Jumaat, 19 Mac 2010

Bangsa pembunuh masa...





Menghitung hari…

Detik demi detik..

Setiap saat masa berlalu..

Pergi tanpa menunggu..



Dikejar ia tanpa jemu..

Setiap langkah dijangkau cermat..

Demi memancung masa yang berlalu..

Kini jauh meninggalkan kealpaan ku..



Allah bersumpah dengan masa..

Kita manusia kerugian sentiasa..

Dibuang, dibiarkan ia berlalu..

Habis binasa kehidupan dunia dan akhirat..



Kini aku memecut demi menyaingi masa..

Makin ku pecut makin laju masa mengejar..

Seolah-olah masa mengetahui aku sedang mengejarnya hebat..

Demi membayar kealpaan dimasa lalu..



Terawang-awang sejarah ibnu Sina, Al-farabi, Dr Aidh Al-Qarni..

Mengejar masa mengejar ilmu..

Begitu hebat nama mereka dijulang..

Kerana mereka pembunuh masa terbilang..



Kini aku makin bersemangat..

Memikirkan nasib umat yang ketinggalan..

Pedih sungguh mencari penyelesaian..

Penyelesaian yang dicari rupanya adala dalam diri..



Wahai bangsa ku..

Berubahlah kita menjadi Bangsa pembunuh masa..







0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.