Sabtu, 13 Mac 2010

Jiwa yang diterjemahkan oleh susunan perkataan

Nasi lemak buah bidari,


Sayang selasih hamba turutkan,


Buang emak buang saudara,


Kerana kasih hamba turutkan.



Perghhh!! Kadang-kadang begitu asyik juga membaca pantun ye. Pantun merupakan salah satu budaya orang melayu yang makin lama semakin ditinggalkan. Budaya ini hanya masih segar di beberapa buah negeri saat menerima salam pertunangan dari keluarga jejaka. Kini aku rasakan budaya ini sudah semakin hilang bila aku lihat negeri aku sendiri pun sudah tidak menggunakan pantun semasa menyambut kedatangan keluarga lelaki.



Pergi ke kedai membeli bunga,


Bunga dibeli untuk si dara,


Di mana hendak beli bunga,


Dikedai bunga lah..



Hahaha..itu salah satu pantun lawak yang didendangkan oleh saiful apek dalam filem Lang Buana. Waduh!! Sungguh menyeronokkan juga kalau dunia kita di Malaysia masih segar dengan budaya pantun. Menguatkan lagi identiti kita sebagai orang melayu yang cukup kaya dengan adat dan beradab. Adab yang baik waja diperthankan. Tak bermakna kita mempertahankan budaya ini kita akan dilabelkan sebagai fanatik melayu.



Kalau dilihat dalam budaya orang arab, mereka begitu tebal dengan syair. Dulu semasa di tingkatan empat saya sempat belajar beberapa bait syair arab. Cukup unik dan hebat apabila susunan bahasa yang secanggih itu dinukilkan demi meluahkan sesudu rasa dihati. Getaran syair itu apabila menhempak ke telinga para pendengar bisa merubah diri pendengar dan bisa dirasuk oleh kandungan syair tersebut. Dulu inilah senjata bangsa arab yang paling tajam melebihi tajamnya mata pedang. Sekali hayunan pedang boleh membunuh satu jiwa tetapi sekali getaran syair bisa mengubah 1000 jiwa. Alangkah hebat susunan kata kan?



Dosaku berat seberat langit dan bumi,


Namun aku masih berharap tuhan syaang padaku,


Semoga aku diterima dengan reda,


Itulah harapanku,


Tetapi apabila teringatkan catatan,


Dosaku terlalu banyak,


Itualh azabku,


Sesungguhnya kezaliman tidak datang daripadaNya,


Apakah tuhan zalim,


Pada hambaNya yang ingin kembali,


Semoga diberikan tempat yang indah,


Buatku yang zalim ini.



Bait-bait sajak nukilan Al-Hajjaz iaitu Gabenor di bawah pemerintahan Khalifah Islam Al-Walid. Saat beliau menginsafi dosa-dosa kekejaman beliau sebagai seorang gabenor dibawah kerajaan Khalifah Islam maka terpacul lah bait-bait indah untuk memujuk diri bahawa diri ini begitu insaf dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Mungki bait-bait indah seperti ini boleh dimasukkan sebagai doa kita agar semasa berdoa terasa indah dan terasa dekat dengan Allah Taala..

3 Cetusan minda:

Lebah 13 Mac 2010 pada 9:47 PG  

ada apa pd melayu?^_^

مَعهَدين الُمعلمْ 13 Mac 2010 pada 10:38 PG  

Masih ada Islam di hujung sudu..
Wjib perjuangkan pemerintahan Islam yg membawa kepada penubuhan khalifah..
=)

  ©Template by Dicas Blogger.