Selasa, 30 Mac 2010

Mengejar tanpa tercicir...

Matahari semakin melabuhkan tirainya. Kegelapan malam muncul melaksanakan tanggungjawabnya yang tidak sesekali akan ditinggalkan. Manusia-manusia bergerak laju menuntut perjalanan yang yang ditinggalkan masa. Semakin hari semakin jauh ia dengan kelajuan masa. Dipancung masa meletakkan manusia itu di dalam kerugian tanpa sedar. Aku sedar kalau aku tidak memotong masa, maka masa akan memotong aku. Tapi kini aku keliru adakah aku sekarang sudah memotong masa. Keliru. Tiada indikator yang khusus dalam mengetahui kerja hebat ini.



Manusia ibarat belon yang diisi iangin. Mudah sahaja bergerak kesana kemari mengikut daya yang dikenakan. Jika ke kiri ia diarahkan maka ke kiri lah ia. Jika ke kanan ia dipukul maka kekanan lah ia. Seolah-oleh manusia yang semacam belon itu tida pendirian. Mudah dipengaruhi oleh keseeronokan dunia. Mahu juga aku menjadi belon yang diisi air. Tetap berdiri di tempatnya yang asal untuk mengejar matlamatnya. Matlamat bukanlah cita-cita, tetapi ia adalah sesuatu yang yang mesti dicapai. Ramai manusia yang keliru diantara matlamat dan cita-cita. Lama-kelamaan kekeliruan itu yang membunuhnya. Matlamat hilang, cita-cita sekadar angan-angan.



Dalam hidup ini kita diibaratkan juga berada disebuah perjalanan yang cukup panjang. Dalam perjalanan ini tidak mungkin lagi untuk kita berpatah balik. Buatlah apa cara sekalipun mustahil untuk kita kembali kepada masa kita yang telah kita lalui. Kalau dulu kita melakukan kesilapan, kalau dulu kita membuang masa, kalau dulu kita melakukan kerja yang sia-sia kita tidak akan dapat lagi tempat untuk ‘U-turn’ untuk membaiki kelemahan kita yang terdahulu. Ia tetap akan pergi meninggalkan kita jauh sekali. Cuma yang kita ada sekarang cepat-cepat lah sesali setiap apa yang kita buat sebelum kita sampai ke destinasi. Cepat-cepat sedar dan cuba untuk mengubah realiti kejahatan dan kerugian yang kita lakukan. Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Allah itu maha pengampun yang akan mengampunkan dosa-dosa setiap umat Islam. Jadi kenapa kita tidak menghargai sifat pengampun Allah itu. Berdoalah kepadanya. Hati mesti akan tenang.



Cuba kita melihat kepada manusia yang tenang hatinya. Seolah-oleh tida tempat untuknya bagi melepaskan marah. Setiap yang datang dan berlaku kepadanya dilalui dengan penuh keredhaan hatinya. Suatu kisah menimpa seorang pak cik tua. Kereta mercedes hitam memandu laju hampir-hampir melanggar dirinya. Bukan itu sahaja malah kereta itu memijak lopak air habis basah kuyup pak cik tua itu. Pak cik itu mengelap-lapkan mukanya sambil tersenyum mengucapkan syukur kepada Allah. Beliau melihat kereta mercedes itu berlalu pergi tanpa simpati kepada dirinya.



“MasyaAllah”.. Lafaznya perlahan.



Pakcik itu berbaik sangka. Mungkin tuan kereta itu dalam keadaan emergenci menyebabkan dia memandu semacam orang gila. Sambil mukanya yang penuh dengan senyuman terluah ucapan memberi maaf kepada pemandu kereta itu tadi. Pak cik itu tenang. Meninggalkan tempat itu tanpa perasaan sakit hati. Meninggalkan tempat itu dengan secebis pengalaman yang setia menjadi GURUnya. Guru yang akan meletakkan dia sebagai hamba yang disayangi Allah. Buang sifat marah, buang sifat hasad dengki, buang sifat berburuk sangka. Pakcik itu bahagia dengan limpahan rahmat Allah ke atas dirinya. Sabar dan berbaik sangka itu menaikkan darjatnya. Alhamdulillah..



