Sabtu, 31 Januari 2009

Muslimah VS trend terkini

Sekejap ku toleh ke kiri sekejap ku toleh ke kanan. Banyak benda yang aku fakir. Tidak tentu arah sewaktu menunggu bas tiba. Hari ini aku akan bertolak ke UPSI. Aku akan ke KL dahulu sebelum menuju ke Tanjong Malim.Kampung halaman akan ditinggalkan demi meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu. Salah satu medan jihad di dalam Islam. Semasa menunggu bas banyak yang aku perhatikan. Utama skali ialah gelagat manusia. Seribu manusia seribu gelagat. Bermacam-macam sehinggakan pening dibuatnya untuk menilai setiap orang antara manusia yang aku lihat. Aku perhatikan yang selalu aku perhatikan dan yang aku sedar. Aku sedar perubahan itu makin lama makin hebat berlaku di kalangan muslimah di negeri aku iaitu negeri Kelantan yang dikenali dengan negeri Serambi Mekah.

Trend pakaian semakin lama semakin hebat dan bermacam-macam. Bukan sahaja trend pemakaian jubah yang mengalami evolusinya tersendiri malah pakaian yang ‘moden’ semakin hari semakin brutal. Fuh!!! Barangkali begitu bangga si pemakainya berjalan terkedek2 di depan orang ramai. Lihat ke kiri lihat ke kanan dengan bangganya tetapi tidak sedar ada orang yang begitu menyampah dengan dia berpakaian sedemikian. Mungkin itulah yang dinamakan trend bandar sesuai dengan dirinya yang ingin menaiki bas ke Kuala Lumpur. Blaja kat KL la katakan. Sesetengah itu ada yang kerja kat KL(kerja kilang je pun)…

Daripada berseluar jeans ketat berbaju sendat bertudung singkat sehinggalah kepada wanita yang tidak bertudung. Itualh trend yang makin mewarnai stesen bas machang bermula daripada pukul 9 pagi tadi. Beberapa kerat sahaja yang memakai pakaian seorang muslimah dengan sopan dan mengikut kehendak Islam. Setahu aku hanya seorang sahaja yang memakai jubah dan tudung labuh.Errmm….. Bukan jubah dan tudung labuh yang diharapkan tetapi biarlah memakia pakaian dengan menutup aurat dengan sempurna. Islam itu mudah. Tetapi manusia yang suka menyusahkan diri sendiri. Pemikiran kita sekarang bila kata tutp aurat dengan sempurna maknanya kena pakai baju jubah dan tudung labuh. Adus!!! Itulah tandanya pemikiran telah diracun oleh Yahudi laknatullah.. menyusahkan benda yang senang. Lama-lama timbul kebencian dengan ajaran Islam.

Ermm..

Yang freehair pun makin lama semakin ramai di negeri kesayangan aku ini. Seingat aku hari kat stesen bas ada dalam 3 orang perempuan yg tidak bertudung. Arrgghhh.. lemahnya iman aku nak menegur semua ini sedangkan gadis tersebut hanya satu depa di tepi aku. Ermm…. Mampu melihat dan menegur dengan hati sahaja. Lemahnya iman aku. Selemah-lemah iman.


erkkkk...susahnya nk cari calon isteri kalau ramai wanita macam nie.

8 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  31 Januari 2009 pada 7:06 PG  

memang betol tu.selalu mengalami bila kat pudu.kadang2 kite rase tu tanggungjawab kite untuk tegur,tapi disebabkan kurang rase kebertanggungjawaban itu,kite menjadi lemah,terus kite biarkan perasaan tanggungjawab tu berlalu begitu saje.:(..jadi,cari la yang sesuai.banyak lagi.

مَعهَدين الُمعلمْ 31 Januari 2009 pada 9:29 PG  

hehehe..nk pilih yg dop beri komen nie ok x?

