Selasa, 16 Disember 2008

Perangai jahiliyah dalam masyarakat Malaysia



Sifat kebinatangan yang tidak boleh diterima akal. Itu yang terpampang di benak pemikiran aku bilakala aku membaca harian metro pada hari ini. Kes buang bayi dalam mangkuk tandas membuatkan aku sebagai manusia yang waras begitu geram dan marah. Kejadian yang berlaku di Changlun Kedah merupakan tempat lama aku sewaktu aku belajar di Kolej Matrikulasi Kedah.

Kenapa benda ini harus berlaku disaat kita mengejar arus kemodenan dengan pemikiran yang bijak pandai? Adakah pemikiran rakyat Malaysia setaraf dengan pemikiran masyarakat Jahiliyah. Apa beza tindakan membuang bayi dalam lubang tandas dengan tindakan masyarakat Arab Jahiliyah yang menanam anak perempuan hidup-hidup?
Kenapa masih ada lagi manusia yang bersifat binatang di Negara kita apetah lagi Negara kita diisytiharkan sebagai Negara Islam dan mengamalkan konsep Islam Hadhari?

Kita tidak boleh mengambil sikap tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Perkara ini bukanlah perkara peribadi yang boleh dipandang remeh. Sebelum menjadi barah di dalam masyarakat kita sepatutnya menyelidik apakah punca utama terjadinya kejadian yang semacam ini. Apakah ini silap ibubapa yang mendidik? Apakah ini kesilapan system pendidikan kebangsaan yang memencilkan pendidikan Islam. Apakah ini kesilapan kerajaan yang memerintah yang masih membuka lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan?

Cuba kita perhatikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan Kebangsaan dicipta dengan cukup lengkap merangkumi segenap aspek bagi melahirkan insan yang kamil sebagai hamba Allah. Tetapi perlaksanaan kepada falsafah itu yang menyebabkan segalanya hancur dan falsafah pendidikan hanya sekadar falsafah semata-mata. Kita lihat kepada perkataan ROHANI. Itu adalah ‘keyword’ yang paling penting yang berkaitan dengan kejadiaan buang anak ini. Bila kita bercakap pasal rohani ia memang berkaitan dengan agama dan juga moral.

Memang system pendidikan Negara kita tidak menekankan kepada Pendidikan Islam sebagai matapelajaran yang harus ditekankan. Rata-rata kerajaan sibuk bercakap ingin menubuhkan Sekolah Sains, sekolah bestari, sekolah integrasi menyebabkan penekanan kepada Pendidikan Islam terlepas pandang atau memang dilupakan terus.

Kalau dilihat kepada sekolah aliran kebangsaan Pendidikan Islam hanya sebagai subjek ‘sampingan’ yang tidak ditekankan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah sibuk memikirkan bagaimana pelajar boleh mendapat A di dalam Sains, A matematik , A Bahasa Melayu dan lain-lain pelajaran. Bagi subjek agama yang hanya diajar 2 jam seminggu tanpa kepedulian yang serius oleh pihak sekolah dan juga kementerian pelajaran menyebabkan pelajar mengangap subjek agama tidak penting dan hanya subjek sampingan.

Ditambah lagi dengan ‘brain wash’ yang dipropagandakan oleh yahudi dan barat yang mengatakan agama dan kehidupan adalah asing-asing menambahkan lagi keparahan di dalam system kehidupan umat Islam. Kalau dilihat di kaca TV, surat khabar, majalah-majalah jelas menayangkan kehidupan yang jauh terpesong daripada agama. Rakyat banyak disajikan dengan hiburan, hedonisme, individualistic, metarealisme dan segala macam idea dan pemikiran barat. Serangan-serangan yang semacam inilah kalau tidak dikawal akan terus melemahkan umat Islam.

Seharusnya kita sebagai umat Islam harus meletakkan Pendidikan Islam di tempat yang paling utama demi untuk memperlengkapkan diri melawan nafsu dan godaan syaitan. Selama mana kita masih menggunakan system barat yang mengenepikan agama di dalam system pendidikan selama itulah kita umat Islam akan terus berada di ‘zaman kegelapan’.
Jadi macam mana kita nak mengubah system pendidikan kita?Ermm… Jawapannya ubahlah kerajaan yang ada sekarang..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.