Ahad, 23 November 2008

Disini aku dilahirkan...

Disini aku dilahirkan,
Dilahrkan sebagai seorang Islam,
Bekerja beramal untuk Islam,
Demi mencari keredhaan Sang Pencipta alam

Disini aku dilahirkan,
Mencuri secubit pengalaman,
Onak dan duri rela kuredahi,
Untuk mencapai sinar kebahagiaan.

Kini aku semakin matang,
Kanan dan kiri penuh pengalaman,

Dididik diasuh menjadi hamba yang berguna,
Demi Islam yang amat kusayangi.

Kini aku semakin dewasa,
Kedewasaan yang menuntut secebis kematangan,
Bagi mengoncang dunia milik Islam,
Untuk mengapai syurga idaman.



p/s: huhu.. aku cuba bersajak..Adeh!! fail la. Nk cuba sesuatu yang baru dalam memanipulasikan bahasa agar menjadi suatu penulisan yang indah lagi tersusun. x gitu?? Hehehehe...
Ape2 pun komen dan teguran daripada sahabat-sahabat semua amat ku hargai dalam mencari ilmu untuk memperlengkapkan diri ini. =)

Read more...

Sabtu, 22 November 2008

Aku akan menjalani latihan....

Pastikan kelengkapan cukup untuk menjalani latihan


Terpaksa meninggalkan lap top kesayangan =(

“Woiii..cepatlah.. ko ade keje x??jom tolog cuci umah aku jap. Aku kena pindah rumah la. Jurulatih nak menginap kat umah aku.”(suasana kalut macam nak perang).

“Assalamualaikum..Ikram ade??”(dengan muka cemas) disisinya ada beg pack yg selalu digunapakai oleh tentera. “Die xde xbalik lagi.” “ Haa…xbalik lagi.”(mukanya semakin cemas). “Apesal cari die??” “ Aku nk tukar beg pack ngan die..”

“Wah!!! Iron baju doh nah demo ju.” “ Hahaha… biasola aku puah. Nok isi masa.” “ Mu ado kertas A4 dop??” “ Mu nok wak gapo??” “ Nie aku nok buat memo nok ajak meeting esok nak pilih rank holder baru”.(rank holder sementara untuk kem tahunan kali ini).

Bunyi orang berlari-lari dari hujung sana sampai depan rumah aku. Aras 2 KHAR semakin kalut dengan aktiviti-aktiviti budak-budak PALAPES membuat persediaan untuk latihan pada lusa hari. Bermula selepas maghrib tadi keadaan mula meriah dengan segala persiapan. Ada yang membuat semak semula agar baju untuk latihan cukup, ada yang menjahit baju, ‘iron’ baju, mengilap kasut kawad. Dan bermacam-macam aktiviti lagi.

Aku tidak ketinggalan daripada petang lagi bermula dengan membasuh semua baju-baju biasa untuk disimpan. Hampir penuh 2 baldi aku terpaksa basuh. Selepas isya diteruskan dengan aktiviti menjahit butang seluar seterusnya meng’iron’ baju kawad. Semua ini dibuat dengan penuh teliti dan bersemangat untuk menempuhi kem tahunan PALAPES UPSI selama 21 hari bermula 23/11 sehingga 15/12.

Badan aku dah naik jemu untuk menjahit semua kacing-kacing untuk setiap poket. Memang seluar kawad mempunyai banyak poket. Jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Dek kejemuan itu aku berhenti dari menjahit masuk bilik untuk berblogging. Menghadap lap top kesayangan cukup puas bagi aku walau seberapa lama aku bersama’nya’.

Dalam kepala macam-macam aku fakir untuk latihan kali ini. Latihan CW kali ini aku mesti hadapi dengan penuh ketabahan. Dengan stamina badan yang entah kemana, dengan perasaan yang makin merindui family kat kampong, dengan berat hati nak tinggalkan lap top itu adalah cabaran yang besar bagi aku. Tetapi cabaran itu terpaksa aku tempuhi demi mencari sedikit sebanyak ilmu mengenai ketenteraan yang aku tahu memang susah nak dapat. Dalam ATM bukan macam pengakap, dalam ATM bukan macam PBSM, dalam ATM bukan macam pandu puteri. Hanya orang-orang yang cekal yang dapat mengharunginya.

Dengan latihan yang aku hadapi selama 21 hari ini mustahil untuk aku berblogging. Aarrgghhhh tensionnya. Ermm... Tidak mengapa. Bila aku balik daripada latihan ini aku akan ceritakan kepada sahabat-sahabat semua pengalaman mengikuti latihan selama 21 hari ini.

INSYAALLAH...

Read more...

Jumaat, 21 November 2008

Industri arak tidak mendapat tempat di Negara Buddha

Pelik.. Kenapa negara orang Islam makin teruk??
Di Malaysia industri arak mewah dan makmur. Ia bukan sekadar dikilang dan dijual, malah syarikat-syarikatnya diapungkan di bursa saham. Mereka mengaut untung besar dan antara syarikat korporat yang paling aktif dalam negara. Ini berlaku walaupun Malaysia dikatakan sebuah negara Islam. Demikianlah toleran dan baiknya budi orang Malaysia.

Thailand adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha. Mereka kuat berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan mereka dan malah saya merasakan rakyat Thai adalah antara penganut agama Buddha yang kuat dan ini ketara dari istana sehinggalah ke rakyat biasa.

Arak yang diharamkan oleh Islam juga turut diharamkan oleh agama Buddha. Bezanya bagi rakyat Thai mereka bukan sekadar akur dengan hukum itu tetapi sanggup bangkit mempertahankannya. Baru-baru ini usaha untuk mengapungkan sebuah syarikat arak, Thai Beverage PLC (pembikin “beer chang” yang popular di negara berkenaan) di Stock Exchange of Thailand (SET) telah menerima tentangan dari rakyat Thai dan sebuah protes telah dianjurkan oleh sami-sami Buddha negara berkenaan.

Menurut laporan hasil dari tentangan berterusan dari komuniti Buddha itu akhirnya SET membuat keputusan menolak permohonan syarikat berkenaan.

Menurut “The Thai Buddhist Channel” sekiranya syarikat ini diapungkan bermakna rakyat Thai bersubahat mengizinkan syarikat yang menghasilkan produk haram ini membuat lebih keuntungan. Negara berkenaan menurut saluran berita Buddha itu tidask memerlukan syarikat seperti ini dalam pasaran saham Thai.

Untuk makluman tidak ada syarikat arak yang tersenarai di SET. Malaysia bagaimana?

SUMBER

Read more...

Isi masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat

Sempena cuti ini ingat-ingatlah kat batu nesan nie..Ade juga pekdahnya
Salam mesra salam sayang salam iman. Selamat bercuti aku ucapkan kepada semua kawan2 seperjuangan dan juga kawan2 yang tidak ‘seperjuangan’ dengan aku. Hari nie tanggal 21/11/2008 maka tamatlah semua ujian bagi semua peringkat pelajar untuk pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maka selepas ini dengan senang hatinya korang semua membungkus tanpa melipat pakaian korang utk balik kg( nk menggambarkan terlalu nk balik kg smpai xsempat nk lipat).hehehe…

Bagi pelajar-pelajar yang mengambil ko-kurikulom PALAPES dan SUKSIS pula aku mengucapkan selamat menjalani latihan. Korg xpayaha berangan2 nk balik kg awal. Teruskan perjuangan korg menuntut ilmu pertahanan untuk mempertahankan keamanan Negara. Itu adalah kerja yang sungguh mulia untuk kita semua. Kepada Pasukan PALAPES UPSI baki masa yang ada selama 3 hari sebelum latihan nie bangkitkan semangat korg untuk menjalani latihan. Tengok movie2 perang agar semangat untuk menjalani latihan tu melonjak. Aku tahu latihan kali nie pastinya teruk ditambah lagi ura-ura mengatakan En. Salim dan Staf2 jurulatih ingin mengubah ‘channel’ latihan kali nie..(uuu…kecut perut den mendengarnya. Jgn die mandikan ngan air taik din sudhler..)

