Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Sabtu, 18 September 2010

Bermusuhlah dengan Ulama andai kata diri itu 'gedebe'

“Seorang pemandu kereta belum tentu akan membawa kita ke destinasi yang betul. Walaupun dai tahu cara memandu, hidupkan enjin, masukkan gear dan sebagainya, tetapi jika tidak tahu jalan yang betul, akan tetap tersesat. Demikian juga seorang pembaca Al-Quran, tajwidnya betul, suaranya baik, makhrajnya tepat tetapi jika tidak diamalkan, ia tidak akan menunjukkan jalan yang betul iaitu ke syurga…”




“Selain ilmu, pengalaman juga merupakan senjata yang berharga. Oleh yang demikian, kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk terjun ke medan masyarakat. Tanpa pengalaman, kita umpama dilepaskan di tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang selamat. Namun, belum tentu berjaya menempuhi samudera yang luas…”




“Jika memandu kereta perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen..”




“ Masalah rasuah, penyelewengan, khianat boleh selesau kalau manusia kembali kepada Allah SWT. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia kerana polis pun manusia. Kalau suruh lembu jaga lembu, tentu tidak boleh. Nak jaga lembu kena tuan lembu yang jaga. Begitu juga manusia, kena dijaga oleh kuasa yang lebih tinggi iaitu Allah SWT…”




Apa yang aku tulis diatas adalah sebahagian kata-kata yang dipetik daripada sebuah buku yang berjudul “110 Mutaira Kata Nik Abdul Aziz sepanjang 2010.


Sewajarnya dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini selain kebergantungan kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah wajar juga kita merujuk kepada nasihat-nasihat dan kata-kata Ulama agar panduan kita lebih jelas dan utuh. Ulama adalah penyuluh kepada masyarakat. Cahayanya menerangi segenap alam bagi membimbing umat yang dahagakan cahaya supaya sentiasa berada di jalan Nabi Muhammad SAW sentiasa.



Bagi aku Mutiara Kata Tok Guru ini hasil luahan telahan tajam beliau melihat dan mengamati sendiri masalah masyarakat yang membarah sekarang ini. Tamsilan dan bidalan yang digunakan tepat mengena ke lubuk sanubari kita jikalau kita tergolong dalam golongan manusia yang mampu berfikir. Sememangnya kita mampu berfikir tetapi kadang-kadang fikiran kita dihalang oleh kejahilan dan kesombongan yang menebal. Bodohnya manusia jikalau masih menyombongkan diri dengan pesan-pesan Ulama…



insyaAllah cuba dapatkan buku ini dipasaran. Semoga ia menjadi mentol baru kepada anda semua untuk menyuluh jalan-jalan ke Syurga yang penuh dengan duri ini… Takbir!!!!...

Read more...

Ahad, 16 Ogos 2009

Teori Darwin dan Kepalsuannya...


Teori evolusi dan penipuannya..


Satu pendedahan yang begitu berharga oleh Harun Yahya yang perlu diketahui oleh semua peminat-peminat dan penkaji-pengkaji ilmu sains.


Seperti mana yang kita tahu Teori Darwin yang mengisahkan kita dan segala kehidupan yang melata di dunia ini saling berkaitan dari segi pembentukannya berubah secara evolusi dari satu kejadian dan kepada kejadian yang lain. Teori ini dipertahankan bermati-matian oleh evolusionis kerana hanya tujuannya yang satu iaitu ingin menafikan kenyataan sebenar yang setiap hidupan diciptakan oleh Allah Taala yang Maha Berkuasa…


Tetapi dengan penghayatan ilmu dan kajian yang dilakukan oleh Harun Yahya mampu mengoncangkan Teori Evolusi hinggakan beliau meringkuk dalam penjara dan dituduh gila kerana berjaya mendedahkan kepalsuan teori evolusi.


