Ahad, 28 Mac 2010

Senjata kemegahan Yahudi... ILMU

Entah mengapa diri aku hari ini dilanda kesusahan. Sejak dari pagi tadi tubuh dirasakan tidak bermaya. Letih otak dan badan. Mungkin kerana semalam seharian merantau mencari secebis ilmu dalam perjalanan bermotor yang meletihkan. Sesekali disimbah air hujan rintik-rintik membuatkan tubuh aku tidak begitu bermaya pada hari ini. Saat tidak bermaya teringat tanggunjawab yang mesti dilaksanakan dan perjuangan yang masih panjang. Perjuangan mencari ilmu dan pengalaman.



Keletihan ini mengigatkan aku kepada katil yang terbentang enak. Dengan bantal yang bersampul warna lembut, bercadar baru begitu mengugatkan iman aku untuk tidak tidur pada pagi ini selepas subuh. Aku gagahi jua dengan membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal “Secangkir The Pengubat Letih”. Keindahan susunan kata mengasyikkan aku. Bilakah aku akan mampu menguasai bahasa seperti ini. Desis hati aku. Aku tidak sedar waktu mana aku menhumbankan diri ke katil. Lena dibuai mimpi. Terus pejam sehingga mentari memancar tinggi menghina insan yang dirugikan dengan nafsu tidur.



Aku sedar dari tidur pada pukul sebelas. “aduh dah lewat nie” ruginya tido banyak.. aku memandang sekilas kepada rak buku tersusun indah buku-buku yang aku beli semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku perhatian buku itu satu persatu. “Jalur Gaza”, “Hakikat Kehidupan Duniawi”, “Saya pun Melayu”. Buku itu disusun rapi untuk memudahkan rujukan aku. Satu keluhan panjang dilepaskan. Tidak pasti keluhan itu tanda penyesalan tidur yang panjang ataupun kerisauan hati jadual diri yang tidak teratur.Aku Bangun dengan lemah merkhidmat untuk diri. Kain tuala ditarik dengan penuh lemah dan penuh dengan kegelisahan. “Buang masa memang mengelisahkan.” Kata hati ku.



Aku memakai pakaian serapi-rapinya pada hari ini. Sekali sekala di hujung minggu perlu juga berpakaian segak walau tidak kemana. Rambut diminyakkan supaya nampak rapi dan berkeyakinan. Berdiri di depan cermin dengan penuh keyakinan sambil mencungkur janggut dan misai. Hati sebenarnya berat untuk mencungkur janggut kerana ia adalah salah satu sunnah nabi kita. Tetapi tuntutan sekarang sebagai salah seorang warga Palapes tidak memungkinkan aku untuk menyimpan janggut. Tetapi tidak mengapalah. Tunggulah tiga bulan lagi saat ditauliahkan. Mungkin janggut itu akan berperanan ‘menghensomekan’ lagi diri ini. Aku tersenyum keseorangan. Bila cakap soal janggut teringat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Seorang pendakwah bebas yang cukup terkenal di negara kita terutamanya di Negeri Terengganu. Kisahnya si isteri yang bermain janggut suami. Kisahnya menjadi satu motivasi kepada muslimin untuk menyimpan janggut. Owh!! Hati terbayang untuk beristeri. Cepat-cepat dipadamkan lamunan itu kerana aku sedar perjuangan aku di kampus masih berbaki. Perlu dihabiskan terlebih dahulu.



“Plant fisiologi”, “genetik”, “kimia”, “kaedah kajian”. Satu pandangan yang berat diberikan kepada subjek-subjek ini. Bukannya masalah susah untuk ‘study’ tetapi entah kenapa diri aku begitu berat untuk membuka buku-buku ini. Terasa satu beban otak bila mengulangkaji buku-buku yang aku pelajari di dalam kuliah.



“arrghh!! Baca buku inilah dulu”



Aku menarik buku “Palestin Tak Pernah Gentar” ari susunan buku di atas rak. Aku mempelbetulkan kedudukan buku-buku lain supaya susunan buku itu nampak kemas dan teratur. Itu salah satu disiplin yang aku cuba terapkan. “ Mengapa Yahudi Hebat”.. Satu subtopik yang terdapat di dlam buku ini. Aku cuba tatapi beberapa fakta yang ditulis disini. Terdapat juga gambar tokoh-tokoh Yahudi yang berjaya di arena antarabangsa. Terpampang maklumat-maklumat tentang kejayaan Yahudi menakluk dunia. Ya Allah begitu mengagumkan kehebatan mereka. Seakan-akan tidak percaya kehebatan Yahudi sehebat ini. Kerdilnya umat Islam di zaman kini. Bagai buih-buih di lautan. Dilambung ombak, dibawa kemana sahaja oleh arus tanpa arah tujuan. Hilang pedoman dan akhirnya buih dipermainkan dengan begitu hina sekali.



Satu ayat yang ‘diboldkan’ oleh penulis buku ini yang menarik perhatian aku. Penulis buku ini seolah-olah ingin menyedarkan kita bahawa inilah sebenarnya resepi kejayaan Yahudi. Resepi yang selalu disebut-sebut oleh kebanyakan orang tetapi tida siapa yang sanggup menggunakan resepi ini untuk dijadikan senjata ampuh melawan Yahudi. Apakah senjata itu..



ILMU..



Aku berfikir sejenak.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.