Rabu, 31 Disember 2008

Waaaa... Susahnya nak dapat kerja.

Alhamdulillah sempat juga aku bersembang dengan pakcik jiran sebelah rumah aku. Dikenali dengan pakcik Nan memang sejak dahulu selalu menjadi ‘teman’ rapat aku berbual-bual mengenai pelajarandan juga perkembangan pendidikan sekarang. Walaupun kami berjiran namun jarak rumah aku dan rumahnya adalah dalam 200m. rumah kami diselangi dengan tanaman getah. Biasalah kehidupan di kampong. Memang tanaman getah menjadi tanaman utama penduduk kampong Simpol Belubang. Harga getah menjadi maka tersengih puaslah penduduk kampung ni. Kalau harga getah down memang pening kepala memikirkan masa depan esok dan lusa. Hehe.. itu semua lumrah kehidupan. Kadang-kadang kita diatas kadang-kadang kita dibawah. Topik kami petang ini tidak lari daripada yang kebiasaannya iaitu mengenai pelajaran aku dan peluang-peluang pekerjaan yang ada sekarang. Pakcik nan memang seorang ayah yang amat mengambil berat soal masa depan anak-anaknya. Apa-apa hal mengenai pelajaran dan universiti memang aku menjadi tempat rujukannya. Dengan pengetahuan sedikit yang aku ada bolehla menjadi modal untuk berbual dengannya. Sedikit berbangga aku dengannya sebab selalu memikirkan tentang masa depan anaknya. Tapi anaknya sendiri tak tahulah samaada fikir ke tidak masa depan sendiri.

 

Bidang perguruan sejak akhir-akhir ini menjadi semakin popular seiring dengan perkembangan Negara Malaysia. Jika kita imbas pada masa dulu bidang pendidikan menjadi pilihan terakhir bagi pelajar-pelajar kerana pelajar-pelajar lebih cenderung untuk memilih bidang-bidang professional seperti kedoktoran, guaman, seni bina dan bidang-bidang professional yang lain. Tapi kini sentimen itu sudah mula berubah kerana bidang pendidikan juga telah diiktiraf sebagai satu bidang yang professional yang dijalankan oleh guru-guru yang mendapat latihan khas dan mempunyai kod-kod etika yang tersendiri. Saya tertarik apabila pakcik Nan menceritakan anak kepada kawannya yang mendapat Ijazah dalam bidang kejuruteraan awam terpaksa mengambil KPLI untuk menjadi guru kerana bidang kejuruteraan sekarang susah untuk mendapat kerja. Saya pun tersenyum sendirian bermonolog dengan hati alangkah beruntungnya aku terhumban dalam bidang pendidikan sekarang. Satu bidang yang mulia yang memerlukan keikhlasan hati untuk diteruskan hari demi hari.

 

Kekhuatiran yang aku dapat rasakan sekarang ialah dapatkah kita menghasilkan bakal guru yang berkualiti apabila pelajar-pelajar  yang memasuki bidang pendidikan sekarang menjadikan bidang pendidikan sebagai peluang yang terakhir kerana bidang-bidang yang lain susah untuk mendapat pekerjaan. Saya tidak mengatakan bidang pendidikan senang untuk kita dapatkan tempat sebagai guru nanti kerana ia banyak bergantung kepada kekosongan, keputusan PNGK dan juga kokurikulum du universiti.

 

Saya juga sempat bertanya mengenai anaknya yang belajar kat UITM Jengka yang mengambil kos perladangan. Hebat jugak UITM jengka yer. Untuk perladangan UITM mempunyai tanah seluas kalau tak silak saya seluas 1000 ekar. Kalau tak 1000 ekar mungkin 100000 ekar. Daripada tanah itu uitm mendapat RM 70 000 sebulan. Pekerja-pekerjanya terdiri daripada pelajar-pelajar UITM yang membuat praktikal disitu. Ini bermakna UITM tidak perlu membuang duit untuk mencari pekerja-pekerja. Wah!! Hebat tu..kos untuk upah pekerja dapat dijimatkan. Guna sahaja pelajar-pelajar yang membuat praktikal.

 

Hujan mula turun renyai-renyai. Pakcik Nan dah nampak gelisah dan meminta diri untuk pulang. Barangkali ada sesuatu yang difikirkannya dirumah kot2 basah. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya naik ke rumah untuk membuat persiapan untuk solat maghrib.

 

Semasa saya menaiki tangga rumah fikiran saya masih lagi melayang apakah pekerjaan selain guru yang mudah untuk mendapat kerja? Jadi penoreh getah kot??hehehe

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.