Yang berada dikampung sekarang selamat bermesra dengan keluarga. Ambil kesempatan bersama keluarga untuk membina silaturrahim yang utuh agar hubungan itu menjadi benteng yang kukuh dalam menempuh arus gelombang hidup yang semakin mencabar. Suka juga aku tekankan disini agar masa cuti ini kita isikan dengan progrem2 yang dapat menambahkan ilmu agama. Cadangan aku bagi korang semua pegila menjenguk-jenguk tok-tok guru di pondok2 untuk menyedok sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama. Ini penting agar menjadi pelindung dan pemandu korang dalam menempuh cabaran globalisasi. Tanpa ilmu agama korang akan merana bukan sahaja di dunia malah di akhriat.

Buku-buku agama haruslah dimanfaatkan dengan semaksima mungkin. Belek rak-rak buku di rumah anda pastinya akan ketemui buku-buku agama kepunyaan parent anda ataupun buku anda sendiri yang anda beli tapi xsempat nk baca dek kesibukan selama ini untuk mengkaji buku akademik. Kajilah ia seikhlas mungkin dan ambil manfaat daripadanya agar boleh menjadi satu amalan yang sempurna dalam mencari keredhaan Allah Taala. Kerana ilmu amalan akan dating. Kalau tiada ilmu mana mungkin untuk kita beramal dengan sempurna.

Jadikan masjid-masjid dan surau-surau sebagai port tetap korag sehari-hari. Kunjungilah ia sebagaimana korg semua berminat untuk mneghadiri konsert-konsert yg selalu diajurkan di merata tempat. Tidak kira jauh atau dekat memang korang bersemangat untuk hadir ke konsert-konsert. Apa kata kalau semangat itu korang alihkan kepada semangat untuk menuju ke masjid dan surau-surau. Pasti akan menimblkan perasaan hati yang aneh lagi damai. Aneh sebab xbiasa rase. Betol x??hehehe…

Akhir kata aku sekali lagi ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga IPTA dan IPTS seluruh Negara. Semoga ceria selalu di dalam iman yang mantap.

Salam…

Read more...

Rabu, 19 November 2008

Jangan mengeluh...

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Kata-kata hikmah Saidina Abu Bakar:
Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"






Read more...

Selasa, 18 November 2008

Didik remaja elak terjebak kancah zina

Oleh Mohd Zamri Shafie

MENGGELETAR seluruh tangan ketika menandatangani borang permohonan nikah bagi tujuan sokongan dan pengesahan. Menggeletar seluruh tubuh apabila mengetahui pemohon perempuan sudah hamil sebelum akad ijab kabul.

Inilah ‘sedikit’ gangguan emosi dan perasaan tatkala terlihat wajah ceria anak muda seolah-olah perlakuan zina antara mereka tidak pernah berlaku. Seorang bapa mengeluh penuh kehibaan dan kesedihan tatkala mengetahui anak remaja perempuannya terjebak dengan zina dan hamil empat bulan.

Wajah ibu dan ayah menggambarkan kepiluan, di mana hendak diletakkan muka apabila maruah dicemari perlakuan anak. Malangnya, zina atau seks sebelum nikah menjadi fenomena biasa dalam masyarakat Islam hari ini.

Islam memberi ingatan bahawa malapetaka dahsyat bakal menimpa generasi muda yang terhasil akibat perlakuan zina. Syahwat seksual dan zina adalah seperti dadah dan kegilaan harta material, boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika anak Adam punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati).” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Demikian juga perihal nafsu syahwat, penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawat.

Sebelum menjadi lebih parah kerana zina akan merosakkan keturunan manusia, Islam hadir dengan kaedah sad al-zara ei’ (menutup pintu) supaya segala kebejatan zina dihindari dan dijauhi. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Isra’, ayat 32) Larangan zina yang digunakan dalam al-Quran seperti, “Jangan kamu mendekati zina” bukan “'Jangan melakukan zina”, menegaskan bukan hanya perzinaan dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah perlakuan itu perlu dijauhi.

Contohnya, memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita atau berdua-duaan dengan bukan mahram.

Kecelakaan penzina turut dirakamkan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur dalam neraka mengganggu ahli neraka kerana sangat busuk.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Antara sifat orang mukmin ialah menjaga kemaluannya daripada zina kerana perbuatan itu termasuk dalam dosa besar di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh. Etika berpakaian juga harus dititikberatkan. Pakaian Muslimah wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang daripada dorongan berahi kerana aurat yang tidak ditutup dengan sempurna mengundang rogol atau zina.

Hari ini seakan menjadi aliran kebanyakan pakaian generasi muda (ada juga yang berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis. Fenomena seperti itu patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat. Segala yang dikira boleh membawa kepada perzinaan seperti rumah pelacuran, disko dan rumah urut perlu dicegah atau ditutup. Jika tidak, berlaku perkara yang tidak diingini.

Merujuk buku Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam Jilid 2, dinukilkan bahawa Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj memberi gambaran seksa bagi lelaki penzina. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Kemudian aku melihat beberapa lelaki memegang daging gemuk yang bermutu, di sebelahnya terdapat daging kurus yang sudah busuk. Mereka memakan daging busuk itu dan meninggalkan daging gemuk yang bermutu. Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah orang yang meninggalkan wanita yang sudah dihalalkan oleh Allah terhadap mereka (isteri) dan pergi kepada wanita yang diharamkan oleh terhadap mereka.” (Hadis riwayat Ibnu Ishak daripada Said al-Khudri)

Rasulullah SAW turut memberi gambaran seksaan wanita yang membawa masuk lelaki bukan kalangan anak dan suami mereka. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Kemudian aku melihat beberapa wanita yang digantung dengan payu dara mereka. Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah wanita yang membawa masuk lelaki yang bukan daripada kalangan anak, suami mereka (bukan mahram).” (Hadis riwayat Ibnu Ishak daripada Said al-Khudri)

Ibnu Ishak berkata: “Jaafar bin ‘Amru berkata kepadaku dari Qasim bin Muhammad bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah terlalu murka terhadap wanita yang membawa masuk ke atas ‘kaum’ (rumah tangga suami), lelaki yang bukan daripada kalangan mereka, kemudian dia memakan harta dan melihat aurat mereka.”

Wahai anak muda, ingat pesan orang tua, ‘jika ingin melakukan sesuatu yang tidak baik, jangan fikir sekali, fikir dan perhalusi 1000 kali.; Hari ini orang tidak nampak dan tahu apa yang kita lakukan, tetapi Allah Maha Mengetahui. Jadikan diri kita mukmin sejati yang tahu di mana kebaikan perlu dilakukan dan keburukan perlu dijauhi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang rasa gembira dengan amalan baik dan rasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Read more...

Ezam da nak habis dah...

Hhuurrrghhhh..!!! ada satu paper lagi untuk dihadapi. Balik daripada ezam morfologi terus aku membuat persiapan untuk mengulangkaji buku Animal Diversity. Animal punya pasal terpaksa la aku bersekam mata malam nie nk study semuanya.

Ermm... mujurlah En Zahid dah detailkan mana topik yang masuk. Klau nak baca semua termuntah la ana malam nie. Kata orang jalan terakhir nak dapatkan ilmu ialah rebus buku n then minum airnya. Hahaha… tu kata2 orang x bertamadunla. Kepercayaan kepada akar kayu hingga terbawa2 di kepada skop yang lain.

Hehehehe.. ok lah. Hingga jumpa lagi. Ana nak study sekarang dong..

Manyak lagi mahu dibaca. Salam Perjuangan untuk semua. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang didunia dan akhirat khususnya untuk ‘adik-beradik’ aku geng2 biologi 07/08.

Read more...

Ahad, 16 November 2008

Persahabatan...

Jamal dan buku-bukunya

“YaAllah…Betol lah…” “eh naik pastu turun..naik turun naik turun..”..”ooooooooooo….

Mcm nie”. Kemudian diulang2 ungkapan yang ditulis di dalam buku Advance Calculusnya. Hehehehe…. Geli hati aku melihat cara roommate aku study. Kadang2 aku piker die sawan. Hehehehe….

