Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan

Isnin, 28 September 2009

Politik keegoan

SELCAT….. = “Sell + Cat”

Pemimpin PR Selangor masing-masing nak tunjuk hebat..

Nak kata BODOH tak tergamak sebab dah jadi pemimpin..

Tak reti nak berbincang ker??

Read more...

Isnin, 6 Julai 2009

Babi belaan DAP dihalau.. Kecoh..

Ermm...
macam mana ngan kes babi-babi kat Kedah?
DAP yang membela babi walaupun babi yang memang dah haram bertindak secara haram dari dasar PR. ceh!!! haktui.. cakap berdegar bila kena kat die baru nk bising.
benda dah jelas betul dan salahnya.

dah sebulan MB Kedah bagi peluang. xkan xcukup lagi. Ada yang mempertikaikan tindakan Mb Kedah mengambil tindakan tanpa memikirkan semangat setiakawan. tapi aku nk jawab-sampai bila nak tunggu??? dah bagi masa sebulan untuk cari tempat baru takkan xcukup.

Sampai bila? dah 30 tahun beroperasi secara haram pastu bagi lak masa sebulan untuk cari tempat baru memang bangang la nk "demand" masa lebih lama lagi nk pindah tempat baru.

Apa-apa pun tahniah kepada MB Kedah. Anda dah membuktikan PAS bukanlah parti pak turut di dalam Pakatan Rakyat.

Read more...

Selasa, 23 Jun 2009

Alhamdulillah... Syukur pada Allah... Maha Besar Allah

Alhamdulillah segalanya telah selosai. Xdak lagi Istilah keramat iaitu “kerajaan perpaduan” yang boleh dimainkan oleh UBN. Parti lahanat itu semakin tersepit dengan kenyataan sendiri. Harapan UBN utk menyerang PAS menggunakan isu kerajaan perpaduan untuk menawan manek urai akhirnya hancur berkecai dengan “kerajaan perpaduan” yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin PAS dengan perjumpaan “anak beranak” pada hari ini.


Tok Guru Nik Aziz secara terbuka menarik semula kenyataan kerasnya terhadap Ust Nasha. Perjumpaan berlaku dengan wajah yang ceria bagaikan menyelesaikn masalah dikalangan adik beradik. Itulah pemimpin yang memperjuangkan Islam. Aku menyaksikan video ini dengan kesayuan hati dan kekaguman yang amat terhadap pemimpin PAS dan juga sikap merendah diri Tok Guru.

Read more...

Cina India pun masuk Usrah.. Kita bila lagi.. xdak makna berjuang tp xde tarbiyah


Oleh Misbahul Munir Masduki


Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam.


Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.


Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.


Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.


Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.


Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.


Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.


Cuba baca komen daripada pengunjung blog idhamlim


ahmadz berkata...
Tu belum lagi Islam memerentah Malaysia,orang Cina dan India yang belum Islam cuba mendekati diri mereka dengan kesymukan Islam.


Apa kiranya selepas Malaysia merdeka UMNO melaksanakan perlembagaan Islam,mungkin hari ini kita dapat lihat berduyun-duyun bukan Islam memeluk Islam,tapi pakan daya pemimpin UMNO dari dulu kini dan selamanya tidak berjiwa Islam dan tidak ada pucuk pimpinanya yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah,bahkan mereka takut apabila desebut untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun untuk pengikut Islam sahaja.Juga menakut-nakutkan bukan Islam dari memahami dan mendekati Islam.


Pemimpin UMNO termasuk mereka-mereka berkelulusan Agama Mesir dan sebagainya tidak melaksanakan perentah Allah dalam Surah Taubat ayat 6 berrmaksud 'dan sekiranya ada orang musyrik minta perlidungan (bersekongkol atau berada di kalangan kamu) berilah perlindungan sehingga mereka 'musyrik' mendengar kalam Allah (al-Quran).........kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti.


Mereka,pemimpin UMNO dan pengikutnya juga tidak menghayati Firman Allah bermaksud , Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,Allah akan bukakan kepadanya jalan keluar dan memberikan rezeqi yang tidak diduga.


Ayat di atas hanya menjadi perhiasan dinding di pejabat atau di rumah sahaja tanpa melaksana dan menghayatinya.


