Ahad, 14 Mac 2010

Refleksi "field trip" ke Kuala Selangor





Pagi yang damai di Taman Alam, Taman Malawati Kuala Selangor. Kicauan burung yang ceria membangkitkan suasana pagi keindahan Taman Malawati ini. Suara hirup piruk kawan-kawan aku berkalut untuk bersiap sedia untuk ‘check-out’ dari sini sebelum pukul 8 untuk meneruskan pengembaraan menerokai alam semester khazanah alam yang cukup luas untuk diterokai dan diselami. Alhamdulillah masih ada yang terjaga disebalik pembangunan di negeri Selangor yang cukup pesat ini. Bermula daripada pengembaraan meneliti kehidupan Lutong selepas itu melihat lampu kecil semulajadi iaitu kelip-kelip sehingga pada hari ini sekejpa lagi bakal melihat kehidupan di Paya Bakau.



Semua ini adalah anugerah ciptaan ilahi diciptakan untuk renungan manusia keindahan alamNya yang tidak terhingga. Diciptakan dengan penuh teratur dan setiap unit yang terdapat di dalam alam semester memainkan fungsinya dengan aktif, agar alam ini berjalan dengan penuh teratur. Kejadian langit dan bumi, hujan dan panas yang silih berganti, haiwan dan manusia yang saling berinteraksi, kejahatan dan kebaikan yang tiada taranya. Semua ini saling bergantungan antara satu sama lain. Kehidupan yang wujud di Taman Malawati ini pun masih wujud walaupun terdapat interaksi aktif antara kebaikan dan kejahatan manusia. Segala kehidupan kita adalah interaksi yang saling berkaitan.



Hari ini menerjah pagi menuju ke hutan paya bakau yang terletak di pinggir pantai Kuala Selangor. Antara tempat yang menjadi tarikan pelancongan dan menjadi tempat pemuliharaan oleh Jabatan Alam Sekitar menyimpan begitu banyak khazanah alam. Kicauan burung dan kehijauan tumbuhan menambahkan rempah seri keindahan tempat ini. Burung-burung berbagai species terbang bebas dari dahan ke dahan menonjolkan kepada manusia “akulah makhluk ciptaan Allah yang juga mempunyai hak di atas muka bumi ini.” Pokok-pokok hijau berbagai species bersaing antara satu sama lain memperlihatkan satu keadaan yang cukup menarik di hutan paya bakau.


Bukan sahaja pelancong dari dalam negara malah turut juga menjadi terikan pelancong daripada luar negara yang datang mungkin atas tujuan melakukan kajian atau datang untuk melihat keindahan bumi Malaysia. Aku tahu terpancar satu perasaan yang takjub terhadap bumi Malaysia kerana bumi Malaysia antara hutan yang mempunyai paling banyak khazanah alam. Mengikut Dr Husni seorang pensyarah aku mengatakan hutan Malaysia berada dalam 12 rangking hutan yang mempunyai kepelbagaian species. Alangkah indahnya hutan kita bukan? Jadi mainkanlah peranan kita untuk menjaga harta negara yang amat berharga ini.

Aku begitu tertarik dengan perangai lutong yang cukup menyayangi anak-anaknya. Kemana sahaja dia pergi akan dibawa bersama-sama tidak kira walaupun tempat itu dekat. Satu lagi tabiat lutong ialah walaupun mereka meninggalkan anak mereka, mereka akan memberi tanggungjawab menjaga anak itu kepada ibu lutong yang lain. betapa mereka menyayangi anak-anak mereka mungkin melebihi kasih sayang manusia kepada anak-anak sendiri. Saya teringat luahan hati seorang sahabaiah di YM yang menceritakan tentang tabiat lutong yang begitu menyentuh hatinya. Kasih sayang lutong kepada anak melebihi kasih sayang manusia kepada anak sendiri. apa tidaknya lihatlah sekarang kes buang anak semakin membimbangkan. Anak yang dibuang oleh manusia yang mempunyai akal fikiran kalau nak dibandingkan dengan lutong yang tidak boleh berfikir macam manusia. Apakah yang mendetikkan hati ibu lutong menyayangi anak mereka begitu rupa. Bukan itu sahaja malah ada yang cuba mendidik anak-anak mereka untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di hutan. Kalaulah mereka pandai membaca seperti manusia mungkin akan diajarnya anak membaca dan mereka bakal menjajah manusia yang tidak lagi berfikiran waras menggunakan akal anugerah Allah.


AKhir kata jagailah alam kita kerana disitu banyak khazanah yang mesti kita jaga agar ia boleh menjadi tatapan generasi akan datang sebagai salah satu cara untuk mensyukuri anugerah Ilahi kepada kita.


0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.