Lain manusia lain pendekatan untuk mengulangkaji pelajaran. Aku lebih suka study secara senyap2 dan membayangkan apa yang aku baca. Roommate aku plak suka menyebut ape yg die study sambil melakon2kan. Adus!!!.. memang xsekepala. Tapi sama2 ok jer. Kalau aku tension aku nyanyi kuat2 dalam bilik. Saje nk kacau die study. Nk cari kepuasaan hidup bersama roommate yang tidak lama lagi akan berpisah.

Hidup bersama teman2 tidak seronok andainya tiada sefahaman ataupun tiada usik mengusik. Walaupun pendekatan dalam sesuatu hal adalah berbeza insyaAllah kalau mempunyai iltizam dan niat yang sama insyaAllah kita akan menuju kea rah yang sama walaupun cara yang berlainan. Yang pastinya kehidupan kita menuju Allah Taala.

Jadi hargailah teman2 yang ada disekeliling anda. Gunakan mereka untuk mencari keredhaan Allah. Huhuhuhu… cm ne nk gunakan tu??terserahlah..

Read more...

Jumaat, 14 November 2008

Mewahnya dan makmurnya profesion GRO di Malaysia



Ketua Polis Perak menggesa agar kerajaan negeri dan PBT membatalkan lesen-lesen premis pengusaha pusat-pusat hiburan yang menggunakan wanita asing sebagai GRO atau pegawai perhubungan pelanggan. Kata beliau pihak polis banyak menerima rungutan dan banyak juga kes tangkapan dilakukan contohnya Januari – September 2008 sebanyak 983 wanita warganegara asing telah ditahan dalam 305 serbuan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika bekerja di premis berkenaan.

Dengan kerjasama kerajaan negeri dan PBT pihak polis mengharapkan gejala ini dapat dibendung.

Saya mahu melihat isu ini dari dua perspektif. Pertama apa dia GRO ini sebenarnya? Budaya atau amalan siapakah yang kita ambil sehingga ia menjadi begitu popular dan diminati ramai? Mengapa NGO dan pejuang-pejaung wanita tidak berjuang untuk menghapuskan sama-sekali kerjaya NGO ini?

Kalau dahulu profesion ini dikenali sebagai “social escort” kini walaupun terma itu masih digunakan tetapi isitlah GRO lebih popular. Wanita menemani lelaki untuk berhibur-hibur dan bersuka-suka, dan wanita ini tiada kaitan atau hubungan dengan lelaki tadi (semestinya tiada ikatan perkahwinan), sebagai balasan beliau akan menerima upah.

Lebih mesra dan pandai ia melayan lelaki tadi maka lebih lumayanlah “tips” yang akan diterimanya. Jika semua berjalan baik atas dasar suka-sama-suka GRO tadi boleh sahaja mengakhiri tugasnya dengan menawarkan tubuhnya untuk dimamah oleh pelangannya tadi juga dengan upah dan “tips”.

Itulah GRO dan itulah amalannya di Malaysia ini, ringkasnya wanita memperagakan diri dan tubuh untuk melayan nafsu buas lelaki! Anehnya profesion ini terus subur berkembang dan kerana ada permintaan maka pengusaha-pengusaha tadi turut mengimpot GRO dari luar untuk mewujudkan kepelabgaai dalam produk yang ditawarkannya. Dan kerana GRO ini juga menerima upah dan “tips” yang lumayan maka berkejar-kejarlah bukan hanya warga tempatan malah yang dari luar termasuklah Negara Cina, Thailand, Vietnam, Indonesia tak ketinggalan Rusia, Eropah dan lain-lain untuk menjadi rumpang menjadi mewah.

Wanita dipergunakan untuk melariskan perniagaan, wanita disyaratkan memperaga diri dan tubuh untuk memajukan perniagaan, mana dia pejuang wanita? Mana dia juara hak wanita? Kenapa dalam hal ini mereka membisu?

Kedua, ternyata profesion ini bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai semua bangsa dalam negara kita, dan Islam mengharamkan amalan seumpama ini, soalnya mengapa kita masih mengizinkan ianya terus berklembang?

Isteri manakah yang sudi melihat suaminya dilayan serba-serbi oleh betina lain di luar rumah? Anak-anak siapakah yang tergamak melihat bapanya memuaskan nafsu dengan betina lain? Ibu manakah yang merelakan anaknya menggadaikan tubuh untuk mencari rezeki, kadangkala wang lumayan kerana berkhidmat sebagai GRO itulah digunakan untuk menampung belanja ibu dikampung malah sehingga membiayai ibu mengerjakan Umrah dan Haji!

Profesion ini perlu dihentikan kerana ia menghina wanita, memporak-perandakan rumahtangga (tak kira dari agama atau bangsa mana sekalipun), menjadi tapak subur maksiat dan jenayah. Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu ada kekuatan untuk memutuskan yang amalan GRO atau “social escort” ini bertentangan dengan nilai budaya dan kepercayaan kita rakyat Malaysia, lalu ia perlu diharamkan sama-sekali.

Lantas sekaligus kita membantu pihak polis disamping melindungi rakyat kita dari terjerumus dalam amalan yang sia-sia ini. Soalnya berupayakah kita?

Read more...

Khamis, 13 November 2008

Adeh...Pening kepala....

anda setuju dengan sesetengah akta AUKU?
Adeh!!...pening kepala. Bermula lepas subuh pagi tadi aku mentelaah slide. Sampai kol 9 tido jap untuk dapatkan tenaga. Pukul 11 aku bangun plak untuk sambung mentelaah slide. Berbaki beberapa beberapa tajuk lagi aku gagahi juga untuk habiskan semua slide walaupun otak dah betol2 letih time tu. Dh menag perangai aku walaupun aku dh baca habis yg slide spot tp rase xlengkap kalau masuk ezam tanpa baca semua.

Kol 2.30 petang ezam bermula. Masuk dewan ezam kat SITC dengan hati yang berdebar2 tapi tenang dan bergaya lagi macho..hehehe. Perjalanan yang panjang selama 3 jam. Paper TSP 2013 berjaya aku jawab sampai habis. Alhamdulillah.... Lebih kurang dalam kol 6 petang baru sampai umah. Rase macam nak deman. Aku rehat2 jap pastu tertido dalam 20 minit kot. Banguk tido tu kepala pusing-pusing. Memang ma aku selalu pesan jangan tido petang. Tp petang nie rase letih sangat. Nak turun main bola tp hari tidak mengizinkan. Sebab tu la aku tertido. Masa aku kat kampus lagi hujan turun xhenti2. Sehingga aku berblogging nie hujan masih turun renyai-renyai.

Balik daripada surau sesudah solat Isya aku jenguk sekejap kat blog upsikini. Mata terbeliak memerhatikan kot2 ade perkembangan terbaharu. Ermm... Berita tetap sama. Seingat aku blog upsikini dah 2 hati tidak diupdate. Walaupun berita blog tidak diupdate tapi ruangan CHAT BOX tetap panas. Timbul isu fitnah dengan kata2 yg merapu dan menjijikkan. Aku sendiri pn xsanggup nak baca. Rase kesal sangat dengan cara berfikir dan cara berpolitik bakal cikgu. Sampaikan pihak ICT sendiri masuk campur dengan memberi warning kepada penulis blog dan juga Chatter kat ruangan CHATBOX. Bunyi warning tetap sama seperti ada orang pernah warning aku dulu. Katanya hentikan penulisan blog atau anda akan dikenakan tindakan tatatertib AUKU. Errrmmm… Akta yang memang populis untuk mengertak pelajar2 xkire dimana2 Universiti. Ada kebaikannya akta init tp banyak juga keburukkannya.

Errmmmmmm... mcm mane la nak didik anak bangsa nnti.

Read more...

Rabu, 12 November 2008

Wanita yang dirosakkan oleh lelaki durjana

Dipetik daripada rintihan hati oleh Saudari Zulaikha...
http://profiles.friendster.com/60612755
Sama-sama kita amik ikhtibar...

