Selasa, 6 Januari 2009

Israel PENJENAYAH!!!..israel LAKNAT!!!

Palestin menjerit. Serangan Rejim Israel terhadap umat Islam di Palestin sudah masuk minggu ke-2. rakyat Palestin menghadapi krisis kemanusiaan yang paling teruk apabila banyak bangunan,rumah-rumah,pejabat-pejabat di bom oleh pengganas Israel. Bekalan elektrik juga dipotong dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Palestin. Bekalan makanan semakin hari semakin suntuk dan pada masa yang sama Israel terus menerus menyekat bekalan makanan dan perubatan daripada masuk ke Palestin. Seluruh masyarakat dunia mengutuk serangan yang tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin. Alasan-alasan yang tidak munasabah terus dipermainkan dengan tujuan untuk menghalalkan serangan ke atas penduduk Palestin. Kalau kita mampu membayangkan keadaan di Palestin itu cukup untuk membuatkan kita rasa takut dan gementar dengan bencana peperangan ini.

Pada pandandagan saya majority rakyat Malaysia masih memandang isu peperangan diantara rakyat-rakyat Palestin dan askar Israel sebagai isu masalah dalaman dan tidak perlu diberi perhatian. Saya cuba berbual-bual dengan beberapa orang kawan mengenai isu palestin untuk mengetahui respon mereka semua mengenai isu palestin ini. Malangnya hampir semua menunjukkan sikap tidak ambil peduli terhadap isu yang berlaku ini. Malah ada yang memandangnya seolah-olah perkara yang tidak harus diambil tahu. Sikap begini harus kita kesali sebagai umat Islam yang amat mementingkan hubungan persaudaraan sesama Islam.

Sambutan tahun baru pada kali ini juga disambut tanpa memikirkan sensetiviti umat Islam yang lain. Di saaat saudara-saudara seagama dengan kita menderita di Palestin sepatutnya itu akan mendatangkan keinsafan daripada kita sebelum datangnya bala keatas diri kita. Tetapi lain pula jadinya apabila Jabatan Agama Islam Pahang menangkap beberapa pasang pasangan anak-anak melayu Islam bersama di dalam hotel murah. Difahamkan mereka pulang daripada sambutan tahun baru dan menginap di hotel untuk melakukan kerja terkutuk itu. Kekesalam yang amat sangat saya rasakan diatas ketidakkeinsafan mereka melakukan perkara-perkara terkutuk di tahun baru. Golongan seperti ini usahkan nak sama-sama membantu menolong saudara-saudara seagama dengan mereka di Palestin malah nak selamatkan diri daripada api neraka pun belum tentu boleh.

Kepada golongan pelajar-pelajar universiti pula kita seharusnya bersikap responsif terhadap apa yang berlaku di dunia hari ini. Lebih-lebih lagi jikalau sesuatu berlaku ke atas bumi orang Islam dan juga umat Islam. Pada pandangan saya pelajar-pelajar universiti masih lagi tidak lari daripada pengaruh hedonisme, individualisme dan berbagai-bagai lagi sikap buruk yang datangnya daripada negara barat. Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang barat mem’baratkan’ pemikiran muda mudi Islam di negara kita. Mereka solat, mereka berpuasa mereka bayar zakat tetapi ikatan persaudaraan diantara umat Islam di Malaysia dan juga ikatan persuadaraan dengan umat Islam seantero dunia amat lemah dan teruk sekali.

Jangan jadikan diri kita mahasiswa tunggul kayu yang hanya datang ke universiti semata-mata ingin belajar dan berseronok sahaja. Sepatutnya kita datang ke universiti dengan membawa harapan Islam dan juga harapan ibubapa kita. Sesungguhnya harapa Islam itu sendiri wajib kita utamakan kerana kita semua telah bersetuju mengatakan tiada agama lain yang tinggi selain daripada agama Islam.

Isu di Palestin sekarang sudah cukup untuk menguji sejauh mana keimanan kita sebagai umat Islam. Segalanya akan ditanya oleh Allah Taala apa yang kita buat untuk menyelamatkan saudara seagama dengan kita di Palestin. Adakah kita hanya senang bergembira di saat Palestin berdarah derita? Kalau soalan ini kita tidak mampu jawab mengikut ajaran agama kita sememangnya kita terdiri daripada golongan orang yang memetingkan diri sendir sahaja. Paling kurang pertolongan kita kepada saudara-saudara Islam kita marilah kita berdoa dan terus berdoa supaya Allah Taala memberi pertolongan kepada saudara kita di Palestin.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.