“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘kami beriman’, sedang mereka tidak diuji?”



(Al- Ankabut:2)



Tiada siapa yang akan mengetahui dalam perjalanan yang panjang ini dimanakah penamatnya. Tiada siapa yang akan mengetahui di dalam perjalanan ini apakah nasibnya di hari yang kelak. Dalam perjalanan ini carilah bekalnya wahai sahabat-sahabat. Ya Allah betapa kita sebenarnya kalis dengan amaran-amaran Allah yang Allah sampaikan kepada kita melalui perantara Nabi kita Muhammad SAW. Betapa kita memandang amaran-amaran keras Allah itu sebagai biasa seperti seorang guru disiplin yang memarahi anak muridnya dan memberi amaran kepada muridnya. Kita silap wahai sahabat-sahabat. Percayalah bahawa amaran Allah itu benar, janji-janji Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar. Bilakah lagi kita ingin meneliti semua ini dengan mata hati?



“anak-anak ingatlah apa yang kita buat di dunia ini akan dikira oleh Allah”



“Apa yang kita curi Allah catat”



“Apa yang kita tipu Allah catat”



Apa yang kita khianat Allah catat”



Kata ustaz dalam ceramah di Kolej Harum Aminurrashid malam ini..



Anak-anak murid ustaz menggelengkan kepala. Mungkin tersedar dengan dosa-dosa yang dilakukan. Mungkin dengan kesedaran itu telah dipasangkan niat dan azam akan melaksanakan cara hidup Islam dan membuang segala sifat-sifat keji yang ada dalam diri.



Sudah beberapa kuliah agama yang kita tadahkan kitab. Sudah puas mendownload video-video ceramah tok-tok guru untuk mengubat hati kita yang semakin lapar dengan limpahan cahaya. Semoga usaha-usaha kita itu akan dikira sebagai jihad oleh Allah Taala.

Read more...

Isnin, 29 Mac 2010

Bunga Popi ~ Usman Awang


Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.



Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.



Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.



Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!



Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.



Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!



Usman Awang


1955

credit to

Read more...

Perjuangan dari hati yang mati...

Bernafa dalam jiwa hamba..

Demi mencari sebesar-besar keredhaan Allah.

Yang bisa melunakkaan hati dalam persediaan bertemu dengannya.

Pertemu yang pasti..

Tak usah dilari tak usah dibohongi.

Pertemuan itu pasti akan terjadi.

Hanya masa yang akan menetukan.

Saat ajal akan menjelma.



Disaat manusia leka dengan tipu keji dunia.

Disaat manusia leka dengan belaian enak hawa nafsu.

Disaat manusia leka dengan santapan palsu dunia.

Aku meredah dunia dalam mencari keredhaan ilahi.
Ingin membentuk jiwa yang suci.

Bertemu dengan ilahi.



Aku memohon kepada-Mu ya Allah.

Tetapkanlah imanku.

Tetapkanlah pendirianku.

Thabatkan aku dalam perjuangan suci ini.

Perjuangan yang melawan daki dan duri.

Yang penuh dengan tarbiyah dan tribulasi.



Aku lemah ya Allah.

Jiwa ku kadang-kadang meronta.

Meronta dengan keasyikan dunia yang sungguh menawan ini.

Walaupun aku tahu itu palsu belaka.

Tapi ia ilusi yang sungguh menjadi.

Aku sedar ya Allah itu semua ujian-Mu.

Kepada setiap hamba di bumi ini.

Demi mencari hamba yang seikhlas hati menagih cinta-Mu.



Aku pohon ya Allah.

Kuatkan iman aku.