Assalamualaikum sahabat2...
Sahabat sahabiah, cuba kita renungkan keadaan sekeliling kita sekarang ni. Maksiat semakin berleluasa. Tapi, orang-orang yang berani untuk amar ma’ruf nahi mungkar boleh dibilang dengan jari je. Ape nak jadi dengan kita? Apa yang kita nak? Kita impikan kebahagian dunia akhirat? Maksudnya nak maksud syurga sorang2 je? Manusia sekarang memang pentingkan diri sendiri. Nak masuk syurga sorang2? Jangan harap. Rasulullah saw telah bersabda,’tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya’-Bukhari & Muslim. Jadi soal untuk masuk syurga sorang2 atau nak kebahagian sorang2, sepatutnya tak wujud. Lagipun, sudah jelas diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadis ni. Macam mana kita nak masuk syurga kalau kurangnya iman kita? Tak sayangkah kita pada saudara2 kita sendiri? Kat sini, saya tak maksudkan sesiapa, tapi ianya lebih sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 semua. Dan kat sini saya bukan nak cakap tentang perkara ni, tapi lebih kepada nak kongsi satu cerita yang berlaku kepada diri saya sendiri. Sebagai peringatan buat diri dan sahabat2 yang saya kasihi keranaNYA. Khilaf saya pada masa lalu. Ya ALLAH, ampunkanlah kambaMU ini.


Sbetulnya, cerita ni baru jer berlaku. Dalam tahun ni gak. Hari tu, saya keluar dengan sahabat, pergi kat times. Macam biasala, sekiranya da lama sangat duk kat uia, saya dengan sahabat saya tu suka keluar, tenangkan hati. Selalunya kitaorang akan duk jer baca buku2 cter kat situ. Nak dijadikan citer, masa kitaorang tengah duk makan2, tiba2 sahabat saya ni ternampak sorg sahabat lama kteorg. Teruja dengan kata2 sahabat tu, sementelah dah lama tak jumpa, saya terus berpaling kearah yang ditunjuk olehnya. Terkejut dan tergamamla kejap. Hati saya menafikan bahawa itu adalah sahabat saya yang sama yang saya kenal sejak 6tahun yang lalu. Tapi, mata saya tak dapat nak membohongi hati sendiri. Dia adalah orang yang sama, sahabat saya yang sama. Nak tau kenapa hati saya cuba nafikan ape yang saya lihat? Sebab orang depan saya sekarang memang amat berbeza dengan sahabat saya yang saya kenal dulu. Pakaian yang memang amat berbeza, menampakkan segala rahsia seorang wanita sehingga saya sendiri menjadi segan. Dan yang pasti, tudung yang dulunya menjadi kebanggaan dia sebagai seorang muslimah, telah hilang ditelan kemodenan kota.


Pada masa tu, hanya DIA yang tahu betapa sedihnya saya. Tak mampu nak kata papepun, senyap seribu bahasa. Berbeza dengan sahabat saya yang memang terkenal dengan kelantangannya berkata2 sejak sekolah lagi. Dengan spontan terus disindirnya sahabat kami itu. Macam2 keluar dari mulutnya, dari xde baju yg kecik lagi, comelnya rambut,rebounding ke dan bermacam2 lagila. Tapi disebabkan didorong perasaan ingin tahu yang meronta2 dalam hati, akhirnya saya berani melontarkan persoalan yang bermain2 kat fikiran saya ni. Kenapa tibe2 berubah? Kerana seingat saya, ada sahabat saya yang lain baru jer jumpa sahabat kami ni. Dalam keadaan yang amat berbeza dengan keadaan yang kami jumpa skarang. Masih kekal dengan ciri2 seorang muslimah yang amat kami hormati dulu. Setelah didesak berkali2, akhirnya sahabat kami sudi untuk berkongsi kisah hidupnya. Secara jujurnya, segala amalan dan ajaran agama telah hilang dari dirinya setelah genap dia hidup selama setahun di kota serba mewah ini. Pakaian, gaya hidup, semuanya telah berubah. Dan yang paling menyedihkan saya apabila dia berterus terang dengan kami bahawa dia telah lama tidak mengerjakan solat. Ya ALLAH, apakah ertinya hidup seorang hamba sekiranya tanggungjawab sebagai seorang hamba tidak ditunaikan? ‘katakanlah kepada hambaKu yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat.’


Satu lagi yang menyedihkan saya bila dia mengatakan ibu bapanya memang tak tau segala perubahannya. Tahu kenapa? Sebab dia tetap mengerjakan solat, menjaga pemakaiannya ketika pulang ke kampung kami, ‘our hometown’, klate. Tetap menjadi dirinya yang dulu. Tapi berubah sehingga 100% bila kembali ke sini. Sahabat saya terus menyampuk, munafiq katanya. Air muka sahabat kami ni terus berubah. Bila ditanya penyebab dia begitu nekad untuk berubah, jawapan dia amat ringkas, lelaki. Secara jujur, agak sukar untuk saya terima jawapan dia tu, memandangkan dia adalah antara sahabat saya yang amat menjaga perhubungan diantara lelaki dan perempuan. Dan dia amat berani berhujah, dalam melawan perhubungan terlarang ini. Malangnya, akhirnya, dia sendiri tewas dengan hujah2 dan prinsip yang selama ini teguh dalam dirinya. Bila ditanya mana hilangnya pegangan dia selama ni, terus dia diam dan perlahan2 mengalirkan air mata. Tiba2 datangnya seorang lelaki yang memang amat asing pada pandangan saya. Darah saya mendidih apabila lelaki ini tanpa segan silu memeluk sahabat saya ini sambil memujuk sahabat saya yang masih lagi tenggelam dalam tangisannya. Seorang lelaki yang megakui dirinya Islam, tapi dengan perlakuan yang tidak ubah seperti orang2 yang tak tau langsung tentang Islam. Dia lantas menarik tangan sahabat saya sambil mulutnya tidak henti2 menyumpah seranah kami. Dalam hati saya terdetik, ni ke lelaki yang menjadi pilihan seorang srikandi Islam sekolah kami dulu? Ni ke lelaki yang mengubah sahabat saya sehingga dia menjadi seorang manusia yang hanya Islam pada nama? Ya ALLAH, ampunknlah dosa kawanku..berilah hidayahMu padanya ya ALLAH. Dan ampunkn dose hambaMu ini,diatas ketidakmampuanku, lantaran kurangnya keberanian diri ini untuk melarang kemungkaran yang berlaku didepan mataku ini. Ampunkanku ya ALLAH..ameen....


Dan sekarang, setiap kali teringat peristiwa ni, kesedihan tetap menghantui diri ini. Ya ALLAH, ampunkn khilaf hambaMu ini..ameen. Sekarang kami masih lagi berhubung, dan baru2 ini, dia ada menyatakan hasratnya untuk kembali kepada ajaran yang dipegangnya sebelum ini, ajaran yang diterap dalam diri kita, ajaran agama Islam, alhamdulillah..

K la, saya rasa setakat ni je yang saya mampu untuk berkongsi bersama sahabat sahabiah,sebagai pengajaran dan renungan buat diri kita. Ingatlah, tidak semestinya kita selalu di atas, kekadang kita juga akan merasa berada di bawah. Ujian sebagai penentu keimanan kita kepadaNYA. Semoga kita sama2 tabah dalam menghadapi sgala dugaan dan cabaran dalam hidup ni. Sama2la kita doakan yang terbaik buat diri dan saudara2 kita di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Semoga semuanya akan kembali kepada ajaran agama yang sebenarnya. ameen..
p/s : terima kasih buat sahabat saya, yang membenarkan saya untuk berkongsi cerita ni dengan sahabat2 saya, yang dikasihi keranaNYA.

Read more...

Selasa, 11 November 2008

Cara politik orang melayu yang hancus!!!

aaa....bestnya tido
Perjuangan untuk membuncitkan perut sendiri. Itu yang boleh aku simpulkan dengan kejadian membaling kerusi di dalam mesyuarat bahagian UMNO di Seremban. Kejadian ini adalah siri-siri kejadian yang mana terdapat sebilangan makhluk Allah di dalam kalangan politik orang melayu khususnya UMNO dalam untuk mendapatkan jawatan. Sebelum ini sudah banyak kali berlaku kejadian semacam ini yang membuatkan aku betul-betul kesal dengan cara berpolitik orang melayu. Semakin lama semakin teruk. Fanatik kebendaan dan cintakan dunia dan berkepentingan diri.