Tanpa Nama berkata...
teman berusrah juga.. tapi yang ni dah lebih advanced..! teman makin semangat nih!


Tanpa Nama berkata...
tak pernah terpikir akan ada org bukan islam dengar usrah.Tahniah! teruskan berdakwah


kita tak boleh mengharapkan umno sbb bini masing2 pun ramai yang pala gondol, siap bersentuh pipi dgn jantan lain. Orang bukan islam tengok dia org pun takde beza gaya hidup dgn mereka.


member pencen keramat berkata...
Tahniah kepada PAS kawsan Bagan Dato'Saya mengharap sangat semuga pada PRU ke 13 nanti dapat tua-puan kuburkan UMNO disana. TQ

Read more...

Khamis, 18 Jun 2009

Bom jangka TGNA...



Aduh..


Berat sungguh hati ini nk terima kenyataan sekarang. Bom jangka TGNA dah meletup dengan hebat sekali di Kota Bharu. Hancur berkecai darah-darah perjuangan dan penghormatan yang ada dalam diri TGNA yang memang selama ini amat aku kasihi sebagai seorang pemimpin di Kelantan.


Sikap yang tidak harus ditunjukkan oleh tok guru sebagai seorang yang separuh Tasawur dan ahli politik Islam yang dihormati. Menangis air mata darah skali pun kenyataan TGNA tidak boleh ditarik balik. Masih banyak kekurangan di dalam PAS sebenarnya. Banyak sgt. Bukannya kurang dari segi siasahnya tapi kurang dar segi pengurusan organisasi. Nampak sangat tiada MUZAKARAH antara pemimpin-pemimpin PAS sendiri.


Walaupun hancur berkecai sekali pun, retak terbelah, digilis sampai penyek renyak aku tetap akan bersama PAS untuk membetulkan hal ini. Perjuangan bukan semata-mata ingin menuntut keadilan tetapi yang paling besar dan mulia ialah demi menegakkan Islam dan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.


Esok janganla ade lagi bom jangka yang meletus di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Berteriak seronok pemimpin-pemimpin dan orang-orang UMNO. Kalau PAS xde nk berjuang dalam ape yer?? Hizbit Tahrir?? Tabligh?? Abim?? Jim??....


Grrr…. Aku keliru

Read more...

Selasa, 16 Jun 2009

Suara Hati Ustaz Hadi di London

oleh Muhaiminsulam
1. Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London. Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!

2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.

3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.

4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.

5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.

6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.

7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.

8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.

9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.

10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .

11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.

12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul (semangat sebenarnya) mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian.

Read more...

Antara 16 Sept. dengan Unity Government


oleh Muhaiminsulam

1. Antara idea 16 September dengan Unity Government, ada persamaan di sebalik perbezaan yang wujud. Satu idea daripada Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan idea unity government adalah cetusan idea Presiden PAS.


2. Kedua-dua melibatkan kerjasama dengan PR dan juga BN/Umno secara peribadi demi mendapatkan kuasa. Kedua-dua pemimpin PR bersetuju bahawa tanpa BN/Umno, peralihan kuasa tidak boleh berlaku pada masa sekarang. Oleh sebab itulah, Tuan Guru Mursyidul Am menolaknya kerana melibatkan Umno, tambahan pula langkah 16 September dianggap tidak bermaruah. Namun, ada pihak yang cuba melegitimasikan bahawa itu adalah keperluan dalam suasana yang terdesak. Dururiah.


3. Abdullah Ahmad Badawi dan BN/Umno naik kecut. Ahli Parlimen mereka dibawa melawat sambil belajar di Taiwan secara mengejut. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga turut bergegas ke Taiwan untuk cuba membuat rundingan. Jika ada ahli Parlimen BN/Umno yang setuju berpaling tadah semasa 16 September bermakna mereka `berkerjasama’ dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan dianggap sebagai perwira perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi 16 September berlalu seperti hari-hari yang selalu.

