Bidadari...temanilah resahku..
Layan lagu bidadari nyanyian Saudara Munif. Indah merdu mengulit telinga. Mengingatkan aku mengenai persediaan diri bakal menerima bidadari hidup suatu masa lagi.
Dialah pelengkap hidup ini. Dialah pelengkap perjuangan diri ini. Jatuh dan bangun harap terus bersama diri ini. Harapan aku terhadap bidadariku di masa hadapan.
Kini semuanya gadis bagaikan bidadari. Tetapi bidaddari yang digelarkan biarlah bidadari syurga. Bukannya bidadari dunia.
Betapa besar peranan wanita dalam diri lelaki. Wanita sebagai aset yang bernilai bagi lelaki. Bagi lelaki tidak rugi kamu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri-isteri kamu(wah bajet kawin 2 la nie..hehe). agar dengan kasih sayang ini bisa mengikat hati antara pasangan. Hati ini akan bertaut dan sama-sama berganding mencari redha Allah. Sama-sama mendirikan keluarga yang bahagia. Mendidik anak-anak agar takutkan Allah. Maka segala-galanya lengkap. Pendidikan bermula dari rumah. Pendidikan harus datang dari ibubapa. Ibubapa datang dari pasangan yang ideal. Yang membina keluarga atas dasar iman dan takwa.
Keluarga menjadi unit-unit kecil dalam masyarakat yang menghiasi kerenah-kerenah masyarakat. Kerenah itu penting kerana kerenah itu yang mewarnai masyarakat. Tetapi biarlah kerenah itu kerenah yang baik-baik. Kerenah yang membawa keuntungan. Kerenah yang membawa kedamaian dan kesepaduan.
Bidadari…. Datanglah yang terbaik buat diriku. Ya Allah jadikanlah aku yang terbaik buat diri bidadariku..
Amin ya Rabbal’alamin…
Read more...




