Sabtu, 18 September 2010

Adik aku WAHABI...


Tiba-tiba teringatkan kampung halaman. Sebuah rumah nan indah berdiri di antara dua buah tanah kebun yang bersemak samun. Di kanannya kebun getah dan di sebelah kiri kebun buah-buahan. Memori-memori indah terngiang-ngiang apabila dua minggu bercuti di rumah. Memang aku jarang-jarang sekali pulang ke kampung. Bila musim cuti begini sahaja berkesempatan untuk balik. Tugas sebagai seorang mahasiswa kadang-kadang mencengkam masa di sini. Biasalah. Ingin menjadi mahasiswa luar biasa kita kena bertindak luar biasa juga.


Pulang ke kampung memang tidak sia-sia. Melepaskan rindu kepada ayah bonda dan berkongsi bermacam-macam perkara. Paling mengembirakan ialah apabila melihat perubahan adik-adikku. Dari segi keintelektualan dan kematangan mereka nampaknya semakin berkembang. Mungkin banyak dorongan dalaman yang memaksa mereka untuk berubah. Aku yakin dan pasti perubahan mereka adalah atas kerelaan hati bukannya secara terpaksa.


Yang paling ketara sekali adalah adik lelaki aku yang bernama SYAZWAN. Nama bertuah yang dilekatkan kepadanya sejak dari kecil. Tersangat besar cita-citanya. Ingin menjadi seorang ustaz. Bagi aku besarnya tugas seorang ustaz ini melebihi tugas seorang doktor perubatan. Silap gaya ustaz rosak jiwa manusia. Bukan seorang malah ramai yang akan binasa jiwanya apabila jiwa seorang ustaz punah ditetak dunia yan

g ilusi ini. Dibanndingkan dengan doktor perubatan jikalau seorang doktor melakukan kesilapan hanya terksesan kepada seorang jiwa sahaja. Paling teruk pun jiwa itu akan mati. Kalau mati dalam iman insyaAllah selamat jiwa itu daripada siksa Allah Taala di Akhirat kelak. Ustaz pula sentiasa menanggung beban. Sentiasa menanggung tanggungjawab yang tak pernah sudah. Aku mendoakan adik aku tercapai cita-citanya ingin menjadi seorang MURABBI masyarakat. AMIN…


Dulu-dulu semasa aku masih berada di tingkatan ramai sahabat-sahabat yang berpesan kalau ingin menjadi ustaz jangan pergi belajar di Mekah atau Madinah. Nanti akan terkesan dengan pengaruh WAHABI di dalam ilmu dan pemikiran kita.



“wahabi nie jahat. Wahabi adalah ajaran yang sesat”kata kawan aku dengan bersungguh-sungguh.



“Kalau kau nak tahu Dr Asri Mufti Perlis tu wahabi la. Xleh pakai sangat kalau dia ceramah. Tak berapa betul” jelas kawan aku lagi.



Aku antara terpengaruh dan tidak tahu. Tidak pernah mendengar perkataan WAHABI sebelum itu terkejut dengan kenyataan itu. Bertanya lanju

t pun tidak, terus menghukum puak-puak WAHABI sebagai terpesong dan sesat.


Mulai saat itu pantang mendengar ceramah Dr Asri mesti aku akan kata “tidak boleh, sesat”.. berlarutan hingga meningkat dewasa. Hingga aku menjadi seorang yang kritikal terhadap sesuatu perkara.


Sedar tidak sedar rupa-rupanya sebelum ini aku tidak pernah mengambil tahu apa itu WAHABI. Bagaimana kesesatan WAHABI. Jelas aku menghukum tanpa bukti dan hujjah. Sangkaan meleset kerana sekadar mendengar cakap-cakap orang. Sekadar mengaut emosi marah dan benci orang untuk menjadi hiasan di dalam diri aku. Apabila masuk ke Universiti aku menjadi agak neutral, menjadi lebih beridealis dan berwawasan. Menyandarkan sesuatu perkara atas dasar hujah dan fakta. Kini sikap aku terhadap SYIAH pun agak neutral dan lebih suka menilai SYIAH itu atas ilmu dan fakta yang aku cari. Ermm… Terpengaruh dengan pemikiran Faisal Tehrani barangkali. (Faisal Tehrani nie orang Malaysia atau rakyat Iran??hehehe..)



Aku membelek-belek susunan buku yang berada di atas almari dalam bilik adik aku yang bernama Syazwan. Cantik susunannya. Semuanya buku-buku tentang agama, buku-buku kontemporari dan semasa yang ditulis oleh ulama-ulama Malaysia.



Jauh di sudut hati aku mengucapkan syukur dengan keadaan ini. Adik aku memang mencintai ilmu. Aku memerhatikan setiap satu buku yang ada di atas rak tersebut. Terkejut!!!...


Sebuah buku yang dikarang oleh Muhammad Bin Abdul Al-Wahhab. Seorang yang cukup kontrovesi di serata dunia dengan pandangan-pandangannya yang tersendiri.



“adik aku baca buku nie” tiba-tiba terpacul dari mulut aku.



Tersenyum bangga dengan dirinya yang masih muda sudah mula mencari kebenaran. Aku tidak mengatakan kebenaran mutlak berada dalam hujah-hujah Muhammad Bin A.Wahhab tetapi segelintir orang yang mengkafirkan Ulama sepertinya sungguh tidak menyenangkan hati aku. Orang yang mengkafirkan Muhammad Abdul Wahhab kadang-kadang ilmu mereka bukan tahap ulama tetapi hebat mereka boleh mengkafirkan ulama. Ingat wahai Muslim kita mengkafirkan muslim yang lain kekafiran itu akan kembali kepada diri kita. Walau berbeza pandangan antara kita dan muslim yang lain hendaklah kita berlapang dada dan berpegang kepada hujah dan dalil yang soheh daripada Al-Quran, As-sunnah, Qias, Ijma’ Ulama. Tidak perlu bergaduh soal berbeza pendapat. Lihatlah sikap ulama-ulama terdahulu bagaimana mereka menguruskan soal perbezaan pendapat dengan cukup harmoni sekali.


2 Cetusan minda:

Mohamadazhan.com 18 September 2010 pada 3:36 PTG  

salam sahabat,
anta boleh lihat perdebatan ttg wahabi antara Prof Dr Aziz Hanafi dekan insaniah vs Dr asri, mungkin anta akan faham ttg bhayanya pemikiran wahabi. Lihat bagaimna beliau mempertikaikan ttg imam2 muktabar terdahulu seprti Shafie dan Ghazali.

Tak salah memahami fiqh Imam abd wahab tetapi lebih baik memhami terlebih dahlu kitab fiqh imam2 ahli sunah4 terutama syafie supaya tiada pepecahan ibadah dalam ummah.

مَعهَدين الُمعلمْ 18 September 2010 pada 3:46 PTG  

Penulisan ana ini bukan menekankan mesti memahami mana-mana fiqh. tetapi lebih kepada ingin mengajak masysrakat supaya menjaga ADAB apabila kita berselisih pendapat dengan mana-mana pihak dan pendapat yang paling soheh dan Al-Quran dan As-sunnah itulah yang paling baik..

  ©Template by Dicas Blogger.