Kini Teori Evolusi satu persatu didedahkan kepincangannya dengan penemuan-penemuan teori sains terkini. Teori Evolusi boleh dikatakan subjek wajib diambil oleh penuntut biologi di setiap universiti. Walaupun telah terbukti teori ini dangkal dan tidak saintifik tetapi ramai yang masih berpegang kepada teori ini dan saya bimbangi bakal meruntuhkan akidah umat Islam.


Jadi kepada orang Islam yang meminati biologi cuba dapatkan buku ini yang mendedahkan penyelewengan teori evolusi yang kita belajar. Beberapa eksperimen yang cuba menyokong teori evoludi juga berjaya dipatahkan oleh Harun Yahya seperti eksperimen Fox, Eksperimen Miller dan lain-lain lagi. Jadi dapatkan buku ini dengan segera. Buku keluaran SABA ISLAMIC MEDIA wajib dimiliki oleh setiap umat Islam..


Patahkan penipuan DARWIN!!!!!

Read more...

Selasa, 13 Januari 2009

"Terapi Solat Tahajud..Mukjizat Penyembuh Penyakit"

“Kelas batal la pagi nie”.. pada masa tu aku baru sahaja sampai di perkarangan padang kawad PALAPES UPSI. Penat belum habis lagi berjalan dari tempat bas ke DRT. “alaaaa...batal lagi”keluhan kecewa terluah daripada mulut aku. Ini minggu ke-2 kuliah Pemikiran strategik dan Inovatif dibatalkan. Minggu lepas pun dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dikenalpasti. Minggu lepas selama 40 minit kami menunggu pensyarah di Dewan Rahman Talib untuk mengikuti kuliah pertama beliau. Tetapi tidak sampai jua. Minggu ini kelas terpaksa dibatalkan kerana semua pensyarah dan kakitangan UPSI terpaksa pergi ke Dewan SITC untuk mengikuti amanat TNC Prof. Dato’ Dr Aminah Ayob.

 

“kemana yer aku nk pegi. Baru jer sampai kampus xkn dah nak balik kot” desus hati aku. Aku sempat berbual seketika dengan kawan-kawan sekuliah tanya pendapat mereka samaada nak balik ataupun tunggu kuliah fizik. Mengikut kata Pengawal keselamatan majlis bersama TNC akan tamat pada jam 1 pagi. Kelas fizik kami pula bermula pada pukul 11 pagi. Kemudian aku membuat keputusan untuk ke Perpustakaan. Sudah berapa lama tidak mengunjungi perpustakaan kini hati terdetik untuk mengunjunginya. Lebih kurang 30 minit aku menunggu perpustakaan buka sambil-sambil berbual dengan kawan-kawan sekuliah. Kata kawan aku hari ini ada pesta buku kat dalam library. “wah ini peluang baik nie” aku tersenyum girang. Dengan semangat azam tahun baru yang masih membara hati begitu berkocak untuk membeli buku-buku yang dikehendaki pensyarah pada awal sem. Ambil sejarah pada sem2 lepas terasa amat rugi kalau membeli buku di pertengahan sem apetah lagi pada hujung sem dimana kita sudah buzy dengan assignmen dan juga study. Kalau beli buku awal boleh la juga untuk kita mula study daripada awal sem.hehehehe...inilah azam aku pada tahun baru nie. Ingin memecah tradisi study di hujung semester.

 

Lebih kurang jam 9.30 pagi aku memasuki pintu perpustakaan dan terus terpandang meja-meja yang disusun rapi tempat menjual buku. Bermacam-macam buku yang ada di atas meja sampaikan aku tak tahu nak ambil buku yang mana satu. Buku diambil dan dibelek-belek helaiannya....

”errmmm... bagus jugak buku ini. Kualiti kulitnya amat baik.”

Aku tercari-cari buku-buku yang dikehendaki oleh pensyarah aku. Tapi hampa, tiada satu pun buku-buku tersebut terkandung dalam senarai buku yang dikehendaki oleh pensyarah.

