Rabu, 13 Jun 2012

Penempatan pertama sebagai seorang guru

Alhamdulillah hampir seminggu aku ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Repas Bentong Pahang. Penempatanku yang pertama di sekolah ini memberi satu peluang yang cukup banyak dan menyeronokkan. Dilantik menjadi Penolong S/U Sukan, Ketua Warden Asrama, Ketua Panitia Sains memberikan satu pendedahan pengalaman yang cukup banyak..

Aku komited untuk lakukan semua ini bukan kerana manusia. Bak kata Prof Dr Muhaya. Kerja yang dilakukan kerana manusia memberikan satu bebanan yang cukup berat dalam diri. Islam ajar kita erti ikhlas. Lakukan kerana Allah. Kerana dakwah Islam..

Guru baru ibarat tin kosong. Teori-teori yang gempak yang pernah dipelajari di Universiti hanya kosmetik yang belum tentu menjanjikan apa-apa yang menarik. Keputusan terbaik dalam peperiksaan di Universiti juga tidak menjanjikan apa-apa kepada guru-guru baru. Yang mencorakkan guru baru untuk menjadi seorang guru yang hebat hanyalah bergantung kepada sejauh mana keberanian seseorang guru untuk menceburi peluang yang ada.

Kini hari yang berikutnya. Hanya mendapat jadual relief. Ternanti-nanti jadual ku sendiri. Menanti dan terus menanti.. SABAR.. =)

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.