Apa tujuannya mereka berpolitik? Apa perjuangan mereka yang sebenar di dalam dunia politik? Apa yang menyebabkan mereka membaling kerusi antara satu sama lain? Sama-sama Islam pulak tuh. Aduh!!!!!! Bila teringat kejadian tu memang menyakitkan hati. Mengikut kata pendokong kuat UMNO UMNO lah wadah terakhir perjuangan orang melayu. Mengikut kata Pak lah PM kita yang bakal berundur xlama lagi baik UMNO maka baiklah melayu. Nak menggambarkan betapa pentingnya UMNO untuk orang melayu.

Sebenarnya politiklah yang memecahbelahkan orang melayu. Politik yang macam mana? Iaitu politik yang memisahkan Islam dengan kehidupan. Politik sekular. Politik yang mana didalamnya terdapat pentadbiran yang berlainan antara Islam dan Kehidupan. Maka segala perlakuan, tutur kata, buat kerja tidak mengikut landasan Islam kerana Islam terpisah daripada politik. Bila orang melayu berpegang kepada pemikiran politik yang semacam ini maka rosaklah melayu. Segala tindak tanduk akan ada unsur kepentingan diri bukan lagi untuk perjuangan Islam.

Tidak guna mencium keris yang tajam menghunus. Tidak guna melaungkan Hidup Melayu, tidak guna bila tiap kali perhimpunan agong bercakap mengenai kepentingan melayu kalau dasar adalah dasar memisahkan kehidupan dengan Islam. UMNO memang hebat. Hebat bila duit masih berada disisi. Dengan duit pangkat akan datang bergolek. Aku kesian mendengar rintihan Ahli Parlimen Gua Musang dakwanya dia tidak mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi Presiden UMNO kerana gagal menyogokkan wang. Itu didedahkan secara terbuka oleh beliau mengenai gejala yang semakin parah dikalangan pemimpin dan pejuang parti tunggal orang melayu.

Selama mana UMNO bertahan untuk hidup aku tidak berapa pasti. Yang pastinya keadaan semacam ini akan meranapkan UMNO sedikit demi sedikit. Perbaharuan mesti dilakukan secara drastik di dalam UMNO. Ubah dasar UMNO agar terus mendapat sokongan orang melayu khususnya. Hiasi dasar UMNO dengan Islam kalau berkehendakkan parti yang paling tua di Malaysia it terus kekal. Singkir pemimpin-pemimpin yang selalu dikaitkan dengan skandal dan politik wang (RASUAH). Ambil ulama sebagai penasihat kepada UMNO. Jadikan Sayap ulama sebagai sayap penting dalam memperjuangkan fahaman UMNO baru. InsyaAllah parti UMNO akan selamat..

Errrrmmmmmmmmm…

Jadi apa yang ada pada PAS (Parti Islam SeMalaysia)..?????

Read more...

Isnin, 10 November 2008

Persatuan Mahasiswa Sains UPSI...Jom amik cakna

Salam..Salam..Salam promote..hehehe… xde ape2 nak cakap. Just nak Bantu sahabat-sahabat aku promote friendster untuk Persatuan Mahasiswa Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris. Klik on dis URL http://profiles.friendster.com/88329747 Nie plak URL untuk blog PMS UPSI pmsupsi.blogspot.com. kalau ada masa jenguk-jenguk lah mengenai Persatuan Sains kat link yang tersebut.

Hehehehehe… Sori geng, aku xberkesempatan nk join Persatuan Sains walaupun aku budak sains jugak kat UPSI. Sekarang aku nak bagi komitmen untuk Persatuan Bahasa Arab. Tu pun persatuan kita jugak tu. Wadah perjuangan kita kat UPSI untuk mencari pejuang-pejuang baru untuk pilihanraya kampus. Aku tahu memang persatuan-persatuan nie telah diblacklistkan oleh HEP. Tp tu tidak menjadi masalah. Kita tetap kuat sebab kita ada tempat bergantung iaitu TALI ALLAH.

Apa-apa pun harapan aku Persatuan Sains, Persatuan Bahasa Arab, Persatuan Pengguna, Persatuan Pendidikan Islam bergerakkerja bersama untuk memantapkan lagi ukhuwah dan environment Islamiyyah di UPSI.

HIDUP ISLAM!!!

HIDUP ISLAM!!!

Read more...

Niat anda...Adakah betul????? :)
Sesudah subuh tiada ape yang aku buat. aku mengisi masa aku dengan membuka blog kawan2 kot2 ade maklumat2 atau ilmu2 baru yang boleh dikongsi untuk pengislahan diri. 'Mouse' aku singgah di URL satu blog http://hikmahrestu.blogspot.com . Ini adalah blog kawan aku sendiri bakal ustaz tidak lama lagi. Banyak ilmu2 yang berguna dalam blog nie. Kalau sahabat-sahabat semua ada masa terluang jemputlah lawati laman nie. Kali nie aku nak kongsi ngan sahabat-sahabat semua tentang penyelewengan di dalam perjuangan. MasyaAllah..kita minta jauh daripada penyelewangan macam nie.

Terdapat beberpa bentuk penyelewengan dari garis asal bagi jalan dakwah. Marilah sama-sama kita kupas apa itu penyelewengan dari matlamat. Sama-sama kita doakan agar Allah membantu kita untuk terus berjalan di atas jalan yang benar.

Penyelewengan dari matlamat merupakan Penyelewengan yang paling merbahaya.Ia mesti di awasi dengan rapi. Kita harus sedar dan yakin bahawa matlamat yang kita tuju dalam perjuangan ini adalah Allah SWT.kekadang tanpa kita sedar kita telah lari dari matlamat asal ini dengan menyekutukan Allah dengan tujuan-tujuan atau kehendak-kehendak keduniaan atau matlamat pribadi. sepertimana yang kita sudah sedia maklum,amalan kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya ada penyekutuan dalam sesuatu amalan. Penyelewengan ini banyak berlaku dalam bentuk niat.

Riya', takabbur,meninggi diri,gila pangkat,suka menunjuk-nunjuk merupakan kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu.Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan matlamat asal perjuangan kita.Penyakit hati ini juga boleh merosakkan niat dan memalsukan setiap amalan kita.semua manusia biasa mempunyai penyakit ini,namun marilah sama-sama kita menyahut seruan Allah untuk hambanya dalam surah Al-Syam ayat 9;10 yang bermaksud:

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Tidak semestinya erti penyelewengan dari matlamat itu adalah berpaling terus dari Allah,tetapi memadai dengan wujudnya sedikit niat untuk kepentingan dunia itu sudah cukup untuk menggugurkan amal dan mencampakkan kita jauh dari saf orang-orang hidup dan matinya kerana Allah.Marilah kita sama-sama memperbaiki niat,jika kita sudah terpesong. Namun harus difahami oleh kita,tugas untuk menentukan niat seseorang adalah bukan tugas kita kerana kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa menapis para pejuang yang benar dan yang palsu. kita juga harus yakin Allah akan membersihkan barisan mukminin dan membezakan yang jujur dan yang curang dalam perjuangan sepertimana maksud Firman Allah SWT:

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
(surah Al-'Ankabut:1-3)

kita juga harus ingat,kadangkala kita telah berjaya mengahrungi ujian dalam bentuk kesensaraan dan kepayahan,tetapi kadangkala kita lalai apabila di uji dengan kesenangan dunia. dari itu,kita hendaklah berwaspada kerana musuh-musuh Allah bukan sahaja menggunakan kekerasan untuk menghancurkan Islam. Kadang-kadang mereka menipu umat Islam dengan memberi umpan dalam bentuk pangkat,kebendaan,muzik, dan sebagainya.

