Rabu, 31 Disember 2008

Adeh..da naik boring dop kat umah..

Adeh boring tol la dop kat umah..

Makan tido makan tido jer..

Eh..

Tp solat xde la sampai diabaikan..

Hehehe...

Hari-hari bangun pagi lap top mau ‘dionkan’..

Layari situ layari sini pastu lebih kurang kol 10 sambung tido plak..

Kol 1 bangun solat zohor..

Pastu dop mengintai-intai informasi-informasi yang berguna kat internet.

Singgah blog tu singgah blog nie singgah web tu singgah web nie..

Adehhh..

Memang tension dop umah..

Xtahu nk buat ape.

Tp kalau kat kolej ade  je aktiviti nk kena buat..

Kolejjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj….

Aku merindui mu sangat2..

Lusa iaitu 2/1 aku akan bertolak ke UPSI..

Hehehe...

Xsabar nk sampai upsi daa...

Semester baru ada azam baru..

Kerja mau efision..

Result mau mantap..

Hehehe..

Doakan aku ek kawan-kawan..

Read more...

Waaaa... Susahnya nak dapat kerja.

Alhamdulillah sempat juga aku bersembang dengan pakcik jiran sebelah rumah aku. Dikenali dengan pakcik Nan memang sejak dahulu selalu menjadi ‘teman’ rapat aku berbual-bual mengenai pelajarandan juga perkembangan pendidikan sekarang. Walaupun kami berjiran namun jarak rumah aku dan rumahnya adalah dalam 200m. rumah kami diselangi dengan tanaman getah. Biasalah kehidupan di kampong. Memang tanaman getah menjadi tanaman utama penduduk kampong Simpol Belubang. Harga getah menjadi maka tersengih puaslah penduduk kampung ni. Kalau harga getah down memang pening kepala memikirkan masa depan esok dan lusa. Hehe.. itu semua lumrah kehidupan. Kadang-kadang kita diatas kadang-kadang kita dibawah. Topik kami petang ini tidak lari daripada yang kebiasaannya iaitu mengenai pelajaran aku dan peluang-peluang pekerjaan yang ada sekarang. Pakcik nan memang seorang ayah yang amat mengambil berat soal masa depan anak-anaknya. Apa-apa hal mengenai pelajaran dan universiti memang aku menjadi tempat rujukannya. Dengan pengetahuan sedikit yang aku ada bolehla menjadi modal untuk berbual dengannya. Sedikit berbangga aku dengannya sebab selalu memikirkan tentang masa depan anaknya. Tapi anaknya sendiri tak tahulah samaada fikir ke tidak masa depan sendiri.

 

Bidang perguruan sejak akhir-akhir ini menjadi semakin popular seiring dengan perkembangan Negara Malaysia. Jika kita imbas pada masa dulu bidang pendidikan menjadi pilihan terakhir bagi pelajar-pelajar kerana pelajar-pelajar lebih cenderung untuk memilih bidang-bidang professional seperti kedoktoran, guaman, seni bina dan bidang-bidang professional yang lain. Tapi kini sentimen itu sudah mula berubah kerana bidang pendidikan juga telah diiktiraf sebagai satu bidang yang professional yang dijalankan oleh guru-guru yang mendapat latihan khas dan mempunyai kod-kod etika yang tersendiri. Saya tertarik apabila pakcik Nan menceritakan anak kepada kawannya yang mendapat Ijazah dalam bidang kejuruteraan awam terpaksa mengambil KPLI untuk menjadi guru kerana bidang kejuruteraan sekarang susah untuk mendapat kerja. Saya pun tersenyum sendirian bermonolog dengan hati alangkah beruntungnya aku terhumban dalam bidang pendidikan sekarang. Satu bidang yang mulia yang memerlukan keikhlasan hati untuk diteruskan hari demi hari.

 

Kekhuatiran yang aku dapat rasakan sekarang ialah dapatkah kita menghasilkan bakal guru yang berkualiti apabila pelajar-pelajar  yang memasuki bidang pendidikan sekarang menjadikan bidang pendidikan sebagai peluang yang terakhir kerana bidang-bidang yang lain susah untuk mendapat pekerjaan. Saya tidak mengatakan bidang pendidikan senang untuk kita dapatkan tempat sebagai guru nanti kerana ia banyak bergantung kepada kekosongan, keputusan PNGK dan juga kokurikulum du universiti.

 

Saya juga sempat bertanya mengenai anaknya yang belajar kat UITM Jengka yang mengambil kos perladangan. Hebat jugak UITM jengka yer. Untuk perladangan UITM mempunyai tanah seluas kalau tak silak saya seluas 1000 ekar. Kalau tak 1000 ekar mungkin 100000 ekar. Daripada tanah itu uitm mendapat RM 70 000 sebulan. Pekerja-pekerjanya terdiri daripada pelajar-pelajar UITM yang membuat praktikal disitu. Ini bermakna UITM tidak perlu membuang duit untuk mencari pekerja-pekerja. Wah!! Hebat tu..kos untuk upah pekerja dapat dijimatkan. Guna sahaja pelajar-pelajar yang membuat praktikal.

 

Hujan mula turun renyai-renyai. Pakcik Nan dah nampak gelisah dan meminta diri untuk pulang. Barangkali ada sesuatu yang difikirkannya dirumah kot2 basah. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya naik ke rumah untuk membuat persiapan untuk solat maghrib.

 

Semasa saya menaiki tangga rumah fikiran saya masih lagi melayang apakah pekerjaan selain guru yang mudah untuk mendapat kerja? Jadi penoreh getah kot??hehehe

Read more...

Apa pendapat anda semua mengenai PPSMI?


PPSMI(pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris) semakin hangat diperkatakan. Setelah 6 tahun dilaksanakan oleh kerajaan bermula daripada kerajaan yg diterajui oleh Tun Dr Mahathir sehingga ke zaman Pak lah semakin banyak suara-suara menghalang perlaksanaan dasar pendidikan ini. Malah sejak akhir-akhir ini suara-suara lantang ini semakin agresif menentang dasar kerajaan tanpa berselindung lagi. Contoh yang terdekat ialah Pertubuhan GAPENA. Tidak salah jikalau saya mengatakan kerana kegagalan dasar inilah semakin banyak suara-suara penentangan yang bangkit menentang.

