Sabtu, 22 November 2008

Aku akan menjalani latihan....

Pastikan kelengkapan cukup untuk menjalani latihan


Terpaksa meninggalkan lap top kesayangan =(

“Woiii..cepatlah.. ko ade keje x??jom tolog cuci umah aku jap. Aku kena pindah rumah la. Jurulatih nak menginap kat umah aku.”(suasana kalut macam nak perang).

“Assalamualaikum..Ikram ade??”(dengan muka cemas) disisinya ada beg pack yg selalu digunapakai oleh tentera. “Die xde xbalik lagi.” “ Haa…xbalik lagi.”(mukanya semakin cemas). “Apesal cari die??” “ Aku nk tukar beg pack ngan die..”

“Wah!!! Iron baju doh nah demo ju.” “ Hahaha… biasola aku puah. Nok isi masa.” “ Mu ado kertas A4 dop??” “ Mu nok wak gapo??” “ Nie aku nok buat memo nok ajak meeting esok nak pilih rank holder baru”.(rank holder sementara untuk kem tahunan kali ini).

Bunyi orang berlari-lari dari hujung sana sampai depan rumah aku. Aras 2 KHAR semakin kalut dengan aktiviti-aktiviti budak-budak PALAPES membuat persediaan untuk latihan pada lusa hari. Bermula selepas maghrib tadi keadaan mula meriah dengan segala persiapan. Ada yang membuat semak semula agar baju untuk latihan cukup, ada yang menjahit baju, ‘iron’ baju, mengilap kasut kawad. Dan bermacam-macam aktiviti lagi.

Aku tidak ketinggalan daripada petang lagi bermula dengan membasuh semua baju-baju biasa untuk disimpan. Hampir penuh 2 baldi aku terpaksa basuh. Selepas isya diteruskan dengan aktiviti menjahit butang seluar seterusnya meng’iron’ baju kawad. Semua ini dibuat dengan penuh teliti dan bersemangat untuk menempuhi kem tahunan PALAPES UPSI selama 21 hari bermula 23/11 sehingga 15/12.

Badan aku dah naik jemu untuk menjahit semua kacing-kacing untuk setiap poket. Memang seluar kawad mempunyai banyak poket. Jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Dek kejemuan itu aku berhenti dari menjahit masuk bilik untuk berblogging. Menghadap lap top kesayangan cukup puas bagi aku walau seberapa lama aku bersama’nya’.

Dalam kepala macam-macam aku fakir untuk latihan kali ini. Latihan CW kali ini aku mesti hadapi dengan penuh ketabahan. Dengan stamina badan yang entah kemana, dengan perasaan yang makin merindui family kat kampong, dengan berat hati nak tinggalkan lap top itu adalah cabaran yang besar bagi aku. Tetapi cabaran itu terpaksa aku tempuhi demi mencari sedikit sebanyak ilmu mengenai ketenteraan yang aku tahu memang susah nak dapat. Dalam ATM bukan macam pengakap, dalam ATM bukan macam PBSM, dalam ATM bukan macam pandu puteri. Hanya orang-orang yang cekal yang dapat mengharunginya.

Dengan latihan yang aku hadapi selama 21 hari ini mustahil untuk aku berblogging. Aarrgghhhh tensionnya. Ermm... Tidak mengapa. Bila aku balik daripada latihan ini aku akan ceritakan kepada sahabat-sahabat semua pengalaman mengikuti latihan selama 21 hari ini.

INSYAALLAH...

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.