Jumaat, 19 Mac 2010

Pesta Buku Antarabangsa PWTC..


Pesta Buku Antarabangsa bakal berlangsung lagi di PWTC. Acara tahunan yang menjadi tempat terindah bagi pencinta-pencinta ilmu seluruh Malaysia untuk berkunjung kesana untuk mendapatkan berbagai-bagai judul buku. Kali ini saya bakal menjejakkan kaki untuk kali yang kedua setelah sebelumnya iaitu pada tahun yang lepas saya berkesempatan menjekakkan kaki kesana. PWTC terletak bertentangan dengan Stesen Bas Putra iaitu terminal bas ke arah timur juga berdekatan dengan stesen LRT dan komuter memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke tempat tersebut.



Saya dapat mengagak pastinya ramai orang berpusu-pusu berkunjung ke pesta tersebut. Seperti pasar malam orang ramai berebut-rebut untuk hadir membuktikan masih ada lagi rakyat Malaysia yang mempunyai minat membaca. Purata orang Malaysia membaca masih rendahiaitu 2 biji buku dalam masa satu tahun. Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara maju kedudukan Malaysia masih jauh ketinggalan. Itulah ukuran kemajuan yang kita ada sekarang dilihat dari segi minat membaca dikalangan rakyat. Tak usah nilai dari sudut lain kerana membaca itu adalah kunci kepada kejayaan dan kemajuan sesebuah tamadun. Daripada membaca kita akan mendapat berbagai-bagai ilmu bukan sahaja ilmu dalam bidang kita malah ilmu-ilmu lain juga. Nak maju dengan cepat pendek kata kena ada satu momentum yang sangat besar untuk mengerakkan rakyat Malaysia mencintai ilmu. Jika tidak hancurlah harapan kita hendak mencapai negara maju pada 2020. Rakyat berilmu susah untuk ditipu.. jadi negara cepat Maju(hehehe).



Tekad saya untuk semester ini adalah untuk menyelami keadaan sebenar isu Palestin bermula dari sejarah awal pertelingkahan antara Zionis dan juga Islam. Sudah semestinya tumpuan saya esok akan mencari buku-buku yang banyak mengisahkan isu Palestin agar skop penilaian saya luas dan bernilai. Entah kenapa hati saya tergerak untuk mendalami isu ini sampaikan hati pernah terdetik untuk bersama-sama perjuangan saudara-saudara saya disana. Mungkin setelah saya meneliti tulisan novel yang bertajuk “Melakar Cinta Firdausi” menguatkan lagi azam saya untuk mendalami dan menghayati kesusahan hidup mereka. Hidup mereka bukan atas dasar tidak cukup sumber makanan, penderitaan mereka bukanlah kerana serangan penyakit semata-mata. Mereka diperangi dan dimusuhi oleh Yahudi dan Barat dan mengalami penderitaan mental dan fizikal sejak berpuluh tahun lamanya. Sudah lama mereka dizalim. Perjuangan mereka daripada buaian sehingga titisan darah yang terakhir.



Saya berharap kunjungan saya ke pesta buku kali ini saya boleh mendapatkan banyak maklumat mengenai Palestin. Maklumat yang sedalam-dalamnya supaya saya menjadi pakar dalam isu ini. Sebenarnya ia adalah isu sejagat bawah tanggungjawab setiap umat Islam. SEBENARNYA setiap umat Islam mempunyai saham dalam isu Palestin ini. Saham menuju ke neraka dan juga saham menuju ke syurga. Bagi saya sesiapa yang memandang sepi isu ini sebenarnya menghadapi dakwaan yang berat diakhirat kelak kerana mengabaikan nasib saudara-saudara kita disana. Mereka menderita. Terlalu menderita. Saya membaca satu nukilan yang mendalami penderitaan mereka saya cukup sedih. Mereka dilakukan seperti binatang. Ibaratkan mereka dilahirkan untuk menjadi tempat pemuas nafsu ganaz para Zionis. Lelaki-lelaki dibunuh dan disiksa, anak-anak gadis mereka dinodai dan dirogol malah ada yang menjadi tempat pemuas nafsu di kem-kem tentera Zionis. MasyaAllah terasa macam disiat-siat hati ini bila membaca kisah-kisah kezaliman yang terpaksa mereka hadapi.



Kuatnya mereka dalam meghadapi semua ini. Kata hati saya. Tetapi hakikat yang sebenarnya betapa perit hidup mereka dilakukan seperti itu. Mereka meraung, merayu meraih simpati dan pertolongan tetapi siapa yang peduli nasib mereka. Mereka dipenjara dalam penjara besar zionis. Dikepung disegenap penjuru seolah-olah mereka ini pengganas antarabangsa yang mesti dikurung. Zionis pengecut untuk melawan mereka secara adil. Cuba lah berikan anak-anak Palestin ini senjata tanpa diajar. Nescaya mereka bangkit dengan berani melawan kejahatan Israel dan Barat. Mereka cukup berani, mereka masih muda tetapi sudah mengetahui hakikat perjuangan hidup mereka yang mesti mereka tempuhi. Hidup mereka daripada buaian sehingga titisan darah yang terakhir. Tiada masa senang, tiada masa gembira. Yang ada Cuma penderitaan dan perjuangan berdarah yang tidak pernah padam. Tidak ada senjata api batu pun boleh menjadi senjata mereka. Lawan tetap lawan biarlah kepada dan badan bercerai yang penting maruah Islam dan hak Palestin dikembalikan kepada yang hak.



HAMAS menjadi harapan terakhir mereka bagi memperjuangkan isu ini. Bersama HAMAS sebuah pergerakan yang diasaskan oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin tetap subur bermandikan darah rakyat Palestin dalam menuntut hak.



Pejuang bertukar ganti. Hilang pemimpin yang berani naik pula pemimpin yang gagah berani. Itulah tarbiyah HAMAS yang mesti ditiru oleh kita semua rakyat Malaysia dalam menuntuk hak di bumi Malaysia. Walaupun kadang-kadang hak kita tidak dirampas seperti hebatnya rampasan terhadap hak rakyat Palestin tetapi kadang-kadang kita perlu bangkit dalam mempertahankan sesuatu yang benar.



Pesta buku PWTC Kuala Lumpur.. disini aku datang…

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.