Isnin, 1 Mac 2010

Anak didik dajal itu sudah lama wujud di Malaysia

Hakikat cinta manusia. Hakikatnya yang sebenar akan dinikmati saat menemui cinta Allah dan Rasul. Cinta yang begitu mahal yang tidak dapat dirasai oleh semua manusia. Saat mengejar cinta Allah dan Rasul begitu sukar dan mencabar dek ‘kepanasan’ nafsu muda. Mudah terlalai dengan nikmat dunia, kehidupan yang serba mencabar dan keindahan arus globalisasi. Dunia tanpa sempadan kadang-kadang mengjerumuskan diri kita ke alam kelalaian yang penuh dengan tipu nista. Tapi selalu kita terjerut di alam itu, sering kita mengikut kata nafsu dalam melayari alam yang serba indah ini. “Dunia inilah syurga bagiku”. Mungkin itulah kata-kata yang datang dari hati yang tidak pernah merasai cinta Allah dan Rasul.



Kadang-kadang kita mabuk dalam mencari cinta manusia. Cinta yang tidak pasti adakah didasarkan kepada Allah atau nafsu semata-mata. Kini ramai terjerumus. Kononnya inilah cintaku yang paling suci. Inilah cintaku yang paling agung. Akan ku jaga cinta ini. Akan kusuburkan agar sentiasa mekar. Hati dibelai nafsu, jiwa tidak lagi tenteram dan berbelah bagi. Keliru mana banyak cinta Allah dan Rasul atau cinta kepada manusia. Selalu terdengar ungkapan cinta Allah dan Rasul akan kekal selamanya tetapi cinta manusia itu sesuatu yang tidak pasti. Sesuatu yang abstrak untuk diukur dan diterangkan melalui kata-kata. Ia sukar sekali untuk diukur.



Ramai yang sudah terkena dengan cinta manusia. Ramai yang tersedar dari tipu daya cinta manusia yang tidak berlandaskan kepada Syariat. Namun ramai yang masih ingin mencuba. Kot-kot masih ada sinar harapan disebalik kedukaan itu, mungkin sidia bukan untuku dan yang datang inilah yang dianugerahkan Allah untukku. “Aku pasti” desus hati pencari cinta manusia. Namun ia tidak lama. Cinta itu gagal lagi sehingga mengorbankan maruah diri. Pengorbanan yang paling besar dibuat untuk cinta. Meragut maruah dan ada juga sampai meragut kesucian keturunan. Namun apa manusia peduli. “Hidup ini perlu berusaha untuk mencari “.katanya.



“Tidak mengapa sidia tinggalkanku. Munkin selepas ini akan ada sinar harapan. insyaAllah Allah akan anugerahkan aku sekejap lagi orang yang paling baik.”.kata-kata hati yang tidak puas melayan cinta manusia. Kini hidup dilamun lagi, cinta yang datang ibarat tergolek masuk ke pelukan. Diri dibuai nafsu cinta tanpa mengenal dosa pahala. Keluar berpegangan tangan, hati rasa cukup senang. Kini langkah makin berani, diriku sudah menjadi milikmu walaupun tanpa akad yang sah. Sentuhlah diriku kerana aku pasti cinta ini cinta yang paling suci, cinta anugerah Ilahi. Hidup lalai diulit nafsu. Kini syaitan menjadi petunjuk diri. Hancur, lemas dan terus hanyut dibuai cinta. Oh! Dunia palsu yang penuh ilusi.



Benih itu terus berkembang. Dari setitik mani yang dipancut menerobos terus ke liang rahim membina insan yang bakal dilahirkan tanpa nasab keturunan yang sah. Keluarnya insan ini bakal dicaci, bakal dicemuh dan yang paling buruk dibuang begitu sahaja bagaikan membuang anak kucing. “Ibu. Apa salah diriku sanggup kau biarkan aku sebegini. Apa salahku ibu? Kenapa ibu begitu kejam bertuhankan nafsu sehingga melahirkan aku yang bakal dicemuh masyarakat. Ibu!! Akan ku tuntut maruah dan nyawaku diakhirat kelak” mungin itu kata-kata bayi yang tidak bersalah itu.



Manusia sekarang sungguh zalim. Bukan sahaja kanak-kanak dibuang malah ada yang mendera kanak-kanak seperti menerajang seokor kucing. Tidak berperikemanusiaan. Sudah mati hatinya ditelan dosa-dosa zina yang memabukkan diri. Tiket percuma untuk ke neraka Allah Taala. Hati begitu sedih dan marah membaca kisah adik comel Syafia yang diterajang kekasih ibunya sehingga sikecil ini menemui ajalnya. Siapa yang paling dajjal dalam hal ini?

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.