Isnin, 22 Mac 2010

Maher Zain icon baru peminat hiburan


MasyaAllah lagu-lagunya begitu asyik dan menghiburkan hati yang kosong ini. Lagu berbahasa inggeris yang mengisi jiwa kita semua. Siapa yang tidak kenal dengan Maher Zain yang banyak menyanyikan lagu-lagu ketuhanan.


Saya berharap semoga usaha maher Zain semakin diterima oleh umat Islam sedunia. Dulu kita dianugerahkan oleh Allah penyanyi hebat Cat Stevens yang memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Yusuf Islam. Maher Zain pun sehebat Yusuf Islam.


Dalam membawa Islam di abad kini hendaklah dibawa dengan penuh berhikmah dan berstrategi. Melalui hiburan juga boleh diserapkan nilai-nilai Islam dengan lirik kata yang baik yang memuji ketuhanan. Jangan pula ada yang ortodoks dan jumud mengharamkan hiburan di dalam Islam.


Saya mempersilakan kawan-kawan untuk ke laman Facebook Maher Zain untuk dengar lagu-lagunya. Semoga terhibud dan selamat beramal..
http://www.facebook.com/home.php?#!/MaherZain?ref=ts

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.