 

Malam ini pada jam 9 malam saya berkesempatan untuk melihat bicara isu semasa di TV 1 yg mana panelisnya terdiri daripada Pengarah Pelajaran Malaysia dan 2 orang tokoh akademik. Pada awalnya saya menyangkakan ketiga-tiga panelis akan menyokong dasar kerajaan ini. Tetapi jangkaan saya jauh meleset apabila 2 tokoh akademik itu secara jelas menentang pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saya fikir forum ini menarik untuk diikuti jadi saya meluangkan masa selama satu jam untuk mengikuti forum ini. Fikiran saya membayangkan apa yang kerajaan lakukan selepas ini apabila secara jelas makin ramai para intelek dan cendikiawan menentang keberlangsungan sistem ini. Kalau saya yang menjadi Menteri Pelajaran sudah semestinya saya akan kelam kabut untuk membuat keputusan kerana ini adalah suatu keputusan besar yg dapat mempamerkan integriti, tanggungjawab terhadap rakyat, dasar yang tempang dan juga periuk nasi sebagai orang politik. Barangkali itulah yang terpaksa difikirkan oleh Menteri pelajaran sekarang. Ohhh.. satu perkara yang memeningkan kepala.

 

Saya sebagai bakal guru secara peribadinya menolak dasar ini dan kita mesti membuat ‘U-turn’ dan kembali kepada yang asal. Perkiraan saya banyak. Bukan sahaja isu bahasa yang saya bimbangi malah banyak lagi kesan yang kita akan hadapi dengan berlangsungnya dasar ini.

 

Suka saya ungkit kembali nasib yang sudah berlaku kepada tulisan JAWI. Bag saya ini adalah nasib malang yang terpaksa kita hadapi sehingga kita kehilangan tulisan jawi yang begitu diagungkan semasa era kegemilangan melayu suatu ketika dahulu. Tulisan jawi sudah kita korbankan takkan la pula kita terpaksa mengorbankan bahasa kebangsaan kita dan juga bahasa ibunda kita. Mekanisme kehilangan bahasa jawi sama juga dengan mekanisme yg kita gunapakai untuk dasar PPSMI ini. Mula-mula kita bersetuju untuk menggunakan dua  tulisan lama kelamaan tulisan jawi hilang daripada jiwa orang Melayu. Melayu mudah lupa kan?? Cuba anda bilang kawan-kawan anda didalam kelas atau didalam kuliah berapa orang yang dapat menguasai tulisan jawi(membaca dan menulis). Kalau bilangannya samapai separuh saya rasa dalam kuliah andalah orang yang paling ramai di Malaysia yang dapat menguasai tulisan jawi.

 

Jadi pada sesi ini saya hanya membawa satu point atau satu stimulator untuk kita fikirkan bersama. Ermmm… mungkin anda mempunyai pandangan atau idea yang berbeza? Jom kita kongsikan bersama..

 

Opppp…

Untuk pengetahuan..

Daripada Persidangan Meja Bulat kementerian pelajaran telah mendapat 7 resolusi utama yang mana resolusi ini datang daripada intelek-intelek, pensyarah-pensayarah, ahli politik, PIBG, NGOs dan sebagainya.(info daripada Pengarah Pelajaran Malaysia)

BAHASA KITA IDENTITI KITA..SAYANGILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA

Read more...

Isnin, 29 Disember 2008

Palestin sengsara..


"Ya Allah selamatkan saudara-saudaraku di Palestin"

Pihak pengganas Rejim Zionis tetap berdegil melancarkan serangan terhadap saudara-saudara kita di Gaza. Serangan itu mengorbankan lebih 200 orang dan mencederakan ramai lagi yang lain. Bukan itu sahaja serangan tersebut turut merosakkan infrastruktur rumah, bangunan, elektrik seterusnya meletakkan penduduk Gaza dalam keadaan yang cukup sengsara.

 

Bekalan makanan yang semakib berkurangan memburukkan lagi keadaan. Sekarang kehidupan mereka bergantung dengan memakan rumput-rumput di tepi jalan. Tahu atau tidak tahu kita akan ditanya oleh Allah Taala apa yang telah kita buat untuk membantu saudara-saudara kita disana.

 

Aku menyeru kepada semua pembaca blog aku supaya menghulurkan sedikit bantuan kewangan untuk saudara kita disana disamping iringan doa yang tidak putus-putus. Kepada pelajar-pelajar universiti tidak salah kalau kita menyumbangkan sedikit daripada duit PTPTN kita untuk saudara kita disana. Ketahuilah mereka amat-amat memerlukan bantuan. Mereka tidak mahukan rumah yang mewah, mereka tidak mahukan kereta yang mewah, mereka tidak menuntut baju yang mahal. Cukuplah dengan sedikit bantuan makanan untuk mereka meneruskan hidup mereka. Sebagai insan yang berperikemanusiaan satu tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

 

KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI??

Sebarang bantuan boleh disumbangkan kepada Aman Palestin Berhad seperti ang tertera di atas..

Read more...

Perbincangan Ringkas Berkenaan Islam dan Demokrasi


Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 


Persoalan semasa yang setersunya adalah berkisar berkenaan Demokrasi iaitu adakah Islam menerima demokrasi atau ia bertentangan dengan Islam secara total?

Sebuah Hadith menyatakan :

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها

Mafhum : "Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu dimana muslim menjumpai kebijaksaan, maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya" [1]

Islam sentiasa berpendirian terbuka dalam setiap pekara-perkara baru, penelitian yang terperinci akan dilakukan bagi memastikan adakah ia terkandung dalam bidang hukum haram, halal, harus atau sebagainya. Antara dalil sokongan yang membuktikan bahawa Islam menuntut penelitian dan penerimaan dibuat terhadap sesuatu idea baru (sebelum menerima dan menolaknya), walaupun ia datang dari luar Islam adalah seperti berikut :-

1) Pengakuan dan pengesahan Nabi SAW terhadap anjuran Syaitan kepada Abu Hurairah r.a agar membaca Ayat Kursi bagi mengelakkan diri dari gangguan Syaitan. Nabi bersabda :

صدقك وهو كذوب ذاك الشيطان

Ertinya : “Ia telah berkata benar, pdahal ia terlalu amat banyak berbohong , itulah Syaitan” [2]

Saidina Ali KW pula pernah berkata : “Ilmu adalah barang hilang dari mukmin, ambillah ia walau dari si musyrik “ [3]

2) Kisah Nabi Allah Sulaiman yang menerima maklumat dari burung Hud Hud [4] dan lain-lain.