Godaan syaitan merupakan satu perkara yang perlu ditentang oleh setiap mukmin. antara ciri-ciri penyakit godaan syaitan seprti yang pernah kita lihat ialah bagaimana ada orang menganggap dirinya lebih berkebolehan dari orang lain,lebih pintar,pandai menyusun strtegi dan lebih tahu tentang selok belok perjuangan. Ia meninggi-ninggi diri dengan merendah-rendahkan kebolehan orang lain walaupun orang yang direndahkan itu lebih matang dalambidang dakwah.Orang-orang seprti ini andainya ia berjaya mengatur strategi dakwah,ia akan mendabik dada dan berbangga dengan kebolehannya. Kononnya tanpa kebolehan dan kebijaksanaannya sesuatu kejayaan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataab. Ia lupa kepada kepada pemberiaan dan pertolongan dari Allah. perkara ini mengingatkan kita kepada ungkapan sombong Qarun:

APA YANG AKU PEROLEHI INI ADALAH KERANA PENGETAHUAN YANG ADA PADA KU

Kita juga pernah melihat orang berpenyakit gila pimpinan. Ia begitu rakus mencari orang untuk menjadi pengikutnya sendiri lebih dari menjadi pengikut jemaah Islam.Harus diingat orang yang kelihatan padanya ciri-ciri penyakit tersebut tidak akan mengaku kewujudan penyakit itu dalam dirinya mungkin kerana ia telah dikaburkan oelh tipu daya Syaitan yang halus.

Kadangkala ada sesetengah pendakwah dengan niat baik bergaul dan berbaik dengan orang yang mempunyai penyakit ini kerana bimbangkan barisan jemaah akan berpecah atau kerana takut jemaah tidak akan dapat mengambil manfaat dari kebolehan orang itu. Ketahuilah,mengekalkan orang-orang yang berpenyakit demikian dalam gerakan Islam setelah tidak dapat di ubati penyakitnya adalah sangat bahaya. Mengekalkan mereka dalamgerakan Islam bererti memberi peluang kepada penyelewengan,membuka pintu kepada kecuaian,dan tidak beriltizam. marilah kita renungkan kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb ini:

Sekali lepas sekali,berkali-kali sebahagian anggota jemaah diserbu,setiap kali serbuan,gugur is(prinsipnya), laksana gugurnya dedaun kering dari sebtang pokok yang rendah lagi besar. Pihak musuh Yang menyerbu juga dapat memegang salah satu ranting dari pohon besar itu lalu menarik-narik ranting itu dengan sangkaan ia akan berjaya membongkar hingga ke akar umbi pohon itu. Tetapi bila tiba waktunya,ranting yang direntap itu tercabut dari induknya sebagai kayu kering di tangannya kering tidak berjiwa,dan pohon yang besar itu kekal seperti biasa.

*Semoga Allah menjauhkan diri kita dari termasuk dari golongan yang tidak diterima pengorbanannya...

Read more...

Ahad, 9 November 2008

Demi MASA...Sesungguhnya korang dan aku memang dalam kerugian :(

pakai jam mahal2 tp suka buang masa jugak

“Awal sem lagi nie. Xkan dah nak study kot. Rilek r dulu..

Jap2 lagi lah aku study.”..

“Malam nie gak aku nak mula study tau. Sem nie aku nak dapat result yang cemerlang. Aku nak dapat 4.0 tuu..hehehe… Malam nie aku mesti study. Sem nie aku nak mula awal. Nnt hujung2 sem xlah kalut sangat nak study.”( Niat dipasang dengan betol2 semangat tau, mmg semangat giler lah.)…tapi…

Malam tu habis macam tu jer.Kosong dengan tiada pengisian ilmu. Buat kerja2 lagha. Lepak bilik kawan main game, chatting, bual, usha sana usha sini..Premm.. sana premm.. sini..(naik moto la tu)

Pastu tibalah ujian mid sem..”aaaaarrgghhh!!! aku xstudy lagi nie. Minggu depan ada midsem test. Cam na nie???...mabuk..mabuk..mabuk( huhuhu..bukan mabuk arak tau..Nauzubillah..)..mabuk. ermmm…xpe2 malam nie aku mesti study. Dh niat betol2 nie. Dh tanam azam betul2 nie. Ada 2 bulan lagi nk final ezam aku mesti mula malam nie… Lepas Isya balik dari surau baring2 atas katil sambil pikIr mengenai masa depan. Nk rancang masa depan kononnya. Nk ada kerja ade isteri ada rumah pastu rumah tu xmainla umah kecik2 mestila nk umah besar2. Lagi aku mengelamun malam2 nk buat kuliah agama untuk isteri selepas solat maghrib. Nak jadi suami yang bertanggungjawab la katakan. Didik isteri dengan agama. Hehehehe... Lagi nak balik tinggal kat kelantan kononnya senang nk balik raya. Kos hidup rendah. Mengelamun jauh..jauh tau..Memang jauh. Sampai aku sesat sendirian dalam dunia lamunan aku..Pastu dunia aku jadi gelap kemudian SHUT DOWN (tertido la tu)...Adus xstdy jugak aku malam nie. Pe nak jadi nie.

Esok g kuliah. Belajar pelajaran baru. Semua masuk bab baru. Bab yang minggu lepas xfaham lagi. Adus kantoi cm nie. Mula dah rase menyesal. Pagi tu kelas fizik…memang mengantuk. Aku khusyuk mendengar penerangan Pn Suriani mengenai fizik sampaikan kelapa terhanguk-hanguk (bajet tanda faham la tu). Pastu mata jadi kabur. Kemudian ape lagi aku tido la. Pastu aku bangun pastu kena g dop depan. Adus malu... sume awek2 tengok..

Hehehehe...

Tp aku selamba jer... buat2 xbersalah. Tp ade azam nak ubah diri. Balik nie nk study betol2 nk buktikan pada Pn. Suriani yang aku memang anak murid die yang hebat walaupun slalu ‘tertido’ dalam kelas…

Petang tu kelas Morfo dan kelas Biodiversity. Aku xpernah tido dalam kelas untuk pelajaran nie. Pelajaran nie sshla kalau malas study. Banyak nak kena hafal. Habis kelas aku mesti study. Malam tu aku dengan penuh azam membuka buku. Seperti kebiasaanlah bila aku di meja study aku pn ‘on’ la lap top kesayangan aku nie. Ermmm…. Nk check fs jap pastu nak terus study. Huhuhuhu… ramainya send komen kat aku. Kena balas nie nnt kalau xbalas orang kata sombong plak. Buka fs sorang awek nie…Wow… lawa giler..xpernah aku tengok secantik nie. Layout awek nie lawa giler. Ade bunga2 kat belakang. Layout warna pink. Kata2 kat layout tu romantic sangat. Fuh!! Cayalah.. aku nak ubah jugaklah layout fs aku.

Pastu aku bukala web free layout for fs. Pastu selesailah aku edit fs aku. Hehehehe… cun tau. Masa dah lewat. Masa dah meninggalkan aku. Aku pun tido.AAARRRGHHH..

Xstudy jugak malam tu..

Skrg dh masuk final.. banyak aku xstudy lagi. Aarrgghh… mental giler. Parah. Menyesal sbb byk membuang masa. Teringat Surah Al-Asr… Allah Taala bersumpah dengan masa. SUMPAH.. tu bukan benda main2. Manusia memang selalu berada di dalam kerugian. Alangkah ruginya aku banyak membuang masa. Insaf nie.. bukan setakat insaf malah menyesal giler. Huuuuuu..

Study fizik rase tension. Buka buku morfo nampak bantal + tension. Arrgghhh..

Pe nak jadi nie. Tp Alhamdulillah semangat masih kuat. Dengan semangat nie aku teruskan pulun untuk mentelaah buku2 aku.

Akhir kata…SEM DEPAN AKU XNAK JADI MACAM NIE LAGI. SAHABAT2 KU SEKALIAN BERUBAH LAH. PERANGAI MEMBUANG MASA LAH YANG SEBENARNYA YANG BANYAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM. DOAKAN AKU YER. MULAI SEKARANG MULAKAN AZAM BARU. NIE AZAM BUKAN MACAM ANGAN2 MAT JENIN LAGI. NIE AZAM SEORANG PEJUANG..INSYAALLAH..

