Khamis, 15 Januari 2009

Punggung yang kentut muka pula yang mendapat malu..

Hari ini saya menghadiri kelas kedua untuk kuliah bahasa arab sebagai bahasa moden. Kuliah ini bukanlah kuliah wajib tetapi sebagai pilihan tambahan bagi pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mendalami bidang bahasa. Bukan sahaja bahasa arab malah bahasa cina, perancis, jerman juga disediakan. Saya memilih bahasa arab kerana ia adalah bahasa Al-Quran dan juga bahasa yang amat-amat dituntut kepada kita untuk dipelajarinya.

Ustaz khairul Azman sememangnya antara ustaz ‘kegemaran’ saya kat UPSI. Cara penyampaian ilmu yang bersahaja dan tepat memungkinkan lagi beliau antara ustaz yang saya minati. Beliau seorag yang simple dan mudah mesra. Mempunyai fikrah perjuangan yang cukup hebat dari segi teori dan juga perbuatannya. Beliau juga merupakan penasihat kepada Persatuan Bahasa Arab UPSI.

Di penghujung kelas tadi ustaz Khairul berkongsi satu kisah yang menarik bersama pelajar-pelajarnya yang menarik perhatian saya untuk saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Benda yang paling penting sebagai ‘point’ yang ingin disampaikannya ialah jangan fikir agama dengan akal semata-mata.

Ustaz menceritakan kisah seorang kawannya di Sabah berbual bersama orang yang bukan Islam di sana. Kata orang yang bukan Islam itu die begitu pelik dengan perangai orang Islam. Apabila kentut je terus mengambil air sembahyang. Apabila kentut ambil air sembahyang. Sepatutnya basuhla punggung sebab angin kentut keluar melalui punggung.(maaf kalau bahasa yang saya gunakan kurang sopan). Secara logik akal betulla apa yang dikatakan oleh orang yang bukan Islam itu. Sepatutnya kita basuhla punggung barulah sesuai dengan logik akal.

Saya begitu kagum dengan jawapan yang diberikan oleh kawan ustaz Khairul katanya kalau kita kentut kenapa diri kita yang malu? Sepatutnya punggung la yang malu sebab punggung yang kentut. Dari segi logik akal pun kita mesti mengatakan punggung yang malu sebab punggung yang kentut. Tetapi lain pula jadinya apabila muka yang mendapat malu disebabkan punggung yang kentut..

Kelas dihiasi tawa mencuit hati oleh pelajar-pelajar dengan mendapat mesej yang tepat bahawa agama ini bukan boleh difikir dengan akal semata-mata. Ia mesti berpandukan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Qias, Ijma ulama.

Semoga sahabat-sahabat semua terhibur dan mendapat pengajaran yang berguna..

Sekian…

1 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  15 Januari 2009 pada 9:13 PTG  

owh...erm...menarik cerita ni...sama2 la kita berfikir

  ©Template by Dicas Blogger.