Justeru, dalam masalah sistem pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah pemerintahan yang sangat meluas kini. Sebarang penerimaan atau penolakkannya mestilah merujuk kepada intipati system tersebut. Berikut adalah perbincangan ringkas mengenainya:

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم و يلعنونكم

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith [5] :

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق روؤسهم شبرا..وذكر أولهم..( رجل أم قوما وهم له كارهون) - رواه ابن ماجه

Mafhum : “Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, …disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya”

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

سيد القوم خادمهم

Mafhum : “Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum.” [6]

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu” [7]

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : “ Urusan aku adalah menuruti urusan kamu”

Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi’ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :

السلام عليكم أيها الأجير

Mafhum : “Asallamualaikum wahai org gaji”

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.

Sabda Nabi SAW :

عن معقل بن يسار قال: سمعت النبي(ص) يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Mafhum : “Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) [8]

Sebuah hadith lagi menyebut : الناس على دين ملوكهم

Ertinya : “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka” [9]

Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit [10]. Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru [11]. serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati’e.

Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : “Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan…” ( Al-An’am :116)

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat’ tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ’ [12] atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat’.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat [13] :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.


Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و...أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم

Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku”

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW [15]:

أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر

Mafhum : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim”

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Beliau juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur[16] menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah[17], Imam al-Qurtubi[18] , Imam Abu Hamid al-Ghazali[19] (505 H) , Imam as-Syawkani[20] (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi[21].

Manakala Abu Yu’la al-Farra al-hanbali [22] menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu’tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq[23].

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, “Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan senjata) adalah haram dengan Ijma’ al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :” Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: “ Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. [24] (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: “yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar” (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : “As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber’syura’ bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB” [25]

Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Mafhum : Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. [26]

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam. Wallahu a’lam.

--------------------------------------------------------------------------------

[1]. Riwayat At-Tirmidzi, no 2687 ; Hadith ini lemah dari sudut sanad ; Syeikh Nasirudin al-Albani menyatakan bahawa hadith ini sangat lemah ; bagaimanapun menurut Al-Qaradhawi, maksud hadith adalah tepat dan disokong oleh dalil-dalil shohih dari al-quran dan hadith lain. Justeru, ini boleh dipegang (Lihat : Thaqafatuna ; Bayna al-Infitah wal Inghilaq , hlm 41)

[2]. Riwayat al-Bukhari , no 3101

[3]. Riwayat Ibn Abd Barr, Jami’ Bayan al-Ilm , 1/121

[4]. Surah an-Naml : ayat 20-22

[5]. Al-Bushairi berkata di dalam ‘al-zawaid’: sanadnya shahih dan para rijalnya thiqah, juga riwayat Ibn Hibban. Diriwayatkan dr Ibnu Abbas ra

[6] Misykatul al-Masabih, At-Tabrizi , no 3925 ; Kanzul ‘Ummal, Al-Muttaqi Al-Hindi , no 17516 ; Tarikh Bagdad, Al-Khatib, 10/187 ; Arbai’en as-Sufiyyah, Abu Nuaim ; Kasyful Khifa’ , Al-‘Ajlouni , 1/561 ; Albani mengatakan hadith ini Dhoif, ms 487

[7]. Musykilatuna al-Dakhiliyyah fi Dhaw I al-Nizam al-Islami, Imam Hasan al-Banna, Darul Andalus, Beirut, hlm 360

[8]. Riwayat Bukhari dan Muslim, Lihat al-Lu’lu’ wa al-Marjan no 1200 hlm 469

[9]. Al-Asrar al-Marfu’ah , Ali al-Qari , hlm 367

[10]. Ia adalah perkara2 yang dinaqalkan secara qat’ie dr nusus al-quran dan sunnah serta thabit dengan ijma’ seperti perkara aqidah, ghaibiyyat, amar makruf nahi mungkar, menegakkan keadilan, menyebarkan ilmu, menjaga 5 perkara dharuriyat Islam dll.

[11]. Ia seperti mengumumkan peperangan, menentukan cukai, isytihar darurat, had tempoh Presiden,peraturan jalan raya, pembinaan kilang dsbagi. Begitu juga dalam hal menggunakan pilihanraya, demontrasi, dalam menegakkan dawlah Islam. Jelasnya ia tiada nas syarak yang melarang secara qat’ie.

[12]. Iaitu kumpulan berkelayakan seperti ahli majlis syura di zaman Nabi yang dilantik dr kalangan mereka yang berkelayakan ilmu dan pengalaman. Imam Hasan al-Banna meletakkan 3 kumpulan manusia yang layak menduduki jawatan ini iaitu Ulama’, Pakar dalam sektor awam dan ketua-ketua qabilah, kampung atau pemimpin kecil masyarakat.

[13] Al-Muwafaqat, As-Syatibi ; Al-Mustasfa, Al-Ghazzali ; Qawaid Al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Izzuddin Abd Salam

[14]. Turuq hukmiyah, Ibnu Qayyim dan Kanzul Amwal, Abu Ubaid al-Qasim hlm 11

[15]. Minhaj as-Solihin, hlm 444

[16]. Ma’alim al-Dakwah al-Islamiyyah, hlm 290. Beliau merupakan seorang Profesor di Universiti Kaherah suatu ketika dahulu.

[17]. Abu Hanifah, Muhd Abu Zuhrah, hlm 9-10

[18]. Al-Jami’ li ahkam al-Quran, jld 1, hlm 232

[19]. Ihya’ ulumiddin, hlm 179

[20]. Nailul awtar, Jld 7, hlm 185

[21]. Min Fiqh ad-Dawlah fil Islam, Dar as-Syuruq, Beirut, 1997, hlm 126

[22]. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Yu’la al-Farra, Mustapa bab al-halabi, 1987, hlm 22 dan lihat juga Imam Ahmad Ibn Hanbal oleh Syeikh Muhammad Abu Zahrah

[23]. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Mawardi, hlm 27

[24]. Fathul Bari, Ibn Hajar Al-Asqolani, Dar Al-Fikr, Beirut, 14/498

[25]. Tafsir Al-Qurtubi, 4/249

[26]. Riwayat al-Bukhori, no 7199, Muslim no. 1836

Read more...

