Jumaat, 17 September 2010

Wali band juga pendakwah...

Ya Allahhu ya Rabbi..



Ya Allahhu ya Rabbi..



Ya Allahhu ya Rabbi..



Ya Allah….



Teringat kembali memori ramadhan di Tanjong Malim. Beriktikaf 10 malam terakhir di Masjid Hulu Bernam, Hulu Bernam Selangor mencatitkan memori yang tersendiri. Semestinya memori itu akan dikenang dalam proses membina kematangan sebagai seorang bakal guru di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mengejar ijazah bukan semata-mata dalam bidang akademik yang diceburi tetapi pengalaman yang mematangkan diri amat perlu lebih-lebih lagi akan bergelar seorang guru bagi membina generasi Murabbi pencetus organisasi Khilafah Islam.



Dalam memberi kekuatan batin yang jarang sekali ditekankan oleh anak-anak muda zaman sekarang amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam perlu diamalkan setiap masa secara konsisten. Banyak atau sedikit sesuatu amalan bagi saya tidak menjadi masalah tetapi keberterusan itu perlu ada supaya mendatangkan kesan rohani yang cukup besar melekat dijiwa bakal-bakal guru dan juga generasi muda. Salah satunya adalah alunan zikir. Ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar seharusnya menjadi ratib harian bagi anak muda bagi menjadi pendinding yang utuh melawan virus akidah dan pegangan yang cukup parah sekarang.



Saya asyik mendengar alunan ‘lagu’ yang dinyanyikan oleh kumpulan wali band yang bertajuk “ya Allah”. Mereka bukanlah seperti kumpulan nasyid seperti Hijjaz, Raihan, soutul harakah juga seperti kumpulan nasyid yang lain. Mereka bergerak dalam kumpulan mereka sendiri dalam arus ‘perdana’ mereka tetapi berani membuat satu perubahan kepada lagu-lagu kumpulan mereka memuji Tuhan dan mengajak kepada yang makruf serta menjauhi kemungkaran.



Ya Allahhu ya Rabbi..



Ya Allahhu ya Rabbi..



Ya Allahhu ya Rabbi..



Inilah zikir. Ia dibawa oleh kumpulan manusia yang tidak berlatarbelakangkan Islam. Tidak pernah panggilan USTAZ melekat kepada diri mereka. Tetapi mereka mempunyai pengaruh besar kepada anak muda Melayu khususnya. Jiwa kita memang senang dengan alunan-alunan yang mendayu-dayu yang kadang kala mengusik jiwa. Air mata kadang-kadang bisa tertumpah dengan hirisan halus dayuan zikir yang mendayu ini di hati. Inilah kebijaksanaan. Kebijaksanaan dalam membawa mesej-mesej zikir dalam bentuk yang berlainan. Seharusnya kita yang berada dalam genre Islam seharusnya menyokong usaha kumpulan WALI BAND ini. Biarkan zikir ini menjadi tukul pengetuk kepada mereka. Mengetuk hati-hati mereka dan juga hati-hati peminat mereka. insyaAllah lama-lama ketukan itu akan meninggalkan bekas jua yang perlu disambut bekas-bekas itu oleh para dai’ untuk digilap. Kebijaksanaa itu adalah milik orang Islam walaupun di mana ia didapati. Mengambil pengajaran daripada sebuah Hadis nabi.


0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.