Mantapkan ilmu dan amalku.

Moga disana aku bisa bertemu dengan-Mu..

Ya Rabbul Izzati….

Read more...

Ahad, 28 Mac 2010

Guru itu Memberi tanpa balasan..


Dorongan motivasi oleh orang-orang yang lebih berpengalaman itu kadang-kadang akan meningkatkan motivasi dalaman diri. Motivasi ia tidak datang dengan sendiri. ia mesti dipupuk dan juga banyak begantung oleh persekitaran terutamanya insan-insan yang berinteraksi dengan kita. Malam yang bertuah ini aku disapa oleh seorang kakak yang perkenalan kami bermula semasa ia sudah berada dihujung semester. Perkenalan singkat itu sampai sekarang berterusan diikat atas satu fikrah perjuangan yang sama ingin menjadi murabbi hebat dalam membawa suara Islam di bumi Malaysia.


Aku berkesempatan meninjau ruangan blog kak Nazihah. Sarat dengan cerita-cerita pengalaman hidupnya sebagai seorang guru. Cerita-ceitanya melambangkannya sebagai seorang anak muda yang bercita-cita besar dalam bidang pendidikan. Warna-warna kanvas perjuangannya disekolah cuba disampaikan olehnya dalam bahasa yang mudah dan menyeronokkan untuk dibaca. Berwarna-warni perjuangan hidup seorang guru. Walaupun masih muda di dalam ‘kerja ibadah’ ini sudah nampak akan kesungguhannya dalam mendidik anak bangsa. Betapa aku sendiri tidak sabar untuk menjadi seorang guru.



Bila berchatting dengan kak Nazihah aku sudah dapat agak apa yang beliau selalu sebut. Penuh dengan kata-kata semangat bagaikan ucapan seorang motivator. Selalu memberi kata-kata semangat yang berbau harapan untuk aku sama-sama komited dalam perjuangan menjadi guru ini. Satu tugas yang mulia. Tugas para Nabi para Rasul.



Erti Hidup Pada Memberi…. Inilah satu frasa yang cukup bermakna yang aku cuba aplikasikan dalam kehidupan aku. Memberi tanpa mengharapkan balasan. Hanya pengharapan keredhaan daripada Allah Taala yang mana itulah sebaik-baik balasan bagi manusia yang bergelar hamba. Ayat pendek dari empat patah perkataan yang aku selalu baca di blog Ustaz Hasrizal begitu sinonim dengan jiwa seorang guru yang betul-betul komited untuk mendidik. Dalam mendidik kita tidak boleh lagi mengharapkan balasan material. Mendidik ingin membina manusia agar manusia itu menjadi manusia. Bila pendidik mengharapkan imbuhan duniawi lebih darpada tujuan pembinaan manusia itu maka picanglah sistem pendidikan negara. Hancur dan rosaklah generasi muda yang dilahirkan oleh guru-guru yang lemah kekuatan jiwanya.



Semoga kata-kata ku ini bukan sekadar retorik. Kata-kata untuk menguatkan jiwa menguatkan hati untuk berada dalam bidang pendidikan. Tugas mulia yang mesti dilakukan oleh orang yang luar biasa. Kini dalam proses mencari ilmu tidak boleh biasa-biasa lagi. Menjadi insan luar biasa itu menjadi satu kemestian kepada setiap guru pelatih.

Read more...

Senjata kemegahan Yahudi... ILMU

Entah mengapa diri aku hari ini dilanda kesusahan. Sejak dari pagi tadi tubuh dirasakan tidak bermaya. Letih otak dan badan. Mungkin kerana semalam seharian merantau mencari secebis ilmu dalam perjalanan bermotor yang meletihkan. Sesekali disimbah air hujan rintik-rintik membuatkan tubuh aku tidak begitu bermaya pada hari ini. Saat tidak bermaya teringat tanggunjawab yang mesti dilaksanakan dan perjuangan yang masih panjang. Perjuangan mencari ilmu dan pengalaman.