Kita sama2 ubah diri kita. Ubah diri untuk perjuangan Islam…Aminnn..

Read more...

Jumaat, 7 November 2008

Sains dan Islam....perkaitan yang tidak pernah putus.Maha suci Allah

Perjalana balik dari Markas Palapes UPSI setelah ‘menyetelkan’ beberapa hal. Perut terasa lapar. Selepas solat subuh pagi tadi aku memotong rambt untuk ke markas. Tidak sempat untuk menjamah makanan. Kalau rambut tidak dipotong aku plak nanti yang akan kena potong. Hehehehe… itulah lumrah menjadi seorang Pegawai Kadet. Perjalanan balik ke KHAR aku singgah sembentar di restoren Rahim Corner. Inilah pertama kali singgah makan di kedai Rahim. Kusangkakan pemiliknya adalah melayu rupa2nya seorang India Muslim.

Pekena the O ais dan nasi lemak. Memang santapan kegemaran aku diwaktu pagi. Duduk bersembang dengan kawan aku dalam 5 minit dari jauh datang seorang pemuda. Kawan aku tersenyum dan melambai tangan kepada pemuda tersebut.”mungkin nie kawan die kot”benak hati aku.

“Assalamualakium Ustaz” kawan aku memberi salam kepada pemuda tadi. Rupa-rupanya pemuda tadi adalah seorang tenaga pengajar di Uniersiti pendidikan Sultan Idris. Nama beliau ialah Ustaz Mat Nor mengajar Feqah untuk pelaj-pelajar pendidikan Islam.

Sambil makan dan minum kami bersembang banyak perkara bersama Ustaz Mat. Lepasan Jordan dan mendapat Master di Universiti Malaya. Pernah menjadi tutor di Universiti Melaya sehabis pengajiannya di Jordan. Sekarang baru masuk setahun mengajar di UPSI. Perbualan menjadi lebih rancak lagi bila aku mengetahui dia adalah bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki. Sekolah aku dahulu sewaktu berada di tingkatan 4 dan lima. Bermula dengan sejarah penubuhan kelas sains di sekolah Maahad Muhammadi perbualan kami bersama Ustaz mat masuk kepada kaitan antara Sains dan Islam. Walaupun Ustaz Mat bukan pelajar aliran Sains tetapi dia dapat menceritakan mengenai sains(waktu tu kami dop bincang pasal perkembangan manusia bermula percantuman Sperma dan Ovum) dengan menarik sekali. Beliau menceritakan mengenai roh dan pendapat-pendapat Ulama mengenai bila ruh dimasukkan kedalam jasad manusia. Kagum aku dengan kebolehan ustaz Mat. Jadi sekarang andaian orang-orang agama tidak minat sains dan menolak sains tertolak sama sekali. Aku penah berkongsi ilmu dengan segelintir manusia yang menolak golongan agama menjadi pemimpin kerana dakwanya golongan agama tahu menghukum dan tidak arif pasal sains. Tetapi dengan kebolehan yang Ustaz mat ada meyakinkan aku bahawa golongan agama sekarang memang mempunyai pemikiran yang betul-betul terbuka dan cakna tentang Global.

Ustaz Mat menasihatkan aku walaupun aku tidak belajar dalam bidang agama agar sentiasa berfikrah dengan fikrah Islam dan cuba kaitkan Islam dan Sains dalam kehidupan. Katanya banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran menceritakan pasal Sains. Ilmu ini sememangnya ilmu kita tetapi dek kealpaan orang-orang Islam ilmu ini seolah-olah datang daripada barat.

Perbualan kami berakhir setelah masing-masing ada hal lain. Aku dan Asyraf menerskan perjalanan untuk pulang ke KHAR dan Ustaz Mat ada urusannya di pejabat. Ukhuwah yang terbina secara tidak sengaja pada hari ini akan selalu membuatkan aku percaya dengan hati yang penuh yakin bahawa Islam itu indah kalau kita betul-betul menghayatinya.

Read more...

Khamis, 6 November 2008

Diugut, ditekan itu adalah lumrah dalam kehidupan seorang Islam.Pahala masuk berganda.. :)


Cukup terkilan dan tidak faham dengan situasi politik kampus sekarang. Aku cuna diugut oleh seorang hamba Allah yang tidak mendedahkan identity diri siapakah beliau. Kononnya aku telah membawa politik luar kampus ke dalam kampus. Kemungkinan hamba Allah itu orang daripada HEP ataupun penyokong kuat ASPIRASI.

Beliau mengatakan kononnya nama aku telah di’blacklist’ oleh KPM dan KPT untuk diposting kerana aku adalah seorang mahasiswa dan bakal guru yang akan merosakkan anak bangsa MELAYU. Aku cuba muhasabah diri aku kot2 penulisan aku mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan anak bangsa aku sendiri.

Inilah komen penuh daripada anonymous di dalam bahagian komen kat blog aku yang aku copy paste. Silalah baca:

“Salam...

Awak terlalu bnyk bersuara untuk perkara2 yg x pntg. Awak sebagai mahasiswa sudah terikat dengan AUKU. Anda telah melanggar perkara 15 dlm AUKU. Anda boleh disabitkan kesalahan denda RM 200 maksimum dan digantung pengajian.

Awak telah cuba membawa masuk politik luar ke dalam kampus. Nama awak kami telah hantar ke kementerian. Awak adalah bakal kakitangan kerajaan yang akan merosakkan anak bangsa melayu sendiri. Awak lah yang akan memecahbelahkan anak2 melayu akan datang sama seperti Anwar Ibrahim membawa suara reformasi yang x masuk akal itu. Awak sudah tersimpang jauh dari matlamat sebagai seorang mahasiswa.

Selepas ini, tahulah anda pihak KPM dan KPTM akan mengambil tindakan dan nama anda sudah di black listkan. Kerajaan tidak memerlukan bakal kakitangan pembelot dan pengkhianat seperti awak. Ini bukan ugutan tapi ini adalah satu teguran

Wallahualam”

Saudara/I sekalian boleh baca komen tersebut disini.

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=4247666459885903926&postID=5321799220142238785

Mahu aku tekankan disini bahawa rezeki yang dating tiap-tiap hari dalam hidup aku adalah kurniaan daripada Allah Taala. Walaupun pada zahirnya datang daripada manusia tetapi hakikatnya itu semua datng daripada Allah Taala. Komen yang bersifat ugutan yang terpapar dalam blog aku tidak sedikit pun melemahkan semangat aku. Alhamdulillah.Allah masih memberi kekuatan kepada aku untuk memberikan pandangan dan kritikan terhadap apa jua permasalahan yang timbul dalam isu politik dan isu Islam di bumi Allah ini.

Sesungguhnya Allah bersama kami.

Lagi kuat kami ditekan lagi kuat kami akan bersuara.

Mahasiswa POWER!!!!!

Read more...

Rabu, 5 November 2008


“pom!!pom!!..”beberapa das mercun meneriakkan bunyi di KHAR disebalik keheningan malam. Kemudian terdengarlah bunyi sorakkan oleh penghuni KHAR yang lain sebagai tanda sokongan ataupun protes aku sendiri xtahu..

“Penghuni KHAR dah naik gila.” Kataku kepada kawanku. Selepas itu keadaan jadi gawat. Kedengaran sorakkan dan bunyi laungan makin kuat. Aku bergegas ke beranda untuk melihat keadaan di luar. Kelihatan penghuni Blok 1 dan 3 turut sama menjenguk keluar melalui tingkap dalam keadaan terpingga2.

Bunyi laungan dan sorakkan masih lagi kedengaran. Aku mengambil peluang melaungkan TAKBIR dan REVOLUSI. Sengaja untuk memeriahkan keadaan tu.

Hahahaha…

Ntah ape nk jadi ngan penghuni KHAR malam nie. Tiba2 jadi sawan. Ermmmm…

Esok aku ade ezam Psikologi Pendidikan.

Ok lah ana minta diri dulu.

Teruskan perjuangan untuk mentelaah buku.

Jangan sia2kan sisa2 masa yang ada..

Jangan jadi gila mcm budak yang lempar mercun dari tingkat atas tu..

