang boleh aku timba. Alhamdulillah aku dapat mengetahui macam mana sebenarnya hidup sebagai seorang hamba Allah. Syukur dan syukur lagi kepada Allah.


Kita tidak akan tahu kalau tidak mencari. Kita akan buta menilai kalau kita malas membaca. Dulu memang aku jenis orang yang tidak suka membaca. Tapi Alhamdulillah tabiat membaca semakin menjadi hobi aku setelah aku pergi ke program “super power..ngeh..ngeh..ngeh..”. terima kasih kepada Abg Tg tidak terhingga kerana menarik aku menjadi mangsa program tersebut. Alhamdulillah program itu banyak merubah diri aku ini.


Kini membaca bagaikan dadah. Rasa rugi kalau masa dibuang tanpa sulaman ilmu. Kini aku tahu aku siapa dan mengapa aku menjadi aku. Susah sebenarnya hendak mengenal identity diri. Ramai remaja sekarang punah ranah kerana gagal mencari identity diri. Maka diikut oleh remaja identity diri yang bercelaru seperti identity diri artis-artis pujaan dan pak lawak tersohor dalam tv. Sememangnya mereka sendiri pun tidak mengetahui identity mereka sendiri.


Macam mana aku mengenali diri aku? Macam mana aku mencungkil rahsia terpendam dalam diri aku? Macam mana aku boleh membuat penilaian terhadap sesuatu perkara? Orang kata aku nie kuat PAS? Yer memang.. tapi aku tidak menilai UMNO semacam mana orang kampong menilai UMNO. Aku tidak menilai UMNO sebagaimana kebanyakan orang PAS menilai UMNO. Tetapi aku menilai UMNO dengan ilmu. Jadi kata kuncinya ialah MEMBACA..



Selamat membaca!!!!

1 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.