Khamis, 11 Mac 2010

Perjuangan dari buaian sehingga titisan darah terakhir..


Hebatnya perjuangan rakyat palestin. Menahan keperitan dalam perjuangan yang dipulaukan oleh umat Islam yang lain(hanya segelintir yag membantu dengan kesedaran). Kini palestin dan bangsanya ibarat hidup dalamn penjara besar yang palingkejam di dunia. Dilayan semacam sampah oleh teroris yahudi laknatullah.



Perjuangan mereka dari kelahiran sehingga titisan darah terakhir. Lahir mereka ke dunia tiada siapa yang dapat mengagak ajalnya akan menjemput kerana tua ataupun tebusan peluru bedilan Yahudi laknatullah. Beberapa hari aku cuba menyelami penderitaan saudara-saudara kita yang berada di Palestin. Meneliti sejarah penubuhan HAMAS iaitu sebuah pergerakan Islam radikal sehingga menjadi sebuah parti politik yang mengoncangkan dunia. Tumbuh dari Ikhwanul Muslimin yang bertapak di Mesir sehingga menjadi pilihan rakyat dalam Pilihanraya Legislatif yang berlangsung pada 2006. Atas nilai demokrasi HAMAS dipilih rakyat menjadi perisai utama rakyat dalam mendapatkan hak Palestin yang telah lebih 60 tahun dinafikan oleh teroris Yahudi. HAMAS semakin diterima rakyat berbanding FATAH yang semakin liberal dan sekular sehingga sanggup menjadi talu barut Yahudi dan Amerika dalam menperjuangkan nasib rakyat Palestin. Nasionalis, Sekularis, Sosialis tidak mampu membawa jiwa perjuangan ke lubuk hati rakyat Palestin lantas menjadikan HAMAS sebuah pertubuhan yang dilabelkan sebagai pengganas oleh yahudi sebagai pergerakan pilihan mereka. Satu kajian dibuat kepada pemuda-pemuda Palestin menunjukkan 60% daripada mereka mengaku mengangotai HAMAS walaupun pada hakikatnya hanya sebilangan kecil.


Menjadi tentera HAMAS bukan seperti Angkatan Tentera Malaysia merekrut anggotanya. HAMAS menilai anggota barunya dari segi pegangannya kepada agama. Kuat amalnya, menjadikan Islam sebagai pegangan hidup yang jita barulah dipilih menganggotai pasukan tentera HAMAS. Aku meniliti profile pejuang-pejuang yang syahid di dalam organisasi HAMAS. Nama-nama yang ulung yang menggegarkan teroris yahudi seperti Syeikh Ahmad Yassin, Dr Aziz Rantisi, Syeikh Solah Syahadah sememangnya sejak muda mempunyai keperibadian Islam yang tinggi. Aku kagum dengan kehidupan Syeikh Solah Syahadah semenjak muda ia merupakan seorang pemuda gagah berani, mempunyai ketanpanan wajah dan seorang yang tegas terhadap kezaliman teroris dunia Yahudi. Untuk makluman dialah yang menubuhkan Brigade Izuddin Al-Qassam, iaitu pasukan komando yang digeruni oleh tentera Yahudi. Kegemaran Syeikh menonton filem-filem aksi dan membuat kajian yang mendalam terhadap filem yang ditontoninya menjadikan Brigade yang ditubuhkannya sebagai salah satu sayap perjuangan HAMAS begitu berjaya membunuh dan menghancurkan Yahudi.



Kita sebagai umat Islam yang berada di Malaysia seharunya melihat isu palestin-Yahudi ini sebagai tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Buatlah apa sahaja yang boleh memberi pertolongan kepada rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS. HAMAS sekarang berada dalam tekanan yang cukup tinggi oleh Israel dan sekutu rapatnya Amerika. Segala bantuan dan duit cukai disekat oleh Pengganas Yahudi dan Amerika. Inilah demokrasi terpilih yang diamalkan oleh barat dan Yahudi. Kita begitu masyuk mengkaji kebaikan demokrasi sehingga ada yang menjulang-julang Barat yang menciptakan demokrasi tetapi pada masa yang sama baratlah yang menjadi ‘peliwat’ kepada demokrasi. Sungguh malang nasib dunia melayan hipokritnya barat dalam menunjukkan wajah sebenar keikhlasan mereka memberi keadilan kepada dunia. insyaAllah cuba mainkan perana kita disini sebaik mungkin dalam menerangkan isu Palestin kepada orang ramai. Mungkin dalam penghayatan kita ini akan dipilih Allah untuk kita berjuang bersama-sama di bumi Palestin..



InsyaAllah…

1 Cetusan minda:

Pacifist 14 Mac 2010 10:30 PG  

wahai bumi palestin,kami merinduimu,kesengsaraanmu adalah kesengsaraan kami.

  ©Template by Dicas Blogger.