Hehehehe..

Salam..

:)

Read more...

Selasa, 4 November 2008

Isu posting cuba dimainkan kembali..LAPOK

isu posting adalah isu lapok yang cuba dimainkan


“Macam dah kalut jer UPSI skang nie.Tengok kat blog upsikini tu.macam2.”roommate aku meluahkan kekesalan..”jap..jap..aku nak check jap..huhuhu…”

Beberapa minit aku luangkan masa aku untuk membaca komen2 oleh pengunjung upsikini. Pada bahagian chatbox penuh dengan kritikan2, idea2, lontaran2 baru, dan ugutan juga ada. Aku cuba menyelami seketika luahan2 komen oleh pelajar2 UPSI yang bakal bergelar guru nanti.

Sedikit bangga dihati aku bila aku menyedari pemikiran pelajar upsi semakin melonjak selepas pilihanraya kampus. Pemikiran politik yang dapat memberi sumbangan besar untuk pembangunan Negara.

Aku turut sama terjebak untuk memberi komen bagi mempertahankan pemimpin2 aku yang dikata nista. Makin lama ruangan upsikini makin kalut dengan komen yang pedas. Ape yang aku dapat kesan melalui gaya penulisan dan nick name orang daripada HEP pn turut serta dalam memberi komen dan kritikan.

Hri nie selepas balik daripada ezam aku mengintai-intai sejenak kat laman upsikini. Timbul satu isu yang dibawa oleh sorg hamba Allah yang bernama MUZAMIL kat ruangan chatbox yang mengatakan HEP akan memastikan semua penyokong2 Pro-Kebajikan tidak akan dipostingkan..

Aku tergelak besar bila membaca komen tersebut. Aku mula membayangkan perwatakan si pemberi komen sebagai seorang yang tidak percayan dengan Iradat Allah Taala. Aku mengelarkan diri aku sebagai Zul di dalam chatbox itu cuba membalas senjata posting yang cuba digunakan untuk menakut2kan pelajar UPSI. Memang ini adalah senjata ampuh ataupun senjata tradisi yang digunakan oleh Pro-Aspirasi dan pihak HEP untuk menakutkan pelajar UPSI daripada bersama dengan pakatan Kebajikan.

Suka aku tekankan disini criteria-kriteria yang perlua ada kepada seseorang pelajar untuk posting ialah mempunyai pointer yang baik. Belajar la kat mane2 dunia sekarang pun kalau pointer kita tu teruk manela orang nak bagi posting. Komen oleh x-upsi cukup mencuit hati apabila dibaca oleh orang yang mempunyai pemikiran seperti aku katanya dulu UPSI melalui zaman gelap iaitu pada 4 tahun lepas iaitu semasa upsi dipegang oleh pembangkang. Ini adalah satu ugutan murahan yang digunakan untuk memburuk-burukkan pakatan Kebajikan sekarang.

Soal posting tidak ditentukan oleh UPSI. Tugas kita sebagai pelajar UPSI ialah mendapatkan pointer sebaik mungkin untuk dipostingkan. Posting ditentukan oleh KPM setelah melalui penilaian dari sudut akademik dan juga kokurikulum. Pihak kementerian sendiri juga telah mengatakan janji untuk tidak mencampuri dalam urusan pilihanraya kampus. Pendirian kementerian tidak harus dipermainkan lagi oleh orang yang mempunyai pandangan politik murahan. Dalam ucapan penggulungan bagi perbahasan Bajet 2009 Parlimen Kedua Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat hari ini, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin menyentuh hal yang sedang hangat dibincangkan oleh sebahagian kelompok mahasiswa sejak akhir-akhir ini.

"Kementerian bersetuju agar tiada campur tangan politik di dalam universiti sama ada daripada parti pembangkang ataupun pihak kerajaan," katanya kepada sidang dewan.

Tegasnya, pihak KPT juga menyerahkan kepada pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing untuk menentukan tarikh PRK serta kaedah pelaksanaannya.

"Naib Canselor berkuasa untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya tanpa campurtangan Kementerian bagi menentukan urusan pembelajaran para pelajar dan menggunakan kaedah pemilihan (PRK) yang bersesuaian dan adil kepada semua," ujarnya. Jadi isu coleh posting tidak boleh posting tu bukan kerja ASPIRASI dan bukan juga kerja HEP. Sememangnya kalau kita mempunyai result yang baik kita akan dipostingkan. InsyaAllah….

Aku ingin mengajak kawan-kawan sekalian supaya percayalah kepada kuasa Allah Taala. Allah Taala yang bersifat dengan sifat yang baik, dengan iradat dan kudratnya maka soal rezeki berada ditangannya. Siapa yang berani jamin kalau die menyokong Aspirasi dia akan mendapat rezeki melimpah ruah? Tiada orang yang berani kan??

Bila Allah Taala kata JADI maka JADILAH..Semua ini telah ditegaskan didalam Al-Quran. Kita sebagai seorang Islam wajib percaya dengan ketentuan Ilahi. Kemenangan kerusi oleh Pro-Kebajikan itupun atas kehendaknya. Segala yang terjadi di dunia ini adalah atas aturan dan kemahuan Allah Taala.

Ayuh kawan2 seperjuangan..

Jangan kita takut dengan ugutan2 yang bersifat sampah dan tidak berpijak pada bumi yang nyata ini. Kalau kita yakin dengan kuasa Allah kita teruskan perjuangan kita. Kemenangan yang nyata ialah kemenangan diakhirat...

Takbirrr.....Allahuakhbar

Read more...

Isnin, 3 November 2008

Kelebihan yang diabaikan oleh umat Islam

Ramai orang mengetahui kelebihan masjid tetapi tidak ramai orang yang ingin mengunjungi masjid. Bila kita bercerita mengenai kelebihan masjid manusia-manusia diluar sana menganguk-anguk tanda faham dan tidak melampau aku katakan itu sebagai tanda takjub dengan kelebihan masjid.

Tetapi mengapa masjid-masjid kalau kita lihat dimana-mana pun kelihatan kosong dan sunyi. Bila tiba hari jumaat jer masjid dipenuhi dengan umat Islam. Itupun ade lagi yang masih ponteng walaupun telah disyariatkan sembahyang jumaat dimasjid adalah wajib. Bandingkan konsert sure heboh dengan masjid. Walaupun konsert sure heboh diadakan di padang yang basah tetapi pengunjungnya tetap ramai. Masjid berlantaikan permaidani yang empuk tetapi manusia tidak pandang untuk datang ke masjid.

Disini aku memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan kelebihan masjid. InsyaAllah kita kongsi bersama dan sebarkannya kepada orang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat sahajalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah”
(At-Taubah:18)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Barangsiapa demi keredhaan Allah, membangunka sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati, nescaya Allah akan membina untuknya istana di syurga.”
(HR:Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

“Orang yang membiasakan dirinya duduk dalam masjid, Allah akan memberi perlindungan kepadanya”
(HR:Tabarani)

“Apabila seseorang masuk masjid sebelum duduk hendaklah solat dua rakaat”
(HR: Ahmad, Bukhari dan lain-lain)

“Tiada (sempurna) solat bagi orang yang tinggal berdekatan dengan masjid, melainkan solat di masjid”
(HR: Daraqutni)

“Malaikat berselawat (minta ampun dan rahmat) bagi setiap orang yang selessai solat dan masih ditempat solatnya itu. Para malaikat berdoa:”Ya Allah, berilah kepadanya rahmat dan keampunan-Mu,” begitulah tidak henti selama orang itu tidak batal wuduk atau orang itu keluar dari masjid”
(HR: bukhari)

“Akan tiba suatu masa, ramai yang datang ke masjid bercakap-cakap tentang urusan dunia janganlah kamu duduk bersama mereka sebab Allah SWT tidak suka melihat ke arah mereka.”
( HR: Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

InsyaAllah dengan keberkatan kita membaca beberapa ayat Al-Quran dan Hadis ini dapat kita mengislahkan diri kita untuk menjadi umat yang berguna untuk agama. Sama-sama kita hidup secara berjamaah.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.