Jumaat, 26 Disember 2008

Jerat HUDUD mula menikam diri..DAP semakin cerdik dengan mainan BN


Menjelang PRK Kuala Terengganu, BN menggunakan isu hudud untuk memerangkap PAS. BN mungkin merasakan dengan isu hudud ini pengundi Melayu akan hilang keyakinan kepada PAS lantaran PAS masih gagal mengamalkan undang-undang Islam itu di Kelantan dan 4 buah negeri PR yang lain.
Pada masa yang sama BN juga cuba menakut-nakutkan pengundi Cina dengan hukum hudud ini.
Namun saya yakin rakyat dan pengundi Kuala Terengganu sudah masak dengan taktik BN yang menggunakan media untuk mempengaruhi pengundi. Isu ini mula disensasikan oleh media dengan memetik jawapan Naib Presiden PAS, Husam Musa yang menyatakan PAS tetap konsisten ini mengamalkan Hukum Hudud jika PAS memerintah Malaysia.
Husam dilaporkan berkata demikian pada wacana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, ketika beliau menjawab pertanyaan seorang lagi ahli panel pada program tersebut iaitu Khairy Jamaluddin.
Media sengaja membesar-besarkan isu ini sedangkan banyak isu lain yang diperdebatkan pada program tersebut.
Saya sangat gembira dengan keputusan BN menggunakan isu hudud ini kerana ternyata ianya memakan diri. BN mengharapkan DAP melenting dengan pendirian PAS. Namun ternyata DAP matang dan rasional. Pemimpin-pemimpinnya memberikan 'feedback' yang baik dengan menyatakan mereka menghormati pendirian PAS dan semua langkah kearah pelaksanaan itu boleh dibincangkan di kalangan komponen PR.
Malah Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran secara jelas yakin bahawa orang Cina tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Pemimpin DAP juga yakin pengundi Cina di Kuala Terengganu akan mengundi PR bagi membantu kemenangan PAS.
Bagi pengundi Melayu pula sebahagian besar mereka faham bahawa kegagalan PAS mengamalkan hukum hudud di Kelantan adalah disebabkan halangan kerajaan pusat dan perlembagaan negara Malaysia sendiri. Mereka faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bertentangan dengan perlembagaan negara sudah pasti terbatal dengan sendirinya.
Malah orang Melayu dan Islam masih ingat bagaimana biadapnya bekas Presiden Umno, Dr Mahathir yang menghantar surat amaran dan ugutan kepada Kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengamalkan undang-undang hudud setelah ianya diluluskan oleh DUN Kelantan.
Maka tidak syak lagi kegagalan Kelantan menggunapakai undang-undang hudud bukannya disebabkan PAS tetapi adalah kerana halangan dari kerajaan BN.
Hehehehe...
Nampaknya UMNO-BN dah mula terjerat dengan umpan hukum hudud. Inilah balasannya a[abila hukum hudud dipermainkan. Mulanya hudud dijadikan senjata ampuh untuk menikam PAS dan pada masa yang sama ingin memecahkan pakatan antara PAS dan DAP. Alhamdulillah beberapa pemimpin utama DAP telah cerdik dengan sendirinya apabila isu hukum hudud ini timbul. Itulah indahnya Islam. Apabila non-muslim menyedari keindahan Islam mereka akan menerima Islam secara terbuka. Terima xsemestinya mereka masuk Islam yang penting mereka menerima dasar-dasar Islam. InsyaAllah lama-lama mereka akan menerima Islam sepenuhnya.

Read more...

Rabu, 24 Disember 2008

Lagi-lagi HUDUD..

Pada kali ini, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang isu hudud yang cuba dikontroversikan oleh media tajaan Barisan Nasional baru-baru ini, apabila YB Husam Musa telah menegaskan bahawa sekiranya PAS bersama Pakatan Rakyat membentuk kerajaan kelak, PAS komited akan melaksanakan undang-undang hudud dan qisas. Selanjutnya, beliau telah menyatakan bahawa sekiranya pelaksanaannya tidak mendapat persetujuan daripada PKR dan DAP, maka PAS akan menangguhkan hasrat tersebut bagi memberi masa buat mereka memahami sepenuhnya tentang pelaksanaan hukum hudud.

Kenyataan beliau, bagaimanapun, telah dijadikan modal oleh media tajaan Barisan Nasional untuk melaga-lagakan di antara PAS dan DAP, selain cuba menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Izinkan saya memberi beberapa pandangan peribadi mengenai isu ini.

PERTAMA, saya ingin menegaskan bahawa hukum hudud dan qisas bukanlah merupakan rekaan/rekacipta daripada PAS, sebaliknya PAS merupakan sebuah gerakan yang gigih menyahut seruan Allah, untuk melaksanakan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia. Seandainya pada suatu hari kelak, PAS sudah tidak mahu melaksanakannya, dan DAP pula yang mengambil alih tugas tersebut, maka DAP pulalah yang perlu diberi dokongan oleh Ummat Islam di Malaysia.

KEDUA, saya ingin mengingatkan bahawa hukum hudud dan qisas ini hanya dikuatkuasakan terhadap Ummat Islam, dan Ummat Bukan Islam tidak tertakluk dan tidak ada kena mengena dengannya, sebaliknya dibenarkan untuk menggunakan undang-undang lain. Mengapa orang bukan Islam perlu takut?

Jadi apa masalahnya? Benarkah hukum hudud dan qisas itu zalim?

Saban tahun, kita menyambut Maulidur-Rasul dengan iringan selawat, sebagai suatu bentuk penghormatan dan kasih terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kita tidak sedar, bahawa kedatangan Baginda bukanlah sekadar untuk dipuja dan diagungkan, tetapi yang jauh lebih penting ialah untuk menurut segala ajaran Allah yang disampaikan melalui Baginda.

Baginda telah melaksanakan undang-undang syariah ketika di Madinah, yang turut merangkumi undang-undang jinayat (hudud, qisas, diyat, takzir), dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum, termasuk kaum Yahudi. Jadi, adakah baginda merupakan seorang pemimpin yang zalim kerana melaksanakannya? Nauzubillah min zalik.