“Aduh..buang masa jer aku tunggu perpustakaan buka tadi.”

“ermmm...xpelah.tunggu sini ajelah tunggu kuliah fizik bermula.”

Dalam tempoh menunggu aku membelek-belek beberapa buah buku. Ada buku mengenai Dr Burhanuddin Helmi. Seorang tokoh yang aku memang minati perjuangannya. Seorang tokoh gerakan Islam di Malaysia dan salah seorang pejuang PAS diambang penubuhan Parti Islam Se-Malaysia itu dahulu. Banyak juga buku-buku yang menceritakan pejuang-pejuang yang kononnya berhaluan kiri. Padahal perjuangan mereka suci berlandaskan Islam. Tetapi pejuang-pejuang Islam pula yang dicop berhaluan kiri. Teringat pula kata-kata Abu Bilal mengenai perjuangan Islam yang berbunyi:

 

Sesungguhnya tidak ada yang lebih sesat dari golongan yang mengatakan sekiranya umat Islam tidak menjadi golongan kanan mereka mestilah menjadi golongan kiri. Sekiranya mereka tidak menjadi komunis mereka mestilah menjadi kapitalis. Umat Islam wajib menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa mereka memiliki sifat-sifat keperibadian yang tersendiri, keperibadian yang tidak berfahaman kanan atau kiri. Mereka mempunyai keperibadian yang tulin lagi asli, keperibadian yang sifat-sifat dan rupa bentuknya bersumber dari ajaran Islam sebagai agama fitrah (murni) dan risalah fitrah. Dengan keperibadian yang tersendiri dan asli inilah yang membolehkan umat Islam memegang kendiri aliran pemikiran dan politik dunia.

 

Selepas puas membelek akhirnya terjumpa dengan buku yang begitu menarik perhatian aku. Bahagian kulintya juga agak menarik dengan kertas yang berkualiti dan tajuk yang cukup menarik perhatian. “Terapi Solat Tahajud” terpampang tajuk besarnya di bahagian atas kulit buku. Bila lihat kepada perkataan terapi sudah semestinya ia mempunyai kaitan dengan konsep sains. Jangkaan aku memang amat tepat apabila aku membelek-belek dan membaca tajuk-tajuk kecil di dalam buku ini.

“hebat”.Desus hati aku.

Fakta-fakta sains dan kajian sains cuba dikaitkan dengan solat tahajud.

 

Ada sebuah hadis yang bermaksud:

 

“Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan, dan menghindarkan daripada penyakit.” Hadis riwayat Tirmizi

 

Daripada hadis inilah penulis cuba mencari fakta-fakta sains demi menyokong ilmu-ilmu Islam. Satu kaedah yang amat bijak untuk membuktikan kebenaran Islam. Penulisnya juga adalah seorang doktor yang mengamalkan perubtan terapi di Indonesia. Dr Mohammad Salleh adalah pengasas klinik terapi solat tahajud yang terletak di Masjid al-Akhbar, Surabaya, Indonesia. Di dalam buku ini juga terdapat kata pengantar Dr. Danial Zainal Abidin iaitu Penulis Buku Bestseller Quran Saintifik.

Dr Danial menyeru supaya umat Islam pada hari ini perlu berjihad antaranya dengan membuat kajian dan berusaha menonjolkan aspek positif mengenai Islam. Aspek ini perlu relevan dengan dunia kini yang dikaitkan dengan sains dan teknolgi supaya ia mampu menarik perhatian umum. Jihad seumpama ini adalah penting di era kita hari ini.

 

Selain itu saya juga sempat membeli buku yang dikarang oleh Dr Danial sendiri iaitu “Minda Muslim Super”..

Diharap dengan buku-buku sebegini memperkukuhkan saf-saf perjuangan Islam demi memantapkan lagi perjuangan para pejuang di jalan Allah..

Takbir..

Allahuakhbar..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.