Rabu, 31 Disember 2008

Apa pendapat anda semua mengenai PPSMI?


PPSMI(pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris) semakin hangat diperkatakan. Setelah 6 tahun dilaksanakan oleh kerajaan bermula daripada kerajaan yg diterajui oleh Tun Dr Mahathir sehingga ke zaman Pak lah semakin banyak suara-suara menghalang perlaksanaan dasar pendidikan ini. Malah sejak akhir-akhir ini suara-suara lantang ini semakin agresif menentang dasar kerajaan tanpa berselindung lagi. Contoh yang terdekat ialah Pertubuhan GAPENA. Tidak salah jikalau saya mengatakan kerana kegagalan dasar inilah semakin banyak suara-suara penentangan yang bangkit menentang.

 

Malam ini pada jam 9 malam saya berkesempatan untuk melihat bicara isu semasa di TV 1 yg mana panelisnya terdiri daripada Pengarah Pelajaran Malaysia dan 2 orang tokoh akademik. Pada awalnya saya menyangkakan ketiga-tiga panelis akan menyokong dasar kerajaan ini. Tetapi jangkaan saya jauh meleset apabila 2 tokoh akademik itu secara jelas menentang pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saya fikir forum ini menarik untuk diikuti jadi saya meluangkan masa selama satu jam untuk mengikuti forum ini. Fikiran saya membayangkan apa yang kerajaan lakukan selepas ini apabila secara jelas makin ramai para intelek dan cendikiawan menentang keberlangsungan sistem ini. Kalau saya yang menjadi Menteri Pelajaran sudah semestinya saya akan kelam kabut untuk membuat keputusan kerana ini adalah suatu keputusan besar yg dapat mempamerkan integriti, tanggungjawab terhadap rakyat, dasar yang tempang dan juga periuk nasi sebagai orang politik. Barangkali itulah yang terpaksa difikirkan oleh Menteri pelajaran sekarang. Ohhh.. satu perkara yang memeningkan kepala.

 

Saya sebagai bakal guru secara peribadinya menolak dasar ini dan kita mesti membuat ‘U-turn’ dan kembali kepada yang asal. Perkiraan saya banyak. Bukan sahaja isu bahasa yang saya bimbangi malah banyak lagi kesan yang kita akan hadapi dengan berlangsungnya dasar ini.

 

Suka saya ungkit kembali nasib yang sudah berlaku kepada tulisan JAWI. Bag saya ini adalah nasib malang yang terpaksa kita hadapi sehingga kita kehilangan tulisan jawi yang begitu diagungkan semasa era kegemilangan melayu suatu ketika dahulu. Tulisan jawi sudah kita korbankan takkan la pula kita terpaksa mengorbankan bahasa kebangsaan kita dan juga bahasa ibunda kita. Mekanisme kehilangan bahasa jawi sama juga dengan mekanisme yg kita gunapakai untuk dasar PPSMI ini. Mula-mula kita bersetuju untuk menggunakan dua  tulisan lama kelamaan tulisan jawi hilang daripada jiwa orang Melayu. Melayu mudah lupa kan?? Cuba anda bilang kawan-kawan anda didalam kelas atau didalam kuliah berapa orang yang dapat menguasai tulisan jawi(membaca dan menulis). Kalau bilangannya samapai separuh saya rasa dalam kuliah andalah orang yang paling ramai di Malaysia yang dapat menguasai tulisan jawi.

 

Jadi pada sesi ini saya hanya membawa satu point atau satu stimulator untuk kita fikirkan bersama. Ermmm… mungkin anda mempunyai pandangan atau idea yang berbeza? Jom kita kongsikan bersama..

 

Opppp…

Untuk pengetahuan..

Daripada Persidangan Meja Bulat kementerian pelajaran telah mendapat 7 resolusi utama yang mana resolusi ini datang daripada intelek-intelek, pensyarah-pensayarah, ahli politik, PIBG, NGOs dan sebagainya.(info daripada Pengarah Pelajaran Malaysia)

BAHASA KITA IDENTITI KITA..SAYANGILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.