Sebaliknya baginda telah berjaya membangunkan sebuah masyarakat dan generasi terbaik sepanjang zaman, yang hidup penuh harmoni, dan bebas daripada jenayah. Malah, sejak undang-undang jinayat berkuatkuasa, amat jarang ada yang dijatuhi hukuman, kerana pelaksanaannya telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat yang, di atas penuh kesedaran, bahawa seluruh tindak-tanduk mereka berada dalam perhatian-Nya. Itulah kesan utama dan aura yang terpancar melalui pelaksanaannya, hingga mampu menyampaikan Ummat Islam kepada TAQWA.

Jika hukum hudud ini dibantah oleh golongan bukan Islam, saya tidaklah merasa pelik. Kerana sudah menjadi lumrah, bahawa manusia akan memusuhi perkara yang tidak diketahuinya. Dalam isu ini, ternyata DAP termasuk dalam kategori ini. Mereka menentang bulat-bulat kerana mereka tidak memahami isu ini dan mereka masih terperangkap dalam perspektif yang salah.

Tetapi, yang lebih pelik ialah apabila ada di kalangan Muslim sendiri yang menentang pelaksanaan hukum hudud. Hujah yang paling sering ditimbulkan ialah ianya tidak sesuai kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Apa ini? Adakah mereka tidak tahu bahawa perlaksanaannya hanya melibatkan Ummat Islam sahaja? Adakah mereka tidak memahami bahawa pelaksanaannya adalah untuk mencegah berlakunya kes jenayah yang dilakukan oleh mana-mana Muslim? Adakah mereka tidak sedar bahawa dalam undang-undang jinayat, tidak semudah itu untuk menjatuhkan sesebuah hukuman?

Perbuatan atau perkataan yang tidak mengiktiraf relevansi hukum hudud dan qisas merupakan sebuah pelanggaran terhadap syahadah, bahawa "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah." Dalam ungkapan syahadah, terakam keyakinan bahawa Allah terkecuali daripada sifat-sifat jahil, bodoh, zalim dan sebagainya. Mana mungkin ketika kita mengakui keesaan-Nya, dalam masa yang sama kita tidak mengiktiraf sebahagian daripada apa yang diturunkan-Nya kepada manusia?

Apapun, saya melihat isu ini melalui perspektif yang positif. Muslihat dan strategi licik daripada musuh boleh DIUBAH sebagai ruang dan peluang bagi kita menerangkan kepada masyarakat, apa sebenarnya perincian dan kandungan sebenar di dalam hukum hudud dan qisas. Jika ada dalam kalangan masyarakat yang tidak pernah mengetahui apa itu hudud dan qisas, mereka mungkin akan tergerak untuk mencari jawapannya. Inilah HIKMAH yang boleh dimanfaatkan oleh PAS, untuk merebut kesempatan ini untuk menyebarluaskan kefahaman sebenar tentang hukum hudud dan qisas dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Lihat sahajalah di Amerika Syarikat pasca 11 September 2008, muslihat musuh yang mahu memerangi Islam, akhirnya menjadi advantage kepada penyebaran dakwah Islamiyyah. Sebelum peristiwa tersebut, dikatakan sangat ramai yang langsung tidak pernah mendengar tentang apa itu Islam, dan mereka hanya mula berminat untuk mendalami ajaran Islam apabila mendapati Islam diserang teruk oleh media Barat. Allah Maha Berkuasa dan Halus Perancangannya, apabila akhirnya ramai orang Amerika berbondong-bondong masuk memeluk Islam.

Tambah menggembirakan saya, ialah apabila membaca kenyataan balas oleh TG Nik Abdul Aziz yang meminta DAP menyatakan apa yang tidak kenanya dengan hukum hudud dan qisas. Jika diingat kembali, memang selama ini, DAP tidak pernah mengeluarkan hujah yang konkrit akan sebab penolakan mereka. Yang sering diulang hanyalah hukum hudud dan qisas tidak sesuai dilaksanakan dalam konteks Malaysia. Jadi, saya juga ingin mengetahui apakah hujah balas mereka terhadap soalan TG Nik Abdul Aziz.

Sama-sama lah kita tunggu ya.


Read more...

