Selasa, 11 November 2008

Cara politik orang melayu yang hancus!!!

aaa....bestnya tido
Perjuangan untuk membuncitkan perut sendiri. Itu yang boleh aku simpulkan dengan kejadian membaling kerusi di dalam mesyuarat bahagian UMNO di Seremban. Kejadian ini adalah siri-siri kejadian yang mana terdapat sebilangan makhluk Allah di dalam kalangan politik orang melayu khususnya UMNO dalam untuk mendapatkan jawatan. Sebelum ini sudah banyak kali berlaku kejadian semacam ini yang membuatkan aku betul-betul kesal dengan cara berpolitik orang melayu. Semakin lama semakin teruk. Fanatik kebendaan dan cintakan dunia dan berkepentingan diri.

Apa tujuannya mereka berpolitik? Apa perjuangan mereka yang sebenar di dalam dunia politik? Apa yang menyebabkan mereka membaling kerusi antara satu sama lain? Sama-sama Islam pulak tuh. Aduh!!!!!! Bila teringat kejadian tu memang menyakitkan hati. Mengikut kata pendokong kuat UMNO UMNO lah wadah terakhir perjuangan orang melayu. Mengikut kata Pak lah PM kita yang bakal berundur xlama lagi baik UMNO maka baiklah melayu. Nak menggambarkan betapa pentingnya UMNO untuk orang melayu.

Sebenarnya politiklah yang memecahbelahkan orang melayu. Politik yang macam mana? Iaitu politik yang memisahkan Islam dengan kehidupan. Politik sekular. Politik yang mana didalamnya terdapat pentadbiran yang berlainan antara Islam dan Kehidupan. Maka segala perlakuan, tutur kata, buat kerja tidak mengikut landasan Islam kerana Islam terpisah daripada politik. Bila orang melayu berpegang kepada pemikiran politik yang semacam ini maka rosaklah melayu. Segala tindak tanduk akan ada unsur kepentingan diri bukan lagi untuk perjuangan Islam.

Tidak guna mencium keris yang tajam menghunus. Tidak guna melaungkan Hidup Melayu, tidak guna bila tiap kali perhimpunan agong bercakap mengenai kepentingan melayu kalau dasar adalah dasar memisahkan kehidupan dengan Islam. UMNO memang hebat. Hebat bila duit masih berada disisi. Dengan duit pangkat akan datang bergolek. Aku kesian mendengar rintihan Ahli Parlimen Gua Musang dakwanya dia tidak mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi Presiden UMNO kerana gagal menyogokkan wang. Itu didedahkan secara terbuka oleh beliau mengenai gejala yang semakin parah dikalangan pemimpin dan pejuang parti tunggal orang melayu.

Selama mana UMNO bertahan untuk hidup aku tidak berapa pasti. Yang pastinya keadaan semacam ini akan meranapkan UMNO sedikit demi sedikit. Perbaharuan mesti dilakukan secara drastik di dalam UMNO. Ubah dasar UMNO agar terus mendapat sokongan orang melayu khususnya. Hiasi dasar UMNO dengan Islam kalau berkehendakkan parti yang paling tua di Malaysia it terus kekal. Singkir pemimpin-pemimpin yang selalu dikaitkan dengan skandal dan politik wang (RASUAH). Ambil ulama sebagai penasihat kepada UMNO. Jadikan Sayap ulama sebagai sayap penting dalam memperjuangkan fahaman UMNO baru. InsyaAllah parti UMNO akan selamat..

Errrrmmmmmmmmm…

Jadi apa yang ada pada PAS (Parti Islam SeMalaysia)..?????

8 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  11 November 2008 pada 7:49 PTG  

betol tu akhi...politik wa pntdbiran skrg hancur...mcm ngra barat dah...ntah ape2....lebih pentgkan pangkat,kpntgan pribadi,dunia....islam sebaik2 cara hidup dilupakan..akhirat pun x di ingat...erm..sempat ag ptg nak exam,pg edit blog ye akhi.he3..gane exam fzk td?mesti skor A ni..insyaAllah..he3

مَعهَدين الُمعلمْ 11 November 2008 pada 8:00 PTG  

huhuhuhu..
waktu senggan antara stdy blogging l skit2..
uhuuhu..
ok jer soalan td..
nie sape ek??

Tanpa Nama,  11 November 2008 pada 8:57 PTG  

ye?skor A la ni?bagus2...mana tak nye,bape lama masa stdy tu kan.he3...erm
akhi baca tak news harian arini?bukak la.on9...tajuk nye"Buktikan kewangan Islam alternatif kepada sistem konvensional: PM"..mana tau akhi bole kupaskan..he3...

مَعهَدين الُمعلمْ 11 November 2008 pada 9:50 PTG  

huhuhuhu...
xpandai ana pasal ekonomi nie. kne kaji dulu kaau nk tulis. xnk kongsi ngan org lain ilmu yg xberapa pasti.

Tanpa Nama,  12 November 2008 pada 4:35 PTG  

kau mntk en Rahem la..
die power bab2 ekonomi ni..
mse tu org Datuk Najib pn terus lesap..

skg ni ade gk si Reghiop
n yg lain2 nk debat ngn en Rahem..
blog anwarisme pn xberani nk
apprve komen en rahem ni..

haha..

weyh zul..
nnt sat g ade yg ckp ko ni
nk bwk suara politik luar..
dipergunakan sume..walhal yg islamic2 sume tu dak tu xpnh nk ulas..

kan??btul 3x..hehe

Tanpa Nama,  12 November 2008 pada 5:18 PTG  

ya akhi fadhlullah,ana bukan nak menyusahkan akhi zul...ana saje je,mana tau die dpt ulas.kalu x dpt x ape..sebab pndgn ,pendpt,penulisan akhi zul sgt...sebab ana jahil la ana brtanya ...asif...

Tanpa Nama,  12 November 2008 pada 5:19 PTG  

*pendpt ,pndgn ,penulisan akhi zul menarik...

مَعهَدين الُمعلمْ 12 November 2008 pada 5:35 PTG  

huhuhuhu..
tu la fadh..
yg politik je dorg npk..
bagus pe aku tulis..
tu cadangan aku nk mengislahkan UMNO..
tu pn klau pemimpin UMNO nk buat ape yg aku cadangkan lah..
huhuhuhu..
pasal politik luar tu tu mmg dh favorite aku nk amik tahu. klau ade org nk sekat tu dh dikire melanggar hak asasi tuh. mat salleh marah tu..huuhuhu..bukan ke negara kita suka amik cara politik mat saleh. so xperlu la nk takut2kan student..
xg2??
hehehehe...

weh!!!
banyak lagilah kita kena belajar pasal ilmu agama dan politik nie. aku rase kureng yg amat sangat nie klau nak banding ngan en rahem tuh..
nk kne g mnuntut ngan die nih..

  ©Template by Dicas Blogger.