Keletihan ini mengigatkan aku kepada katil yang terbentang enak. Dengan bantal yang bersampul warna lembut, bercadar baru begitu mengugatkan iman aku untuk tidak tidur pada pagi ini selepas subuh. Aku gagahi jua dengan membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal “Secangkir The Pengubat Letih”. Keindahan susunan kata mengasyikkan aku. Bilakah aku akan mampu menguasai bahasa seperti ini. Desis hati aku. Aku tidak sedar waktu mana aku menhumbankan diri ke katil. Lena dibuai mimpi. Terus pejam sehingga mentari memancar tinggi menghina insan yang dirugikan dengan nafsu tidur.



Aku sedar dari tidur pada pukul sebelas. “aduh dah lewat nie” ruginya tido banyak.. aku memandang sekilas kepada rak buku tersusun indah buku-buku yang aku beli semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku perhatian buku itu satu persatu. “Jalur Gaza”, “Hakikat Kehidupan Duniawi”, “Saya pun Melayu”. Buku itu disusun rapi untuk memudahkan rujukan aku. Satu keluhan panjang dilepaskan. Tidak pasti keluhan itu tanda penyesalan tidur yang panjang ataupun kerisauan hati jadual diri yang tidak teratur.Aku Bangun dengan lemah merkhidmat untuk diri. Kain tuala ditarik dengan penuh lemah dan penuh dengan kegelisahan. “Buang masa memang mengelisahkan.” Kata hati ku.



Aku memakai pakaian serapi-rapinya pada hari ini. Sekali sekala di hujung minggu perlu juga berpakaian segak walau tidak kemana. Rambut diminyakkan supaya nampak rapi dan berkeyakinan. Berdiri di depan cermin dengan penuh keyakinan sambil mencungkur janggut dan misai. Hati sebenarnya berat untuk mencungkur janggut kerana ia adalah salah satu sunnah nabi kita. Tetapi tuntutan sekarang sebagai salah seorang warga Palapes tidak memungkinkan aku untuk menyimpan janggut. Tetapi tidak mengapalah. Tunggulah tiga bulan lagi saat ditauliahkan. Mungkin janggut itu akan berperanan ‘menghensomekan’ lagi diri ini. Aku tersenyum keseorangan. Bila cakap soal janggut teringat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Seorang pendakwah bebas yang cukup terkenal di negara kita terutamanya di Negeri Terengganu. Kisahnya si isteri yang bermain janggut suami. Kisahnya menjadi satu motivasi kepada muslimin untuk menyimpan janggut. Owh!! Hati terbayang untuk beristeri. Cepat-cepat dipadamkan lamunan itu kerana aku sedar perjuangan aku di kampus masih berbaki. Perlu dihabiskan terlebih dahulu.



“Plant fisiologi”, “genetik”, “kimia”, “kaedah kajian”. Satu pandangan yang berat diberikan kepada subjek-subjek ini. Bukannya masalah susah untuk ‘study’ tetapi entah kenapa diri aku begitu berat untuk membuka buku-buku ini. Terasa satu beban otak bila mengulangkaji buku-buku yang aku pelajari di dalam kuliah.



“arrghh!! Baca buku inilah dulu”



Aku menarik buku “Palestin Tak Pernah Gentar” ari susunan buku di atas rak. Aku mempelbetulkan kedudukan buku-buku lain supaya susunan buku itu nampak kemas dan teratur. Itu salah satu disiplin yang aku cuba terapkan. “ Mengapa Yahudi Hebat”.. Satu subtopik yang terdapat di dlam buku ini. Aku cuba tatapi beberapa fakta yang ditulis disini. Terdapat juga gambar tokoh-tokoh Yahudi yang berjaya di arena antarabangsa. Terpampang maklumat-maklumat tentang kejayaan Yahudi menakluk dunia. Ya Allah begitu mengagumkan kehebatan mereka. Seakan-akan tidak percaya kehebatan Yahudi sehebat ini. Kerdilnya umat Islam di zaman kini. Bagai buih-buih di lautan. Dilambung ombak, dibawa kemana sahaja oleh arus tanpa arah tujuan. Hilang pedoman dan akhirnya buih dipermainkan dengan begitu hina sekali.



