Sabtu, 18 September 2010

Bermusuhlah dengan Ulama andai kata diri itu 'gedebe'

“Seorang pemandu kereta belum tentu akan membawa kita ke destinasi yang betul. Walaupun dai tahu cara memandu, hidupkan enjin, masukkan gear dan sebagainya, tetapi jika tidak tahu jalan yang betul, akan tetap tersesat. Demikian juga seorang pembaca Al-Quran, tajwidnya betul, suaranya baik, makhrajnya tepat tetapi jika tidak diamalkan, ia tidak akan menunjukkan jalan yang betul iaitu ke syurga…”




“Selain ilmu, pengalaman juga merupakan senjata yang berharga. Oleh yang demikian, kepada para pelajar carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk terjun ke medan masyarakat. Tanpa pengalaman, kita umpama dilepaskan di tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang selamat. Namun, belum tentu berjaya menempuhi samudera yang luas…”




“Jika memandu kereta perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen..”




“ Masalah rasuah, penyelewengan, khianat boleh selesau kalau manusia kembali kepada Allah SWT. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia kerana polis pun manusia. Kalau suruh lembu jaga lembu, tentu tidak boleh. Nak jaga lembu kena tuan lembu yang jaga. Begitu juga manusia, kena dijaga oleh kuasa yang lebih tinggi iaitu Allah SWT…”




Apa yang aku tulis diatas adalah sebahagian kata-kata yang dipetik daripada sebuah buku yang berjudul “110 Mutaira Kata Nik Abdul Aziz sepanjang 2010.


Sewajarnya dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini selain kebergantungan kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah wajar juga kita merujuk kepada nasihat-nasihat dan kata-kata Ulama agar panduan kita lebih jelas dan utuh. Ulama adalah penyuluh kepada masyarakat. Cahayanya menerangi segenap alam bagi membimbing umat yang dahagakan cahaya supaya sentiasa berada di jalan Nabi Muhammad SAW sentiasa.



Bagi aku Mutiara Kata Tok Guru ini hasil luahan telahan tajam beliau melihat dan mengamati sendiri masalah masyarakat yang membarah sekarang ini. Tamsilan dan bidalan yang digunakan tepat mengena ke lubuk sanubari kita jikalau kita tergolong dalam golongan manusia yang mampu berfikir. Sememangnya kita mampu berfikir tetapi kadang-kadang fikiran kita dihalang oleh kejahilan dan kesombongan yang menebal. Bodohnya manusia jikalau masih menyombongkan diri dengan pesan-pesan Ulama…



insyaAllah cuba dapatkan buku ini dipasaran. Semoga ia menjadi mentol baru kepada anda semua untuk menyuluh jalan-jalan ke Syurga yang penuh dengan duri ini… Takbir!!!!...

2 Cetusan minda:

upsiku upsimu,  19 September 2010 pada 11:07 PTG  

macam mnaa non muslim bley jadi AJK Tertinggi PAS?
bukan PAS untuk membela nasib muslim
teringat 1 kenyataan PAS...
kita seharusnya mengundi pemimpin islam sebagai pemimpin

مَعهَدين الُمعلمْ 20 September 2010 pada 12:14 PTG  

Aik...
bila masa pulak non-muslim jadi AJK tertinggi PAS?

tu AJK tertinggi PAS Somalia kot..
huhuhu...

  ©Template by Dicas Blogger.