4. Walaupun 16 September tidak berlaku. Untungnya, Anwar tidaklah dilanyak oleh pengikutnya. Namun yang lebih beruntung ialah Najib Tun Razak yang berjaya praktiskan idea tersebut di Perak. Tidak seperti nasib Presiden PAS, jadi cacamarba dalam parti. Idea unity government berhadapan dengan ketidaktentuan dalam membuat pandangan. Mengapa bersikap double standard apabila melihat dua isu yang sama? Aku percaya, semua ada hujah dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Membaca sesuatu perkara bermula dengan persepsi sendiri memang akan memperkukuhkan persepsinya. Di saat itulah idea seorang pengarang mati apabila tulisannya dibaca mengikut fikiran pembaca.

5. Orang yang khatam Usul 20 Hasan al Banna, tidak faham-faham wala' & siqah. Yang tak pernah reti apa itu menatang wala' & siqah, boleh takjub dengan 16 September yang tak menjadi. Demokrasi katakan. Kita bebas bersuara.

Read more...

Khamis, 11 Jun 2009

Sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas

Oleh: WFAUZDIN NS

PERLANTIKAN Datuk Mustafa Ali ke dalam jawatan yang lebih kanan dan penting di dalam Pas iaitu selaku Setiausaha Agung Pas memang telah dijangka dan diramalkan ramai pihak. Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat semua tokoh Pas yang terpilih menganggotai jawatan-jawatan penting di dalam Pas yang baru diumumkan tadi. Kesyukuran juga diucapkan kerana terpilihnya Husam Musa dan Mat Sabu serta Dr Mariah ke dalam AJK Pas Pusat.

Tanpa mahu mengulas panjang tentang perlantikan tersebut, saya cuma dapat menyandarkan harapan agar kesemua tokoh yang terpilih dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan efisyen. Menyelami hati dan perasaan ahli-ahli serta rakan-rakan di dalam PR amat penting bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih adil dan bijaksana. Sikap mengutamakan parti dan jemaah di samping mengutamakan `rakan-rakan serumah' amat penting agar Pas terus berkembang serta dihormati dan disegani rakan dan lawan. Lupakan kisah pahit jika ada, lupakan niat serong jika masih berbuku dihati kerana kepimpinan Pas serta kepimpinan PR telah membuat keputusan muktamad baru-baru ini bahawa PR tetap diutamakan sepertimana kenyataan media oleh DS Anwar semalam.

Kepada YB Husam dan Mat Sabu yang telah dilantik menganggotai AJK Pas Pusat, diharapkan mereka menerimanya walaupun tidak meminta. Tenaga serta buah fikiran kedua-dua tokoh ini amat penting buat Pas dan PR meskipun amat digeruni oleh Umno. Tunaikan janji kelian iaitu untuk menentukan bahawa Pas tidak akan `terperangkap' dengan Umno lagi. Kami mahu agar suara-suara kelian lantang di dalam Pas semata-mata kami mahu Pas sentiasa dihormati dan tidak dicaci selama-lamanya.

Perlantikan Ketua Penerangan yang kini diterajui oleh Us Idris Ahmad memang dialu-alukan kerana beliau juga seorang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Beliau juga sentiasa aktif berceramah dan juga aktif di dalam kuliah-kuliah serta usrah. Manakala, kepada tokoh yang akan menerajui akhbar Harakah juga diharapkan berupaya mengekalkan tahap profesional media berkenaan. Perlu diingat, akhbar tersebut kepunyaan parti dan semua ahli parti perlu diberi kepuasan dan keadilan di dalam bahan beritanya. Sekiranya akhbar tersebut semakin merosot pengedarannya, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan cara atau pengisian beritanya.

Mudah-mudahan Pas bangkit selepas ini setelah melutut seketika. Masih banyak perkara yang perlu Pas lakukan selepas ini untuk memperbaiki beberapa `luka dan kecederaan' yang terhasil daripada muktamar yang lalu. Apa yang penting, semua pihak yang mengkritik atau menegur Pas beberapa minggu ini adalah untuk membuktikan bahawa sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas. Memang tidak dapat dielakkan, kadangkala kritikan terhadap Pas disertakan dengan sentimen dan emosi yang kadangkala melampau batasan. Di dalam Pas juga begitu, kadangkala bila sesetengah pimpinan Pas mengkritik kerajaan Umno/Bn, mereka juga tidak dapat lari dari sentimen dan emosi apatah lagi melibatkan sesuatu isu yang terlalu mengganggu fikiran mereka. Cuma yang perlu dilihat, isi hati dan isi perut masing-masing samada ikhlas atau tidak meluahkan kritikan. /wfauzdin.blogspot.com.

