Sabtu, 1 Ogos 2009

Aku anak tahanan si bengis celaka

Sekitar demo Anti ISA. Ramai aktivis yang telah ditangkap oleh polis walaupun demo masih belum berlangsung secara hebat. Bak kata pakkaramu ibaratkan ayam daging. Kena tangkap bodoh.


Situasi disana aku tak dapat gambarkan dengan jelas. Mungkin berlaku sedikit huru hara setelah ramai yang ditangkap oleh polis. Tak mengapalah. Barulah tahu ape erti perjuangan. Hendak menegakkan keadilan bukannya mudah. Tugas kita bukan sahaja berdakwah malah kita mesti terlibat dalam masyarakat untuk menegakkan keadilan. Saudara-sauadara kita yang seagama malah yang tidak seagama pun wajib bagi kita menuntut keadilan untuk mereka.


Apa guna bergelar da’i kalau takut dengan rintangan ini. Imbas semula sejarah nabi dalam menegakkan keadilan Islam. Disamping berdakwah nabi bergerak dalam politik Islam dalam mendapatkan hak Islam.


Apa sebenarnya pendirian kepada mereka yang PRO-ISA? Mungkin mereka menyokong akta ini secara membabi buta tanpa penilaian seikhlas hati pelaksanaan dasar kejam ini. Dasar ini terus menerus dilaksanakan seolah-olah sebagai nyawa terakhir parti pemerintah. Tidak kiralah siapa parti pemerintah tersebut, yang jelasnya siapa yang menjalankan dasar ini dikira seorang yang kejam. Tahniah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menyelar pelaksanaan dasar ini. Pak Lah semakin cerdik setelah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sekali lagi tahniah..


Bayangkan yang menjadi mangsa ISA adalah ayah kita, abang kita adik kita, saudara-mara kita apakah perasaan kita? Ditangkap tanpa dibicarakan dan ditahan selama mana pemerintah suka. Sungguh bernafsu tindakan ini. Nafsu kesyaitanan yang memang jijik dan memualkan kerana pangkat dan kekuasaan. Bayangkan kita menonton tv bersama anak-anak kita, bersama isteri yang tercinta tiba-tiba si bengis jahat datang menangkap kita tanpa bukti yang kukuh dan kita disumbat dalam lokap tanpa bicara.


Mungkin dalam penahana itu memang betul-betul kita salah. Mungkin penahanan itu dibuat tanpa kita sendiri tahu apakah dosa dan salah kita. Dan kita menjadi mangsa kerakusan kuasa manusia. Sungguh malang nasib kita.


Selamilah diri mangsa ISA. Cuba jadikan diri kita anak kepada mangsa ISA. Apa rasanya diri ini tanpa kasih saying seorang ayah. Tanpa belaian seorang ayah tercinta. Mungkin bukan duit dan barang yang ditagihi tetapi kasih saying yang diperlukan oleh seorang anak. Cuba salami nasib si Suhaib anak tahanan ISA. Dari kecil berpisah dengan ayahnya selama tujuh tahun. Satu tempoh yang cukup lama dan memeritkan bagi seorang anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.


Kita sebagai hamba Allah saudara seagama mangsa ISA wajib melakukan usaha dalam mencari keadilan bagi mereka. Lakukanlah semampu usaha yang kita boleh agar kita mempunyai modal untuk menjawab setiap soalan di depan Allah Taala nanti.


(Kondisi cuba meletakkan diri sebagai seorang anak tahanan ISA. Cukup menyedihkan dan memeritkan ~sigh~)

6 Cetusan minda:

aku abid 2 Ogos 2009 pada 2:56 PTG  

salam..

kalo saya tak terlibat sbg ajk bg konsert antara dunia mmg saya dah g demo..

agak menghairankan mereka2 yg PRO ISA nie.. takkan takda hati n perasaan?amacam kalo ayah ke abg or adk dorg disumbat dlm ISA??? takkan bila jd baru nak sedar bahana ISA kot..

mg Allah buka pintu hati mereka melihat kebenaran.. n moga Allah thabatkan kita suma di landasan perjuangan..

مَعهَدين الُمعلمْ 2 Ogos 2009 pada 5:55 PTG  

:-(
saya dua-dua xsapat join..
demo xleh g..
konsert antara dunia xleh g..

H1N1 punya pasal so kena balik kampung..

ape2 pun tahniah dengan penganjuran konsert antara dunia yang hebat tu..
tahniah GAMIS

nur ariff 3 Ogos 2009 pada 9:27 PG  

salam..
bercakap berdasarkan pengalaman..
saya ada kawan, ayahnya ditahan..
dalam isa..
dia berkelana membawa diri dgn penuh tabah..bila ditanya mana ayahnya?
..................
sy yg berada di sebelah sebak mendengar.
bayangkan..entahkan bila walinya itu akan dibebaskan...
adik2 dia masih kecil..
bayangkan kalau famili sendiri yg kena...
mampukah lagi lidah kata..
"HIDUP ISA" ..
rasanya..dikala itu..usahkan nak kata "HIDUP ISA".. nak kata "TERUSKAN HIDUP" pun x mampu..

مَعهَدين الُمعلمْ 3 Ogos 2009 pada 11:51 PTG  

Allah itu mahal adil.
setiap sakit yang kita rasa akan ada balasannya..

Setiap kekejaman yang kita buat akan dihisab oleh Allah Taala..

Teruknya menjadi pemimpin yang bodoh..

mello 7 Ogos 2009 pada 2:41 PG  

memang celaka! bila semua ni akan berakhir? takbir!

  ©Template by Dicas Blogger.