Selasa, 23 Disember 2008

Balasan terhadap orang yang mengantikan Islam dengan sekular


Sejarah telah membuktikan kepada kita betapa dahsyatnya balasan Allah terhadap pemimpin sesebuah negara yang tidak beriman dan zalim seperti Firaun dan Namrud. Firaun mati lemas di tengah lautan sewaktu
mengejar Nabi Musa a.s. dan para pengikutnya. Manakala Namrud yang menentang Nabi Ibrahim a.s. mati disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam otaknya. Seorang lagi manusia durjana yang menerima pembalasan dahsyat daripada Allah s.w.t. sejak di dunia lagi ialah Mustafa Kamal Ataturk. Siapa sebenarnya Kamal Ataturk ?
Bagi menghancurkan pemerintahan Sultan Usmaniyah di Turki, pihak Yahudi telah membuat perancangan jangka panjang yang memakan masa lebih kurang 400 tahun. Dendam mereka mula menyala apabila Sultan Orhan Ghazi (Sultan Usmaniyah Ke-2) telah menghalau orang Yahudi dari Kota Bursa di awal pemerintahan Kerajaan Usmaniyah. Sultan-sultan Osmaniyah yang awal merupakan pemerintah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka sentiasa bermusuh dan tidak percayakan Yahudi.
Bagi merealisasikan cita-cita mereka, puak Yahudi melaksanakan pelbagai rancangan jahat termasuk berpura-pura masuk Islam tetapi di dalam hati tetap mengekalkan keyahudian mereka. Mereka inilah digelar Yahudi Dunnama. Puak ini memakai nama Islam dan berusaha sedaya upaya menduduki jawatan-jawatan tinggi dalam pemerintahan bagi meluaskan pengaruh mereka sedikit demi sedikit di kalangan masyarakat atasan. Salah satu kejayaan mereka ialah meracun Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda meninggal dunia (syahid) akibat diracun oleh Mustafa Jocobo, seorang doktor peribadi daripada Yahudi Dunnama di istana Sultan.
Secara ringkasnya, munculnya Kamal Ataturk sebagai pemimpin sekular Turki adalah satu perancangan Yahudi dengan bantuan Freemason Yahudi Antarabangsa dan melalui media massa yang dikuasai oleh Yahudi. Tokoh-tokoh palsu seperti Kamal Ataturk ini ditonjolkan hingga disanjung tinggi di kalangan dunia Islam sehingga ramai yang menyangka bahawa mereka adalah tokoh-tokoh Islam sejati. Malahan ramai golongan Islam dari kalangan Melayu (termasuk Malaysia dan Indonesia) yang terpengaruh hingga ada yang berani menyatakan kalau ingin maju, moden dan produktif, contohilah Turki pimpinan Kamal Ataturk.
Dalam waktu yang sama, keburukan Sultan Usmaniyah diperbesarkan ke seluruh dunia. Berita ini dicanang ke luar negara terutamanya ke negara-negara umat Islam. Dunia Islam dihasut supaya membenci sultan. Institusi khalifah diburuk-burukkan sedikit demi sedikit melalui keburukan peribadi sultan.
Bertitik tolak dari sinilah Kamal Ataturk mula membina ketokohannya di dalam angkatan tentera. Pengaruhnya di Turki semakin luas dan dalam jangkasmasa 10 tahun beliau mula merancang rampasan kuasa. Dalam Perang Dunia 1, beliau dikatakan berjaya memimpin angkatan tentera Turki mempertahankan wilayah Turki daripada serangan Eropah (Greece, Itali dan Perancis). Hakikatnya bukan begitu. Sebenarnya tentera Eropah berundur setelah Kamal Ataturk bersetuju dengan syarat-syarat mereka. Antara syarat-syarat tersebut ialah 1. Menghapuskan Khalifah Usmaniyah. 2. Turki mesti menghapuskan semua gerakan Islam, sufi dan sebarang kumpulan yang ada kaitan dengan Islam. 3. Turki mesti memutuskan hubungan dengan negara-negara Islam. 4. Turki mesti mengambil undang-undang Barat (moden) menggantikan perlembagaan Islam.
Setelah Sultan Abdul Hamid dijatuhkan dalam tahun 1909 dan dipenjarakan sehingga ke akhir hayat baginda, sultan-sultan berikutnya masih dikekalkan, cuma peranan dan pengaruhnya dikurangkan sedikit demi sedikit. Akhirnya pada November 1922, kesultanan dibatalkan pada zaman Sultan Muhammad IV. Sultan selepas itu Sultan Abdul Majid masih dikekalkan sebagai boneka. Pada 3 Mac 1924, akta memansuhkan sistem khalifah diluluskan dan sultan dipaksa meninggalkan Turki keesokan harinya.
Dengan kejatuhan sultan, Kamal Ataturk meneruskan agenda jahatnya untuk mewujudkan sebuah negara sekular sepenuhnya. Namun niatnya ini mendapat tentangan hebat dari golongan ulama'-ulama' amilin terutamanya ulama' sufi yang mewakili berbagai gerakan Islam dan kumpulan tareqat. Kamal Ataturk menyedari bahawa hanya ulama'-ulama' ini yang tegas dan tetap mempertahankan syariat Islam. Ketegasan ulama'-ulama' ini mesti dihadapi dengan kekerasan. Oleh itu Kamal Ataturk menggunakan kekuatan polis dan tentera. Halakah-halakah zikir Tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah dibubarkan. Sesiapa yang hadir majlis zikir akan ditangkap. Diberitakan ada di kalangan guru-guru tareqat ini telah dibunuh dan ada di antaranya hilang begitu sahaja selepas majlis zikrullah mereka diserang.
Dasar Kerajaan Sekular Kamal Ataturk adalah zalim. Di antara dasar-dasar kerajaannya ialah ;
1. Tidak mengambil Al-Qur'an dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara. 2. Golongan pemerintah atasan dan kuncu-kuncunya, menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya adalah perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik. 3. Kebanyakan siaran radio dan televisyen serta isi kandungan majalah, 95% maksiat. 4.Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara dan dipromosikan secara meluas. 5. Muzik-muzik haram, tari-menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan secara berleluasa. 6. Waktu sembahyang, masjid kosong. Kebanyakan rakyat berkeliaran di luar dengan urusan duniawi. 7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang tua dan janda-janda disisihkan. 8. Banyak projek yang sia-sia dan membazir dibuat dengan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat peleseran bagi golongan elit. 9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman. 10. Para pemimpin melenting apabila ditegur. Maka mereka berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
Bukti jelas Kamal Ataturk sangat benci kepada Islam malahan untuk menghapuskan Islam sama-sekali di Turki apabila melihat tindakan-tindakan yang diambilnya. Antaranya ialah 1. Mengisytiharkan semua saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat mesti dihapuskan demi kemajuan negara. Islam dibuang sebagai agama rasmi Turki. 2. Pendidikan Turki diubah menjadi pendidikan sekular Barat. 3. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang perkahwinan Barat. 4. Memisahkan agama daripada urusan pemerintahan negara. 5. Menindas, memenjara dan membunuh para ulama' yang menentang. 6. Menutup masjid dan menghalang sembahyang berjemaah. 7. Melarang azan dan sembahyang dalam bahasa Arab. 8. Memaksa rakyat Turki berpakaian cara Barat. 9. Menghapuskan Kementerian Wakaf. 10. Menukar Masjid Aya Sophia menjadi muzium. 11. Membatalkan mahkamah dan undang-undang Syariah dan menukarkannya kepada undang-undang Swiss. 12. Menghapuskan penggunaan kalendar Islam dan menggantikannya dengan kalendar Barat. 13. Membatalkan undang-undang waris dan Faraid secara Islam. 14. Menukar huruf Arab dengan huruf Latin. 14. Menggalakkan wanita mendedahkan aurat dan menganjurkan pergaulan bebas.
Sebenarnya Kamal Ataturk hanya berjaya membaratkan rakyat Turki sahaja tetapi gagal dari segi pembangunan material dan ekonomi negaranya. Turki terus kekal dengan kemundurannya. Dari masa ke semasa, rakyat Turki semakin rosak akibat terpengaruh dengan segala keseronokan dunia yang dipromosikan oleh Kamal Ataturk. Kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini. Masih ramai lagi rakyat Turki yang berpegang teguh dengan ajaran sekular serta meneruskan cara hidup bebas seperti di Barat.
Akhirnya janji Allah pasti berlaku. Setiap pemimpin zalim yang menentang Allah pasti menerima balasan di dunia lagi. Begitu jugalah dengan Kamal Ataturk. Kamal Ataturk memang terkenal sebagai seorang yang kuat minum arak, berjudi dan yang paling menjijikkan apabila dia juga seorang biseksual.
Walaupun Kamal Ataturk mati pada 10 November 1938 tetapi beliau sudah mula diawasi oleh doktor peribadinya yang mengikut ke mana saja ia pergi sejak 19 Mei 1919 lagi. Sejak dari tarikh ini kesihatan Kamal Ataturk mula terganggu. Beliau pernah diserang penyakit kelamin, malaria dan buah pinggang. Bukan setakat itu saja, malah pelbagai jenis penyakit aneh menyerangnya. Walaupun begitu, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat hingga di penghujung hayatnya. Gemar pergi ke kasino dan parti serta terus memburu wanita walaupun sudah tiada kemampuan seks.
Menjelang tahun 1937, telah berlaku perubahan fizikal yang amat ketara pada tubuh badannya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat, wajahnya pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Beliau takut tinggal keseorangan dan sangat marah apabila dibiar bersendirian. Beliau juga mula diserang perasaan takut kehilangan kuasa, selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara. Kulit ditubuhnya berkedut dengan cepat serta diganggu pula dengan penyakit gatal-gatal. Para doktor sudah memberi bermacam jenis krim untuk disapu pada kakinya yang calar balar dan luka akibat digaru oleh kukunya. Sebelum tiba saat matinya, dia dibelasah hebat oleh berbagai bala' yang diturunkan Allah. Beliau sudah tidak berdaya lagi, demam, kulit kekuningan, gatal, darah tinggi, luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perutnya membengkak, pendarahan dalam tubuh dan semua uratnya timbul dan bengkak.
Menjelang tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi. Keadaan tidak berubah walaupun didatangkan doktor pakar dari Perancis. Penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya. Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Beliau merasa sangat panas walaupun ketulan ais diletakkan di badannya. Malah bomba dipanggil untuk menyemburkan air ke dinding biliknya. Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Jeritannya sangat kuat menahan seksa sehingga kedengaran ke kawasan sekitar.
Akhirnya pada 29 September 1938, Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, dia mengalami koma kali kedua dan pada waktu inilah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau terus tidak sedarkan diri sehinggalah nyawanya direntap oleh 'Izrail.
Cara kematiannya begitu menghinakan dan begitu juga selepas kematiannya. Sebenarnya mayat Kamal Ataturk tidak pernah dikebumikan. Setiap kali hendak dikebumikan, mayatnya dimuntahkan semula oleh bumi. Bumi tidak mahu menerima mayat manusia durjana ini. Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Bukit Rasat-Tepe dipilih untuk menempatkan 44 tan batu mar-mar di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk di bahagian bawah binaan dua tingkat itu.
Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah dan bentuk kemusnahan itu kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Sekian, untuk renungan bersama.
Jazakallah.