Read more...

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Idea pimpinan tidak rugikan parti,
Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - "PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat."

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.

"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya.

"Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecah-belahkan PAS.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

"Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh," katanya yang dipetik daripada blog 'darigaunghati'.

Read more...

KERAJAAN PERPADUAN : PANDANGAN NAIB PRESIDEN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

Read more...

Isnin, 8 Jun 2009

Mat Saman Kati.... Blogger rakyat??

Pagi-pagi lagi sesudah subuh aku terus ngadap laptop. xdak la blogger yang aku kunjungi dulu melainkan blogger kesayangan ramai iaitu Mat Saman Kati. Wah!!!..ingat nak hentam PAS lagi tapi dh sejuk kot nampaknya abat mat kita nie. Tapi apa pun aku tetap respek die sebab die blogger hebat dalam bloggernetwork. Jadi kerana kehebatan die aku paparkan tulisan pasrah die untuk kali nie. tp xtahula kalau2 esok die nak mengamuk lagi. hehehe.... Tapi ok ja kot sbb die kata die blogger rakyat. Rakyat Punya la tu..Sedar xsedar aku byk blaja ngan die supaya jgn takut nak bagi pendapat. Orang nak hentam, hentam la. Asalkan kita blaja bagi idea kita walaupun idea kita memang bangang

Ikuti Buah Fikiran Mat Saman Kati

Jangan risau..aku bukan nak tulis pasai cerita-cerita dalam Pas lagi. Jauh sekali nak cerita pasai skandal dalam Pas. Aku tak ada hak nak cerita pasai Pas sebab aku bukan ahli Pas.

Kalau aku nak cerita..aku kena cerita baik-baik. Kalau yang kurang baik…maknanya aku nak pecahbelahkan Pas. Sori la. Kalau nak baik saja…pi beli Harakah. Kalau nak cerita baik saja pasai PKR…pi beli Suara Keadilan.

Bila time pilihanraya…hangpa punya sanjung…sampai kelangit. Bila habih pilihanraya…kita cerita yang tak betui…dan-dan tu juga kita diberi bermacam label. Tapi aku bukan nak salahkan hangpa. Bukan hangpa yang suruh aku jadi blogger…aku yang gatai nak jadi blogger. Orang politik memang macam tu…baik Pas, PKR, DAP…serupa saja. Masa pilihanraya depa punya tatang…lepas pilihanraya..mampuih pi la kat hangpa.

Dan Perakexpress bukan dimiliki oleh mana-mana parti. Bukan dimiliki oleh mana-mana individu. Ia sudah jadi milik rakyat. Tak ada bos…tak ada kuli…semua serupa. Dan team Perakexpres boleh tulih apa yang depa suka. dan pembaca pun boleh pilih…sama ada nak baca atau tidak. Hangpa tak paksa aku…aku tak paksa hangpa.

Bukan macam Pakatan Rakyat. Orang PKR tak boleh tulis pasal Pas. Orang Pas tak boleh kutuk PKR. Hanya orang Pas boleh kutuk Pas…hanya orang PKR boleh kutuk PKR. Pirrrah!!
Buang “Pas for all”…gantikan dengan “For members only”. Buang “keadilan untuk semua”…gantikan dengan “untuk ahli PKR sahaja.”

Cukup…aku tak akan cerita pasai Pas lagi. Dan aku tak mau cerita pasai PKR lagi. Biar orang lain yang cerita. Nak tau macam mana layanan Pas terhadap blogger…baca kat blog Ummi. Yang ni Muslimat Pas yang tulih. Nak tau macam mana layanan DAP..baca kat anje-online. Serupa saja.
Aku nak pi tengok kugiran. Siang tadi ada orang kahwin…dan malam ni ada kugiran dan joget lambak. Aku nak tengok orang tua menyanyi lagi tahun enam puluhan. Aku nak tengok anak muda berjoget lambak.

