Isnin, 3 November 2008

Akhlak Islam yang susah nak dapat.. :)

Aku dan Zaim
Habis waktu kuliah Pengantar Etika yang diajar oleh Puan Bahijah..Aku dan Zaim menghala ke Perpustakaan untuk mendapatkan motorku untuk pulang ke kolej. Kebiasaannya aku selalu memakir motor aku di perpustakaan untuk berjalan ke Tadahan Selatan kerana itu lah tempat parkir yang paling sesuai untuk aku memakirkan motor aku. Setibanya di motor terselit satu slip kecil yang aku dapat agak ape kandungan slip itu. Sememangnya jangkaan aku cukup tepat mengenai sasaran. Sharpppppp!!!!!!!. Satu lagi saman oleh pihak pengawal keselamatan kerana aku ‘tersalah’ parkir..”celaka, gila, sial bengong..Xde kerja lain.nk saman orang jer kerja pok guard nie..Dhla xskoloh..”. Lebih kurang macam tulah sumpah seranah yang keluar dari mulut aku setelah membaca kandungan slip itu. Apa tidaknya, saman RM10 itu cukup membebankan aku setelah berada diakhir sem nie. Maklumlah, akhir sem duit pun hamper nak berakhir juga lah.

Kisah saman itu berakhir.Aku meneruskan kehidupan aku sebagai pelajar universiti. Kini aku lain. Mula merapatkan diri dengan jamaah setelah tercampak di dalam Pilihanraya Kampus berhempas pulas membantu sahabat2 seperjuangan untuk mencari perubahan baru di UPSI. Jemaah ini mendekatkan aku dengan Islam. Memang selama ini aku seorang Islam tp kurang sangat penghayatan mungkin kerana aku lalai dengan nikmat dunia. Keseronokan, hiburan, suka benda2 lagha membuatkan aku hanyut walaupn aku nie adalah bekas pelajar skolah agama. Kini aku benar2 aku seorang Islam dan Islam akan berada selalu dihatiku.

Aku didiki diriku dengan adab2 dan sifat2 Islam. Jauhi mengumpat, berakhlak dengan akhlak Islam, waspada dengan isu2 Islam, menjadi penyabar. Segenap hal aku cuba berada dalam tali Allah. Utuh bersama dengan Islam didalam kehidupan.

Kini Alhamdulillah aku merasakan diri aku ini seorang yang lain. Matang, berpandangan jauh, ada arah tuju, mempunyai kawan2 seperjuangan yang begitu akrab persahabatannya. Alhamdulillah syukran Yailahi……Kesyukuran kupanjatkan kepadaMU kerana memilih aku menerima hidayat dan petunjuk dariMU.

Sekali lagi setelah sekian lama aku berlegar-legar di halaman UPSI moto aku disaman kerana ‘tersalah’ parker. Aku membuka slip saman tu dengan muka yang tersenyum dan hati yang berlapang dada. Tidak sedikit pun aku merasa marah atau ingin berkata-kata dengan perkataan yang tidak baik setelah aku melihat surat saman itu. Aku sedar itu kesilapan aku dan sememangnya aku sedikit kesal kerana membuat kesilapan itu. Apa yang aku nak beritahu disini ialah perasaan aku masa yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Dadaku terasa sungguh lapang dan menerima saman itu dengan hati yang terbuka. Secara tidak sengaja mulut aku melafazkan syukur kepada Allah dengan saman oleh pihak keselamatan UPSI itu. Alhamdulillah aku berjaya memupuk sifat sabar dalam diriku.

Penulisan aku ini bukan bertujuan untuk menyombong diri. Jauh sekali untuk aku berlagak sebagai penyabar dengan penulisan aku ini. Apa yang aku nak bagitau disini ialah jikalau kita dapat memiliki sifat sabar itu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Bukan senang untuk memiliki sifat itu. Aku menyeru kepada rakan2 sekalian supaya kita menghayati betul-betul agama kita iaitu agama Islam dan kita berakhlak dengan akhlak Islam. Sesenguhnya nabi diutus oleh Allah Taala untuk menyempurnakan Akhlak kita. Bersyukurlah kita berada di dalam Islam. Tidak memadai dengan bersyukur sahaja alangkah baiknya kita mengambil Akhlak Islam itu sebagai akhlak kita bersesuaian dengan kita sebagai seorang Islam.

2 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  4 November 2008 pada 7:17 PG  

Salamun'alaik,suka ana merespon artikel ni.Teringat akhlak rasullah setiap kali bila diuji dengan pelbagai dugaan bila menyebarkan seruan dakwah. Semoga kita dipilih untuk menjadi rantai-rantai yang menyambung perjuangan rasullah dan sahabat2. Teruskan menulis, sesungguhnya meta pena lebih tajam daripada mata pedang. Barakahhufiq!

مَعهَدين الُمعلمْ 4 November 2008 pada 8:07 PG  

InsyaAllah...
Saudari Aqilah teruskan perjuangan anda. Ana doakan kita berada dijalan yang benar dan sentiasa mndapat keredhaan Allah.. ;)

  ©Template by Dicas Blogger.