Read more...

Melayu 'bahalol' yang menakutkan non-muslim

Semua orang nak cakap pasal hudud tp sepatah haram aku tidak faham. Selepas subuh aku ‘berkeliaran’ membaca blog-blog yang terdapat di link kawan-kawan. Semuanya cuba menulis tentang hudud. Dah sawan hudud gamaknya rakyat Malaysia nie. Tersedar dengan kenyataan Husam Musa dalam Wacana Transformasi Politik Malaysia tempoh hari. Akibat kenyataan Husam Musa untuk melaksanakan hudud dan Qisas apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah semua jadi terkejut beruk. Macamla xtahu matlamat perjuangan pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Peluang ini diambil secara total oleh media-media taik kerajaan yang cuba melaga2kan pemimpin-pemimpin DAP dan juga PAS..

Apa kata pemimpin-pemimpin dalam pakatan rakyat??:

Karpal Karam: “Over my dead body,”

Lim Kit Siang: “Husam, better explain now or else..”

Lim Guan Eng: “Pergi mampus la lu Haji.”

Jelasnya pemimpin-pemimpin DAP begitu ‘seriau’ apabila dengar perkataan hudud. Ibarat itu adalah perkataan ngeri yang tidak patut diungkapkan. Mungkin bagi pemimpin-pemimpin DAP anggap perkataan hudud nie lebih dahsyat daripada perkataan MATI. Begitulah perangai-perangai pemimpin-pemimpin DAP dan juga sesetengah melayu ‘bahalol’ apabila terdengar perkataan hudud.

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz terhadap isu ini ialah beliau menuntut orang yang menolak hudud agar diberikan alas an yang munasabah kenapa perlu ditolak. Kalau hukuman gantung kita boleh terima kenapa hukum hudud kita nak tolak? Sebab apa kita boleh terima hukuman gantung? Sebab hukum nie datang daripada barat sebab itu kita boleh terima. Apa yang hebat sangat dengan mat saleh sampaikan kita nak terima semua undang2 mereka dan pada masa yang sama kita menolak hukum Allah Taala. Tok guru juga menegaskan hukum hudud nie bukan hukum PAS. Itu hukum Allah Taala. Yang melaksanakan hukum hudud bukan PAS itu adalah kerja tok hakim. Jadi kenapa rakyat Malaysia nampak mcm hokum ini adalah hukum rekaan PAS? Kewajipan melaksanakan hudud sama dengan kewajipan solat. Apa guna kita solat kalau hudud kita tolak?? Jangan jadi golongan manusia yang menerima Islam setengah dan setengah yang lain ditolaknya.

Sepatutnya bila bercakap mengenai hukum hudud non-muslim tidak perlu risau ataupun takut sebab hukum ini hanya tertakluk untuk orang Islam sahaja. Bagi non-muslim diberi pilihan untuk menerima atau tidak menerima hukum ini. Masalah besar yang dilanda oleh PAS sekarang ialah non-muslim ditakut-takutkan oleh media dan juga sesetengah melayu-melayu bodoh tentang perlaksanaan hukum ini.