Tanpa Nama,  31 Januari 2009 pada 12:51 PTG  

hahaha.leh je...hahaha..gurau je...tapi,mustahil

Tanpa Nama,  26 Februari 2009 pada 8:01 PG  

trend muslimah tu hak masing2.. teguran tu bagus.. tapi biar betul caranya.. jgn menyakitkan ati..

tapi kadang yang menutup aurat yg penuh tu.. adakah dia bagus..harap tutup aurat je bagus.. hati dan jiwa betul ke sama spt pemakaian..

jadi nak cari jodoh jgn terlalu memilih nak tanda baik sumer..kalau rasa tanggungjawab kawin dan bimbing la dia..

p/s: hati2 dik.. nanti kena batang idong sendiri baru tau.. hehehehehe

مَعهَدين الُمعلمْ 27 Februari 2009 pada 4:32 PTG  

''''tapi kadang yang menutup aurat yg penuh tu.. adakah dia bagus..harap tutup aurat je bagus.. hati dan jiwa betul ke sama spt pemakaian..'''

hehehe..
sy sll dengr org cakap mcm nie..
sll tu bukannay 2 atau 3 kali malah byk2 kali dh.dh puas dh dengar....
bila kita kata bertudung yg sebetolnya sesetengah org akan kata yg kata "ala..pakai tudung labuh blum tentu baik pun"..

hehehehe...
sy stuju ape yg akak kata tu.
Dalam agama kita pun cm tu jugak..
Kalau nak tahu: kita solat blum tentu masuk syurga.hehehe..pelik kn??
tp itulah hakikat yg Allah tetapkan..Solat kita blum tntu masuk syurga. skali pk baikla xpayah solat..

tp kena ingat!!..xsolat pasti masuk neraka.. tu adalah janji Allah.
Kita msuk syurga dengan Rahmat Allah kak. bukan sedap berkata2 dengan pemikiran kita yg kita rase betol..

Soal tudung nie bukan soal remeh. Skali tengok memang remeh.. Yang xpakai tudun,pemakaian yg ketat tu sudah tntu melanggar hukum Allah Taala. itu membawa kepada dosa. setiap dosa itu akan membawa kepada selayaknya neraka.

Kalau pakai mngikut kehendak Islam itu sudah menutup satu lubang fitnah. nk pertikai die beriman, baik ke xbaik tu bukan soal kita lagi. at least die dh buat ape yg Allah suruh..

Persoalan sekarang ialah tidak memakai tudung dan pemakaian yang tidak mengikut etika pemakaian Islam. Soal die baik atau jahat tu kita letak belakang dulu..

STUJU????
:)

مَعهَدين الُمعلمْ 27 Februari 2009 pada 4:33 PTG  

hehehe...nk tambah skit lagi..trend muslimah bukan hak masing-masing kak..tubuh kita nie bukan mak bapk kita yang punya. Tp Allah pencipta kita yang punya.
So trend kita mesti mngikut yg Allah tetapkan...

STUJU??
hehehehe....

Tanpa Nama,  27 Februari 2009 pada 11:32 PTG  

setuju. mmg biasa dengar dialog tu, "yang tuduh labuh,tutup aurat tak semestinya baik", ana setuju pendapat akh,,kita tak selayaknya nak mengatakan seseorang itu baik ke jahat, tapi,sekurang-kurangnya mereka mendengar suruhan dan mengikut perintah NYA.mereka ikut apa yang dianjurkan oleh agama.setelah itu, berdoa, agar dapat latih diri dan usaha menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Tanpa Nama,  16 Mei 2009 pada 4:46 PTG  

pndapat sy sndiri..

MUNGKIN btl, bkn sume bertudung labuh baik..tp kita sbg umat islam dan sbg seorg muslimah wajib ttup aurat.. bkn harus bkn jua sunat tp WAJIB... islam menganjurkan kita menutup aurat tntu ade sbb nye...jd ita kne la sma2 berfikir... :)

mudah-mudahan kita akn selalu berfikir sbbnya kita buat sesuatu itu... :)


*maaf andai pekataan ana menguris hati sesiapa...

  ©Template by Dicas Blogger.