Mampuih pi la dengan Kerajaan Perpaduan. Mampuih pi la dengan cakap-cakap hipokrit

Read more...

Lu jangan jadi BODOH Nasha..

""Nasharuddin berkata, kerajaan perpaduan itu berkaitan dengan kepentingan negara dan rakyat, bukannya perkongsian kuasa dengan Umno. ""

Malaysiakini

Read more...

Menatang apa Kerajaan Perpaduan tu?? Aku sendiri pun tarak tahu daa.

Pot pet pot pet semuanya sibuk nak bercakap pasal kerajaan perpaduan yang ditaja oleh TGHH(Haji Hadi). Xkire dari PAS, PKR, Dap dan juga ameno sendiri. Cakap ada yang bernada lembut dan ada yang lagaknya keras. Seolah-olah nielah satu projek TGHH yang paling bodoh dan sial di abad ini. Ada sesetengah blogger yang menulis umur baru setahun jagung tapi sebab ghairah nak menulis(xtahu la pengaruh sapa) maka ditulis la ikut nafsunya tanpa membuat kejian apa yang dimaksudkan dengan Unity Government ataupun Kerajaan Perpaduan.


Dengarnya memang bunyi hebat dan menakutkan. Gerun gak aku dengar istilah kerajaan Perpaduan nie. Naik bulu roma. Nak berpadu ngan sapa?? Sudah pasti dengan UBN lahanat tuh. Macam mana pengabungan ini boleh berlaku? Macam mana mekanis yang akan berjalan dalam gabungan ini? Hahahaha… Aku tahu ramai yang xtahu kan? Menghentam memang sedap. Tapi tahunya tarak. Memang bodoh bangang.


Kesannya sekarang UMNO mengambil kesempatan dek kebodohan Aktivis2 PR berperang isu ini. Sekarang peranan media UMNO bertalu-talu menyuluh PR dan menkabarkan kepada rakyat jelata PR sudah berpecah. Berperang bagai nak rak. Ada seorang blogger tu sanggup menulis “Nasha Bangsat”.. hahaha… nie cara politik sapa nie?? Sapa ajaq nie??? Hishhhh… Buang perangai lama. Jgn amlkan sangat.


Sambil aku melayari blog-blog blogger yang memang panas punggung malahan sekarang mungkin dah terbakar sejak kemenangan Ust Nasha aku terjumpa penerangan mengenai Kerajaan Perpaduan. Dulu aku pernah baca kat harakahdaily tapi xsempat habis sbb ada kerja lain. Terima kasih kepada saudara Pria Malaya atas informasi ini. 'Kerajaan Perpaduan' VS 'PAS the only choice'


So menatang mana yang xtahu skit habuk pun pasal kerajaan perpaduan nie tolongla baca skit2. Aku tahu benda nie memang amat asing dalam politik Malaysia sebab orang Malaysia lebih suka dengan politik kepartian. Sebab itu bila isu ini dibangkitkan oleh TGHH semua melenting macam bangang. TGHH haji hadi sendiri menegaskan benda ini sangat asing untuk rakyat Malaysia dan tidak boleh dilaksanakna secara gopoh.


“””“Bagaimanapun, Hadi berkata gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.””””mStar


Yang penting kita kena tahu kat sini Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan oleh TGHH bukanlah sama macam PAS bergabung ngan UMNO zaman Dato’ Asri dulu yang mana menyaksikan PAS diceraikan dengan talak 3 selepas kedudukan UMNO kian selesa. TGHH bukan la bodoh sgt nk bergabung ngan UMNO mcm yang PAS pernh kena dulu. TGHH kenal UMNO bukan sari dua malah dan lama, lebih lama daripada PKR ditubuhkan..huhu
Aku secara peribadi tidak bersetuju dengan dasr ini sebab nk xplain kepada rakyat memang memakan masa dan susah. Lagi satu keikhlasan UMNO boleh dipertikaikan. Tapi kerana aku ingin benda ini reda (kira nie tindakan bijak aku la) maka aku cuba x buat kalut dalam menghadapi isu ini.

Jadi lepas nie jangan la jadi mat2 bodoh lagi dop berperang sana sini. PRU-13 dah makin dekat. Tumpukan pada kekuatan kita nak hadapi PRU-13.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.