Isnin, 3 November 2008

Kelebihan yang diabaikan oleh umat Islam

Ramai orang mengetahui kelebihan masjid tetapi tidak ramai orang yang ingin mengunjungi masjid. Bila kita bercerita mengenai kelebihan masjid manusia-manusia diluar sana menganguk-anguk tanda faham dan tidak melampau aku katakan itu sebagai tanda takjub dengan kelebihan masjid.

Tetapi mengapa masjid-masjid kalau kita lihat dimana-mana pun kelihatan kosong dan sunyi. Bila tiba hari jumaat jer masjid dipenuhi dengan umat Islam. Itupun ade lagi yang masih ponteng walaupun telah disyariatkan sembahyang jumaat dimasjid adalah wajib. Bandingkan konsert sure heboh dengan masjid. Walaupun konsert sure heboh diadakan di padang yang basah tetapi pengunjungnya tetap ramai. Masjid berlantaikan permaidani yang empuk tetapi manusia tidak pandang untuk datang ke masjid.

Disini aku memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan kelebihan masjid. InsyaAllah kita kongsi bersama dan sebarkannya kepada orang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat sahajalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah”
(At-Taubah:18)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Barangsiapa demi keredhaan Allah, membangunka sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati, nescaya Allah akan membina untuknya istana di syurga.”
(HR:Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

“Orang yang membiasakan dirinya duduk dalam masjid, Allah akan memberi perlindungan kepadanya”
(HR:Tabarani)

“Apabila seseorang masuk masjid sebelum duduk hendaklah solat dua rakaat”
(HR: Ahmad, Bukhari dan lain-lain)

“Tiada (sempurna) solat bagi orang yang tinggal berdekatan dengan masjid, melainkan solat di masjid”
(HR: Daraqutni)

“Malaikat berselawat (minta ampun dan rahmat) bagi setiap orang yang selessai solat dan masih ditempat solatnya itu. Para malaikat berdoa:”Ya Allah, berilah kepadanya rahmat dan keampunan-Mu,” begitulah tidak henti selama orang itu tidak batal wuduk atau orang itu keluar dari masjid”
(HR: bukhari)

“Akan tiba suatu masa, ramai yang datang ke masjid bercakap-cakap tentang urusan dunia janganlah kamu duduk bersama mereka sebab Allah SWT tidak suka melihat ke arah mereka.”
( HR: Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

InsyaAllah dengan keberkatan kita membaca beberapa ayat Al-Quran dan Hadis ini dapat kita mengislahkan diri kita untuk menjadi umat yang berguna untuk agama. Sama-sama kita hidup secara berjamaah.

4 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  6 November 2008 pada 7:48 PTG  

ermmm.betul tu akhi....syukran atas tzkirah ini...sejak tau blog ni,rase seronk bukak.ag2 pah exam,balik,relax,bukak blog ni...walaupun iyenye coretan tgn seorg insan,namun coretan seorg pejuang,,isinya,penghayatan,bhsa nya mampu dihayati dan mnjd iktibar,dpt djdkan ingtan bg diri yg lemah ini...teruskan akhi,dgn pena tajammu itu....

مَعهَدين الُمعلمْ 6 November 2008 pada 8:00 PTG  

insyaAllah..
akrg ana cuba menulis pun sbb nk mengislahkan diri ana..
xnak lagi jadi mcm dulu..
dulu ana banyak buat kerja2 lagha..
Sekarang ana dapat cahayanya..Alhamdulillah

Tanpa Nama,  6 November 2008 pada 8:04 PTG  

alhamdulillah....

Tanpa Nama,  6 November 2008 pada 8:07 PTG  

idfagbillati hiya ahsan...tolaklah keburukan dengan kebaikan...

  ©Template by Dicas Blogger.