Isnin, 15 Mac 2010

Cinta nafsu yang merosakkan..


Saya rase buku ini cube mengolah tentang cinta dalam kondisi yang paling tepat kalau nk diadaptasikan dalam keadaan dunia remaja sekarang. Pengolahan buku secara moderat dan mengikut lunas-lunas Islam mengkhabarkan lagi keindahan Islam di dalam mengatur perhubungan diantara Si Adam dan Hawa. Hati manusia yang kadang-kadang dilalaikan dengan trend-trend terkini terutamanya golongan remaja menjadikan mereka golongan mangsa eksploitasi puak-puak sekularis yang cuba memisahkan agama daripada kehidupan.

Apa hakikat cinta yang sebenarnya? Aku baru sahaja mnyelesaikan kajian terhadap buku ini beberapa helaian. Meneliti setiap apa yang disampaikan dan cuba melihat dalam konteks yang luas. Gejala 'couple' dalam golongan remaja sekolah samaada cinta atau trend sebenarnya kalau ditanya kepada pelajar sekolah mereka sendiri tidak tahu keadaan yang sebenar. Sebab itu mereka mudah terjerumus ke lembah yang tidak pasti dan akhirnya merosakkan individu yang berada di dalam lembah 'cinta maksiat'.

Tidak dinamakan cinta tanpa sms sayag-sayang, tidak dinamakan cinta tanpa berpegangan tangan, tidak dinamakan cinta tanpa khayalan jiwa dan tidak dinamakan cinta tanpa aktivity maksiat. Mungkin itulah mode cinta yang difahami oleh remaja sekarang. Nafsu sebagai landasan utama cinta.

Jadi sebagai bakal guru aku turut membimbangi fenomena yang berlaku sekarang. 'Survey' yang aku lakukan terhadap kawan-kawan yang sedang berpraktikal di beberapa buah negeri mereka mengatakan seks bebas menjadi satu barah yang menghantui pelajar zaman sekarang. Disiplin yang teruk, keadaan yang tidak kondusif malah memang asing kalau ada orang yang cuba membawa suasana Islamik di sekolah. Aduh begitu kuat sekularis meresap dalam masyarakat kita sekarang..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.