Satu ayat yang ‘diboldkan’ oleh penulis buku ini yang menarik perhatian aku. Penulis buku ini seolah-olah ingin menyedarkan kita bahawa inilah sebenarnya resepi kejayaan Yahudi. Resepi yang selalu disebut-sebut oleh kebanyakan orang tetapi tida siapa yang sanggup menggunakan resepi ini untuk dijadikan senjata ampuh melawan Yahudi. Apakah senjata itu..



ILMU..



Aku berfikir sejenak.

Read more...

Sabtu, 27 Mac 2010

Pejuang MELAYU haram jadah...

Berita haram jadah itu boleh didapati di sini...
Memang haram macam anak haram...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/03/zalimnya-juara-rakyat.html

Read more...

Rabu, 24 Mac 2010

April Fool: Antara Barat dan Keparat

b0141.jpg

“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.



“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.



Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.



“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.



Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.



Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!



BARAT DAN KEPARAT



Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.



Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.



Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.



Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.



Jelasnya ia fool!



Terungkap pada sabda Nabi SAW:



lubangdhab.jpg



“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Read more...

April Fool hari pembodohan umat Islam sedunia


Bulan Mac semakin melabuhkan tirainya. Tinggal 6 hari lagi kita akan menjejakkan kaki ke bulan April. Segala pengalaman dan pengajaran di bulan ini akan kita kenang untuk diperbaiki lagi pada bulan yang akan datang. Begitulah seterusnya hidup manusia bilamana pengajaran itu menjadi guru yang paling setia mengajar manusia. Pengajaran itu menjagi guru yang paling kerap mengajar manusia.



Semakin hari ilmu manusia semakin bertambah. Kata orang semakin bertambah ilmu semakin banyak yang tidak tahu. Semakin belajar ilmu semakin luas ilmu itu mencapah. Seolah-olah menuangkan minyak di dalam air. Akan mencapahlah lapisan minyak itu sejauh mana ia boleh pergi. Semakin dituang semakin ia bertambah capahannya. Alhamdulillah diskusi dengan seorang sahabat di bilik Majlis Perwakilan Pelajar menambahkan sedikit ilmu saya yang sebelum ini saya tidak tahu. Takut juga dalam kejahilan kita, kita akan melanggar syariat Allah.



Seperti mana yang saya sebut diatas tadi kita akan melangkah masuk ke bulan April. Bulan antara bulan yang disambut oleh masyarakat Kristian kerana di bulan itu akan disambut APRIL FOOL. Tahukah anda bagaimana sejarah April Fool mula dikenang? Tahukan anda apakah peristiwa yang mencatatkan 1 April sebagai hari April Fool.. Hari bodoh? Yup!!! Memang bodoh dan bangang sekali disebabkan orang Islam tidak mengetahui peristiwa ini maka mereka tanpa rasa bersalah menyambut hari ini dengan gembiranya. Hari memperkenakan orang lain. Kita memperkenakan orang pada hari tersebut sempena April Fool tanpa kita sedar sebenarnya sejarah April Fool datangnya apabila orang-orang Islam diperbodohkan oleh penganut Kristian Laknatullah di Sepanyol dulu..



Cerita lanjut berkenaan hal ini saya akan cuba muatkan beberapa hari lagi. Buat masa sekarang saya nasihatkan janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang begitu gembira menyambut April Fool tanpa menyedari hakikat cerita sebenar di sebalik April Fool..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.