Aku nasihatkan kepada pembela-pembela Cina dan India (kononnyalah..) xpayah la korang jadi balaci bodoh menempah sepak terajang Allah Taala diakhirat kelak. Cina dan India xkan menolak hudud kalau mereka betul-betul memahami perlaksanaan hukum Allah ini.. Contohnya ialah ahli-ahli kelab penyokong PAS memang arif dan faham mengenai perlaksanaan hudud sebab telah dijelaskan secara terperinci oleh pemimpin2 PAS. Fikiran mereka telah dibasuh dengan fikrah Islam sebelum dibasuh oleh media dan juga melayu2 bahalol..

Kepada melayu bahalol..

Ini seloka ringkas daripada aku...

Allah bagi beras ko makan.

Allah bagi air ko minum.

Allah bagi udara ko sedut.

Allah mata ko melihat.

Allah bagi kaki ko jalan.

Allah bagi otak xnk berfikir.

Allah bagi hudud mentah2 korg tolak..

Jumpa kat mahkamah Allah Taala nanti..

Read more...

Ahad, 21 Disember 2008

Ringkasan debat Husam Musa-Khairy

Husam kata berlaku transformasi politik yang hebat pada PRU-12.

Khairy plak jawab sebenarnya rakayt hanya memberi undi protes kepada pakatan rakyat. Undi kepada pakatan rakyat hanyalah untuk mengajar UMNO. Khairy menegaskan rakyat akan mengundi BN semula pada PRU akan datang...

Prof Aziz plak jawab sebenarnya tidak ada istilah undi protes. Rakyat undi dengan kerelaan hati untuk mengundi pakatan rakyat. Prof juga bertanya kenapa bila orang x undi kita kita akan cakap tu sebagai protes?

Debat semakin rancak dengan isu Negara Islam dan beberapa isu yang berbangkit di dalam kerajaan negeri selangor dan Perak.

Ade beberapa kritikan hebat kepada suruhanjaya yang baru ditubuh kerajaan BN iaitu suruhanjaya yang berkaitan rasuah dan juga perlantikan hakim.

Kata khairi ini adalah kejayaan UMNO melakukan transformasi dalam kes ini bagi mewujudkan keadilan.

Husam dan Prof membidas ini hanya satu gimik politik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam isu perlantikan hakim PM masih mmpunyai kuasa besar dalam menentukannya. Prof Aziz selaku orang yang pakar dalam undang2 begitu hebat mengkritik suruhanjaya baru yang dibentuk ini dakwanya ini satu lagi suruhanjaya ditubuhkan oleh BN. Azam itu ada tetapi pelaksanaan bakal pincang dengan mengambil contoh kegagalan SUHAKAM dalam membawa suara2 yang teraniaya. Sudah beberapa kali SUHAKAM menyediakan laporan untuk dibawa ke parlimen tp PM buat pekak bodoh jer..kata Prof Aziz..

Keadaan semakin panas. Sorak menyorak berlaku antara penyokong PAS dan juga penyokong UMNO. Tetapi disiplin penyokong PAS dapat mengawal keadaan walaupun penyokong PAS adalah majority di dalam Dewan Balai Islam Lundang.

Isu perlantikan MB Perak cuba dimainkan khairy. Husam menjelaskan beliau terlibat secara langsung dalam perlantikan MB Perak dan kata Husam lagi DAP memberikan sepenuh komitmen dalam perlantikan Saudara Nizar sebagai MB Perak. Jadi tidak ada isu pertelegahan dalam isu perlantikan MB perak. Husam mengigatkan Khairy supaya jangan cuba menjadi lidah utusan.

Isu UITM juga timbul apabila seorang penyokong UMNO bangun bertanyakan soalan kepada Husam. Belum sempat Husam ingin menjawab soalan itu dijawab oleh Prof Aziz bahawa itu adalah perkara kecil dan sudah basi. Sepatutunya soalan itu tidak ditanya lagi. Jawapan itu disambut dengan sorakan sokongan oleh penyokong2 PAS. Tambah Prof Dr Aziz lagi TPM Najib sendiri akan menghapuskan DEB. Kenapa UMNO tidak bising bila Najib nak hapuskan DEB? Hujah ini terus mendiamkan penyokong UMNO ibarat mulut mereka disumbat batu.

Husam juga menyentuh isu IJN yang cuba diswastakan oleh BN. Ini mengambarkan betapa BN tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.menifestasi keuntungan menyebabkan mereka cetek untuk berfikir. Tiba2 kerajaan menangguhkan penyerahan ekuiti IJN kerana perlaksanaanya belum dibuat kajian. Tengok betapa BN tidak mengkaji secara mendalam isu kepentingan rakyat. Segala keputusan dibuat secara ad-hoc ataupun secara tergesa2. bila mendapat tentangan hebat barulah kerajaan nak kaji balik.

Khairy juga ditanyakan soalan bertalu-talu oleh Presiden kelab penyokong PAS dalam sesi soal jawab. Aku x ingat ape dah nama pak cik kita tu. Sorg berketurunan cina. Beliau mengenali konsep ketuhanan melebihi pemahaman khairy terhadap Islam. Bezanya beliau bukan Islam dan khairy adalah seorang Islam. Kalau pakcik tu masuk Islam mesti die lebih hebat daripada khairy.

Khairy juga mengambil peluang untuk menyerang Ahli Parlimen Machang iaitu Saifuddin Nasution yang mana beliau juga hadir sebagai penonton dalam Wacana tersebut. Isu peralihan kuasa 16 sept cuba dimainkan khairy setelah diuji bertalu dengan hujah2 Husam dan juga Prof Dr Aziz Bari..aku fahami betul2 ape yang cuba dijawab oleh Husam tp susah untuk aku menulis disini dibimbangi tersalah faham. Nnt korang boleh dapatkan CD wacana ini kat mane2 kedai ceramah.

Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh khairy tetapi berjaya dipatahkan oleh Husam dan juga prof Aziz. Khairy banyak disorak dan di boo oleh penonton kerana hujahnya begitu dangkal dan penuh dengan ilusi dan sedap mulut bercakap jer....

Khairy cuba mnejerat Husam dengan isu muzakarah. Itu adalah jerat bodoh yang mengundang kemarahan penonton. Ini membuktikan rakyat sendiri menolak muzakarah antara PAS dan juga UMNO.

Majlis itu tamat lebih kuran jam 11.45..

Jalan sesak sekejap selepas itu. Selepas minum aku dan member2 aku pulang ke rumah. Aku sampai kerumah jam 1.30 pagi..


Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.